Tuesday, October 6, 2009

Garisan Rasisme

Apa itu rasis?

Soalan yang cukup mudah. Dan selalu juga kita dengar. (lagi-lagi semenjak PRU 12). Tapi pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri apa yang dikatakan sebagai rasis?

*
Adakah rasis apabila kita merujuk sesuatu perkara itu dengan bangsanya?

Contohnya berita seperti "90% orang melayu masih makan gaji." Atau berita seperti "70% penghidap kanser pangkal rahim ialah kaum cina." Bagaimana pula dengan berita "Orang india antara penyumbang tertinggi kes jenayah."

Ada sesetengah orang berkata ini rasis. Mereka berpendapat tidak perlu melihat sesuatu perkara itu pada bangsanya. Lebih baik dirujuk kepada 'bangsa Malaysia'. Ini lebih baik kata mereka. Hujah ini ada meritnya jika kita tidak sukakan label yang memisah-misahkan kita.

Tetapi adakah ianya menyelesaikan masalah? Jawapannya tidak.

Kadangkala kita perlu merujuk sesuatu perkara dengan bangsanya. Kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa setiap bangsa mempunyai cara dan keadaannya tersendiri. Ini pun yang menjadikan setiap bangsa itu unik dan berbeza. Dan dari situ kita dapat mengkaji punca dan sebab berlakunya perkara tersebut.

Contohnya mengapa orang india paling banyak melakukan jenayah. Mungkin ada kaitan dengan taraf hidup orang india yang masih ketinggalan di Malaysia. Begitu juga mengapa orang cina paling banyak menghidap kanser pangkal rahim. Mungkin dalam ilmu perubatan, orang cina mempunyai 'gen-gen' yang lain daripada bangsa lain hasil daripada gaya hidup mereka. Samalah juga mengapa orang melayu masih ramai yang makan gaji. Mungkin budaya hidup orang melayu dari nenek moyang lagi yang bukan dari orang pandai berniaga.

Cuba bayangkan jika kita rujuk masalah-masalah ini sebagai 'bangsa malaysia'. Adakah kita dapat mencari puncanya?

Jadi, adakah merujuk sesuatu perkara dengan bangsa dikatakan rasis?

*
Kemudian adakah rasis jika kita bercakap tentang nasib sebenar bangsa kita? Adakah menyeru kepada sesuatu bangsa ke arah kebaikan dan kemajuan dianggap rasis?

Ada yang berkata lebih baik menyeru kepada negara secara kolektif untuk maju. Bukan menyeru kepada bangsa. Ini logik mudah. Kalau bangsa tak maju, bagaimana negara nak maju? Kalau orang melayu tidak maju, adakah Malaysia dikira sudah maju? Kalau orang india masih ketinggalan, apa maknanya kemajuan di Malaysia?

Sekalipun kita menyeru kepada negara dan bukan bangsa, kita tidak akan lari dari berkata tentang bangsa ini dan bangsa itu. Mengapa? Kerana sekali lagi hakikat bahawa negara kita ialah berbilang bangsa.

Sebenarnya yang rasis ialah apabila kita menghasut kebencian kepada kaum lain dalam menyeru kemajuan bangsa kita. Contohnya seperti kata-kata 'kita akan dihalau' dan 'kaum pendatang yang jadi tuan'. Ini baru dikatakan rasis. Seruan apa begini yang menakut-nakutkan. Bukannya membawa kepada kebaikan tetapi kepada kepada kebencian. Bagaimana nak maju dalam kebencian?

Oleh itu, jika kita menyeru dengan baik, tanpa menghina dan menakut-nakutkan bangsa kita, ia bukanlah perkara yang rasis. Samalah seperti menyeru Berbatov bermain bola dengan baik demi kemajuan MU tanpa perlu menghasutnya membenci Rooney yang tengah on-form.

*
Di akhirnya apa sebenarnya yang dikatakan sebagai rasis? Terdapat banyak tafsiran bagi setiap individu. Ada yang berasa rasis bila kita membuat kelakar tentang keadaan bangsa lain. Ada yang berasa rasis bila kita memberitahu perkara sebenar tentang sesuatu bangsa. Malah ada yang berasa rasis untuk menyatakan apa bangsanya di borang pendaftaran.

