Thursday, August 13, 2009

Surat Kepada Basuh Baju

ISLAM

1- Basuh Baju,

Baru-baru ini kecoh mengenai cadangan dari Hasan Ali untuk mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti Muslim. Apa pandangan BB?- (Ibrahim Ali)

Ibrahim Ali,

Sebenarnya apa yang dikatakan dengan 'kawasan mojoriti Mulsim'? Adakah 99% penduduknya ialah muslim atauapun 51%? Adakah majoriti mudah ataupun majoriti dua pertiga? Kalau kita ambil majoriti mudah- maknanya satu Malaysia patut diharamkan penjualan arak memandangkan Malaysia ialah kawasan majoriti Muslim.

Mungkin satu kajian boleh dibuat dengan geran kajian diberi kepada Prof Dr Zainal Kling. (maaf, geran untuk Bumiputra sahaja) Selepas kajian dibuat. bolehlah suruh Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan tender memasang papan tanda yang bertulis " Anda sekarang berada di wilayah majoriti Muslim" seperti iklan Celcom. (Maaf sekali lagi, tender hanya untuk kontraktor kelas F bumiputra sahaja).

ps: Ibrahim Ali dengan Hassan Ali adik beradik kot?

2- Basuh Baju,

Rasanya larangan menjual arak adalah tindakan yang bagus. Lepas ni tak ada dahlah orang minum arak di Selangor. Bukankah ia selari dengan Islam?- (Lebai Haji Kudus)

Lebai Haji Kudus,

Memang selari dengan Islam. Malah muslim diharamkan minum arak. Ini hukum. Saya tiada masalah dengannya. Tapi masalahnya sekarang, orang muslim kat kawasan majoriti muslim tu sendiri pun ada yang minum arak. Kalau tidak, takkan ada kedai yang jual arak kat situ.

Ikut logik kapitalis la sikit. Ada permintaan, adalah penjualan. Kalau muslim kat sana tak minum arak, juallah arak depan rumah sekalipun, mesti tak akan laku. Tapi kalau dah muslim tu sendiri minum arak, haram kat celah mana pun mereka tetap akan membelinya. Aiyyoh, macamlah Tesco jauh sangat nak pergi beli.

Jadi apa rasionalnya dengan langkah ini? Sekadar nak mencari political mileage dengan menggunakan agama.

Dekat Kelantan dan Terengganu hampir 98% penduduknya ialah muslim. Tapi tiada larangan penjualan arak dibuat. Sebab apa? Sebab tiada permintaan. Sebab apa tiada permintaan, sebab muslim di sana tak minum

ps: Remember, educate not legislate.

********************************************************************************************************
MELAYU

1- Basuh Baju,

Sekarang tengah heboh kat Utusan bahawa Anwar Ibrahim ialah pengkhianat melayu. Esok, akan diadakan perhimpunan melaungkan 'Anwar Pengkhianat' oleh UMNO dan NGO melayu. Saudara BB turun tak?- (Muhyiddin)

Muhyiddin,

Sebelum itu- perhimpunan esok ni haram ke halal?

Dari dulu lagi saya pening. Pengkhianat melayu ni apa? Macam mana seseorang itu boleh dikatakan pengkhianat? Adakah kerana menyebabkan parti BN hilang majoriti dua pertiga? Atau pengkhianat kerana menentang UMNO?

Kalau begitu, sebenarnya bukan sahaja Anwar pengkhianat, malah seluruh pemimpin PAS dan PKR termasuk ahli-ahlinya ialah pengkhianat melayu. Tak cukup dengan itu, ahli UMNO yang undi Pakatan pada pilihanraya lepas juga patut dilabel sebagai pengkhianat melayu.

Aish..kalau camtu, hampir semua orang melayu ialah pengkhianat.

ps: tak turun sebab FRU tak datang.

