Wednesday, November 4, 2009

JAIS

Esok gua nak pergi naik bangunan JAIS. Gua nak suruh diorang tangkap budak-budak UIA yang buat usrah ajar hal agama tanpa ada permit. Setakat yang gua belajar geografi di tingkatan 3, Gombak masih lagi di dalam Selangor.

Mungkin gua boleh guna status bumiputra gua untuk memudahkan permohonan permit.

Tapi gua terfikir, sebenarnya gua pun boleh ditangkap jugak. Kadang-kadang gua pun ada terbagi usrah sebelum kelas bermula.

Aish, kalau begitu gua cadangkan supaya permit ceramah 1Malaysia diwajibkan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Amacam?

Tapi gua tak kira- gua tetap nak JAIS tangkap budak-budak UIA tu. Ah, mufti pun boleh tangkap.

33 comments:

fatah85 said...

mufti pun boleh tangkap. inikan budak2 uia. petik jari je. haish.

Jerinho said...

ni laaa peranan "sijil" yg diperkenalkan oleh barat. dulu kawin xde sijil. hidup xde sijil. blajar kat pondok tu lg la xde sijil. bahgia smpai ke tua. membe aku ckp... sijil ni ade kaitan ngn teori konspirasi barat (iluminati). wallahualam...

Shahrul Tanaka said...

gua tangkap lu sudah!

Dari Jalan Kopi said...

saorang kawan aku suka sangat cherita pasal syurga dan neraka bila melepak di warong seksyen 7.

tolong bgtau JAIS sekali hal ini. suroh pantau. kalau perlu tangkap - sila tangkap.

Brahim Nyior said...

Alamak,

Tiap hari selepas maghrib, saya ada bagi tazkirah kat anak-anak.

Matilah, takde tauliah, kalu JAIS tau, tentu rumah saya dikepung lebih 30 orang penguatkuasanya.

Tolong! Tolong! Saya tak mau ditangkap. Apa perlu saya buat?

Tapi tazkirah ni saya buat dalam 5-10 minit je. Tu pun bergilir-gilir dengan anak lelaki lain, ikut buku. Cerita pun kisah Nabi...

Huhuhuhuhu..

Yuki Yusuf said...

jgn biar kau tertangkap sudah

Fa-T said...

macam mane bantuk tauliah JAIS tu... ahaha....

bujur ke lonjong... ahaha

asilahmuhajer said...

masa puasa lepas, kontraktor yang renovate sebelah rumah saya tak puasa. suami saya bagi tazkirah sket kat diorang. abisla jap lagi kena tangkap.

Aidy Shahiezad said...

JAIS tak tangkap kalo stakat bebudak UIA tue... x masuk paper muka depan nanti... baik lg dia tangkap orang yg ade nama besar, baru boleh gegar 1Malaysia.. seolah nak bagitau mereka buat kerja gak... huhuhu...

tinta kasturi said...
This comment has been removed by the author.
tinta kasturi said...

gua nak repot kat jais gak,
suh tangkap makcik kiah kat sebelah rumah,
dia ajar bebudak alif ba ta takde tauliah..

Anonymous said...

Kalau lesen tu nama 1Malaysia, terlalu jelas. Kena discreet, baru Najib style. Contohnya, 1Ceramah, atau 1Lidah. Hahaha. Kalau kau jadi pergi JAIS, suruh mereka tangkap pendebat dalam Debat IKIM sekali.

Anonymous said...

Wash Baju,

Ko x takut kena tangkap dgn JAIS ke ? Ko mengajar² kat blog ni ada tauliah tak ? hahaha

Aku rase ini adalah salah satu event terbodoh tahun ni, masuk semua suratkhabar frontpage. Then tiba² si Najib plak kata xde kena mengena dgn Kerajaan Pusat Bik Mama. Aikk cepatnye nak melatah...apa motif ?

Mesti ada agenda tersendiri mala'un² ni. Kite nak blame si balaci² JAIS ni pun xleh gak coz diorang ni hanye menurut perintahh kann...so sape yg bagi perintah ni ? Dah tangkap pastu x dakwa...apeke bodoh nak mampus diorang ni.

Buat malu la. Btul la mcm RPK ckp, yg memusnahkan Islam itu adalah kaum²nyer sendiri...so fikirlah baik wahai sajabatku sekalian

- gOTh -
P/s: komen terpanjang aku setakat ni :p

Anonymous said...

