Tuesday, October 6, 2009

Basuh minda rasis

Dari mana rasis datang?

Begitu ramai yang mendakwa diri mereka tidak rasis. Sama ada mereka benar-benar tidak rasis atau tidak, macam mana hendak dipastikan. Tak ada ujian SIRIM pun untuk menentukannya. Tetapi yang pasti, dalam diri setiap insan mesti wujud perasaan rasis.

Rasis wujud hasil daripada sifat prejudis. Prejudis wujud kerana kurang mengenali dan kurang pengalaman.

Rasis juga datang hasil daripada pengaruh persekitaran. Ibu bapa kita, guru-guru kita dan mungkin kawan-kawan kita- sama ada sedar atau tidak- menerapkan unsur rasis ke dalam diri kita.

Rasis pun boleh wujud kesan daripada pengalaman hidup. Kita mungkin menjadi rasis akibat ada 'sejarah' dengan orang yang rasis.

Rasis jujur dan rasis tidak jujur?

Selalu saya berlegar dari blog ke blog. Ada blog orang Barisan, ada blog orang Pakatan. Selalunya apabila membaca blog orang Barisan saya tidak terkejut jika membaca artikel yang rasis sifatnya. Biasalah orang UMNO. Lagi-lagi jenis yang berkitabkan Utusan. Setidak-tidaknya- bagi saya- mereka ini rasis yang jujur. Rasis yang kita nampak.

Tetapi saya cukup terperanjat bila membaca blog orang Pakatan yang anti ketuanan melayu dan tidak rasis tetapi dalam tulisannya penuh dengan kutukan berunsur rasis. Antara perkara yang selalu memperlihatkan perangai rasis mereka ialah Dr Mahathir dan mamak. Azeez putera UMNO dan Kimma.

Saya bukanlah penyokong Azeez Putera UMNO yang-kena-pukul-sedikit-pun-dah-kecoh-satu-Malaysia. (owh, lembik betul). Tetapi sekalipun saya tidak menyukai Azeez, saya tidak memanggilnya sebagai kimma, kimmak atau mamak. (Kimma ialah parti india muslim. Parti ni parti cekai, tak popular. Jadi kena terangkan sikit.) Saya juga tidak menghina warna kulitnya dengan membuat lawak 'bila gelap tak nampak'. Ini kerana bagi saya kebencian terhadap seseorang itu tidak memberikan lesen untuk saya menghina peribadinya. Apatah lagi penghinaan yang berunsur perkauman.

Dalam hal Dr Mahathir- saya perhatikan begitu ramai penulis blog orang Pakatan seperti Hishamuddin Rais yang begitu gemar mengutuk beliau sebagai madey, mamak, kutti, kerala dan india. Ini disambut pula dengan pembaca yang rasis komennya. Saya bukanlah penyokong kuat Dr Mahathir pun walaupun mengaguminya. Tetapi sekalipun kita tidak bersetuju dengannya (atau membencinya), adakah wajar kita menghinanya dengan kata-kata yang rasis?

Apa masalahnya kalau Dr Mahathir seorang mamak? Adakah mamak bangsa yang hina? Adakah dengan berkulit gelap menyebabkan beliau tidak layak memimpin? Kita boleh tidak bersetuju dengan Dr Mahathir. Memanglah ada perkara yang beliau buat tidak semuanya betul. Tetapi kalau tak setuju, kritik dasarnya. Kritik perlaksanaannya. Saya pun kritikal dengan Dr Mahathir. Tetapi saya memilih untuk mengkaji era pemerintahannya melalui buku, temu bual dan berjalan ke Putrajaya, Langkawi. Dari situ baru saya kritik. Barulah betul caranya. Bukan dengan menggunakan ayat-ayat rasis.

Mengutuk orang yang dikatakan rasis dengan menggunakan ayat-ayat rasis juga adalah rasis. Di sini tidak ada bezanya antara blogger Pakatan macam Isham dengan blogger Barisan/UMNO. Tidak ada bezanya pembaca blog Pakatan dan pembaca blog Barisan. Kalau ada beza pun, blogger Barisan tidak berselindung di sebalik nama anti-rasis seperti blogger Pakatan yang sebenarnya dua kali lima rasisnya.

