Friday, August 14, 2009

PPSMI lagi....

PAK SAMAD USUL DEMO ANTI-PPSMI - malaysiakini

Datuk A Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

**************************************************************************************************
1- PPSMI datang lagi. Dari orang yang sama. Kenapa isu ni tak pernah-pernah nak habis? I wonder why.

2- Sejak kerajaan membuat keputusan hapuskan PPSMI, saya agak terkejut kerana mendapati ramai rupanya yang mahukan dasar ini dikekalkan.

3- Bukti satu- 85 ribu daripada 100 ribu pengunjung blog Dr Mahathir mahukan dasar ini dikekalkan.

4- Bukti dua- persatuan Ibu Bapa juga mahukan dasar ini dikekalkan.

5- Bukti tiga- banyak sekolah-sekolah sudah adakan EGM tergempar dan meluluskan resolusi supaya mahukan PPSMI dikekalkan.

6- Ini merupakan bukti untuk mereka yang pro-PPSMI. Bagi saya dalam isu PPSMI ini tak ada satu pihak pun yang boleh dakwa mereka mewakili suara majoriti. Dalam UMNO- ada yang sokong, ada yang tidak. Dalam Pakatan pun, ada yang sokong, ada yang tidak. Tanya pakcik-pakcik duduk di luar bandar sekalipun, ada yang sokong dan ada yang tentang. Dua-dua lebih kurang.

7- Tapi yang saya bengang ialah di akhirnya suara pelajar tidak langsung diambil peduli. Pernah tak kita terfikir untuk bertanyakan pada adik-adik kita? Pernah tak kita selidiki apakah medium yang mereka mahukan? Yang nak belajar nanti siapa? A Samad Said ke? Ahli-ahli GAPENA ke? Khairy Jamaluddin ke? Anwar Ibrahim ke?Tidak.

8- Pelajar juga di akhirnya yang menjadi mangsa. Kejap kena belajar dalam BM, kejap kena dalam BI, kejap dalam BM balik. Woit! Kenapa tak buat referendum di kalangan semua pelajar? Biar mereka pilih. Biar mereka tentukan nasib mereka. Kenapa nasib mereka perlu diletakkan di tanagn politikus, sasterawan dan ibu bapa?

9- Secara jujur, saya cukup kesian dengan pelajar-pelajar sekarang. Mujur saya sudah tamat sekolah. Tetapi saya mempunyai tiga orang adik yang masih bersekolah. Kalaulah saya punyai banyak wang, mahu saja saya hantar mereka ke sekolah antarabangsa. Biarkan mereka tidak berasa di bawah sistem pendidikan yang flip flop. (untuk rekod, sejak keputusan memansuhkan PPSMI dibuat, sekolah-sekolah antarabangsa menerima kenaikan 100% jumlah permohonan. Ini maknanya apa?)

10- Saya ada cadangan- kenapa tidak diberi autonomi sahaja kepada setiap sekolah? Biarkan sekolah pilih sendiri sama ada mahukan PPSMI ataupun tidak. Sekolah lebih tahu kemampuan guru-guru dan pelajarnya. Malah dengan cara ini, ibu bapa ada pilihan. Yang nak anak mereka belajar dalam BI, pergilah hantar ke sekolah yang meneruskan dasar PPSMI. Yang tidak mahu, boleh hantar ke sekolah yang mengajar dalam BM.

11- Saya tidak nampak mengapa perkara ini tidak boleh dilaksanakan. Kenapa? Takut sistem pendidikan kita tidak selaras? Sejak bila sistem pendidikan kita selaras? Berjenis-jenis aliran sekolah tu apa?

12- Kadang-kadang pilihan itu perlu. Dalam hal generasi pelajar sekarang, mereka perlu diberi pilihan. Ingatlah, dunia di masa hadapan adalah dunia mereka. Bukan dunia politikus. Bukan dunia ibu bapa. Apatah lagi dunia kepada sasterawan (yang menghitung hari).


ps: I've heard textbook distributora are laughing all the way to the bank. Maybe we should reveal who's behind these company which rakes billion of ringgit. Politicians perhaps? or our so-called sasterawan? I don't know........ But I've a great feeling in future I'll become a textbook distributor. This is multi-billion industry you know... Ops..

17 comments:

Anonymous said...

Saudara basuh baju,
pada pendapat saya begini, sbb sy bekerja dalam bidang penganalisisan data, maka saya boleh katakan begini.

1.Bukti satu- 85 ribu daripada 100 ribu pengunjung blog Dr Mahathir mahukan dasar ini dikekalkan.-85000 ini majoritinya adalah penyokong Mahathir, dan undian melalui internet juga membolehkan sesiapa juga boleh mengundi berulang kali, malah sistem kemasukan data juga boleh diubah suai.