*****************************************************************************************************
INTERNET

1- Basuh Baju,

Dengar cerita ada cadangan nak tapis internet di Malaysia. Tujuannya untuk mengawal kandungan pornografi di kalangan warga Malaysia. Komen saudara?- ( Bill Gates- soalan telah diterjemah tanpa guna kamus)

Bill Gates,

Kenapa tiba-tiba sekarang baru sedar pasal pornografi? Pornografi ni baru wujud minggu lepas ke? Saya bukan pakar IT- jadi saya tidak tahu sama ada langkah menapis ini akan berkesan ataupun tidak.

Bagi saya, cadangan terbaik ialah menapis berita di Utusan Malaysia kerana ia kelihatan seperti majalah porno yang tidak laku di kedai runcit. Orang nak pegang pun rasa geli. Siryes tak tipu.

ps: Apa kaitan Bill Gates dengan Utusan?

****************************************************************************************************
BOLA SEPAK

1- Basuh Baju,

Rasanya Manchester City boleh menang EPL tak?- (Owen)

Owen,

Kalau beli 8 striker untuk satu team- apa kejadahnya? Takkan semua nak menyerang? Goal Keeper pun letak striker jugak ke?

ps: MU di hati.

*************************************************************************
HIBURAN

1- Basuh Baju,

Ada gosip kata Diana Danielle ada hubungan dengan Datuk B- seorang ahli perniagaan berjaya. Betul ke?- (Mama Juwie)

Mama Juwie,

Anda silap masuk blog ni...................................Next question, please!

23 comments:

Dari Jalan Kopi said...

celakak!!

kau mmg logik....

apa jadah kau libatkan mama juwie?

eh!! bolih tolong tak BB.

kau jgn masokkan nama berahim ali dlm blog kau bolih?

nanti aku muntah bila baca.

kahkahkahkah.

Hanggokan said...

kahkahkah...
mama juwie, jwpn kepada soalan itu adalah salah. kerana diana danielle sdg hangit bergosip dgn saya. ops!
kan dah kantoi dgn sengaja. Saudara BB, MU juga tetap di hati. Dari Jalan Kopi...kau nak jadi budak jahat ya? kahkahkah!

BudAk hijAu said...

dem!setuju kecuali MU!hik3.

hai said...

Zaman dulu ramai jugak pahlawan melayu yang dilabelkan sebagai pengkhinat,seperti tok janggut,mat kilau dan yang lainnya!!

ikhtilaf said...

lu nak kne luku pale?..

imHepPie said...

muahaha..musti itu mama juwie malu tahap gaban wakakakaka...

Cob Nobbler said...

Apasal al-Mansour beli sampai 8 striker?

hahaha!senang je.sebab jersi defender atau goalkeeper tak pernah laku beb.

cuba usha kat al ikhsan ke,kedai baju nike ke,orang mesti order baju ronaldo la,rooney la,gerrard la.

ada tak orang order baju van der sar?hahaha!

Cob Nobbler said...

Soalan Ibrahim Ali:

Aku pergi kawasan yang 90 peratus bukan Islam(Belgium) pun aku tak minum arak,macam mana tu?

Soalan Haji Kudus:

Kalau arak Jupiler kat Belgium tu harga dia 1 euro(RM5 je),banding dengan Carlsberg kat sini sampai RM8.Lagi mahal sini dengan kat sana.

Kalau letak aku kat mana-mana pun,aku tak minum jugak.

Atas diri sebenarnya.

Muhyiddin:

Cakap je la Anwar pengkhianat UMNO.Toksahlah libatkan semua orang Melayu.

Bill Gates:

Rasa-rasanya kalau takde porno,internet tak boleh buat duit.

Aku pernah diberitahu oleh member aku bahawa 93% website diseluruh dunia ini adalah porno.Aku rasa dakwaan member aku tu melampaulah sangat,tapi aku rasa around 40-50%lah.

Buat green dam pun takde makna.

Soalan Owen aku dah jawab.

Soalan Mama Juwie,agak2 Nas Ahmad dah terjah kat dalam Melodi ke belum?

Anonymous said...

haha suka entry ni :D

umi

Oh Me said...

basuh baju..kenapa dalam gambar tu muka kau ada macam Ako Mustapha sikit?

Nexttttttttt!!

zedmagel said...