Bagi saya apa yang berlaku adalah hasil daripada manifestasi politik orang tua. Ini cara lama untuk mengutuk pihak lawan dengan garisan rasis. Jika kita mahukan perubahan, kita sendiri yang perlu mulakan dengan tidak terikut dengan perkara-perkara rasis seperti ini.

Saya tahu saya mungkin dihentam dengan menulis perkara ini. Silap-silap saya juga mungkin dicop rasis. Tetapi sebelum anda memberikan komen, sila bayangkan apa perasaan golongan mamak, orang yang berkulit hitam, dan kaum india apabila anda membuat kelakar tentang 'bila gelap tak nampak'. Fikirkan jika anda di tempat mereka. Saya amat berharap tulisan ini dapat membasuh perasaan rasis di dalam minda kita.

40 comments:

lafemmerouse said...

I hope Hishamuddin Rais stop eating Indian food at mamak restaurant.

Talk about racism,I believe it's now time to think with new dimension.When Slobodan Milosevic attacked Bosnia,Serb people who living outside Yugoslavia suffered alienation and hardship.When September 11 2001 happened,not just Arabs,but whole Muslim suffers outside Muslim countries.I've experienced that and that's why I reject religious extremist,which is for me is a form of fascism.

As a person who has linked with Jewish ancestor,I'm sick and tired with some Malays who keep attacking Jew as the one race who create chaos around the world.Even if Israeli government bombing Palestine or Lebanon,I'll be the one who protests on the streets,because I am Muslim and my boyfriend is Palestinian.It's a strong combination to hate Zionist.But I'm quarter Jew,which always been afflicated to Jew.It's not fair to call "all Jew is Zionist" while there's so many Jew around the world against Israeli occupation.Mordechai Vanunu is one Jew trying to save the world from Israel declaring nuclear wars with the world.

Racism is coming from "I'm right,you're wrong" ideology.If you stick with this mind,racism will come easy stuck inside your mind.

lafemmerouse said...

Hypocrite So Called Socialist Guy Who Embraces Fascism.

And I still remember when Universiti Malaya collaborates with one university from Ireland(but not from Dublin the capital),he call that university as "kangkong".That university produces so many athletes and great engineers in Ireland.

I will forgive him if he never been to Europe.He's been to Europe,right?

Brahimnyior said...

Pelik dengan PR sekarang ni. Saya akui dulu memang saya taksub juga, setiap kali ceramah saya hadir.

Kini tak lagi. Saya lebih gemar menelusuri web dan blog, dapatkan pandangan dua pihak dan saya nilaikan prestasi pemimpin kedua-dua pihak.

Saya pengundi atas pagar, dan ramai lagi seperti saya.

Dulu kelemahan Paklah ketara, mungkin sebab nyata menyebabkan PR dapat sebahagian besar undi rakyat.

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum bro bb

rasanya hampir semua dr kita rasis. mgkin dh diajar begitu sejk kecik lg..

kita juga diajar utk rasis terhadap Yahudi walaupn pada asasnya tk semua yahudi itu jahat.

kita diajar stereotaip kaum2 lain krn perbezaan fizikal yg ada..

kita menuduh or lain sbg rasis dan sbnrnya kita lah org yg rasis tu

sy mengaku sy seorg yg rasis
mgkin bukan dlm semua pkr..

cth bila ditipu penjual cina

sy akn jd rasis kejap dgn peniaga cina

bila dipermainkn oleh org melayu, sy akn stereotaip semua org melayu

dan jika melihat gangsterism oleh kaum india, sy akn rasis terhadap kaum india.

perasaan rasis ni dtg dgn semulajadi. tapi ianya berbalik kpd didikan awal..

smgt asobiah adalah sebb mengapa rasisme wujud

p.s

mgkin pemimpin kita tk tgk pun iklan Tan Hong Ming

mamai said...

setiap orang dalam diri kita adalah rasis, saya rasis, kamu rasis, mereka rasis dan kita adalah rasis dan kita dia kamu dan mereka memperjuangkan rasis sendiri.

