Tuesday, November 10, 2009

Cuci The Musical


Siapa Kata Hasil Seni Kita Tidak Bagus?

Beberapa hari yang lepas saya telah pergi ke Istana Budaya untuk menonton teater Cuci The Musical. Bukan sekali tetapi dua kali.

Kali pertama saya menonton tidak ramai yang datang. Hanya tempat duduk kelas kedua yang penuh. Kelas pertama dan ketiga lengang. Bila teater selesai, siap boleh bergambar dengan Vanidah Imran lagi tanpa perlu bersesak-sesak. Bayangkan betapa tak ramainya yang datang. Tapi ini sambutan di minggu perta
ma. (Lebih kurang hari kedua persembahan).

Namun segalanya berubah pada minggu ketiga iaitu pada hari kedua terakhir teater ini berlangsung. Teater ini telah full house, penuh dan sold out. Kali ini jangan kata nak bergambar, nak kenyit mata kat Vanidah Imran pun tak dapat. Punyalah ramai.

Jadi. Apa yang dapat kita pelajari dari sini?

1) Barang bagus pasti akan diterima merentasi warna kulit dan fahaman agama. Kali pertama saya datang rata-rata orang melayu yang menonton. Kali kedua keadaan terbalik. Lebih ramai warga Cina, India malah euroasian berbanding dengan orang melayu. Ini menunjukkan sikap prejudis terhadap produk dan barang orang melayu boleh diatasi dengan meningkatkan kualiti bukan kuantiti. Lagipun orang bukan membeli sesuatu produk berasaskan bangsa dan agama sebaliknya m
elihat kepada kualiti.

2) Kualiti sahaja tidak cukup tanpa jenama. Cuci The Musical ialah jenama yang telah diperkenalkan melalui filem Cuci. Bayangkan kalau teater ini diberi judul Basuh Baju The Musical. Konfem bagi tiket free pun orang tak datang... Sebenarnya itu juga masalah produk-produk Malaysia. Ada kualiti tapi tak dapat dijual sebab tiada jenama. Senang je nak ada jenama, buat iklan yang kreatif dan catchy. Bukannya buat iklan bosan macam iklan kat RTM.

3) Seni ialah medium terbaik untuk memupuk perpaduan. T
ak guna buat perlancaran logo 1Malaysia di stadium kemudian paksa budak-budak sekolah datang. Itu kerja sia-sia. Bikin pelajar naik angin je. Adalah lebih baik kerajaan bikin filem, teater dan muzikal. Tapi pastikan jangan bagi politikus yang handle sebab politikus hanya akan hasilkan seni yang menjual diri mereka bukan hasil seni yang boleh 'dijual' kepada warga.

4) Kita perlukan lebih banyak hasil seni (baca: hiburan) yang mampu buatkan kita berfikir. Setidak-tidaknya hiburan yang bijak. Bukan membodohkan. Afdhlin Shauki mungkin the next P.Ramlee. Dan Hans Isaac, AC Mizal dan Awie adalah the next Bujang Lapok.

5) Vanidah Imran lagi cantik dari Rosmah Mansor.


Terima Kasih.

Betul tak gua cakap? Cun kan..

17 comments:

bangunberdiri said...

barang bagus?? aku suka frasa tuh....

DeeN said...

Ya, ya! SAngat cun. Hehehe..! Kualiti baik, memang tak tolak punya. Er.. maksud aku karya!

Aishah Nur Hakim said...

kalau saya lelaki. saya nak kawen perempuan macam vanidah. dah lama syok kat dia.

Paan Ovrtd said...

"Vanidah Imran lagi cantik dari Rosmah Mansor" - tak berani aku menidakkannya. Hahahahahaha!~

myQza said...

aduhai.. x berkesempatan menonton..

tapi rata2 komen yg di baca di media.. cuci ini memang menarik.. :)

hans said...

eh,gila best dapat pergi tgok...
aku duit xcukup..
tension2

p/s : vanida lebih cantik dari rosmah mansur...hahaha...xleh blah ayat nih...

