Sunday, August 16, 2009

Kebebasan bersuara dan hak untuk bersuara

AMENDANYA KEBEBASAN BERSUARA NI? TAK FAHAMLAH...........

1- Begitu ramai yang berselindung di sebalik nama 'kebebasan bersuara' apabila cuba menyuarakan pendapat. Semakin mengarut dan mencarut pendapat itu, semakin kuat mereka akan menjerit mengenai kebebasan bersuara.

2- Selalunya mereka yang berbuat begini ialah mereka yang tidak tahu untuk mempertahankan pendapat mereka. Apa yang mereka boleh lakukan untuk melepeaskan diri ialah dengan hanya berkata 'ini kebebasan bersuara. Setiap orang bebas untuk bersuara.'

3- Benarkah kebebasan bersuara itu wujud?

4- Sebenarnya tidak wujud kebebasan bersuara di dunia ini. Pergilah ke mana-mana negara sekalipun. Kebebasan bersuara tidak pernah ada. Ia hanyalah suatu fantasi dan angan-angan.

5- Tidak percaya? Pergi ke Amerika (negara bebas) dan sila jerit yahudi patut dihapuskan di bumi ini. Pergi ke eropah dan cakap di khalayak ramai yang holocaust hanya mitos. Pergi ke negara arab, cuba jerit Nabi Muhammad ialah pengganas. Pergi ke Malaysia dan cakap kat orang melayu bahawa raja melayu patut dihapuskan. Apa yang akan kita dapat?

6- Kalau masih tidak yakin- sila bayangkan ada seorang datang kepada anda dan berkata 'mak ayah kau bacul'. Masa ni mesti rasa macam nak pelempang je mulut dia. Tapi tiba-tiba dia sengih dan cakap 'rilekslah bro. Ini kebebasan bersuara.' Masih nak kata kebebasan bersuara itu ada? Karutlah........

7- Yang patut kita fahami ialah hak untuk bersuara. Setiap manusia berhak untuk bersuara. Setiap warga ada hak untuk menyuarakan pendapatnya. Setiap insan ada hak untuk meluahkan pandangannya. Namun hak ini tidak datang dengan kebebasan. Hak untuk bersuara tidak bermakna kita boleh bersuara tentang apa sahaja di minda kita. Masih ada perkara yang kita terikat untuk tidak bercakap bebas.

8- Ada perbezaan yang jelas di antara kebebasan bersuara dan hak untuk bersuara. Sila fikir dan fahami. Jangan nanti bila nak bersuara nampak macam sombong bodoh. Sudahlah tidak tahu, nak marah-marah pulak bila dah salah.

9- Ingat, kita ada hak untuk bersuara di muka bumi ini tetapi kita tidak ada kebebasan bersuara dalam hidup.

10- Ingat, ini tidak bermakna kita tidak boleh bercakap langsung tentang apa-apa perkara. Tetapi bukan semua perkara boleh kita ucapkan. Apa yang boleh dan apa yang tidak- itu yang menjadi persoalan. Namun yang pasti- cakaplah dengan menggunakan akal. Bukan lutut.

9 comments:

Cob Nobbler said...

Satu ilusi yang dicetuskan oleh puak pemodal untuk berkata kepada hamba kapitalis yang memburuh siang malam,"anda di sebuah negara yang bebas dan berdemokratik".

Ilusi ini dicipta dari pornografi politik yang dicetuskan di negara-negara seluruh dunia bagi mewujudkan satu situasi "bergaduh dalam negara demokrasi".Ada ahli politik yang membebel pasal bangsa,ada pasal pengkhianatlah dan macam-macam dan akhirnya rakyat pergi mati.

Kebebasan bersuara ni,kononnya adalah satu lambang demokrasi di negara-negara seluruh dunia.Nordin Kardi sendiri pernah kata live kat Bicara Siswa "Malaysia negara paling demokratik di dunia".

Jadi macam nilah,benda ni satu ilusi.Ia macam orang yang masuk MLM dan berangan jadi kaya - tapi sebenarnya kena klepet.

Ahli politik ini adalah seperti Bernie Madoff yang merembat duit rakyat sambil tersenyum di depan mata rakyat.

mamai said...

bullshit sama kebebasan bersuara...itu kira kebebasan bersuara juga or kewarsan untuk bersuara

Anonymous said...

last time,,masa sy diintebiu,,ada soalan juga pasal kebebasan bersuara ni,,too offensive utk jawab secara jujur berkaitan ini di mana2 pon,,sebab pandangan org adalah sentiasa tak sama,banyway,i think ,we can voice out,,as long as we r not pointless,,and also,,seharusnya bercakap menggunakan otak bukan membiarkan emosi berkata2,,x semestinya if u know how to curse,u r great enough utk bersuara,,what say u bout that?

mOEha Aziz said...

salam,

bebas atau tidak... setiap manusia akan sentiasa bersuara... indah bukan? Walau apa yang cuba dilakukan untuk menyekat... :)

Dari Jalan Kopi said...

apa yg kau tulis ini betol
aku setuju
tetapi jgn tulis setiap perenggan pakai nombor.
nanti aku teringat sama mahathir muhamad.
kalau teringat dia - mmg potong setim!!

ni kira kebebasan bersuara atau hak untok bersuara?