Kadang-kadang pertandingan ni bukan benda yang baik. Aku kenakan kau kau kenakan aku ini tak boleh jadi kita kena cari referee so sekarang referee boleh kenakan kau dan referee boleh kenakan aku.

Tak tau relevan ke tak. Cuma terdetik tulisan yang begini.

-Naj

yat said...

Goth,

Kalo najib diam, orang cakap dia yg arahkan, kalo dia bg statement, pun orng cakap dia arahkan, macam2 teori konspirasi, apa2 pun, bg statement ke x, dia tetap kena....

teori konspirasi memng best la, macam2, ada yg cakap anwar suruh la, hassan ali punya kerja la, apa2 saja la....cuba la pikiaq ni xda kena mengena ngan politik, ni antara JAIS ngan dr Asri, jgn dok melalut pikir jauh2....JAIS pun cakap depa dah perati lama dah...

Unknown said...

klu semua nak pakai sijil.... mcm mana lah kita sesama manua islam nak berkembang..... pikir lah sendiri...

Basuh Baju said...

habis tu takkan gua kena tutup blog ni sebab takde tauliah?

tapi gua rasa itu bidang kuasa blogspot. bukan JAIS.hahaha

Anonymous said...

Yat,

Mana hang tau ni xde kena mengena dgn politik ? abis tu kena mengena dgn apa ? Sbb JAIS said so ke ? Depa dah lama perati ek...ni ex-mufti ok, bukan penjenayah. Ramai lagi maksiat berleluasa kat luar tu...depa perati tak ?

Ni semua selective kes la bai. Mcm kes Kartika tu. Apa dah jadi...bukan ramai lagi ke org Melayu Muslim yg berleluasa minum arak. Nape tak tangkap ? Mcm kes ni gak la...ramai lagi yg bagi ceramah agama, kuliah, usrah, kelas Muqaddam, kelas Fardu Ain & etc...kat masjid, surau, sekolah agama & byk tempat² lain....then NAPE TAK TANGKAP ? Hang nak JAIS perati depa semua samada ada tauliah ke tak ke ?

So ko bagitau kat aku skrg ? Apa motif diorang nak buat mcm tu ?

- gOTh -

Johan said...

ni semua benda2 yg membuang masa je..apelah dorg boleh capai dgn buat ni semua..ni semua kejar bayang je..bukak lah mata,banyak benda yg lagi membahayakan..

ruyom said...

The special position of the malays as prescribed under Article 153 of the Constitution is limited in scope to only the reservation of reasonable quotas in these 3 sectors: public services, educational places and business licenses.

Hence, the present rampant racial discriminations practiced on almost every facet of our national life are mostly violations of the Constitution. Examples of these violations are:

(a) Racial discrimination in the appointment and promotion of employees in publicly funded bodies, resulting in these becoming almost mono-raced bodies. These bodies include: the police, civil service, army and various semi and quasi government agencies.

(b) Imposition of compulsory share quota for malays in non-malay companies.

(c) Imposition of compulsory price discounts and quotas in favour of malays in housing projects.

(d) Completely lop-sided allocation of scholarships and seats of learning in clearly unreasonable proportions that reflect racial discriminations.

(e) Blanket barring of non-malays to publicly funded academic institutions (that should include the Mara).

(f) Barring of non-malays from tenders and contracts controlled indirectly or directly by the government.

Our Constitution provides for only one class of citizenship and all citizens are equal before the law.

The presence of Article 153 does not alter this fact, as it is meant only to protect the malays from being "squeezed" by other races by allowing the reservation of reasonable quotas on certain sectors of national life.

However, this Constitution has now been hijacked through decades of hegemony of political power by the ruling party to result in the virtual monopoly of the public sector by a single race.

The ensuing racism, corruption and corrosion of integrity of our democratic institutions have brought serious retrogression to our nation-building process in terms of national unity, morality, discipline and competitiveness of our people.

Basuh Baju said...

ruyom: so lets start with 1 stream education system. are you in?

green said...

hal agama kn ade sijil..

hurm~~

Anonymous said...

So umm ruyom, the gradual decrease (read: extinction) of Malays in DAP and Gerakan is due to the respective parties' constitution or the 'racism, corruption and corrosion of integrity' in these democratic institutions? Or are they not democratic? Both sides of the political divide, baby.

Interpretations can be funny, no? I mean, I can say 'you suck' and next thing I know I'm sued for sexual harassment.

But anyway, one stream education system, what say you? Best idea in a decade I say. You can always go with the 'everyone should have the right to choose' routine if you don't agree, you know.