Shahrul Tanaka said...

hot mom tu..kah3

atbk said...

aku dapat free di saat2 akhir (tiket rm100++),
tp nak katekan skeptikal aku terhadap karya bangsa boleh tahan tinggi jugak, aku siap bertanya kat kawan aku yang kasik free tu walaupun dh duduk dlm IB tunggu tirai stage bukak,
"kenapa CUCI?!"
"eh.. mestilah! afdlin shauki kot.." awek die yg tolong jwbkan soalan sinis ku.

tp bile habis... Ya Allah mcm hilang segala stress, gelak tak hengat dlm tu!!! cuci the musical akan kekal dlm ingatan sebagai jenaka bukan rakaman paling hebat sepanjang hayat!

bro, produk bangsa yang baik mmg jarang la, so takleh nak salahkan org kita jugak sbb dh lama dah karya kita mcm tahi. kalu 'cuci' awal2 kosong, tu salah bhg promo la, dan salah karya2 dulu yang masih membelenggu org kita dari terus gamble bazirkan duit utk hiburan yang tak menghiburkan.

iklan harus wow utk attract penonton, barulah ade kes menonton cerita ong putih tp rase hampeh, on other side, ong putih masih make money sbb iklan diorang bagus sbb they really invest on it. org kita dh la iklah hampeh, poster pun xde taste, cerita plak macam tahi! sape tak sakit jiwa?

bab sokong bangsa dgn bab bisnes dan kepenggunaan jgn campurkan bro. Bisnes is bisnes!

tapi percayalah, saya masih lagi akan besikap 'memilih' terhadap produk bangsa selepas ini, sebagaimana saya mengeluarkan proton dari senarai pilihan saya. Sampai bila org melayu nak untung dlm berbisnes sbb harapkan sokongan bangsa semata2?

bosan!

hafiz zainuddin said...

Vanidah Imran lagi cantik dari Rosmah Mansor...hahah aku sokong 200% tepat! mantap!

fatah85 said...

itu punya statement, tarak boleh bohong punya. haha.

wahyu said...

salam bicara.

Benar kata saudara itu. Seni perlu dihargai, kerana orang yang berjiwa halus dapat menghayatinya.

Mereka suka pada kesempurnaan. Lagi cantik jika jiwanya bersih dan suci.

bicarawahyu.

Anonymous said...

Satu star Lion King, satu star Cuci. Memanglah lain.

Btw, dulu masa kecik2 memang agak mustahil utk share cawan atau lain2 alat makan dgn org2 yg tak seagama. Bila dah join sports selamba je share 100 plus sama tin. Kira mcm cemolot la tu kan..? So sukan pun tak kurang hebatnya.

Sebenarnya apa2 bidang pun boleh menyatukan. Cuma sesetengah bidang (cthnya, seni dan sukan) meritnya lebih jelas berbanding yang lain, jadi kurang persoalan pilih bulu, tak telus, protectionism dsb. Ini pendapat jela.

Dan, Cuci juga berjaya antara lain ialah kerana jenama Afdlin Shauki. Kita nampak je nama dia dalam senarai pemain (teater atau wayang gambar, atau mungkin sukan sumo) kita dapat jangka apa hasil yang akan keluar.

Macam juga sesetengah kita dapat jangka apa hasil yang kita mungkin dapat daripada jenama Proton.

-Naj

lalink7 said...

huhu..mmg la rosmah umo brape..
vanidah umo brape..
amek kalkulator cepat kiree same2...

Cob Nobbler said...

Satu je aspek nko lupa.

Nko bercerita tentang semua kaum tak kira Melayu Cina India datang menonton muzikal teater ini.Apa yang nko lupa adalah dalam panggung tu sendiri dipisah-pisahkan kelas pertama,kedua dan ketiga.

Biar aku bagitau kenapa kelas pertama dan ketiga lengang.

Yang pertama memang sentiasa lengang - sebab itu memang mereka suka.Mereka suka kerana lengang itu menyelesakan mereka.

Yang ketiga tu lengang sebab walaupun kelas ketiga - tapi harga tiket masih lagi mahal.Dan kelas pekerja memang tak mampu menonton teater yang macam tu.

Aku student teater,banyak kali aku tengok keadaan macam tu.

Bagi aku - walaupun tidak ada pemisahan dari segi bangsa(1Malaysia la kononnya),tapi masih lagi pemisahan dari sudut kelas.

Oh Me said...

Tengok Cuci The Musical? taulah muka kau macam Ako Mustapha...kah kah kah

Extremist Thinker said...

cuci otak the musical lg seswai. dikelolakan oleh basuh baju!

fndrocka said...

vanidah dalam filem papadom memang superb, lebih hot dari biasa