mulia atau tidak kita susah hendak menilai kerana itu kefahaman masing-masing.

biar siapa pun mereka kita hormat selagi kita bisa hormat.

dalam dunia politik rasis adalah sesuatu yang diperjuangkan. apa cara sekalipun mulia atau tidak itu taktik mereka.

jika kita benar-benar tidak rasis maka jagan ada diantara kita berkata kami memperjuangkan hak melayu atau kami memperjuangkan hak cina atau kami memperjuangkan kaum india dan sebagainya.

kalau boleh jangan daftar nama parti atas nama agama dan kaum atau sebagainya yang boleh menyebabkan rasis...bolehkah kita sebagai manusia sebegitu. mungkin...satu dalam seribu.

kita daftar parti atas nama basuh baju..rasanya anti kita tak ada rasis lagi..s

bangunberdiri said...

bagi aku rasis atau tidak bergantung sejauh mana kita menilai maksud sebenar rasis itu...itupun bergantung juga pada situasi dan persekitaran yang mempengaruhi sesuatu masyarakat atau individu itu faham makna rasis...

pada pandangan aku la, yang perlu kita faham ialah pro n kontra yg wujud dalam sesuatu kaum tersebut. Antara melayu,cina dan india. tak semuanya baik dan tak semuanya jahat.kita tak perlu menghukum sesuatu secara keseluruhan. cthnya kalau kita benci pd UMNO yg bersifat perkauman, yg patot kita ttg ialah UMNO. bukan melayu, kerana bukan semua melayu adalah UMNO.

Rasis wujud hasil daripada sifat prejudis- bagi aku prejudis itu ialah prasangka yang tidak berasas.. kenapa perlu anti yahudi sedangkan yang zalim ialah zionis..
kenapa mest benci lafemmrouse yang berdarah jew sedangkan die tak pernah menzalimi rakyat palestine (ni contoh je)... so pada aku, ade rasionalnya kalau kita attack personal. bagi yang anti dengan mahathir, sedarlah bahawa yang jahat itu hanya susuk mahathir-bukan mat gelap. kerana bukan mahathir sahaja yang berkulit gelap.

maawa ghazali said...

inilah dunia masa kini kawan-kawan...
setiap tindak-tanduk kita, setiap tingkah-laku kita dan setiap perkataan yang keluar dari mulut kita akan dihalusi dan diberi markah...

jangan fikir kita selalu betul
jangan fikir orang lain selalu salah
jangan fikir kita sentisa menerima cabaran lebih daripada orang lain
jangan fikir orang lain tidak tahu apa yang anda tahu

hai said...

jgn salahkan orang melayu je...bangsa lain pun sama rasisnya...cakap kat mulut je tak rasis konon tapi percayalah dihati susah nak membuangnya 100%.....yang penting kita kena menghormati semua orang tak kira agama,bangsa dan pangkat!!

Oh Me said...

Jangan keliru antara nasionalist dan racist....

Johan said...

name-calling atau ejek-mengejek adalah normal bila kita menunjukkan kebencian terhadap seseorang atau sesuatu..

lafemmerouse:
sebab tu aku tak sewenang-wenangnya menuduh Hishamuddin Rais seorang rasis..cuma dia,aku,kita kena ingat batas2 bila nak mengutuk..bagi aku,aku faham sebenarnya si Isham tu nak menunjukkan mamak2 yang duduk dlm umno tu mempergunakan pasport 'malay by definition in the constitution' for their benefit..
my problem with him and those who use such racist remarks is why do they need to resort to this extent in order to reinforce their point about these people..there is no need at all to make fun of skin colour or such to point out that they are masquerading as Malays and reaping the benefits..

Johan said...

kpd hai:

aku tak nampak sesiapa pun cakap "cuma Melayu je rasis" kat sini

Anonymous said...

Hishamudin Rais mmg fasict....bagi dia Anwar Ibrahim je bagus, idola, dewa dan pujaan haha....thats a fact

nami o fish said...

Cuba kita analisis balik soalan pelukis post-impressionist Paul Gauguin - Where Are We Come From?

