Tuesday, August 11, 2009

Satu pandangan dari anak muda


Kita sedang menuju ke arah pencerahan.

Pada hari ahad yang lepas, saya telah turun ke Central Market untuk cakap-cakap blogger. Ini adalah kali pertama saya bertemu dengan rakan-rakan blogger dan juga para pembaca. Sejujurnya saya amat gembira dengan perjumpaan itu. Bagi saya bukan senang untuk anak-anak muda berkumpul bersama dan duduk semeja di kedai mamak untuk berbincang mengenai isu-isu berat seperti politik, ekonomi dan juga sosial. (sebenarnya tak berat pun. Pemikiran kita je yang menganggap benda-benda ni berat.) Selalunya, anak-anak muda lebih gemar bercakap tentang awek, jantan, bola dan fesyen. Tetapi kini tidak lagi. Saya silap.

Anak-anak muda atau generasi saya sudah bangun. Mereka tidak lagi dijajah dengan pemikiran mastika, URTV, mangga, Metro, dan Panca Indera. Sebaliknya mereka lebih teruja membincangkang mengenai kapitalisme, sosialisme, perpaduan Malaysia, demokrasi dan perlembagaan. Mereka mempunyai rasa ambil berat terhadap apa yang berlaku di dalam negara kita. Mereka mengkritik kerajaan dan pembangkang bukan kerana hobi. Jauh sekali ingin mendapatkan kontrak kerajaan bina jambatan. Mereka mengkritik dan mempersoal kerana mereka sayangkan negara ini. Mereka tahu- suatu hari nanti negara ini adalah milik mereka. Milik anak muda. Mereka tidak mahu orang-orang tua yang memerintah dan membuat dasar pada hari ini meninggalkan negara ini kepada mereka sebagai negara yang kacau bilai, mundur dan gagal.

Oleh itu, mereka telah memerah keringat berfikir dan berbincang mencari idea-idea untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik. Mungkin idea mereka mengarut. Mungkin cadangan mereka dilihat seperti keanak-anakan. Tetapi inilah yang dinamakan kemudaan. Muda beerti berani membuat silap. Berani untuk gagal. Setidak-tidaknya Ini lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

Bagi saya, inilah fenomena anak muda sekarang. Walaupun masih tidak ramai anak muda sebegini, tetapi saya amat yakin jumlahnya semakin berkembang. Buktinya- lihat sahaja bllog-blog yang muncul sekarang. Kebanyakan blog-blog yang muncul datang dari golongan muda. Dan tulisan-tulisan mereka juga ada yang 'berhantu'. Siapa yang kata rakyat Malaysia tidak mampu berfikir?

Blog telah merubah segalanya. Terima kasih kepada Ronald Reagen yang membuka internet kepada dunia. Dan juga kepada pakcik blogspot. Tanpa anda, anak muda di Malaysia pasti akan terus terbuai dengan berita-berita bodoh Utusan Meloya. Tanpa anda, generasi muda kita tidak akan punyai medium untuk bersuara. Tanpa anda, pandangan anak-anak muda tidak dapat didengari.

Berbalik kepada perjumpaan tadi- begitu banyak perkara yang dibincangkan. Daripada topik santai seperti bola sepak hinggalah kepada topik serius seperti sistem ekonomi. Semuanya kami bincang. Tak ada istilah isu sensitif. Nak cakap apa- cakaplah. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Ada yang bersetuju, ada yang membantah. Tidak semua benda kami sependapat. Namun di akhirnya kami akan memperbaiki pandangan masing-masing. Inilah adat berdiskusi. Tidak semua pandangan kita betul. Yang mana salah, kita betulkan. Yang mana betul, kita pertahankan.

Saya begitu gembira dengan perjumpaan tempoh hari. Ia merupakan medium untuk saya menyuarakan pendapat saya. Dan juga ada insan yang ingin mendengarinya. Nak mengharapkan pandangan saya didengari oleh mereka yang berkuasa? Hmmm...samalah seperti mengharapkan Nurul izzah menjadi kakak saya.

