Kepada pengguna Celcom, ambik hp sekarang. Taip DERMA dan hantar ke 21999. Tiba-tiba anda telah menderma sebanyak RM1 kepada mangsa gempa bumi di Padang.
ADA APA PADA RM1?
Tak banyak mana. Rokok pun dah 70 sen sebatang. Milo Ais pun tak cukup nak beli. Nak order roti telur pun tak lepas. Kalau kredit RM1, cakap 5 minit dah habis. Tapi....
RM1 mampu membantu saudara kita yang berada di sana.
BIARKAN ORANG BUAT JAHAT DENGAN KITA TAPI KITA COOL DENGAN BUAT BAIK
Walaupun ada segelintir warga Indonesia nak ganyang kita hari ini,
walaupun pesawat TUDM dibaling batu ketika menghantar bantuan ke sana,
walaupun kita dituduh mencuri budaya mereka,
walaupun Manohara cuba bising-bising dengan kisah perkahwinannya,
walau apa pun........bantulah mereka yang ditimpa bencana.
UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA SMS TAPI BANYAK DUIT NAK BAGI
Boleh hantar cek, pergi ATM, dan maybank2u.
ADA APA PADA RM1?
Tak banyak mana. Rokok pun dah 70 sen sebatang. Milo Ais pun tak cukup nak beli. Nak order roti telur pun tak lepas. Kalau kredit RM1, cakap 5 minit dah habis. Tapi....
RM1 mampu membantu saudara kita yang berada di sana.
BIARKAN ORANG BUAT JAHAT DENGAN KITA TAPI KITA COOL DENGAN BUAT BAIK
Walaupun ada segelintir warga Indonesia nak ganyang kita hari ini,
walaupun pesawat TUDM dibaling batu ketika menghantar bantuan ke sana,
walaupun kita dituduh mencuri budaya mereka,
walaupun Manohara cuba bising-bising dengan kisah perkahwinannya,
walau apa pun........bantulah mereka yang ditimpa bencana.
UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA SMS TAPI BANYAK DUIT NAK BAGI
Boleh hantar cek, pergi ATM, dan maybank2u.
JANGAN LUPA SMS!
18 comments:
thumbs up! ^.^
Already done :-)
penuh kemuliaan,
alhamdulillah
lupakan sengketa,kemanusiaan lebih penting..
sms semua! kita nak bantu manusia. pedulikan kebodohan segelintir mereka kat kita!
aku dah buat dah...
lu cool la brader BB. Wa memg hangin gak dgn indon nie. Tp lu wat wa sms gak.
Kam sia for Remin bro!!
Opps bulan bahasa lo (kdg uku lupa kita ada bhs kebangsaan)
Terima kasih untuk kesedaran kita semua!!
Jangan ...wa kata jangan tu jangan ler..jangan tak derma..hehe.
walaupun ada kemungkinan hanya 10% to 50% aje duit kita akan digunakan sepenuhnya untuk bantuan kemanusiaan di Padang sana..tak apa ler..biaq pi depa (pengurusan, penaja) nak cekau..lantaq pi...janji saham baik punya yaktu saham akhirat di Padang mashyar kita dapat.
Satu persoalan Basuh Baju,dalam RM1 yang diberi kepada mangsa Padang - sebenarnya berapa yang mereka(mangsa) dapat?
Sebab dulu aku dengar derma ke Gaza dulu - setiap RM1 diberikan kepada mangsa - 50sen dah dikebas penganjur (you know who).20 sen untuk Palestinian Authority(government Palestin Mahmoud Abbas),15 sen untuk orang yang menguruskan pengangkutan untuk ke kawasan tu.Tup-tup yang dapat kat mangsa Palestin tu 5 sen je.Out from RM1.
Sebab tu aku tak caya nak bagi-bagi duit pakai SMS atau bank.Nak bagi - bagi je terus.Pergi sana - kalau tak mampu tu - nak buek camno..bagi je la RM1 tu walaupun yang dapat kat mangsa tu hanya 5sen..
p/s:sorry..15 sen je yang mangsa Palestin dapat.Sorry salah type plak hahaha!
lu buat hati gua suci putih hari ni..
Nami: sebab tu aku suruh sms. sebabnya bukan semua dari kita tau dan mampu nak gi bagi kat sana.
aku percaya ramai di kalangan kita hendak membantu. cuma tak tahu saluran. apa yang aku buat ialah menunjukkan saluran/jalan itu kepada mereka.
macam ko gi masjid time jumaat. bukan ramai yang ada niat nak derma, tapi bila tabung tu bergerak dan ada depan mata kau, mesti terdetik kat hati tu untuk derma kan?
samalah macam sms ni. mungkin tak ada orang berfikir nak derma, tapi bila dah tahu betapa senangnya nak tolong, mungkin mereka akan sms dan membantu.
kalau sms pun dirasakan susah/payah, aku tak tahulah cara apa lagi.
pasal berapa yg mangsa sana dapat, itu aku tak dapat pastikan. yg ptg kita dah lakukan bahagian kita dalam membantu. pihak penganjur- kalau mereka songlap atau seleweng, itu bahagian mereka utk diaccountable oleh yang Maha Esa.
Okey, sms sekarang! haha
Bro, I came across after Rocky Bru has mentioned u on his blog.
Surprisingly regarding about this topic, I found that ur language is very catchy. Maybe u should join creative agency? ^^
really like your writing. I am very much BANGSA MALAYSIA.
oh ye, terima kasih kepada yang dah sms.
peh- macam gua duta celcom je.haha
bagus betul budak Basuh Baju ni....elok buat menantu ni...hehe
saya sama seperti rakan2 lain di atas. walaupun geram dengan orang2 di sana, tapi basuh baju berjaya ubah persepsi saya.
Aku ada saudara kat sana.Aku bagi duit kat sana - pastu dia agih-agihlah kat situ.
Aku kira bernasib baik ada saudara,yang takde saudara nak buat macam mana kan?
Tapi yang bagi pun abah aku.Aku nak membagi ni - aku sendiri pun belum mampu berdiri lagi.haha!
p/s:aku tukang pos duit je.hahaha!
Post a Comment