Tuesday, November 17, 2009

Perubahan Bermula Dari Diri Sendiri

Rakyat Malaysia rata-ratanya mahukan kematangan berpolitik. Ramai yang mengharapkan politikus berubah dengan bercakap tentang perkara-perkara penting. Bukannya bising buat report kena pukul seperti Azeez UMNO. Ataupun kecoh-kecoh tentang Bai'ah Talak tiga Khalid Samad.

Bercakap tentang kematangan politik ni sebenarnya kita boleh mulakan dengan budaya blog. Kalau kita masih terperangkap dengan budaya politik lama dan kolot, kita akan menulis seperti blog parpukari dan sukj. Blog ini sememangnya seperti Utusan dan Harakah. Yang Barisan kutuk Pakatan. Yang Pakatan kutuk Barisan. Di akhirnya minda kita sendiri akan terus dibonsaikan tanpa perlu untuk berfikir.

Kalau kita perhatikan, blog-blog budaya lama ini sangat popular. Malah jumlah pembacanya melebihi jutaan hits. Ini membuktikan kita sebenarnya yang membenarkan blog budaya kolot lama ini terus berjalan dan hidup. Kalau tidak, mengapa kita terus baca dan baca? Ini membuatkan penulis blog tersebut berasa seronok dan merasakan mereka mempunyai sokongan kita semua.

Untuk menjadikan budaya kolot lama ini lebih teruk dan parah, sila baca pula komen-komen yang diberikan oleh para pembaca. Kebanyakannya hanya tahu mengutuk dan mencaci antara satu sama lain. Memang benar ia perkara biasa untuk penyokong kedua pihak untuk berbeza pendapat. Yang UMNO semestinya tidak sebulu dengan yang PKR. Begitu juga dengan DAP dan PAS. Ini adalah manifestasi sistem demokrasi yang mewujud dan membenarkan perbezaan.

Tetapi adakah perbezaan pendapat semestinya disampaikan dengan mencarut dan memaki? Apatah lagi menyerang peribadi dan keluarga? Sudah tentu tidak.

Kadang-kadang ia cukup menghairankan melihat mereka yang mahukan politikus kita berubah menjadi matang sebaliknya pada masa yang sama berperangai jauh lebih teruk dari politikus.

Bagaimana kita mahu mengharapkan budaya politik kita berubah sekiranya diri kita sendiri tidak berubah terlebih dahulu?

Adakah kerana budaya politik kita tidak matang maka ia membenarkan kita untuk sama-sama berperangai tidak matang?

Sudah tiba masanya untuk kita memulakan langkah awal dengan menjadi matang dalam pemikiran dan juga dalam menyampaikan pandangan. Kita boleh untuk tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir, Anwar, Nik Aziz, Najib Razak dan Lim Kit Siang. Malah kita dialu-alukan untuk bersikap kritikal terhadap kerajaan mahupun pembangkang. Setidak-tidaknya ia lebih bagus daripada menyokong membuta tuli.

Tidak ada gunanya kita memanggil seseorang itu mamak, kaki liwat, tok guru syaitan ataupun mongolia hanya kerana kita tidak bersetuju dengan mereka. Pertama kerana mereka tidak rugi sedikit pun. Kedua kerana ia menyerlahkan peribadi kolot kita. Ketiga ia tidak mengubah apa-apa pun.

Yang lebih bagus ialah kita berbincang, berdiskusi dan bertukar pendapat dengan cara baru. Ia boleh membawa kepada perubahan. Paling kurang pun minda kita berubah. Kalau kita mahukan perubahan, mulakan dengan diri sendiri dulu. Kita impikan budaya politik matang yang tidak kutuk mengutuk, maka kita juga perlu mulakan dengan tidak mengutuk. Lagi-lagi di blog.

Sebenarnya saya percaya ramai di antara kita yang sudah bosan dan lali dengan mereka-mereka yang masih lagi berbudaya kolot. Saya dapat perhatikan kekecewaan mereka yang sudah lali denagn situasi ini. Mungkin inilah sebab mengapa politik dianggap kotor dan dijauhi oleh golongan muda- golongan yang bakal menentukan masa depan negara kita.

Oleh itu kita perlu berubah dan perubahan bermula dari diri sendiri. Mari mulakan dengan mengubah budaya blog kita daripada mengutuk membabi buta kepada mengritik membina-bina. (peh-ayat apa ni).