Dalam kumpulan rock Dream Theatre pun ada bertanya soalan yang sama dengan soalan tambahan "why are we here?"

Persoalan rasis ni datang dari inertia pemikiran manusia sebelum ini.Yang gelap itu hamba,yang hidung kemek itu hamba.Yang kulit bersih putih itu dewa dan yang berambut blonde itu dewa.Inertia pemikiran manusia diprojekkan melalui imej-imej dewa-dewi Greek sejak dahulu lagi.

Maka ramai diantara kita - secara pemikiran tak sedarnya masih terpengaruh dengan inertia pemikiran jumud ni.Lalu,dalam evolusi minda sejajar dengan pergerakan kontinuum ruang dan masa,kita hanya mengubah struktur pentadbiran dan sistem masyarakat tapi bukan sistem pemikiran.

Sebab itu manusia sampai sekarang tidak boleh berfikir bahawa adalah logik untuk menjadi satu bangsa manusia.Sebab inertia pemikiran yang lampau.Blast of the past.

Kalau kita boleh jawab soalan Paul Gauguin tu - tak kisah ikut teori Creationism(manusia datang dari Nabi Adam) atau Evolutionism(manusia datang dari monyet) sekalipun,kita boleh tahu yang asal usul manusia ni datang dari satu.

Walau apapun teori,walau apapun agama,walau apapun nilai anda,kalau anda boleh menjawab soalan Paul Gauguin dan soalan tambahan Dream Theatre tu,maknanya anda faham dengan konsep "Satu Bangsa Manusia".

Konsep satu bangsa manusia bukan macam 1Malaysia,kena buat senamrobik,lagu tema,asrama etc.Cukuplah dengan menidakkan inertia pemikiran dogmatik lampau yang terus memisah-misahkan kita.

Did said...

kahkahkah...
john, kau betol.
tolong halusi kutukan mereka.
mengapa mereka kutuk?
menyalahgunakan 'kepentingan'?

namun tidak dinafikan kebanyakkan orang yg mengutuk ini telah menyalah fahamkan kutukan para pejuang ini.

bagi aku...
kau bebas mengutuk.
itu hak kau.

kahkahkah!

nami o fish said...

kalau boleh jangan daftar nama parti atas nama agama dan kaum atau sebagainya yang boleh menyebabkan rasis...bolehkah kita sebagai manusia sebegitu. mungkin...satu dalam seribu.


respond kepada mamai.

Ada.

Parti Bolshevik.

Yang Islam yang Kristian yang Judaisme yang atheist yang Hindu yang Buddha yang Russia yang Tatar yang Kazakhstan yang Turkmen yang Afghan yang Jerman yang Yahudi yang Inggeris yang Sepanyol yang Portugis yang Arab yang Cina yang Jepun dan seterusnya...

Johan said...

nami,aku nak tambah..

kriteria yang digunakan untuk mengkelaskan manusia mengikut klasifikasi ras adalah hanya berdasarkan pada luaran atau fizikal manusia sahaja yang telah terbenam dalam pemikiran manusia..

ramai pemikir,sama ada saintis biologi mahupun saintis sosial menolak konsep ras dan mengganggapnya sebagai satu ilusi yang telah tersemai dalam pemikiran dan menjadi alat memecahbelahkan dan mengundang ketidakadilan dan sekatan..

membezakan dan pengkelasan manusia melalui warna kulit adalah sebenarnya datang dari pemikiran yang kontot..sebenarnya kulit kita semua mempunyai warna yang SAMA yang berbeza cuma tone warna..yang membezakan tone warna kulit kita adalah berapa banyak atau sikitnya pigmen melanin dihasilkan oleh kulit..orang Eropah Scandinavia mempunyai kulit yang sangat cerah kerana melanin yg terhasil sikit manakala orang Afrika gelap kerana melanin yg banyak..

Legally_Diva said...

i am rasist.Kemelayuan aku terhadap Bangsa Melayu tinggi. tapi BAngsaT melayu yang menjadikan aku bengang..

KalianSawi said...

