Friday, October 9, 2009

Negara Kita Wajah Kita

ISA SAMAD CALON RASUAH- Harakah

JIN NOTTI LAWAN MOMOK?- Mstar

OPS SIKAP GAGAL?- Berita Hairan

********************************************************************************
Kita selalu bising-bising mengenai apa yang berlaku di negara kita. Antaranya politikus kita yang kaki rasuah, filem Malaysia macam sampah dan jalan raya di Malaysia ibarat medan perang. Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita selalu bising. Contohnya kualiti pendidikan, taraf sukan dan daya intelektual yang rendah.

Satu hakikat yang kita terlepas pandang ialah semua ini adalah cerminan (reflection) daripada diri kita sendiri. Negara kita wajah kita.

Kita bising-bising mengenai politikus kaki rasuah. Kita menentang Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang kerana beliau kaki rasuah. Tetapi kita terlepas pandang bahawa ramai rakyat Malaysia- walaupun bukan politikus- juga adalah kaki rasuah. Penjawat awam rasuah. Polis rasuah. Peniaga rasuah. Cikgu rasuah. Ustaz rasuah. Semuanya rasuah. Kalau tidak, mengapa si kaki rasuah seperti Isa Samad masih boleh menjadi pemimpin dan calon? Cuba bayangkan masyarakat kita sendiri tidak ambil rasuah, sudah lama politikus begini tak akan naik pegang jawatan. Negara kita wajah kita. Politikus kita cerminan perangai rakyat kita.

Filem Malaysia macam sampah. Kualiti hancur. Berlakon kaku. Tak ada nilai langsung. Macam menghina daya intelek kita. Tapi sekali lagi kita lupa bahawa filem sampah inilah yang digemari oleh rakyat Malaysia. Kalau tidak, kenapa boleh kaut sampai berjuta-juta ringgit? Kalau tidak, kenapa filem-filem hebat seperti Mukhsin sekadar tayang cukup syarat? Hakikatnya rakyat kita memang tak suka berfikir dan suka menonton filem-filem yang dikatakan sampah ini. Negara kita wajah kita. Filem kita wajah kita.

Akhbar di Malaysia rasis, penuh dengan unsur lucah dan mistik. Ramai yang bising. Ramai yang pelik kenapa akhbar tidak menyiarkan berita-berita intelek. Tetapi hakikatnya akhbar-akhbar picisan inilah yang sangat laku dan dibaca oleh orang ramai. Tak percaya? Metro merupakan akhbar paling laris di Malaysia. Jelas di sini minda rakyat kita yang masih terikat dengan unsur mistik dan lucah. Kalau tidak, kenapa bahan bacaan ilmiah masih tidak laku? Negara kita wajah kita. Akhbar kita fikrah warga kita.

Orang ramai selalu hairan mengapa begitu ramai yang terkorban di jalan raya. Kemudian bising-bising menyalahkan kereta tak baguslah, jalan sesaklah, dan pengangkutan awam yang teruk. Tetapi hakikatnya sikap pemandu kita sendiri yang teruk. Kalau nampak lampu hijau, semakin nak pecut. Kalau lampu kuning, tak payah cakaplah- boleh-boleh nak menyempat jugak. Itu belum campur lagi dengan yang bawak motor cilok mencilok dengan berbahaya. Ada pulak yang suka bawak laju macam rumah dia nak lari. Negara kita wajah kita. Jalanraya kita sikap pemandu kita.

Di akhirnya macam yang kita selalu dengar- 1 jari tuding ke arah orang lain, 4 jari tuju kat diri kita. Kita selalu mengkritik dan bising-bising tentang segala hal di sekeliling kita. Tetapi ingatlah, kita juga menyumbang kepada perkara yang kita kritikkan itu.

Negara kita wajah kita.

8 comments:

Anonymous said...

Abdul Rahim Kajai, Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A Samad Said, Zainol Fakir (maaf kerana kurang arif berkenaan gelaran-gelaran (telah digugurkan dalam komen ini)); salah satu persamaan insan-insan hebat ini yang dilahirkan secara material ialah;


..ketukan dram bagi menambah debaran..


...


Majalah Mastika. Ini dulu majalah ilmuan. Sekarang?

Sekarang lebih laku. Sebelum dilakukan 'pembaharuan imej' seperti sekarang ni, majalah ini nyawa-nyawa ikan.