2. Bukti dua- persatuan Ibu Bapa juga mahukan dasar ini dikekalkan. -Berapa buah persatuan yang mahukan dasar ini dikekalkan? Ia harus berlandaskan fakta dan juga lokasi sekolah samada luar bandar atau bandar.

3. Bukti tiga- banyak sekolah-sekolah sudah adakan EGM tergempar dan meluluskan resolusi supaya mahukan PPSMI dikekalkan. Banyak sekolah-sekolah itu berapa banyak? Dan jumlah itu harus dibahagikan dengan semua sekolah maka perausan nya saya rasa amat kecil.

terima kasih.

Basuh Baju said...

dewamuzik:

bagaimana pula dgn kajian yg dibuat oleh meredeka centre? 54% sokong, 46% bantah?

jadi, apa pula kajian utk menyokong pihak yg bantah ppsmi?

:)

kuSut said...

ppsmi-usul utama utk memansuhkan ppsmi kerana bcggah dgn plmbgaan perskutuan dan ke arah memartabatkan bm. melihat dasar ini berlawanan dgn plembagaan prsekutuan, maka politikus bangkit berhujah. apabila bm pula semakin dipandang sepi di bumi melayu sndiri, maka sasterawan bangkit dari kerusi.

kita tahu, yg blajar tu, anak2 muda bngsa. tpi yg tntukan dasar adalah bukan merka. yg duduk di atas cuma memberi acuan kepada pmbentukan merka.

saya yakin, suara majoriti bagi dasar ini adalah dari golongan yang mahukan dasar ini dimansuhkan.

syahid said...

oh basuh baju..
i'm maybe the first batch which had to learn science and math in english to run that etems(ppsmi)
it quite fun but not that helping after finishing my SuckPrimeMinister(SPM)

bak kat abg nami...sains dan matematik bukan dikuasai dengan bahasanya...
tapi apa sains dan matematik tu...

tapi masa ppsmi nak mula tokey projektor dengan tokey laptop mmg senyum lebar tahap gaban...

setuju dengan basuh baju yang apa2 berkaitan dengan pendidikan...pelajar diutamakan...bukan keuntungan pihak2 pemodal...

segala dasar baru nak dilaksanakan mesti kerajaan tak nak dengar cakap pengundi..time election baru la terhegeh-hegeh

bayangkan adik-adik darjah satu yangg blaja sains dan matematik dalam b.inggeris tahun 2003 mengalami kejutan istilah pada 2012 di mana mereka sudah bermula mengambil sains dan matematik dalam bahasa melayu di tahap lebih tinggi bermodalkan asas sains dan matematik dalam bahasa inggeris sebelumnya

bangunberdiri said...

knp suara pelajar tak di peduli?
sebab system tak pernah benarkan pelajar untuk bersuara... mereka umpama babu yang jadi pak turut pada tuan tanah.... bila yang menggubal dasar pendidikan tu tak cerdik... macam mana pelajar-pelajar sekolah nk cerdik?... sepatotnya yang berdemo tu golongan pelajar..wakil dari sekolah2 yang merosot akibat perlaksanaan PPSMI...

Gedung Akal said...

Tuan,
Kesimpulannya mudah sahaja.
1.Boleh belajar Sains & Matematik dalam bahasa apa pun.
2.Tidak boleh belajar Inggeris dengan bahasa Sains & Matematik.

3. Bagi bangsa yang BESAR JIWA nya akan gunakan bahasa sendiri untuk belajar apa sahaja sains, matematik, fizik, seks, kimia, senaman, kungfu, muzik.

4. Bagi bangsa TERJAJAH jiwanya maka mereka akan rujuk bahasa BANGSA yang pernah menjajah mereka. Bangsa penjajah bahasa-bahasanya ialah English, France, Portugesse, Dutch,German, Rusia dan sebagainya.

5. Bayangkan ada bangsa yang belajar mahu jadi doktor bedah dalam bahasa perancis umpamanya Arab morocco atau belajar dalam bahasa Rusia bagi orang Armenia.

6. Tidak pelik bagi orang Melayu belajar Sains dalam bahasa Inggeris TETAPI ertinya mereka itu bangasa yang RENDAH INTEGRITI dan berjiwa Hamba. Itu sahaja.

7 Sahlah PIBG yang mahu kekalkan PPSMI itu mereka berketuakan orang yang berjiwa HAMBA dan Mahathir pun walau pun negarawan hebat tetapi beliau tuidak bangga dengan bahasa ibundanya.