Betul kate salah satu comment di atas. Nationalist berbeza dengan racist.

Racist, apabila kita menghentam seorang individu kerana kulitnya atau culture mereka. Nationalist adalah memperjuangkan bangsa mereka, survival mereka di negara mereka sendiri. Mendaulatkan negara bangsa.

Melayu pada saya tidak rasis. Tapi mereka adalah Nationalist. Dan Nationalist mereka bertempat. Di Tanah Melayu itu sendiri. Tak akan ada Melayu yang migrate ke UK atau Amerika tiba tiba melalak tentang hak mereka. Ada kah orang yang migrate ke UK melalak melindungi sekolah jenis kebangsaan? Ada kah oran gyang migrate ke Amerika melalak supaya lebih daripada 1 bahasa digunakan sebagai bahasa rasmi di papan tanda jalan dan bangunan?. Kalau begitu, di Amerika, kena guna bahasa Mexico, bahasa Mandarin, bahasa India, bahasa Arab dalam papan tanda mereka.

Hakikatnya, Malaysia adalah Tanah Melayu. Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung.

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

well, mak aku putih, abah aku hitam.

kalau aku rasis, habis lah...

Johan said...

KalianSawi,

nationalism ada beberapa pecahan..yang ko cakapkan tu 'ethnic nasionalism'..pendukung2 fascism jugak menggunakan ethnic nationalism..para ethnic nationalists juga mungkin dipengaruhi oleh fascism..

tapi bukan ke 'civic/liberal nationalism' lebih baik?tak membelakangkan mana2 kaum..semua bersama membina identiti nasional..

aku bukan peminat nasionalisme,tapi itu pandangan akulah berkenaan nasionalisme..

mamai said...

parti bolshevik 1917 jika nami merujuk pada revolusi russia..ianya juga rasis tak percaya baca lagi

Anonymous said...

Johan;

Tentang soalan tanpa tanda soal kepada 'hai' tu; mungkin dia tulis begitu sebab tulisan asal Basuh Baju ni ada terdapat contoh orang Melayu (khususnya UMNO)

Dan, setuju civic/liberal nationalism, asalkan nilai-nilai nasional didokong. Salah satunya; bahasa nasional.

Bukan apa, pernah ada pengalaman, ada rakan atlet tak pandai nyanyi lagu kebangsaan. Parah juga ada warga IPTA yang begini. Tak mungkin lah untuk tuduh semua orang sekaumnya tak pandai menyanyi lagu kebangsaan, tapi rasanya kalau semua orang guna bahasa kebangsaan, takkan ada masalah ni.

Kalau semua nak gunakan bahasa bukan kebangsaan tapi berkeras nak pertahankan agenda kebangsaan, maka tak mustahillah agenda kebangsaan kita juga dipertahankan oleh pelancong-pelancong yang tak berbahasa kebangsaan.

Sekadar pendapat

-Naj

nami o fish said...

to mamai:

Kalau nko refer kepada Stalin,memanglah racist pun.

Aku merefer kepada orang lain.Leon Trotsky dan Revolusi Kekalnya.bukan Stalin.

Kalau sedap-sedap main ikut tekak nak kata Stalin itu Bolshevik,haha..

memang salah la.Siapa yang nak ikut Stalin gila tu?

Basuh Baju said...

Ez: This so called socialist guy always believe his good old days era is better than anyone else. haha

You know what, from my observation, this guy suka salahkan sistem bila tak suit dengan dirinya. Dia akan salahkan semuanya except himself.

Even masa dia lari bila rakan2 dia yg lain kena tangkap time 70-an pun dia masih percaya itu tindakan berani..hehe

ironi? well, that's him.

Brahimnyior: Ini bukan sekadar PR sahaja. Tapi lebih kepada masa depan budaya politik kita.

Kita tahu kebanyakan pembaca blog ialah orang muda. Kalau kita rajin baca komen2 mereka pun, dah mula tak ada beza rasis seperti penulis blog yg tua tu.

Bila dah berlaku begini, bagaimana nak lakukan perubahan?

BN masih tak berubah. PR pula tak tunjukkan perubahan. Peninglah begini.

