Thursday, November 12, 2009

Sebe11as Sebe11as


MENGUBAH PANDANGAN TERHADAP PEPERANGAN- Satu Pengajaran Dari Sebelas Sebelas

Dunia tanpa peperangan adalah ibarat menanti Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia. Ia tidak mustahil tetapi kebarangkaliannya sangat-sangat rendah. Lagipun peperangan sudah lama wujud di dalam peradaban manusia. Adalah hampir 7000 tahun. Tetapi hanya kerana peperangan sudah lama wujud di dalam tamadun manusia tidak bermakna kita patut menerima peperangan sebagai lumrah hidup. Ini pandangan yang salah.

Sebaliknya apa yang kita perlukan ialah membasuh minda kita dengan melihat perang sebagai satu jenayah. Peperangan perlu dilihat sama tarafnya dengan membunuh, meronpak, dan merogol. (bukankah dalam perang juga berlaku perkara-perkara ini?) Dengan cara ini sesiapa yang melancarkan perang akan dilihat sebagai penjenayah. Bukan dianggap sebagai pemenang hadiah nobel keamanan atau pun dijemput memberi ucapan hak asasi manusia.

Begitu ramai yang turun ke jalan raya mengutuk peperangan. Begitu ramai pihak yang menghantar memorandum bantahan. Dan begitu ramai golongan yang memboikot barangan. Semua ini adalah usaha mulia dan perlu diteruskan. Tetapi sekadar berdemonstrasi, memboikot dan bermemorandum tidak cukup. Ianya usaha yang bermusim.

Jadi dengan mengubah pandangan kita terhadap peperangan adalah perkara yang jauh lagi mahal yang akan terus bersemadi di dalam fikiran kita. Setidak-tidaknya kita akan merasakan perang sebagai satu perkara yang jijik dan tidak bertamadun. Bukannya menjadikan perang sebagai satu subjek yang perlu dikaji dan dipelajari mahupun ditulis.

Ada yang berkempen mahukan perang dihentikan. Malah ada yang menjadikan agenda menghentikan peperangan sebagai modal kempen untuk bertanding jawatan presiden. Tetapi yang hairannya mereka ini juga memiliki pandangan yang silap. Mereka mahu menghentikan peperangan dengan melancarkan perang. Perang dibalas perang- ini fahaman mereka. Sungguh ironi. Two wrongs don't make thing a right.

Kita semua tahu peperangan pada hari ini dilobi oleh pembekal senjata. Malah ianya dibuat atas kepentingan ekonomi negara-negara tertentu. Oleh itu adalah malang untuk melihat ribuan orang- baik rakyat jelata mahupun tentera- yang terkorban di dalam peperangan. Sungguh menyedihkan mereka berkorban atas nama negara, bangsa dan agama. Walhal hakikatnya peperangan pada masa kini hanyalah sekadar memenuhi tuntuhan beberapa pihak yang tidak sekalipun turun ke medan perang!

Sudah tiba masanya untuk kita mengubah persepsi terhadap peperangan. Mungkin kita tidak mempunyai kuasa melobi seperti syarikat-syarikat senjata. Tetapi setidak-tidaknya kita mengambil bahagian dalam melakukan perubahan. Dan perubahan paling besar ialah perubahan yang bermula dengan diri sendiri.

Perang adalah jenayah.



ps: Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kita masih hidup tanpa perang di sekeliling. Kita tinggal dalam suasana aman damai. Mungkin statement ini cliche dan bosan didengari. Tetapi kita perlu bersyukur. Takut-takut kerana sudah bosan, nikmat yang ada akan hilang begitu sahaja....

18 comments:

Yusuf said...

Peperangan adlh jenayah..

tk smua pkr boleh diselesaikn dgn peperangan tapi peperangan blh diselesaikn dgn byk cara..

kalo diukur perang konvensional - george w bush dan tony blair antara yg mesti dihadapkn ke muka pengadilan.

moga kempen menjenayahkn peperangan ini akn trus mendapat tempat.

Unknown said...

isk2..

aku rindu soalan2 klise yang orang tujukan pada aku, masa aku bergiat dalam dunia-bawah-tanah satu masa dulu..

contoh soalan klise+fantasi yang aku selalu dapat "jikalau anda jadi pemimpin dunia apakah solusi yang anda lakukan untuk hentikan peperangan?"

aku rindu waktu tersebut :)

hahahahaha...

Cob Nobbler said...

Eloklah kiranya kalau kita renungkan apa yang dikatakan oleh Samantha Smith,kanak-kanak yang berusia 10 tahun kepada dunia.

"God made the world for us to live together in peace and not to fight. "

Elok juga kalau kita dengar kata Sherina Ellyana,remaja berusia 20 tahun kepada dunia.

"We don't need guns and weapons to protect us,all we need is love".

Sayangnya,kedua-dua susuk kecil ini sudah tiada,sudah meninggal dunia.

Ada harapan lagi dunia kepada kita?

mOEha Aziz said...

salam,

'kenapa terjadi perang..?'jawapan yang akan keluar bakal membawa kita memahami sebab ia terjadi... dah tau punca senang nak cari penawar... namun bak kata mama kita, penyakit datang macam kilat, nak sembuh macam siput... :)

mamai said...

dan perang itu perlu sebenarnya.....perang tak semestinya dengan membunuhkan....