Jadi, apa garisan rasisme di mata anda?

36 comments:

nami o fish said...

Rasisme adalah anak kepada satu fahaman yang lagi besar - fasisme.

Bagi aku la,kalau berkata "70% orang Cina mangsa kanser rahim" atau "nilai matawang rupiah lebih rendah dari ringgit" - kalau pemikiran bawah sedar nko boleh tangkap ape aku tulis ni - itu adalah fakta.

Kalau aku cakap benua Afrika adalah benua paling miskin - tak bermakna aku ni rasis dan bencikan orang Afrika.Sebab itu adalah fakta dan kita perlu memikirkan kenapa jadi macam tu.

Bagi statement "kaum pendatang jadi tuan","orang Cina kaya orang Melayu miskin" - ini yang masalah.Sebab tu identifykan antara statement positif dan statement negatif.

Kalau aku kata Berbatov kena meningkatkan formnya,untuk seiring dengan form Rooney - sepatutnya fan MU ambil ia sebagai positif.Malangnya statement aku dianggap negatif dan aku dihalau dari forum MU.

Konsep kemahiran berfikir tu - negatif atau positif - orang kita belum mahir.Dia tahu ambil statement bulat-bulat lepas tu tak analisis belakang statement tu.

Sama macam aku banyak kali kritik Diana Danielle - sebenarnya bukan aku kritik dia secara personal - tapi aku kritik orang yang dikelilingnya yang menjadikan dia macam tu.Diana Danielle boleh jadi seorang perempuan yang cantik dan bijak kalau orang disekelilingnya bijak.Tapi bila aku kata pasal Diana Danielle - orang kata aku benci dia pulak.Ada pulak begitu.Kesian dia,cun-cun pun kena kutuk.Hahaha!

obegod said...

Pada saya, bukan rasisme per se yang isunya, tapi mcm mana membalas kata-kata yang mengguris hati (lazimnya, yang paling menyakitkan adalah menyentuh identitas peribadi yang kita tidak mengubah, seperti muka, warna kulit, dll).

Dan juga pada saya, censorship dan hate crimes laws bukan sahaja bukan penyelesaiannya, tapi sebenarnya menambahkan lagi suasana yang tegang di antara kaum. Biar ruang pembicaraan dilapangkan supaya dialog inter-etnik dapat berlangsung dan maju ke depan.

yusuf mujahidin ™ said...
This comment has been removed by the author.
yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualikum bro bb

sy cdgkn saudara dn shbt bloggers tgk filem indie - gadoh.

akar umbi rasisme dlm konteks Malaysia dikupas dgn baik

Johan said...

bagi aku,rasisme adalah:

-bila kita mengaggap bangsa sendiri lebih superior dari bangsa lain atau satu bangsa tertentu.

-bila kita membenci orang dari bangsa lain

-bila kita prejudis atau mendiskriminasi bangsa lain

-bila kita komen secara menghina tentang warna kulit,fizikal,etc..

bagi aku,menyatakan fakta2 tentang keadaan sosial sesuatu kaum bukan rasisme..tapi,cara kita bercakap tentang fakta2 ni mungkin kadang2 boleh dianggap rasis..

contoh;
"ramai orang India mengalami masalah ketagihan alkohol" - ini bukan ayat rasis,cuma memberitahu kebenaran

"India tak guna,kaki botol" - ini walaupun hakikat ramai orang India kaki botol tapi ayat ni digunakan dengan niat menghina

macha_sezs said...

sokong yusuf mujahidin

maawa ghazali said...

sebenarnya kebanyakan kekecohan dan kekalutan berlaku berkenaan rasis hasil daripada salah penaksiran tentang rasis. mereka tidak dapat menerima hakikat sebenar daripada fakta yang sah.

satu lagi adalah walaupun kenyataan itu adalah fakta, kita kena juga ambil kira niat sebenar fakta itu dikeluarkan dan cara penyampaian.

sebenarnay mengagung-agungkan bangsa dan menjatuhkan-jatuhkan bangsa adalah satu sifat yang harus dikeluarkan daripada diri kerana setiap bangsa ada kelebihan dan kelemahan sendiri...


p/s: aku juga rasis terhadap satu bangsa ni...bangsa Yahudi

nami o fish said...

respond to maawa ghazali.

anda racist kepada Yahudi - bermakna anda sendiri mempunyai sifat yang sama seperti Zionis - racist.