Yusof: sebab tu saya kata setiap org pasti ada unsur rasis dalam diri. Kerana pengalaman, persekitaran dan tidak mengenali.

Tapi walaupun kita tahu dalam diri ada unsur rasis, tidak bermakna kita kena jadi rasis. Cukuplah kita tidak menindas bangsa lain, tidak diskriminasi dan tidak mengejek dan menghina.

mamai: sebenarnya tak jadi masalah nak perjuangkan nasib bangsa masing2. tapi caranya kena betul. Bukan dengan diskriminasi. Bukan dengan menghasut. Bukan dengan menafikan hak kaum lain.

Kalau daftar nama parti basuh baju, kalau gayanya tak ubah dengan gaya rasis, apa bezanya kan? :)

bangunberdiri: kalau UMNO rasis yang kita perlu tentang ialah UMNO bukan melayu. Betul.

Tapi kalau ada ahli Pakatan yang rasis, kita nak tentang Pakatan atau ahli tersebut? hehe

Baik dan buruk bukan pada warna kuilitnya. Baik dan buruk seseorang pada perangainya.

Kalau gelap itu jahat, macam mana dengan Obama dan Mandela? Kalau yang cerah itu baik, apa citer stalin dan ariel sharon?

Basuh Baju said...

Hai: rasis memang wujud pada semua bangsa. Bukan melayu sahaja. Cina juga ada rasis. India juga ada. Semua bangsa ada.

Oh me: nasionalis boleh jadi kepada fasis juga. Contoh seperti rakyat Indonesia (tak semuala) yang begitu nasionalis sampai nak ganyang Malaysia tak tentu pasal kerana isu tarian je..haha

Nasionalis boleh jadi rasis bila semangat nasionalis cuba dibangkitkan kepada kaum2 tertentu dengan menakutkan mereka.

Johan: Kenapa Isham perlu berbuat begitu dengan menjadikan warna kulit sebagai bahan lawak? Kau rasa kenapa?

Kau rasa dengan cara tu mesejnya sampai tak? atau bukan sahaja mesej tak sampai tapi orang salah faham dan beri komen dengan rasisnya?

Nami: sebab itu apa2pun, yang paling penting ialah pembebasan minda. The key is education. Not legislation.

Kalaulah ramai orang faham perkara ini....sigh..

Did: kau juga bebas kah kah kah..:p

Nami; Bolshevik nama parti di Mas? Berbelit lidah orang Kg. Amek nama senang2 sudah. hehe

Johan: sebenarnya selain daripada warna kulit, sesuatu bangsa itu juga diklasifikasikan melalui perlembagaan juga. Macam istilah melayu di Malaysia. bukannya yang bersawo matang. Tapi yang beragama Islam, bertutur dallam Bahasa Melayu, mengamalkan adat melayu, etc..

Tak nak klasifikasikan orang melalui warna? Jadi nak guna apa? Pendapatan? Ketinggian? Taraf pendidikan? Atau tak payah kelaskan langsung? hehe

mungkin warna juga tak patut dikelaskan.. :p

Basuh Baju said...

Legally Diva: itu bukan rasis sebenarnya. Itu perasaan prograsif yang nak majukan bangsa..

Kalian Sawi: Di sini konsep give and take diguna pakai. Kita beri mereka gunakan bahasa mereka, sistem persekolahan mereka, amalkan budaya mereka dan sebagai timbal balik kita mahukan beberapa keistimewaan dalam pendidikan dan ekonomi.

Yang jadi masalahnya, bila konsep give and take ni tak lagi diguna pakai. Masing2 nak take je. tak nak give.

Nakkan dasar ekonomi yang terbuka kepada semua tanpa ada keistimewaan. Dengan tujuan utk memupuk perpaduan., Tetapi bila nakkan satu sistem persekolahan, melenting pula. Nampak, kat sini masing-masing rasis.

So kita ada dua pilihan- stick pada status quo iaitu kita kekalkan sistem persekolahan yang ada dan kekalkan dasar affirmatif,

atau

kita lakukan perubahan sepenuhnya.