Kita perlu membudayakan budaya berdiskusi. Lagi ramai lagi bagus. Lagi meriah lagi hebat. Biarlah kita memulakan budaya baru ini di dalam masyarakat kita. Sudah tiba masnaya kita menghentikan budaya benci-membenci. Sensitif-mengsensitif. Hanya dengan berdiskusi kita dapat atasi segala perbezaan yang wujud. Hanya dengan berdiskusi kita akan lebih memahami. Hanya dengan cara ini- barulah kita dapat membawa kepada perubahan. Setidak-tidaknya kepada mentaliti dan pemikiran kita.

Saya amat pasti cakap-cakap blogger akan diadakan lagi pada masa akan datang. Saya yakin para pembaca juga teruja untuk kita berkumpul dan berbincang bersama. Jangan risau. Cakap-cakap blogger akan berlangsung lagi!

Masih tidak percaya kita sedang menuju ke arah pencerahan?

27 comments:

bangunberdiri said...

zaman pencerahan bermula dengan adanya idea2 rasional... anak muda yang cool sudah lama meninggalkan RTM1 dan URTV... huhu
bagi aku berdiskusi adalah proses pembudayaan jiwa anak-anak muda...
so ada rasionalnya untuk diteruskan..
untuk mencerahkan yang kabur....

Anonymous said...

salam basuh baju,

hebat.

Cob Nobbler said...

Aku anak muda yang dilahirkan pada zaman Ronald Reagan.

Kadang-kadang kita keliru dengan fakta dan sentimen.Dan adalah tugas kita untuk mengasingkan fakta dan sentimen.Moral dan politik.

Ada yang setuju,dan ada yang tidak setuju.Tapi antara kami semua - semua tidak menghukum antara satu sama lain.

"Opinions is like an asshole.Everyone has one" - Clint Eastwood.

Mungkin ada pendapat yang berbeza dan kita boleh berdebat secara harmoni tanpa memburukkan orang lain.Tanpa budaya "aku betul kau salah".

Dan pada akhirnya,wujud satu masyarakat yang berfikir dan tidak menjadi hamba kepada orang lain.Yang bebas merdeka.Yang tidak mempertuankan orang lain.

Teruskan lagi budaya berbincang ini.Lebih ramai lebih meriah.Tapi jangan ada gaduh2 sudahlah.

p/s:Ahad lepas fan MU bertumbuk ngan Chelsea depan kedai.Itu ke tujuan kita menonton bolasepak?

nahmy said...

hiduuuppp!!..anak muda warisan bangsa, generasi kental yg tak meliuk mengikut lenggokan, yg tak sebarangan menggangguk atas 'suruhan'.

asparados said...

saya sangat setuju dengan anjuran tersebut...
marilah kita memartabatkan budaya berbincang petang seperti ini dilain kali..

namun begitu adalah molek sekiranya lokasi diskusi ini dibuat ditempat yang berbeza setiap siri...janganlah hanya di CM sahaje..

cubala buat di puchong pulak ke..seri kembangan ke..serdang ke..shah alam ke..klang ke..sabak berentam ke..tanjong karang ke..maksud aku di tempat yang mempunyai kadar ketumpatan aliran trafik yang rendah berbanding damanpitalis mahupun kuala lamper...ataupun sumbang jaye...

senang nak datang pergi dan pulang...aku rempit..kadang2 je naik kereta kalo ujan..

amcm?bagos kan cadangan dan sajesen aku?bukan ape..untuk berlaku adil dan memberi peluang kemudahan kepada ahli2 diskusi yang selama ini menyorok..ini satu ruang promosi untuk kempen membudayakan amalan bincang petang..

HBM Consultant said...