Salam Bro Basuh Baju,

Entry provokatif bro sangat memang menarik, satu lagi kawan dan peminat setia bro,nami o fish tukang layan dengan penuh semangat.

Jiwa menyokong kerajaan bro, kurang dilihat dalam tulisan. Mengapa? He he nak lihat pandang kekawan he.

Anonymous said...

Betul ke Nami O Fish tak minum? betul ke ni????....hehe

Rugilah kalau tak minum beb

una210 said...

Oh Me-..BB bukan ako mustafa...okey,,,haha

ikan emas said...

bb, ( iss...manja nak sebut nie....)

penjualan arak atau apa-apa aje yang haram telah ada dlm undang2..tak kiralah kat PBT mana..pokoknya penguatkuasaan dan yg penting iman org Islam snd...mudah sgt tergugat!

nak berdemo?..kerajaan dah puas bgtau nak KAJI semula ISA ..knp kecoh2 lagi?..tunggu aje la..

hiburan=gossip

Bobo Brazil said...

haha, mama juwie..
er, aku nak tanya soalan jugak lah. hmm... kilang arak kt tepi federal hiway tu nak kira macam mana? dalam selangor jugak kan???

Abang said...

Gua setuju je dgn Basuhbaju... cuma bab political mileage tu... gua sokong je apa2 jalan ke arah kebaikan... apa nak buat kan Melayu sana x mcm Melayu Kelantan n Terengganu... sambil2 tunggu Melayu sana berubah, kena buat la dulu apa yg patut, mcm mengharamkan penjualan etc.. at least ada buat something dari tak buat lgsg (sebelum ni) :).

Bab Anwar pula... salah UMNO sendiri.. seperti kita maklum, isu sbnrnya Anwar disingkir bukan sbb liwat, tp sbb perbalahan pendapat dgn Tun M. Sapa betul sapa salah, kita tak tahu. Kalo Anwar salah, then hukumlah. Dan cukuplah setakat hukuman sahaja. Tp mslhnya ahli2 UMNO (yg tak tau pun sapa betul antara Anwar dan Tun M) berapi2 tolak Anwar dlm Perhimpunan Agung UMNO. Sampai tahap haramkan Anwar dari masuk semula UMNO. Apa ni?? Kalo nak ban pun, sikit2 sudah la. Ni sampai haramkan terus masuk UMNO sampai kiamat, apa kes? Dan Anwar, bila sedar dirinya tiada peluang lagi dlm UMNO, of course la dia akan melawan dan buat parti baru. Mcm org lemas di sungai, dia akan paut apa saja utk selamat. Kalo masa tu kita tauk singa sekalipun, confirm dia paut, asalkan x lemas. Bila Anwar lemas, dia buat parti baru, akibatnya makin berpecah la org Melayu mcm skrg.

Sepatutnya juak2 UMNO ni jgn over sgt masa kes Anwar dulu. Masalah dgn UMNO ni, juak2 yg selalu melebih2 dari ketua. Ampu tarak ingat. Ketua2 yg berbalah dgn Anwar, lalu reka kes supaya Anwar disingkir, tp juak2 plak yg melebih2 buat usul smpai suruh ban trus Anwar dari parti sampai bila2. Walhal diaorg x tau pun Anwar dgn Tun M berbalah, sapa yg betul sbnrnya. Diaorg main sokong je sapa yg ada power masa tu. Budaya angguk. Pttnya sikit2 ban cukuplah. Bila abis kes, biar la dia masuk parti semula. Apa yg teruk sgt kes Anwar tu smpai x boleh masuk parti smla? Kalo nak ikutkan, kes Rahim Tamby Chik lagi teruk dgn budak remaja tu, even nenek budak tu sendiri bagi pengakuan dah. Tp x plak juak2 UMNO bagi usul utk ban. Sbbnya? Rahim x lawan bos, hal peribadi x dikisah sgt. Mazhab dlm UMNO ni, jika lawan bos haram hukumnya,dosa besar. Jika kes2 peribadi, x apa, cuma makruh aje.