Kalau diperhatikan - dari Nabi Ishak sampai Nabi Isa semua adalah Yahudi - apakah berdasarkan penaksiran pemikiran anda,saya boleh berkata yang "anda benci semua nabi tersebut"?

Yahudi adalah manusia.Yahudi yang memberi makanan kepada miskin adalah lebih mulia daripada orang Islam yang angkuh dan menindas orang.

Sebab tu saya lebih suka Noam Chomsky dari Al-Mansour al-Nahyan taukey Manchester City.Saya lagi suka Leonard Cohen daripada Raja Arab Saudi.

Think.

Basuh Baju said...

Nami: ko mengharap diana danielle ni..hehe

sebenarnya nak bezakan antara rasis atau tidak- payah kan?

Tak semua orang boleh berfikir antara positif dan negatif sesuatu statement.

amek contoh entry Dr M pasal kaki dalam kasut yg bercakap benar ttg siapa tuan siapa bukan tuan.

Kalau guna simple logic, kita akan terus kata Dr M rasis.

Tapi sebenarnya Dr M berkata benar. Cuma mungkin yg boleh diragukan ialah mengapa Dr M buat statement tu.

Obegod: mereka yg menyentuh peribadi untuk menjawab kritikan atau untuk menundukkan si pihak lawan adalah orang yang tak ada modal. Dlm bahasa mudah loser.

Sebab itu je yg dia mampu nak kata.

Memang betul pun. Rasanya tak perlu nak asyik2 kata perkara ttg bangsa dan hubungan antara bangsa ini perkara yg sensitif. apa sensitifnya?

Rasanya dengan ada ruang diskusi antara kaum, mesti lagi rapat hbgn kaum kerana kita akan lebih memahami.

Tapi tgk jgklah siapa yg dijemput dan siapa yang hadir. Kalau jemput Ibrahim Ali dan yang datang tgk ialah putera UMNO, bahaya juga..haha

Yusof: Dah beli dah. tapi tak tengok lagi..hehe

Johan: definisi rasis kau tepat. dan hampir semua aku setuju.

Tapi herankan, kenapa orang suka kutuk orang yg gelap, gemuk, dan sepet?

tak ada pulak orang nak kutuk org tu sebab org tu cerah dan kurus..hehe

Okey, kau cakap menyatakan fakta2 tentang keadaan sosial sesuatu kaum bukan rasisme.

Apa komen kau ttg entry Dr M pasal kaki dalam kasut? Aku rasa Dr M sekadar beritahu fact. Tapi kenapa orang cop dia rasis kat posting tu?

(sebab aku baca komen2 kau kat TT kutuk giler2 kat Dr M.) :)

Basuh Baju said...

Johan: satu lagi nak tanya, kau ckp rasisme bila kita diskriminasi bangsa lain.

Kau rasa DEB tu dasar yang rasis ke tidak? Sebabnya dasar tu pun menolong bangsa lain juga. Tapi kenapa orang asyik attact DEB sebagai dasar yang rasis?

Ada pandangan?

Maawa: Ini apa yang anda kata "sebenarnya kebanyakan kekecohan dan kekalutan berlaku berkenaan rasis hasil daripada salah penaksiran tentang rasis. mereka tidak dapat menerima hakikat sebenar daripada fakta yang sah."

Fakta- Kebanyakan Nabi terdahulu adalah yahudi.

Takkan kena benci yahudi?