-Naj

hai said...

1malaysia peeeeninng!!!

Cob Nobbler said...

Beb,

nko boleh tolong aku mintakkan sekali waran tangkap untuk dua tiga mamat fasis agama kat blog aku,leh tak?

p/s:cis,barca draw lagi!

lafemmerouse said...

Note to my darlz,Jerinho:

Sikit-sikit salahkan Barat.Eh,Internet came from West okay,u pun guna jugak internet.

Afterall,the eastern part of the world is West.The world is sphere,so u pusing mana pun mana ada Barat and Timur.

Stop blame the West.Blame yourself.Orang Barat dah lama separate religion and state.That's why I told you banyak kali,memang patut kena ada negara sekular.You tak nak dengar.You cakap kena ada apa,Daulah Islammiyah?

Bet me,if negara Islam ada,lagi banyak la sijil-sijil yang you kena follow.At least in Canada ni,you nak bina masjid,you ada duit,you bina.You tak terasa terikat dengan government lepas tu u ajar agama u kena ikut cakap government.Government become God now.So,kalau takde link between state and religion,God will be always God,government will be always be government.No intervention.

wahyu said...

salam bicara.

Inilah padahnya jika bertindak sebelum berfikir, onar seluruh masyarakat jadinya.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. Justeru ikut iman pasti aman tenteram.

bicarawahyu.

Fiziy said...

kau memang kasi "bola nipis mcm men snuker la" dlm kes tu..

haha XD

yat said...

Goth,

JAIS direct under sultan Selangor, ni bukan pasal politik, ni pasal Tauliah, bnyk sgt teori konspirasi da, aku xtau apa2 motif, aku pun xtau samaada ni politik ka x, xdak sapa yang tau, orang boleh spekulasi ja, so pada pendapat aku, sebab JAIS rasa dr Asri ni public figure yang bnyk pengaruh dia, so sebab tu depa tangkap dia, atas alasan wahabi dll...hang cuba baca kenyataan JAIS tgk...nothing to do with politic, it's personal between JAIS and Dr. Asri, sejak zaman BN lagi dr. Asri cakap depa x bagi tauliah...

aku bukannya sokong JAIS, aku sokong Dr. Asri, bekas mufti nak bagi tauliah apa bendanya...

Awat, hang ada jumpa pegawai2 najib ka yang nak tuduh sgt Najib? Aku nak tau gak apa teori konspirasi hang...xyah tuduh2 kalo xtau...

Pendapat aku (lagi sekali pendapat aku): ada la jiran2 yang dok ngadu kat JAIS pasal bising ka apa ka, lepas tu memnag dari dulu JAIS aim dr. Asri ni, and dapat maklumat, dan depa tangkap dia...

This is selective case, yes becuase it;s personal between dr. Asr and JAIS, but again, it's nothing to do with politic

Kalo najib anti ngan dr. Asri tu, apasal dia dok offer jawatan YADIM dekat Dr. Asri? Cuba guna logik, jgn terpengaruh ngan teori2 konspirasi...

Basuh Baju said...

okey, kita buang teori2 konspirasi ni..

aku cuba sampaikan mesej bagaimana agama telah disusah2kan. dengan sijil.

bagaimana pula dgn org yg bagi permit/sijil tu?

siapa pula yang tauliahkan mereka?

kot2la jais sendiri pun tak tauliah bagaiman?

sultan orang no satu bab2 agama ni. sultan ada tauliah tak nak bagi dakwah?

(critical thinking)

yat said...

Basuh baju,

Tauliah ni sapa bagi? Habih pensyarah universiti kena ada tauliah gak ka? cikgu sekolah agama, bapak2 bagi nasihat agama dekat anak2, banyk lagi contoh...

Dr Asri dapat degree , master ngan PHD yang diiktiraf oleh kerajaan 1Malaysia ni, pensyarah pengajian islam dekat USM, kalo x layak dapat tauliah, aku xtau nak pikir camana dah....

This is just plain stupid...no need a critical thinking, it will just wasting ur time mate!!!

Johan said...

Karl Marx tengah ketawa dalam makam dia..kahkahkah

Cob Nobbler said...

To Johan:

Nko jangan,Aku pergi Highgate Cemetery dulu.Aku tak dengar dia gelak.

Aku dengar dia menangis.Sedih sebab ramai yang misintrepret idea dia.

Sampai botak janggut dia berfikir,orang yang malas berfikir sedap2 je nak discredit idea dia dengan ayat yang dogmatik sekali hahaha!