Satu soalan kepada semua, sila tanya pada diri sendiri- 'Adakah Kita Mahukan Budaya Politik Yang Matang Atau Tidak?' [BB]

18 comments:

Johan said...

Bermula dari diri sendiri?macam mana nak ada kematangan,nak expect orang ckp elok2 kalau semua malaon2 tu perangai tak ubah2?..

tak guna suruh orang ramai jadi "bersopan-santun" sebab apa yg keluar dari mulut rakyat(atau ditaip oleh jari) adalah akibat dari kemarahan..tak guna suruh orang ramai jd "civilised" kalau malaon2 kat atas tu sendiri uncivilised dan menitik2 dengan dishonesty..

selagi mereka tu tak betul,macam mana nak expect orang nak bendung kemarahan..kalau kita konon2 cakap elok2 tapi dalam hati kita panas,itu dah hipokrasi..

Sorry Basuh Baju,tapi aku rasa entri kali ni terlalu preachy..dan totally unfair nak harap orang ramai ubah dulu..ni samalah macam kalau lu nak gi bantah konsert..apa yg berlaku sekarang ni adalah manifestasi kemarahan..

rama-rama said...

..for a very young man, you make a lot of sense!! Bravo!!!

tinta kasturi said...

pendekatan ini ada kebenarannya

kebenaran yang berpaksi pada yang paling benar

landasan samawi bukan ardhi

(lantas setiap bicara atau nukilan terbaik dan terbenar terkini dan mendatang harus sahaja senantiasa dipasakkan pada yang paling benar itu; wahyu bukan rokyu)

-li.zue- said...

izin laluan yg berhormat..

88% peratus setuju dgn post ini!
gud job =]

Basuh Baju said...

johan: maknanya kerana marahkan sesuatu, kita boleh mencarut, mengutuk orang lain sampai guna perkataan pukimak setan?

tak kesah kalau nak marah..tp bagaimana kita menzahirkan kemarahan tu..

beb, aku pon marah kat kerajaan dan pembangkang..tp aku tak attack personal or buat lawak rasis ke apa. aku tulis2 baik2, tambah beberapa fact utk tnjkkan kemarahan aku..

aku rasa kau salah faham ni- aku tak harapkan org ramai ubah dulu. tp aku harapkan diri kita sendiri ubah dulu before expect politikus yg kat atas2 tu berubah..

ps: kena bijak guna kemarahan. nnti main marah tak tentu pasal at alst kita juga yg rugi. skrg ni yg kat atas2 tu gelak je tgk kita marah tak tentu hala kutuk sana sini kat blog..hehe

Anonymous said...

Nice..well written!

Shahrul Tanaka said...

berhenti menulis tahi lu!

koolmokcikZ said...

Salaam,

Setuju sangat dengan rama-rama.

Tumpang bangga membaca buah fikiran orang muda yang tidak terikut 'herd mentality'.

Juga bersetuju dengan pemerhatiananda mengenai artikulasi pendapat menerusi blog.

Wassalam

Cob Nobbler said...

Kita beb,kita..

Kita yang selama ni membiarkan orang2 macam ni terus berleluasa..

Dunia internet seharusnya milik kita.Kita tak boleh bersuara pakai surat khabar atau TV lagi.Jadi,inilah yang kita ada.

Janganlah mempertuakan diri dengan jadi ahli politik yang tua.

Anak muda ada suara,gunakanlah saluran yang sedia ada ni.

Aishah Nur Hakim said...

mencaci maki dan menyalahkan orang sudah semacam dadah. tapi kita mampu untuk menganggap dadah itu musuh utama. kuatkan iman!

kan?

jawapan:
ya,saya mahu.sangat2. untuk anak cucu saya nanti.

=)

Aishah Nur Hakim said...

oh..kurang setuju dengan saudara johan.

bukankah perubahan adalah sesuatau yag perlu dilakukan semua. dan kita yang memang perlu berhenti membuat kesilapan seperti anak kecil.

untuk ahli politik yang di atas sana menghormati pendapat kita, kita perlu gain the respect. kalau kita pun sama mencaci maki. tak malukah pada diri sendiri? bila kita menunjukkan kematangan dan betapa bertamadunnya kita ini sepatutnya, jadi mungkin akan ada perubahan dari mereka.

kalau kawan2 main pasir kat padang, tak semestinya kita ikut. ingat..mak dah pesan jangan kotorkan baju..kan?

sang kegelapan said...