Firol said...

tak habis lagi isu ni....sebagai pendidik,aku setuju dengan basuh baju sebab yang akan terkena natijahnya bukan politikus tapi budak yang bersekolah...

dekat bandar mungkin maslah ni tak ketara..

tapi di kawasan kampung memang ketara agak kesian tengok budak2, terkial-kial menjawab soalan dan membuat nota.

ada sesetengah sekolah mengambil tindakan drastik merubah kepada BM setelah kesan penggunaan BI yang agak merungsingkan dengan persetujuan murid dan ibubapa.

dalam sains tiada kesalahan tatabahasa diambil ketika membina ayat.sekaligus memberi kesan pada BI sendiri.

dalam math pulak agak jenuh murid nak membaca soalan jenis permasalahan

SEMUA NI POLITIK MEMANG DAH KACAU DALAM SEKOLAH...

Cob Nobbler said...

Referendum ke,tukar balik ke BM ke,bagi aku takde makna.

Kalau sains dan matematik ditukar ke bahasa Urdu sekalipun,takkan mengubah apa-apa.

Yang perlu diubah adalah sistem pendidikan.Sistem orientasi berfikir daripada menghafal.

Cuba tanya - Adi Putra budak pakar matematik umur 6 tahun tu apa cerita?

Joe said...

anak aku dah mula dapat score tinggi dalam matematik dan sains dalam peperiksaan pertengahan tahun.

bila dengar benda ni nak dimansuhkan, ok. mungkin lagi senang aku nak ulangkaji bersama anak aku tentang subjek ni. yelah. dah balik semula ke bahasa ibunda.

persoalan anak aku baru-baru ni. kenapa ayah ajar dalam bahasa melayu lak ni. kenapa tak dalam bahasa inggeris? saya susah nak paham.

terpukul aku dengan soalan anak aku tu.

haiya! kalau mau buat, kasi butut butut buat. kalau mau mansuh, kasi butut butut basuh!

Anonymous said...

Woit,pendidikan seks tak payah banyak-banyak bahasa.

Satu bunyi semua orang faham.Hahahaha!

HBM Consultant said...

Salam.

Kerana mendengar 'suara pelajar sekolah'lah maka akhirnya PPSMI ini diputuskan untuk dimansuhkan. Berikut adalah senarai kajian yang melibatkan 'suara pelajar sekolah' sebagai responden:

1. Kajian Antarabangsa TIMMS 2007.
2. Kajian Pembina.
3. Kesan PPSMI di Sekolah Rendah oleh Penyelidik IPTA.
4. Kesan PPSMI di Sekolah Menengah oleh Penyelidik IPTA.
5. Kajian Penerimaan PPSMI oleh Penyelidik IPTA.
(Boleh rujuk pautan di blog saya http://marni-ameera.blogspot.com/2009/05/tunggu-lagi.html)

Bagi mendapatkan laporan kajian yang jelas dan terperinci, sila baca di blog Professor Emeritus Abdullah Hassan :
http://profabdullah1.wordpress.com

Sesungguhnya kita tidak sesekali membantah PPSMI membuta-tuli tanpa mengambil kira suara pelajar. Namun, alangkan suara para intelektual sendiri enggan didengari, siapalah pula pelajar ini untuk didengari? Hasil kajian sebegini sememangnya tidak akan pernah dikeluarkan di media.

Sekian, harap maklum.

mendewa said...

Untuk adil lihatlah juga bagaimana pelaksanaan PPSMI dilakukan?
Tiada pun diambil kira suara guru, ibu bapa dan pelajar, juga PIBG.

Hanya kehendak seornga sahaja...pelaksanaan diadakan tergesa-gesa. Maka teraba-raba dan tercarilah yang lain merangka kurikulum juga kaedah pelaksanaan yang perlu diserta-mertakan.

Jelasnya memansuhkan PPSMI lebih mendatangkan kebaikan daripada meneruskannya. Tidak perlu diambil jalan tengah dalam menanganinya. Ajarkan Sains dan Matematik dalam BM dan perkasakan BI, itu hakikatnya.

Xpuasati said...

Kalo orang malaysia still tolak juga PPSMI.. nampaknye seperti menolak tuah. Orang nak bagi anak cucu kita semakin pandai, itu pun tak nak ke?