Aku tak benci yahudi tapi aku benci zionis. Aku sokong Islam tapi aku tak sokong Raja Saudi.

maawa ghazali said...

saya tidak mengatakan yang saya betul..tidak semua orang sempurna. tetapi saya selalu berharap ingin mengubah sikap rasis ini.saya jujur dengan pemikiran saya...tetapi janganlah pula dikaitkan yahudi sekarang dengan nabi-nabi terdahulu. sungguh jauh sekali... ini adalah pemikiran tidak matang saya. sebab itulah saya letakkan dalam p/s; menunjukkan ianya keluar dari hati saya pada masa tersebut...

jangan cepat melatah (satu lagi sifat rakyat malaysia)

Basuh Baju said...

Maawa: Owh itu ke point anda..sebenarnya sifat rasis memang ada pada diri setiap insan. Tipula kalau nak kata tak ada langsung kan.

Sebabnya manusia memang membesar dan dibesarkan dengan persekitaran rasis. Lagi2 di malaysia. Itu belum dikira dengan agenda fasis lagi.

Jadi sekalipun pandangan anda jujur yang membencikan yahudi, saya pula jujur ingin memberitahu anda tentang fakta sebab anda pun cakap nak perbaiki pandangan.. :)

ps: tak melatahlah. Kalau melatah dah kutuk2..

lafemmerouse said...

To Maawa Ghazali:

My mom is part Turkish,Irish and JEW.My dad is Malay so I'm Turkish,Irish,Malay and JEW.

I'm definitely not a Rasul(I'm female),but I'm Muslim.So,are you trying to say that you hate me due to my mom's ancestor(Jew)?

Hate Zionist not Jew.Hate Nazi not Germans.Hate Ketuanan Melayu not Malays,okay?

I won't tell you how much Jew scientist in the world who dedicate his entire life towards progress of this world.You have be an ignorant if you hate Jew but in the same time you wish people with mental problems can be cured(Sigmund Freud does that),Albert Einstein with his mass energy equivalence theory,without his e=mc² you won't even think electricity,let alone Internet.

When ignorance came with hatred,it's simply to say "I hate Jew" rather than to think how much Jew contributions to the world.Unless you have a gene of Adolf Hitler,sorry to say,I won't forgive you to saying that.

maawa ghazali said...

thank you for being so emotional...
we dont need that here
whatever you say...i dont seek your forgiveness...

i already said that it's my opinion. my fast without thinking opinion. the real meaning of what i have said is i dont like the jews that keep attacking

of course they are good (refer to the scientist that she said).maybe u are good too..but there must be some reason why allah give them so nice brains. after all, all the knowledge come from Allah...

yes maybe you have some blood... maybe i have too, maybe not..
but it is really matter?
i ask you. do you actually proud what zionis(which is mostly jews) are doing right now?
if a malay killed one from other race, not only i hate that malay, but i actually curse that malay even though i am malay

lafemmerouse said...

I stated my statement earlier.Hate Zionist not Jew.I hate Zionist.I hate Arab who kills Africans in Darfur too.I hate ethnic cleansing,whether Zionist trying to kill all Palestinian in West Bank and Gaza Strip,as well as Hitler did to sweep Jew away from Europe.

My boyfriend is Palestinian,who is right now coming here to Canada with UNHCR passport,so I know about Palestine more than you do.More than most Malaysian do.

So he can accept me as quarter Jew,and he is Palestinian Arab,why can't you?

I don't want to attack you,dear.I want to attack the idea that only Jew creating problem on this Earth.The idea which created by Islamic fundementalist by al-Qaeda or Hamas will only destroy humanity and harmony.When Israeli force blow my boyfriend's house at Tulkarem,killing his uncle and beloved family,he didn't blame Jew,because one good kind Jew family smuggle him out from West Bank by using Israeli passport.

Now,are you want to hate Jew people who help one Arab guy to seek for freedom and future?

mamai said...

rasis adalah semua bangsa,agama,politik,ekonomi dan sosio masyarakat itu adalah rasis didalamnya dan disekelilngnya adalah rasis.

rasis datang dalam banyak bentuk dan rupa...

maawa ghazali said...

anda fikir anda tahu kesemuanya....
susahlah macam ni

Jajang said...

nak tanya...adakah ini ayat rasis?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu)

bagaimana pula ayat ini

Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu dan pohon berkata : Hai muslim ! Hai hamba Allah ! Ini Yahudi dibelakangku, kemarilah aku, bunuhlah dia ! Kecuali pohon ghorqod, maka itu adalah dari pohon-pohon orang Yahudi

Oh Me said...

nasmi dihalau dari forum Man U? kah kah kah....sian.