Oh Me said...

Kebarangkalian Anwar Ibrahim jadi PM adalah rendah? come on! next election AI akan jadi PM ok...

Kebarangkalian yang ganjil adalah Man U beat Chelsea ni Stamford Bridge ok...

rama-rama said...

..perang akan senantiasa berlaku!!! Itu lumrah alam!

Lebih teruk lagi kerana perang telah 'dikommersialkan' dengan perlumbaan teknologi pembuatan senjata. Senjata-senjata yang di 'develop' perlu DIJUAL.!!

Unknown said...

dari profil Oh Me,

"Kenapa mereka membenci UMNO sedangkan mereka itu juga Melayu?"

ini ayat yang buat aku ketawa sepanjang satu hari nih :)

hahahahah..

Johan said...

kita kena faham,as long as sistem sekarang kekal,kita akan sentiasa di ambang peperangan..

p/s:dear Dr Mahathir,

denying others of freedom and basic rights in order to stifle dissent is also a crime against humanity which is just as bad as war criminals.

And lest we forget,you DID support Bush's 'war on terror'.oh well,your penchant for doublespeak still hasn't wilted after all these years.

usoPkuChai said...

perang bukan jenayah.
niat dan cara yg jadikan ia salah.

so no need to stop the war..
but stop the wrong cause and wrong method..
and don't corrupt your mind with corrupted love story..

tinta kasturi said...

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Albaqarah:216)

(komen mamai boleh digunapakai)

Tookoo said...

wow, hebatnya. tapi perang adalah syaitan. seni taktikal yang tak mungkin hapus, bos.

Nahum said...

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".Surah : AL-BAQARAH ayat : 30.

Pada pandangan aku, ko buat lah macam mana pun, peperangan pasti wujud. Manusia itu berbagai-bagai, ada yang macam ini ada yang macam itu. Aku secara peribadi menolak peperangan tp aku terpaksa menerima hakikat yang dunia tanpa peperangan adalah ibarat Altantuya hidup kembali. Bagi aku tak salah menerima peperangan sebagai lumrah hidup.

wahyu said...

salam bicara.

Peperangan boleh wujud bila adanya konflik dalam kalangan jiwa manusia. Ia berlaku dalam pelbagai bentuk.

Para pemimpin tidak kira apa jua negara atau institusi, bila ada kepentingan tertentu, apatah lagi tidak berjiwa dan bersifat Rasulullah (amanah, benar, menyampaikan, dan bijaksana) pasti hancur dan tunggang langgang kepemimipinan mereka.

Yang pasti ada lagi peperangan yang lebih besar daripada peperangan antara manusia, iaitu peperangan nafsu yang terdapat dalam diri sendiri.

Justeru kawal diri, bab kata pepatah ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, oleh itu ikut iman pasti aman.

bicarawahyu.

Johan said...

Basuh Baju-ko pakai bush jacket ek dlm pic tu..alamak persediaan nk msk pemuda umno ke..haha jgn marah

Basuh Baju said...

semua silap memehami entri ini..

yang ditulis ialah mengubah persepsi tentang peperangan. bukan sama ada perang itu perlu atau tidak.

even ramai yg kata perang is inevitable..nampaknya mentaliti tidak berubah.

kenapa tidak melihat perang sebagai jenayah?

bukankah perang adalah membunuh manusia?

bukankah dalam perang ada kes merogol merompak dan menculik?

tidak cukup jenayah lagi?

kalau nak kata rasulullah pun berperang, itu pemahaman yg salah.

perang rasulullah bukannya perang yang dilancarkan. tetapi ia untuk mempertahankan.

jadi di sini perlu ada garisan yg jelas apa yg dikatakan perang jenayah dan perang yang tidak.

cthnya: zionis yg menyerang pelstin, amerika serang iraq, serang afghanistan- ini ialah peperangan yg wajib dikatakan jenayah.

ttp org palestin yg mempertahankan negara mereka, afghanistan yg mempertahankan tanah air merea- kita tak kata mereka melakukan jenayah wlaupun mereka terlbat dlm pepernagan tersebut.

pun begitu, sekalipun mereka mempertahankan tanah air mereka, mereka juga akan dianggap penjenayah sekiranya menyerang orang awam pihak lawan dan meruntuhkan rumah ibadat di negara pihak lawan..


ps: yg perang hawa nafsu tu bukan tergolong dlm topik kali ni..

Johan said...

Basuh Baju- kapitalisme dan jenayah perang(militarism) tak dapat dipisahkan..dalam sistem kita ni war memang inenvitable..perang bukan setakat taktik meluaskan pengaruh dan kuasa tapi adalah jgk satu taktik restructuring bila kapitalisme menghadapi krisis..

kita tengok pada military expenditure negara2,walaupun ekonomi tengah gawat tapi budget ketenteraan tak pernah susut..

the rise of China yang bakal mengambil-alih Amerika sebagai raja kapitalis membuatkan kita bertanya, adakah US akan membiarkan je?

hakikatnya dengan sistem kapitalisme kita akan sentiasa di ambang peperangan..

nahmy said...

dgn peperangan jugalah Islam terbina. jd atas sebab yg wajar peperangan masih perlu...cuma atas sbb yg tak wajar maka jdlah ianya satu 'jenayah'...wallahualam.