Tuesday, November 3, 2009

Pandangan yang Ikhlas...

Ada yang kata bola sepak adalah hiburan yang melalaikan. Walaupun ia adalah sejenis sukan yang sama seperti badminton, tenis dan lumba lari. Mungkin kerana bola sepak merupakan sukan yang sangat popular, maka ianya dikira melalaikan.

Ada benarnya juga. Bola sepak melalaikan rakyat Brazil untuk tidak berfikir tentang kesusahan hidup mereka. Bola sepak juga melalaikan penduduk Argentina untuk bersatu sebagai sebuah negara. Paling penting bola sepak melalaikan warga Afrika untuk berhijrah ke negara eropah bagi mencari rezeki.

Namun begitu, lalai tetap melalaikan. Kerana itu kita tak boleh tonton bola sepak. Apatah lagi jika kita seorang pemuda Pas..ops silap, pemuda Islam. Ia akan menghalang umat Islam daripada menakluki Masjid Al-Aqsa.

Nampaknya hampir berpuluh tahun umat Islam di seluruh dunia selama ini tidak menyedari bahawa bola sepaklah yang menjadi dinding penghalang kepada keamanan di Palestin.

Kita perlu haramkan hiburan melalaikan ini aka sukan bola sepak. Langkah pertama perlu diambil dengan segera.

Mungkin kita boleh mulakan dengan meminta JAIS menangkap semua pemain, peminat dan penonton bola sepak di negara kita. Atau sekiranya mereka masih ingin berbola sepak- sijil pentauliahan perlu dikeluarkan untuk mengelak daripada ditahan pihak JAIS di banglo ketika asyik menonton MU lawan Liverpool bersama keluarga tercinta.



notakaki: bola sepak berjaya mengurangkan sifat rasisme di kalangan manusia. Ini adalah antara apa yang dituntut oleh Islam. Agaknya boleh membantu di akhirat tak? Entahlah- bab syurga neraka ni bukan kita yang tentukan. Betul tak?

18 comments:

Anonymous said...

Aslmualaikum bro bb

lalai tk kira sukan atau hiburan..
pkr baik pn boleh jd pkr yg melalaikn..

yg penting kena kawal penggunaan masa. pengurusan masa yg betul dan tk langgar masa menunaikn kewajipan hakiki kita sbg manusia

wallahualam


yusuf

tinta kasturi said...

islam itu syumul
melengkapi segenap aspek kehidupan
termasuk hiburan mahupun sukan

sukan bola itu tidak salah jika tidak melalaikan

hiburan juga tidak salah jika tidak melalaikan

mungkin yg perlu dikorek ialah jawapan kpd peresoalan 'yg melalaikan itu yg bagaimana?'

*sukan bola boleh dikatakan pengganti perang bersenjata, suka sukan bola atau perang bersenjata?

Asparados said...

aku benci dengan puak-puak pelampau islam yang bodoh lagi membodohkan ni...
banyak melata kat IPTA seluruh malaysia..gamis la..hape la..

semua tak boleh itu tak boleh..nak jadi lebih islam daripada nabi...

tak boleh blahh~loserrr!!!
lalan nasyid la..siap tulis lirik lagu nasyid bagi kat awex nak nagayat ajak kapel...g jahanam bole tak korang?!

Unknown said...

Dr. Maza mesti kata, setiap perkara itu harus (atau dibolehkan), kecuali ada perkara yang mengharamkan (seperti melalaikan). Tapi dia mesti ada tauliah untuk berkata sedemikian. :)

Redz da Tsar said...

Terbaik la bro...
Sinis~

Anonymous said...

BB-u've made my day. See, I told you, ur writing has so much influenced by Chedet. :p

Anonymous said...

cukup sinis.

rasa macam ada perkara lain yg dibincangkan di sini.

hahaha~

gud one.

haizad said...

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Bukan nak cakap En. Ikhlas salah ke apa. Tapi rasanya kesilapan kecil dia dalam bagi 'statement' tu sebab dia telah 'generalized'kan (haha..belasah je ayat) benda tu.

Bukan semua orang terlalai bila tengok bola. Ayah aku minat gak bola. Tapi kalau dalam masa perlawanan bola tengah berlangsung, tiba-tiba azan, dia tinggalkan kejap tv & pergi masjid (sebelah rumah je). Dia solat kusyuk ke tidak, tu antara ayah aku dengan Allah la. Pastu dah abis solat, doa semua, dia balik sambung tengok.

Kesimpulannya, tak semua benda hiburan ni melalaikan. Yang terlalai tu yang patut kita ingatkan. Pendapat aku saja, tak semestinya betul.

-Sekian-

SYAZWAN GHAZALI said...

sebuah artikel yg pnuh keperlian..huhuhu..sape yg paham tu paham la..

Anonymous said...

wa memang rasa lu terer bab2 sinis ni. lu patot sindir PAS jugak coz nak haramkan konsert.wakaka

Cob Nobbler said...

Beb,ada orang kata aku tumpang populariti nko,macam mana ni beb?

hahahaha!

Dorang fasis agama ni,tembak main pakai melulu je.hahaha!

Tapi yang aku tau,minggu ni nko kena lawan dengan Bangun Berdiri.Dia chelsea.hahaha!

Anonymous said...

internet slow la. lama nak bukak laman2 yang aku suka mahupun tak berapa suka. Ini dah kira lalai ni.

sapa2 yg suka team2 dari itali tu ambil perhatian ya. mereka suka main secara bertahan dan time wasting. mungkin lebih melalaikan lagi.

-Naj

wahyu said...

salam hormat dan rahayu.

setiap ruang dan waktu dipenuhi oleh jisim dan jirim.

Justeru ujudnya peristiwa. Tidak lalai jika membuat sesuatu yang berfaedah dan sentiasa mengenangkan Ilahi.

Kita perlu kawal waktu dan pergerakan, bukannya waktu atau pergerakan yang mengawal kita.

bicarawahyu.

wahyu said...

salam hormat dan rahayu.

setiap ruang dan waktu dipenuhi oleh jisim dan jirim.

Justeru ujudnya peristiwa. Tidak lalai jika membuat sesuatu yang berfaedah dan sentiasa mengenangkan Ilahi.

Kita perlu kawal waktu dan pergerakan, bukannya waktu atau pergerakan yang mengawal kita.

bicarawahyu.

Johan said...

politik lah paling melalaikan manusia terutamanya umat Islam kat Malaysia..

bila nak keluarkan fatwa haramkan politik?bila nak tangkap politikus2 yg bagi ceramah tak bertauliah?

Faiz Farhan said...

bola mmg bgus..
tp an lg bgus klau smue org pkai tight..
bru smrt..

Anonymous said...

ape bangang la pandangan ko ni

atbk said...

hahaha

buatlah 'pandangan yang ikhlas 2'
u tulis 'berlapik' sgt
open to too much interpretation

saya penari yang masih solat,
what say u?

:)