Sian itu fakta ok.

"Kau rasa DEB tu dasar yang rasis ke tidak? Sebabnya dasar tu pun menolong bangsa lain juga. Tapi kenapa orang asyik attact DEB sebagai dasar yang rasis?"

setuju dengan BB. U the bestlah...dah boleh buat parti sendiri dah 20 tahun nanti hehe

Johan said...

sebenarnya DEB adalah dasar 'positive discrimation' pada asalnya..pada asalnya,DEB tak boleh dianggap rasis sebab rasisme itu niat buruk dan DEB tak bertujuan untuk menindas..tapi along the way,DEB ni dah disalahgunakan dan dah bermutasi menjadi satu alat 'political mileage' dan di mana yg banyak mendapat keuntungan darinya adalah segelintir saja..ini jauh tersasar dari tujuan asal..tapi harus difikir,yang segelintir tu Melayu je ke?

seburuk2nya DEB adakah sebenarnya ia rasis?bagi aku DEB adalah dasar yang menindas semua rakyat biasa..

mereka (ahli politik) yang menyerang DEB sebagai dasar rasis sebenarnya sedang 'oversimplifying' hakikat sebenar DEB..mungkin untuk tujuan agar senang dihadam oleh rakyat atau lebih mudah dengan cara ni untuk menjana kebencian terhadap umno..

nami o fish said...

respond kepada Jajang.

ni la akibatnya bila ada pemikiran satu hala.pemikiran dah dibonsaikan oleh tok imam dan tok kopiah.

bagi satu contoh,dalam satu ayat al-Quran ada menyebut(not exactly tapi lebih kurang)

Dan hendaklah kamu bersyukur,sesungguhnya orang-orang yang bersyukur adalah orang-orang yang soleh dan beriman.

Sekarang,kalau Barisan Nasional nak buat propaganda - kamu hendaklah bersyukur dengan kemajuan yang Barisan Nasional bawa kepada negara - dia boleh gunakan ayat ni sewenang-wenangnya kan?

Tengoklah ayat Quran dan macam mana nko letak perspektif tu.Kalau contoh jihad,macam mana al-Qaeda mewajarkan meletupkan bangunan gudang makanan UN dengan jihad.Tak ke perspektif songsang tu.

Ez - ibu dia seorang Yahudi yang memeluk Islam.Jadi secara teknikalnya dia seorang Yahudi yang beragama Islam.Sekarang - Yahudi dalam al-Quran tu cakap ape?

Itu Judaisme bukan Yahudi.Yahudi adalah bangsa bukan agama.Judaisme adalah agama orang kebanyakan Yahudi - tapi ada Yahudi yang Islam,Kristian dan ada yang atheist.Albert Einstein dan Sigmund Freud seorang atheist.

Lain kali jangan asingkan buku Sains dengan al-Quran.Nanti kalau dah jadi perspektif songsang - susah orang nak explain.

obegod said...

jajang,

banyak yang hilang dalam terjemahan dari lugha arabiyyah ke dalam bahasa melayu, apalagi kesemua al-quran di dalam bahasa sajak kuno dari 1500 tahun dahulu. (Ya, saya tahu petikan kedua adalah hadith walaupun bukan formal dalam bentuk sajak, tapi bahasanya masih dalam register yang tinggi sangat.)

Apakah kita pasti kita menerima maksud yang sebenar?

Yahudi berasa selamat hidup di bawah naungan Islam selama beratus-ratus tahun. Dengan pemahaman hadith yang diutarakan, apakah yahudi ini sebenarnya ditipu, dibenci, dan dilenyapkan secara sembunyi oleh amir-ul-mu'mineen?