Salam.
Saya doakan anak-anak muda ini adalah anak-anak mudah yang teguh memegang pasak pendirian mereka. Tidak mudah dijual beli dan tidak mudah goyah dek kuasa dan harta. Jujur dan ikhlas memperbaiki kepincangan yang berlaku di hadapan mereka.

Biarpun mungkin mereka tidak dapat mengubah semuanya, namun harapan saya semoga mereka ingat pesanan bonda Rasulullah s.a.w, "Sedikit yang baik itu adalah jauh lebih baik daripada banyak yang tidak baik."

Semoga Allah merestui dan mempermudah laluan perjuangan mereka. Amin.

M. As Suhaimi said...

Anak muda mesti bangkit dengan jiwa mudanya..!!!
jangan diperbodohkan Anak Muda ini..!!!

ayah aku cakap ini yang kerajaan takut, anak muda makin mengambil tahu apa yang berlaku, hiburan dan picisan sudah tidak mampu mengiurkan anak muda dari membincangkan soal negara, mitos mengatakan hal negara ini biarlah orag tua - tua uruskan adalah tidak benar sama sekali, Syabas anda semua..!!!

Ruginya takpergi, huhu, apakan daya ku baru pulang dari kuantan, huhuh... ada lagi ku akan hadir !!! TAHNIA kepada semua, syabas kepada penganjur (aku respek sama kamu),

ikan emas said...

Tahniah orang muda...teruskan perjuangan..bukan mudah menjadi pewaris ni..

...jgn perlekehkan URTV,RTM ...kerena artis jg sebagai penyambung waisan,mereka jg punya tjawab dlm kelompok mereka !

oranglidi said...

ahahaha.. best gak perjumpaan begini.. lenkali ajak wa.. wa nak bincang pasal ketegangan di asia barat. boleh?

takpun pasal fenomena mawi merudum.. takpun pasal fenomena pipiyapong.. takpun pasal model ekonomi baru(a)..

ya.. masa dpan negara milik kita smua!

endiem said...

syabas..

Oh Me said...

Syabas Basuh Baju...next time Nami O Fish boleh open table ek? hehe...


URTV? alahai...sejak berzaman cerita gossip. Cubalah tangani seni tempatan dengan lebih akademik..bukan cerit artisti ni dgn datuk tu, artist ni dgn datuk ni....

Oh Me said...

Syabas Basuh Baju...next time Nami O Fish boleh open table ek? hehe...


URTV? alahai...sejak berzaman cerita gossip. Cubalah tangani seni tempatan dengan lebih akademik..bukan cerit artisti ni dgn datuk tu, artist ni dgn datuk ni....

Nurul Hikmah said...

Zaman pencerahan ke arah protestant Islam.

Bagus-bagus.

mamai said...

semoga yang kelam cepat cerah jgn bertambah pekat kelamnya

Nafastari said...

Walaupun saya tidak semuda Basuh Baju, tapi sayalah salah seorang daripada orang muda itu!

Dan semoga orang yang berkuasa di RTM, TV3 dan Utusan sedang membaca apa yang sedang berlaku di sini.

benludin said...

tahniah kepada kamu dan anak-anak muda yang lain...

hai said...

syabas!!tapi rasanya zaman abah aku muda2 dulu pun dah ada diskusi di kedai2 kopi ni...walaupun kadang tu pendapat mereka tidak dipersetujui oleh golongan tua,ada juga waktu berdebat tu macam nak gaduh bunyinya tapi lepas tu,mereka jadi cam biasa berpeluk,bergurau..tak simpan dalam hati langsung... mereka masih berkongsi surau yang sama,budak2 muda dulu boleh gak membaca doa di majlis2 kenduri...pendekata apa fahaman ideologi tidak memutuskan silaturahim antara mereka..

Water Lily said...

Syabas untuk anak-anak muda yang masih punya semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

Medium blog membolehkan kita sesekali menongkah arus demi kebaikan untuk semua.