Kalau benar nakkan perpaduan, baik, kita bagi peluang sama rata dalam ekonomi. Biar tak perlu ada keistimewaan. Tapi sistem pendidikan juga perlu dirombak utk dijadikan sebagai satu sistem yang memupuk perpaduan. Parti politik juga tak boleh ada berteraskan bangsa.

Johan said...

Basuh baju: perlu ke kelaskan manusia?benda ni walau apa pun tujuan,ternyata dia banyak menyusahkan manusia..

akal manusia yang mewujudkan konstruk ras dan pengkelasan manusia,jadi tiada sebab mengapa akal manusia tak boleh melupuskan konsep ni..mengapa kita nak sibuk cari perbezaan dan bukan meraikan persamaan..


pasal nape Isham Rais menjadikan warna kulit sebagai bahan lawak,woit ingat aku kaji otak dia ke hahaha..malas aku nak fikir pasal hal ni tapi mungkin sebab:
dia sering menyatakan kita boleh mempersoalkan apa sahaja kerana semuanya datang dari fikrah manusia,semuanya dikonstruk oleh kita sendiri..mungkin sebab tu dia menganggap melawak tentang warna kulit tak salah..atau pun sebab dia ni "manusia roh bebas" dan dia bebas nak cakap ape je dan tak ambik pot ape orang fikir..atau dia ada dendam lama dengan orang2 India Muslim..hahaha

Anonymous said...

mengapa perlu jadi rasis.
1. cari makan beb!
2. cari kuasa
3. cari awekssss.. kulit lain lain tp anu lagi lain beb!
4. cari pakwe... setengah rasis cuba pecah kan taboo. pakwe bukan dari satu race mempunyai stamina yg berbeza dan mungkin juga saiz!

mengapa tak perlu jadi rasis
1. senang cari makan dah skrg ni
2. hidup dlm utopian society. Gila beb kalau rasis. ini tak betul.
3. cari aweksss.. senang beb, org tengok aku tak kisah. kari boleh, soya bean boleh...
4. hey, parents aku campur la. Lu apa cerita.

Basuh Baju said...

Johan: sebenarnya mengelaskan manusia ni ada kalanya tak salah. walaupun ada juga pengkelasan yang tak perlu..cthnya pengelasan dari segi kesihatan. cthnya berat badan manusia, warna mata,etc..

aku lebih percaya, ia bergantung bagaimana kita melihat sesuatu itu. bagi aku sesuatu benda tu boleh jadi persamaan dan boleh jadi perpecahan.

cthnya macam bola sepak..ia boleh jadi agen penyatuan. cthnya bagaimana rakyat brazil yang rata2nya miskin, menggunakan bola sepak sebagai cara utk bersatu dalam menjalani hidup.

ttp bola sepak juga mengakibatkan pergaduhan yg teruk seperti yg berlaku di UK..

so bagaimana?

ps: Bagi aku la(sama jgk, tak kaji otak dia), Isham buat begitu kerana pengalaman dia diISAkan oleh Mahathir.

Kedua, sebab kebanyakan rakyat Malaysia pun suka buat lawak ttg gelap dan warna kulit ni. so sebagai roh bebas yg suka satira, dia kena iku taste penonton/pembaca..haha

tanpa nama: haha komen kau lain dari yang lain... bila time cari awek pon atau calon bini, ada rasis jgk kot?

kenapa melayu nak cari melayu je? cina cari cina je? sebab cinta? takkanlah tak ada cinta kepada bangsa lain kan..hehe

sekali lagi membuktikan, memang setiap individu ada rasisnya..tak banyak pun sikit. Tak jelas pun, tersembunyi.. :)

bangunberdiri said...

basuh baju : sebab tu aku cakap lebeyh baik attack personal... bukan semua yang gelap jahat dan bukan semuanya baik... yang putih pun mcm tu jugak... lebeyh baik nko sebot je nama org tu, mahathir ke, mandela ke, ariel sharon ke stalin ke... kn senang... xpayah berkias2....