Johan said...

somehow,perkataan 'Yahudi' ni dah lost in translation macam yang obegod cakap..mempersoalkan terjemahan dan pemahaman ayat2 suci bukan bermaksud kita mempersoalkan ayat2 suci tersebut

Jajang said...

ayat pertama saya ambil dari terjemahan al-quran

ayat kedua adalah terjemahan hadith


jika anda mengatakan kedua-duanya mempunyai pemahaman yang salah, maksudnya kesuluruhan terjemahan al-quran dan terjemahan hadith tersebut adalah sangsi (doubtful) akan kebenarannya...

kalau anda benar (itupun kalau anda benar) ini sudah bahaya kerana boleh menyesatkan umat islam.

kalau anda tahu apa yang betul (itu pun kalau anda tahu), saya harap anda tidak hanya bercakap disini, tampillah ke depan untuk mengubahnya...

saya tahu ia bukannya mudah, perlu melakukan banyak kerja tetapi ini sudah menjadi tanggungjawab... akan dipersoalkan di dalam kubur nanti...betul tak

saya hanya mengambil terjemahan tersebut dan meletakkan di sini. jika anda mengatakan ianya salah, takkan saya ingin mengatakan kepada kawan, ustaz, imam, tuk kadi dan semua orang bahawa ianya salah. siapa anda, siapa saya, siapa mereka. siapa betul siapa salah, saya sudah konfius sebenarnya.

kalau anda rasa anda betul, lakukan sesuatu...wajib bagi mereka yang mengetahui untuk menyampaikan...tabligh

salam...

Anonymous said...

Sekadar pendapat;

orang Melayu akan sentiasa dicop paling rasis di negara ini. Kenapa? Kerana bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu yang difahami semua. Maaflah kerana sikap prejudis saya (mungkin ini juga lahir dari kepekatan rasisme dalam diri saya), tapi kenapa agaknya ada tentangan yang begitu hebat, tegar dan secara umumnya diterima sebagai tidak rasis apabila ada cadangan untuk mewujudkan sistem satu sekolah? Lebih hairan lagi, cadangan sistem satu sekolah ini pula dianggap rasis!

Ini hujah saya; rasisme dalam Melayu dianggap begitu teruk dan memalukan sekali; orang Melayu asyik mempertahankan ketuanan dan hak orang Melayu, mengancam kaum lain sebagai pendatang dan sebagainya.

Di sebelah yang lain pula, kaum lain hanya mempertahankan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum berkenaan agar tidak dikongsi secara terbuka (di sekolah) sebaliknya hanya diajarkan secara eksklusif di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Sekarang, dalam banyak-banyak tulisan, ulasan dan laungan dalam bahasa-bahasa yang orang Melayu tidak faham ini, ada berapa banyak agaknya yang serupa sifatnya dengan seruan Dr M (atau orang-orang Melayu lain yang kita sebut sebagai rasis)?

Dari sudut sokongan pula, apabila orang menulis yang baik-baik dan/atau berunsur 'pembelaan' tentang kaum kita, kebiasaannya kita akan terima (hujah pujian/pembelaan) insan tersebut biarpun ada terselit isi-isi rasis. Jadi orang-orang yang faham (bahasa tertentu yang tidak difahami orang lain) dan membaca hasil nukilan sebagaimana tulisan Dr M (dalam bahasa-bahasa yang mereka faham), adakah mereka akan membantah kata-kata pujian dan/atau pembelaan terhadap kaum mereka? Mungkin persoalannya di sini bukan rasisme Dr M, tetapi hukum purata (law of averages). Orang Melayu paling rasis kerana orang Melayu gunakan bahasa yang semua orang faham.