Sebenarnya saya percaya ramai di antara kita yang sudah bosan dan lali dengan mereka-mereka yang masih lagi berbudaya kolot. Saya dapat perhatikan kekecewaan mereka yang sudah lali denagn situasi ini. Mungkin inilah sebab mengapa politik dianggap kotor dan dijauhi oleh golongan muda- golongan yang bakal menentukan masa depan negara kita.- BB

Gua sokong 300% perenggan ni..orang muda sekarang perlu fikir diluar kotak pemikiran..jangan terus dijajah dengan politikus!

yat said...

Nak kasi can PR ke or nak kembali ke BN?

ada 2 tahun lebih lagi..

sigh..apa orang cakap masa Tun mahathir, masa dia la aku paling suka, walpun masa tu muda join reformasi, tapi bila pak lah jadi PM, baru terasa good old days....kasi can kat PR dulu bagi beberapa negeri..tapi adakah sama ja? Macam mat sabu cakap, 'MB tuklar, exco tukar, tapi perangai sama jek....'...badan fizikal jek tukar

ada yg cakap bagi PR perintah dulu, jgn kasi BN untuk next GE ni, sebab BN dah 50 tahun lebih diberi can, kasi can kat PR lak...xtau nak cakap, apa2 pun 1st step pi register as formal coalition dulu..and bagi la kabinet bayangan PR dulu..aku duduk dekat OZ ni tgk pemimpin politik sini memang banyak matang dia dari politician malaysia...

The weakest link in PR is PKR, sebab bnyk yg 'lompat' dari sini...

Tepuk dada tanya selera, kalo rakyat berubah pun, pemimpin lagu tu jugak x guna jugak...

bak kata kartun aku paling suka iaitu 'South park'

'We have to choose between douche bag and a turd'.....

Anonymous said...

Kalau boleh untuk saya tambah satu dimensi lagi dalam perbincangan ni; teks ni banyak lemahnya. Kita tak dapat hitung dan agak (gauge) jumlah emosi, kelucuan, kesedihan dan sebagainya dalam teks. Entah dah berapa ramai kawan baik yang dah bergaduh disebabkan email dan sms kerana tersalah baca 'emosi'nya. Lantas ada baiknya kalau kita fikir2 dulu sebelum maki hamun dan sebagainya.

-Naj

Oh Me said...

walaupun kau penyokong Man U dan aku penyokong Liverpool....dan walaupun kau penyokong Pakatan Rakyat, tapi aku suka baca blog kau sebab kau tak mudah melatah macam orang lain...

kau menilai dengan logik dan kurang emosi...Tahniah sekali lagi.

ZULKIFLI said...

Kita sedang berdepan dengan situasi yang dicipta oleh sang penguasa supaya kita tidak menjadi matang.

Sehingga demikian, kita terpaksa terus memprotes dan memprotes dan memprotes. Mereka, sang penguasa itu, sekejap amalkan dasar ini, sekejap lagi amalkan dasar yang baharu dan kita menjadi kurang jelas.

Orang-orang kampung akan berkata, biarlah dia buat apa saja. Memang kalau yang baharu naik, akan ada dasar yang baharu dari dalam kepalanya. Kita dapat makan pakai cukup, sudah.

Alangkah tidak matangnya mereka!

Alangkah baiknya kalau semua rakyat berani, seperti negara lain - Amerika, misalnya. Sekejap Republikan sekejap Demokrat. Mereka matang dan bersedia untuk menukar parti pilihan mereka kalau parti yang satu lagi tidak baik khidmatnya. Kita, sampai sekarang masih dengan parti yang sama. Tidak berani berubah kerana dimomok-momokkan dengan hal yang tidak mematangkan kita! Pembangunan, pembangunan, pembangunan!

safwan ramli said...

emmm....aku baru je jumpe blog ko ni dan aku tertarik...aku harap2 nnt satu mase nnt malaysia ni betul2 merdeka...merdeka mindanya!!bkn merdeka secara luaran..tp dalaman kite...btol x?aku support ko...teruskan berkarya...n aku cadangkan ko tulis bende yang simple n mudah orang nk paham...ikot care nabi kite..berkata dengan penuh hikmah..dgn itu penyampaian ko akan terus menarik minat ramai orang..yeah!!!

Tookoo said...

sebenarnya blog kau ni sangat baik. lebih baik dari Tukar Tiub gaya bahasa dan kewarasannya. Tapi dari kategori bukan satira la. dari segi satira, dia heronya. blog sokernet tu pun kena hentam. biasa la. mana lebih buruk, mencarut ke, pemimpin yang mengepam duit rakyat ke poket sendiri?