Saya masih lagi membaca akhbar arus perdana. Cuma memilih ruang tertentu. Jangan membaca yang boleh membuatkan kita 'meloya'. Nanti mulut kita susah nak cover dan kita dapat dosa percuma.

(sekadar ingatan untuk diri juga)

cahaya malam said...

salam..

tahniah..

bernas!

;)

cerpelai said...

Hahahaa..
Gua suka baca gebang Nami o Fish..
Tak seret jalan, bukan likat pekat tapi ada rasa kopi o' sebenar..

Betul jugak cakap ko nih.. Cumanya gua takut 'kecerahan' dan 'semangat bangun' yang ko tulis tu akan dijadikan modal oleh sekelompok nyamuk-nyamuk yang baru hendak belajar berdesing..

Korang berdesing sebab nak gali cerita rakyat tapi diorang berdesing sebab nak karang cerita dongeng.. Itu je yang gua risaukan..

Sebab banyak orang suka jadi burung hering dari jadi singa.. Makan ikut tepi tapi dia dapat nama..!!

Apapun, memang bagus ko punya pendapat ni..

Basuh Baju said...

terima kasih semua!

apa lagi- pasni jgn lupa nak join cakap-cakap blogger..

psl venue tu ok gak kalau wat kat tmpt lain plk..

baizura said...

u have a very good point ...being young and all good..u want to encourage to simulate the minds of the younger generations...jgn membudayakan sikap hanya tau bercakap dan memberi comment, like raja petra and etc...ini mmg budaya malaysia..when comes to talking criticising, ppl are so good at it...besides blogging prove u r worth the 2 cents u have been preaching, sbb byk org yg blog ni tau comment tp x tau ckp....i am not as young as you...wayy older actually like a decade...wut i hate to say is just another generation who is so good at talking criticising, sounding witty n smart but eventually is like the pot calling the kettle black...in d end no substance....

i believe most importantly...bukan sekadar bercakap tp bertindak...pertama skali...mcm u ckp adakah student kat uni makin bijak..i can answer dat....NOPE...kalo x takkan byk sgt unemployment or grads end up keje jadik clerks...

for those yg dpt masuk uni gunakanlah peluang sebaiknya to be the best u can be...firstly in starts with stop blaming the govt or any politician evrytime shit happens in ur life...sy dh tamat pengajian 2 kali...most ppl like to say oo govt didnt do dis..govt cant provide the best teachers around..well, this is where self initiative comes into place la kan..jgn pulak assume sy anak org kaya..i studied on 100% govt grant...wut i want to say is simple i say one after another blog ...in the end in has no substance just more n more ppl sounding smart n witty but in the end they r just full of crap......

Anonymous said...

Baizura got a point there. But at least we give 'em some credit to start with something...start with an idea..start with thinking...at here...they start with talking...sharing some info...valuable info which they can't get in mainstream media. This is the path that lead to something good for the betterment of our society in general.

And u mention that they blaming the govt if shit happens in their life ? come on dont be so naive dear. I beg to differ...are we suppose to label those who are not pro-govt as blamers ?

- gOTh -

Guru said...

bagus sekali...
bugaya yang sangat perlu diteruskan, agar masyarakat kita ada kematangan dalam berdiskusi..

balqissy said...

bagus2!!! ^.^ kalau boleh, memang nak joint for the next event, but tolong inform awal2 ye. terima kasih =)

fatah85 said...

buat besar2.
adakan forum.
ajak panel2 yg cool-cool.
inform besar2ran.
buat kat tempat yg semua boleh tuju.
pasti banyak idea dan anak2 muda pasti terbukak minda dan jiwa.
lagi cool.

go basuh baju.
;)

zedmagel said...

Salam Bro Basuh Baju,

Jiwa anak muda Malaysia baru, ye ke mereka minat untuk bercerita mengenai agama dan bangsannya dengan nada serisu, tak tau le naka kata. Jika kutuk pemerintah mereka sangat berminat le..Ha..ha..