Berkenaan Yahudi, ini ialah suatu kaum yang sumbangan sesetengah daripada ahlinya begitu mengkagumkan sekali. Penulis yang saya kagumi juga seorang Yahudi. Bagi saya yang wajar dibenci sebenarnya ialah negara Israel dan dasarnya yang kejam. Hujah benteng demokrasi rakyat dalam meng'ganyang Malaysia' ialah 'orang Malaysia jahat kerana tidak lakukan apa-apa bila ada orang Malaysia yang menyeksa orang Indonesia'. Adakah semua orang Yahudi jahat kerana tidak melakukan apa-apa bila dasar negara Israel menindas orang-orang Islam? Apakah yang ORANG-ORANG ISLAM (yang tidak ditindas secara langsung di Palestin) sendiri lakukan?

p/s: adakah syarat 'Ablity to speak Mandarin is an advantage' itu tidak rasis? Adakah terdapat sebarang usaha mengajar bahasa Mandarin kepada orang-orang Melayu dan India di kampung-kampung dan ladang-ladang getah (yang rata-ratanya hidup susah) agar mereka mempunyai 'advantage' untuk memohon pekerjaan yang meletakkan syarat ini?

-Naj

nami o fish said...

OK Jajang,kita jangan ambil ayat quran atau hadis - karang dituduh menyesatkan orang.

Kita bagi satu contoh ayat.

"Saya suka warna biru".

Bagi perspektif positif - biasalah,ada orang suka warna biru.Tapi bagi perspektif negatif - warna biru boleh direlatekan dengan pornografi(video blue - tak tau mana datang konotasi macam tu).

Sekarang,seni/cara ini dipanggil sebagai pemesongan idea melalui perkataan.

OK,macam contoh ayat al-Quran dan hadith yang anda bagi tu,memang sahih datang dari al-Quran atau hadith.Itu saya tak nak soal.Yang saya soal adalah perspektif anda terhadap ayat dan hadith tersebut.

Perspektif boleh bertukar tanpa mengubah satu huruf atau satu tanda dalam ayat al-Quran.

Sekarang faham tak Encik Jajang?

Kalaupun nak jadi tabligh atau penyampai - sampaikanlah mengikut perspektif yang sebenar dan jangan mengikut perspektif yang menyongsangkan.

TU YANG JADI TERRORIST LETUP GUDANG MAKANAN TU..SALAH IKUT PERSPEKTIF...

Basuh Baju said...

Oh me, Johan: DEB tak salah. Perlaksanaannya yang semakin tak betul.

Tapi nak kata DEB ni hanya kayakan segelintir orang melayu ada betulnya. Cuma DEB banyak juga membantu kebanyakan melayu. Terutama dari segi pendidikan. Kita boleh tengok dengan DEB, ada MRSM, ada biasiswa utk anak melayu luar bandar. Hasilnya semua jadi profesional dan bekerja dengan bagus.

Aish, nak cakap pasal DEB ni penjanglah. Cuma satu perkara yang kita perlu terima, sesuatu perkara yang bagus akan jadi tak bagus bila dah obsolete.

DEB mungkin satu contohnya. Sebabnya kerana dah terlalu lama DEB ni wujud, orang dah tahu manipulasi sistem/dasar DEB ini. So tidak dapat tidak kena move forward dgn dasar ekonomi yang baru.

Naj: komen yang bagus. Sebab itu ada cadangan akhbar cina diterjemahkan atau diterbitkan dalam bahasa melayu. Supaya semua orang boleh baca dan nilai sendiri.

syarat ability to speak mandarin boleh dilihat dengan dua perspektif. Pertama kalau kedai itu memang pelanggannya adalah orang cina. Nak tak nak kena ambil juga org pandai mandarin kan?

Satu lagi syarat itu ditaruk kerana memang niat tak nagi orang melayu dan india dapat kerja. Yang ini rasis.

ps: samalah juga bila ada kedai yang tulis 'women only'. adakah ia diskriminasi terhadap lelaki?

Johan said...

Basuh baju:
memang DEB ada meninggalkan kesan baik tapi gagal sampai ke tahap yang diinginkan..as we both nampak,dia dah tersasar..setuju,memang dah obsolete..dia dah jadi sesuatu yang causing problems,not solving problems anymore..sama ada DEB ni berjaya dimanipulasi sebab dah wujud terlalu lama atau memang dicipta untuk dimanipulasi,haha itu susah nak tahu..

naj:

tu lah,both sides pun ada prasangka dan buruk sangka terhadap satu sama lain..yang patut dipersoalkan sini,jujur ke mereka ni yang menjadi 'jurucakap2' bagi 'pembelaan' kaum masing2

lafemmerouse said...

nak tanya...adakah ini ayat rasis?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu)

bagaimana pula ayat ini

Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, lalu batu dan pohon berkata : Hai muslim ! Hai hamba Allah ! Ini Yahudi dibelakangku, kemarilah aku, bunuhlah dia ! Kecuali pohon ghorqod, maka itu adalah dari pohon-pohon orang Yahudi

Did you know during Caliph era Jew helping the Caliph to built their empire?Did you know calling a Jew as immortal enemies of Muslim can cause you against your own prophet?