Anonymous said...

jangan kata UMNO je racist, orang PKR pun banyak juga yang racist..PAS pun sama...

kalau bukak blog orang PKR lagi banyak maki hamun, caci nista..tu lebih teruk dari fascist jugak tu..

Kenapa nak salahkan UMNO je?

Basuh Baju said...

Tanpa nama: setuju. memang sekarang ni dua2 sama je. Dan itu pun tujuan entri ini ditulis. nak basuh minda2 rasis supaya kita boleh berubah..

Johan said...

Basuhbaju: berat badan,warna mata,etc itu diversiti manusia,biologi..ras bukan biologi..

bola sepak tu memang contoh baik,walau ape pun perselisihan dan persengketaan,manusia akan cuba find solace and comfort..

Anonymous said...

Basuh Baju,

Nak tgk mamak yg rasis ? Pergi melawat Parpukari & komen dlm blog die kalo ko berani.

Anyway, this is a good post. Keep it up bro.

- GOLLUM -
My Precious

Basuh Baju said...

tanpa nama: parpukari? blog camtu adalah manifestasi budaya politik kolot yang suka menghina dan mencaci.

salah satu blog yg menyumbang kepada 'keburukan' imej BN. haha

adakah dia rasis kerana dia mamak? atau dia rasis sebab dia memang rasis?

johan: owh, aku silap..antara ras dan biologi ye..aku baru faham..hehe

boleh jelaskan kat aku x bro?

Johan said...

Basuh baju: ras adalah konstruk sosial dan budaya..kalau dilihat di "bawah kulit",manusia sebenarnya sama..kita datang dari yang satu,macam yang kita penganut Islam percaya,Nabi Adam..rasanya tak payah lah cakap pasal teori2 lain seperti evolusi,lagipun teori2 tu pun sampai ke konklusi yang manusia ni datang dari sumber yang sama..nape warna kulit dan fizikal tak sama?ni disebabkan manusia dicipta untuk 'adapt' kepada habitat,contoh bangsa Afrika berkulit gelap kerana habitat asal mereka memerlukan kulit mereka mempunyai pigmen melanin yang banyak untuk serap cahaya sinar UV..perbezaan genetic manusia(antara ras) hanya lebih kurang 2%(ni kalau tak silap aku),jadi konsep ras ni ditolak oleh ahli biologi..

idea ras ni datang dari fikrah manusia yang hanya nampak apa yang ada di depan mata..

Extremist Thinker said...

Being a racist is only politically wrong, it is not a crime.

http://hantulautan.blogspot.com/2009/10/lim-kit-siang-do-not-unto-others-that.html

Nizam Mahmud said...

lafemmerouse,

I also agree to Hisham's comment on the more-Malays-than-Malays Mamaks.

That does not make me racist.

Point me just one Hisham's postings which whack the whole Mamak race.

His postings are always about Mamaks who do not want to admit themselves as mamaks. Chinese who acts like orang putih are dubbed as 'banana', and that terms is a derogatory remarks too.

I have nothing against Mamaks. But I too resent the Mamaks who not only refused to admit they are mamaks but go around telling people that they are championing Malay's rights. Who is appointing these Mamaks to defend the Malays anyway?

These are Mamak tak sedar diri as far as I am concerned. Call me racist if you want for I am just calling a spade, a spade.

Basuh Baju said...

Nizam: memang kita semua setuju yg mamak yang perasan melayu dan cuba lebih sudu dari kuah ni patut ditentang.

tapi adakah dengan cara menghina dan membuat lawak tentang warna kulitnya?

perlu ke nak kah kah kah 'bila gelap tak nampak'?

tak boleh ke teruk attack personal- mentioned je azeez, chandra muzaffar, reezal merican?

Me too, calling a spade, a spade.. :)

Johan said...

Nizam & Basuh Baju:

itulah..kalau nak melawak tentang warna kulit macam contoh Basuh Baju bg tu,semua yang kulit gelap terasa..

kalau nak kutuk dan point out mereka ni 'menyamar' Melayu,aku rasa kalau kita cakap macam contoh ayat ni "Chandra Muzaffar @ Chandrasegaran Pillai ni NGO ke ngok",orang dah faham maksud kita..