Basuh Baju said...

ha, kan aku dah kata dah...semuanya bising2 macam diorang yg nak belajar math dan sains..

aku bukan nak timbulkan soal PPSMI ni bagus atau tidak..

bagi aku, dua2 ada hujahnya. dan dua2 pihak juga lebih kurang sama je sokongan.

yg bandar- byk yg sokong.
yg kampung- byk yg tentang.

at last, aku cuba timbulkan bagaimana pelajar itu sendiri yg akan menjadi mangsa sesuatu dasar tetapi tidak diambil pndgn mereka.

mmg ada kajian, tp kalau setakat 90 buah sekolah daripada berpuluh ribu sekolah, adakah ia mewakili suara semua murid?

malah kajian itu pun tidak berintegriti. kalau kita tgk, soalan2 utk kajian itu bersifat simplistik. jawab ya atau tidak..

bukannya mengkaji secara mendalam apakah yg menyebabkan pelajar tidak minat. mungkin gurunya tidak bagus, mungkin bahan mengajar tidak lengkap..ttp hakikatnya objektif dasar ini tidak pernah diragui..

so aku boleh simpulkan satu je- pelajar tidak diambil kira pandangan mereka....

ps: stick to the issue. this is not about PPSMI or not. Its all about how the young generation..

karatz said...

salam
setuju kepada smua cadangan dan penyelesaian sedara dan sedari.

bagi aku,
PPSMI sbenarnya satu peralihan paradigma yang bagus untuk pelajar.
malah ia bakal menguntungkan para pelajar itu sendiri,jika diteliti dan dikaji secara dengan lebih mendalam.

masalahnya cuma ia di laksanakan secara terburu-buru,main terjah dan sekali harung.

wawasan dan perancangan yang dibuat memang superb.untuk anak2 melayu juga.supaya pandai dan menguasai sepenuhnya bahasa inggeris penjajah.tapi cara pelaksanaanya membuatkan segala2nya dianggap bodoh.

agak bangang jika ingin melihat seorang pelajar sekolah rendah di luar bandar akan sama hebat bahasa inggerisnya dengan pelajar sek rendah di kawasan bandar.utk satu jangka masa.dengan keadaan taraf sek yang berbeza dan bnyk kekurangan.malah sistem pengajaran untuk guru2 juga tidak diambil peduli.

sepatutnya kajian terlebih dahulu perlu dilakukan bertahun2 utk melihat keberkesanan PPSMI ini.pandangan dan maklumbalas dari cendekiawan,guru,ibu bapa masyarakat dan pelajar itu sendiri sepatutnya langkah yang terawal diambil.

menembak dalam gelap pastinya tersalah sasaran,walau sehebat manapun kita pandai membidik.

mansuhkan dahulu PPSMI,dan teruskan kajian mengenainya untuk masa akan datang.mungkin akan ada cara yang lebih efektif.

tapi fikirlah,dahulukan bangsa kita untuk kesenangan bangsa kita.
jangan senangkan bangsa lain dengan mempergunakan bangsa kita.


leg note : mau cari pendekar melayu

Cob Nobbler said...

Tanya kepada orang yang nak belajar tu.

Tanya adik-adik darjah satu tu.

Dorang yang nak belajar,bukan kita.

Betul tak?

Tapi bagi aku - bahasa apa pun,kalau sistem KBSM yang mengajar orang untuk "angguk-angguk geleng-geleng" tak mengubah apa-apa pun.

Kalau bahasa poyo orang cakap "anjakan paradigma".

Bahasa cool cakap "merevolusikan minda".

Bahasa paling simple - Tukar sistem.

Isma Ae Mohamad said...

Bila saya baca entri ini, saya rasa tidak bersesuaian dengan entri, Bukan BN Bukan Pakatan.

Beberapa hujah kamu itu terlalu rapuh dan dangkal.

Ingat, ibubapa yang utama bertanggungjawab mencorak anak mereka.Begitu juga dengan politikus. Apakah Dr. M itu bukan politikus? yang melaksana dasar PPSMI.Begitu juga dengan sasterawan--apakah karya Shakespeare tidak mempengaruhi jalur fikir warga Eropah hari ini dan masa depan.Beberapa ramai yang terpengaruh dengan idealisme dalam novel Salina atau Hujan Pagi.Itu tidak termasuk dengan pengaruh karya Faisal Tehrani yang mempengaruhi kawan-kawan saya yang sedang menebar.

'' Apatah lagi dunia kepada sasterawan (yang menghitung hari).''

Kenyataan kamu itu, lagi seperti bersalahan dengan entri, 'Kebebasan bersuara dan hak bersuara' yang kamu juangkan.Saya lihat itu satu penghinaan terhadap Pak Samad dan para sasterawan.Apakah kita tahu mati bila?Soal tua itu soal lain.

Sebenarnya apa yang saya komen ini, adalah kerana saya lihat beberapa entri kamu tidak selari dengan pendirian. Atau dengan kata lain berubah-ubah. Tiada titik temu.Ya,ini bukan soal PPSMI bagus atau tidak.

Teruskan menulis dan berwacana.Saya suka.

*Saya tetap bercakap dan berfikir dalam Bahasa Melayu meskipun diasak dengan bahasa Thai.