Gua percaya, kalo Anwar x diban dari masuk semula UMNO (masa awal2 penyingkiran), tentu org Melayu tak berpecah teruk mcm skrg. Dan skrg diaorg salahkan Anwar pengkhianat. Lu fikir logik cukuplah.
Dulu2 masa Anwar jadi Menteri Kewangan, bentang bajet, semua org puji. Belanjawan terbaik la, first class la, matang la mcm2 pujian lagi. Elok je Anwar keluar UMNO, bila dia buat cdgn bajet, trus2 ditolak dgn alasan sprti belanjawan peribadi la, tak sesuai la, tak ekonomi la. Why? Still the same Anwar Ibrahim what? Still the same brain also. Then why?

Jadi skrg Anwar nak balas dendam pd juak2 UMNO ni sbb ban dia, sbb tu dia keluarkan mcm2 isu, abis semua hal2 kaum dia canang. Org UMNO x fhm punca masalah terus tuduh Anwar pengkhianat. Kalo korg x khianat dia dulu, dia pun xkan nak khianat korg skrg. Simple.

So kesimpulan gua politik tanahair skrg ni, semua salah berpunca dari org UMNO sendiri. Ampu tarak ingat, jgn lawan bos. Itu moto diaorg.

p/s : Sorry Basuhbaju, gua bebel pjg. Malas sbnrnya gua nak tulis bab politik, tp itulah pendapat gua yg jahil ni... Straight to the point (source of prob).

mamai said...

semua aku setuju kecuali bab MU tu hahaha masih ada LIVERPOOL untuk memberi tentangan bro hahahahah

Lizz said...

hehe..bestla..
tp mcm soalan reka sendiri je..
:) tp mmg best

Basuh Baju said...

Dari Jalan Kopi:

aku pon nak muntah bila nak tulis nama ibrahim ali..haha

did: berani ko ngorat diana danielle ek..nak kena basuh ke? haha

budak hijau: MU gak gua sokong..haha

hai: apa yg kita dpt ek bila label org tu pengkhianat? hehe

ikhtilaf: tak, gua nak pekena buah pala je..

imheppie: oit, cian ar kat mama juwie..dia pon nak cari makan gak..haha

Basuh Baju said...

nami: owh, baru aku fhm logiknya nape dia beli semua striker..haha

pasni aku ingat rooney kena main keeper gak ar..kasi laku sket..haha

umi: tq :)

oh me: ako mustapha? ceyt..

zedmagel: salam..kat blog ni sesiapa pun boleh komen panjang mana pun.. tak kiralah nami ke, nemo ke, dan saudara sendiri pun :)

jiwa menyokong kerajaan? salah..jiwa menyokong apa yg kerajaan buat betul dan menentang apa yg kerajaan buat salah..itu perlu difahami ye saudara..

anonymous: kalau dia minum pun lu ke tanggung dosa dia?

una210: hbs tu siapa? haha

Basuh Baju said...

ikan emas:

betul gak ek macm manja je bunyinya..haha

ha, so mmg dah tau kan arak tu haram..buatlah peraturan mcm mana sekalipun, kalau org tu nak minum, mesti akan cari gak..

bobo brazil: soalan tu gi tanya kat kerajaan..sbb tu la aku ckp- inilah bagaimana politikus gunakan agama..kalau betul nak banteras arak, ha, pergila tutup semua kilang arak..

abang terer: lama tak komen..hehe aku rasa komen ko pasal anwar tu ada benarnya juga..

tp aku nak sentuh pasal budaya bodek ni..ya, mmg btl pon..kalau tgk skrg pon semua syarikat2, menteri2 dok ckp 1malaysia setiap kalai ada iklan atau temurmah..haha

mamai: owh, livewrpool rupanya..

lizz: mmg soalan reka sendiri..kui3

fahmi said...

hahahaha... mmg bagus... 1 entry, kau bom ramai2.. hahaha...

Kucing Parsi said...

ha ha ha

bila orang langkawi dengan labuan nak merusuh???

ha ha ha

area melayu tu

ha ha ha

jangan bodoh

ha ha ha

bukan take beer

take liquor

visit

http://www.melodymockers.blogspot.com/