Memang cerminan diri. Apalah jiwa dan ideologi kalau fulus tiada, kan?

-Naj

Johan said...

we get what we deserve, not what we expect to get..

terompahkayu said...

betol 10x bro! tapi negara kita dah jadi wajah altantuya! hahaha

Extremist Thinker said...

nak tanye pasal rasis. adekah rasis jika menyokong bangsa sendiri?

ps: rujuk deklamasi sajak oleh adi putera dalam rancangan AC MIZAL td.

akoo rasa die tekan kan malay n islam.

ape pendapat?

nami o fish said...

Sebelum menuding jari kepada para artisan tentang KEMUNDURAN KESEDARAN SENI,eloklah aku menjawab sebab aku belajar seni.

Soal lain aku hold dulu tapi aku nak ulas pasal seni - sebab nko kata filem orang Melayu macam sampah - dan rakyat dikatakan suka tengok filem sampah ni - filem kita wajah kita.

Sebelum tu,cuba nko trace balik kepada pendidikan KBSM kita - Pendidikan Seni hanyalah main water colour dan potong-potong ubi kentang.Main gunting-gunting kertas tapi takde pemikiran.Sebab tu - Malaysia menghasilkan filem macam sampah.

Kalau nko bukak buku seni - ada macam-macam falsafah yang tersembunyi dalam satu lukisan.Ada macam-macam fahaman dalam satu tulisan.Ada macam-macam persoalan dalam satu teater.Cuma orang kita - tak diajar untuk berfikir - kenapa orang seni cakap macam ni?

Sepanjang usia aku,aku memang minat segala cabang seni.Apa segala cabang pun aku buat.Tapi orang salah faham dengan erti seni.Dari kecik kita dididik - lukisan yang cantik adalah seni.Kita tak melihat nilai-nilai abstrak dalam seni tu.Sebab tu bila tengok lukisan Pablo Picasso yang senget benget hidungnya,masyarakat kita tak boleh appriciate.

Seni memerlukan orang untuk berfikir.Untuk orang berfikir perlu diajar terlebih dahulu.Orang mat salleh bila tak biasa macam pedas,dia tak boleh terima sambal belacan - walaupun bagi kita sedap.Sebab dari kecik dia tak diajar untuk makan benda pedas.

Sebab tu,kena ajar anak-anak pasal pendidikan seni - dengan cara yang sepatutnya.Bukan lukis-lukis dan potong-potong ubi kentang je.

Aku boleh komen bahagian seni,bahagian lain tu,bagi la orang lain comment.

Basuh Baju said...

Tanpa nama: mastika dulu memang ilmuwan. kenapa mastika boleh berubah dari berilmu kepada tak ada ilmu? kerana ada usaha terancang membodohkan kita? atau sebenarnya ramai warga kita yang semakin bodoh dan mastika hanya menyediakan mengikut apa yg mereka inginkan?

JOhan: absolutely.

Terompahkayu: kira cun ar wajah negara kita kan? hehe

Extremist thinker: menyokong bangsa sendiri, boleh kata rasis boleh kata tidak.

cthnya kalau bangsa kita banyak rasuah- adakah nak sokong bila si kaki rasuah yg gunakan bangsa utk menyatukan kita agar kita tak membenci kesalahan rasuah mereka?

tp bagaimana kalau kita membeli di kedai runcit milik bangsa kita. niat di hati ingin mebantu mereka. tp adakah ia rasis? atau ia menolong? kalau menolong adakah atas dasar bangsa atau atas dasar kemanusiaan?

Nami: betul. pendidikan adalah kuncinya. dan seni adalah salah satu cabang.

so beb, ko rasa betul tak apa yg berlaku ini adalah cerminan kepada diri kita sendiri?

nosebleeding said...

sbelum memulakan ritual berfikir, aku nak cuba cuba tuding 1 jari ke arah orang lain, manakala 4 jari ke tuju diri sendiri.

balqissy said...

wajah kita. as u said earlier, tak ramai orang 'kita' ni yag suka berfikir. mereka lebih suka menerima bulat-bulat apa yang dilontarkan media. bukannya kaji, dan fikir.

jadi, kadang2 fikir jugk. walaupun kita dalam satu malaysia, tapi 'kita' tak sama. kan?