How ignorant was that..You religious fascist don't have any idea why Turkey rejects people like you at the first place.

Calling a Jew as immortal enemy..because Palestinian massacre,open your eyes wide.ARAB PEOPLE KILL AFRICANS IN DARFUR.ARAB PEOPLE KILL ARMENIAN PEOPLE IN SYRIA AND ARAB PEOPLE KILLING EACH OTHER IN IRAQ.

Each and every crime in this world you have to relate to Jew?I can't tolerate with this sick mindset,and how "pakcik suka cakap kuat-kuat dalam ceramah" has manipulated religion and breed hatred inside you.

I don't call an unification of whole Jews,but calling the whole world unite and helping each other regardless race or religion.They are differences but so what?As long as we're respect each other,we're living in peace.We don't need Osama bin Laden or Ariel Sharon in this world.

Ignorant.All of you religious fascist.

Oh Me said...

Aku rasa diaorang ni banyak salah faham maksud racist tu sebenarnya..

Basuh Baju said...

Ez: Mak ayah kita selalu ajar kan masa kecik2 dulu 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.'

peh- ini pun dah macam lagu Wings Hukum Karma.hehe

The point is, from this quote, I believe we support those yang dizalimi dan tertindas tak kiralah negara apa, agama apa dan bangsa apa.

The same goes we should against those yang menindas, mengzalimi dan berbuat kejahatan tanpa melihat pada warna kulitnya,warganegaranya dan fahamannya.

Right? Agree with you.

ps: Is that all religions are all about?

Oh me: bagi kau pula, apa yang rasis? hehe

Oh Me said...

Ada racist dengan mulut...ada racist dengan perlakuan..belasah bangla, Indon, pendatang,(bukan sahaja bangsa lain seperti China dan India)Ini bahaya...ini yang patut ditegah...

ni statement Anon. Naj yang aku tak setuju :
"Ini hujah saya; rasisme dalam Melayu dianggap begitu teruk dan memalukan sekali; orang Melayu asyik mempertahankan ketuanan dan hak orang Melayu, mengancam kaum lain sebagai pendatang dan sebagainya"

aku tak faham dengan jelas maksudnya. tapi kalau tak silap aku..menurutnya kalau Melayu mempertahankan ketuanannya maka dia dikira sebagai racist....betulkah itu?

Ini yang aku kira dimana kekeliruan antara nasionalist dan juga racist..ianya dua bend yang berbeza.

Johan said...

oh me:

aku aku respond kat ko pasal nasionalisme dalam entri satu lagi tu..ok lah,aku tanya ko sini jela..napa nak memilih ethnic nationalism dan bukan civil nationalisme?ko tak nak ke semua bersama,kita give and take dan bersama2 semua kaum ke arah membina identiti nasional yang satu?..

nape kita nak pakai nasionalisme etnik?

Oh Me said...

Johan:

Bila pulak aku cakap aku side on ethnic nationalist ni?

Johan said...

oh me: kan ko ckp psl Ketuanan Melayu dan nasionalisme Melayu..itu nasionalisme etnik..

nami o fish said...

to Oh Me:

Kalau kita fikir soalan Paul Gauguin "Where Are We Come From,Why Are We Here?" mesti nko fikir tak perlu ada racist,nasionalis atau "fikir kaum aku".

Sama ada nko ikut teori Creationism atau Evolutionism,nko tau semua manusia datang dari satu.

Jadi - lebih baik protect semua manusia daripada orang yang sama colour rambut,sama colour kulit atau sama bahasa ngan nko je.