Guru said...

When deeds speak, words are nothing. ~African Proverb

manusia kadangkala sibuk bersuara, tapi tiada usaha...

Basuh Baju said...

Nami:pernah tak nko fikir yg demokrasi dan kebebasan ini kdg2 senjata yg dijual oleh pihak pemodal utk menjajah dan menindas kita?

mamai: kewarasan utk bersuara?

adila lalala: tp berckp mmg gunakan emosi. kalau kita ckp xde emosi mcm org baca berita. (tp org baca berita pon ada emosi jgk bila baca berita) hehe

so cmne? bg sy, nak berckp biarlah ada point. dan rasional. kalau dah tau pndgn tu slh, kenalah admit..jgn dah tau salah, tp menjerti2 dan emosi giler..haha

moeha aziz: jgn kata selagi disekat, selagi manusia ada mulut pon, mereka akan bersuara.hehe

psl disekat utk berusara tu btl. makin disekat ruang utk bersuara makin hebat org cuba berusara..

dlm konteks malaysia ni pon suara2 anak muda tidak begitu didengari. sbb tu anak2 muda pergi ke blog. di blog mereka dapat bersuara..

dari jalan kopi: mmg aku tiru Mahathir pon sebabnya aku rasa dgn taruk nombor, tulisan ni akan lebih ringkas dan padat..hehe

tp tak semua tulisan aku akan taruk nombor..haha

a kl citizen: setuju. :)

Awang Darat said...

bebas bersuara ye? ok, saya nak bersuara dengan bebas kat sini.

kenapa kita masih melihat dunia ini dari segi kapitalis, pemodal, labour dan pekerja? negara yang mempelopori konsep ni dah lama tinggalkan. ia cuma isu di banana republic di amerika selatan je, sebab negara tu kucar kacir masyarakatnya sebab tiada nilai moral. islam dah kata, akhlak tu penting untuk sejahtera. kita tak nak dengar sebab pemikiran kita terperangkap dengan ideologi dari barat yang lahir dari falsafah existentialism yang menentang ugama (kristian dan menular pada ugama lain, Tuhan itu madat kata mereka)yang menolak zat (essence)God is dead, kata mereka.

btw, terlalu admire che gueavara yang tak cerdik tu sampai taknak ikut sabda, itulah maksud saya guevara lagi cool dari Rasulullah tu.

Terlalu terpengaruh dengan socialism dan communism idea marx dan hegel sampai tak nak mendalami jawapan yang ada dalam ugama, itu maksud saya seolah olah manusia lebih pandai dari Tuhan.

hari ini kita patut melihat isu ini sebagai antara majikan(employer) dan pekerja (employee). kedua dua nya ada hak dan tanggungjawab yang lahir dari contract (aqad) yang mewujudkan hubungan antara keduanya. dalam kontrek tu peruntukkan apa hak dan tanggungjawab masing masing termasuk gaji, rehat, jaminan kerja dan sebagainya. kalau ada pelanggaran kontrek, maka boleh tuntut hak yang di langgar itu. bukan piket, mogok tak pasal pasal, tapi pergi ke mahkamah dan tuntut hak di sana secara adil.

kebanyakan negara maju suscribe pada pandangan sebegini dan secara tak sedar ia lebih sesuai dengan islam. dalam islam segala hubungan bermula dengan satu contract.

suami isteri mula dengan kontrek aqad nikah yang mewujudkan hak dan tanggungjawab. pekerja dan majikan contract of employment yang menggariskan tugas, hak dan tanggungjawab masing2. kerajaan dan rakyat bermula dengan bai'ah. aku setia kepada kamu kata rakyat. aku jaga kepentingan kamu kata kerajaan.

ugama pun bermula dengan kontrek. 'covenant' atau perjanjian dengan Tuhan, kata kitab. bermula dengan kalimah nafi dan isbat bagi pihak kita dan Tuhan janjikan hidup sejahtera di dunia dan syurga di akhirat. kalau kamu tak sejahtera tu langgar janji lah tu.

harta berpindah tangan pun melalui aqad (termasuk gaji dan upah). jika tidak ia tak jadi halal. pendek nya semua bermula dengan aqad, yang mewujudkan tanggungjawab dan hak.

kalau semua sedar akan hal ini, masalah tak timbul. kerajaan ada tanggungjawab kepada rakyat dan ada hak yang dia boleh tuntut dari rakyat. rakyat pun gitu juga.

antara individu dan masyarakat juga gitu. kalau langgar hak masyarakat maka akan jadi jenayah dan masyarakat ada hak untuk tuntut hukuman. minum arak itu jenayah kerana ia ganggu masyarakat, gaduh, drunk driving itu semua ganggu masyarakat. masyarakat boleh tuntut hak dia untuk bebas dari orang mabuk.

hak dan tanggung jawab yang tidak di perolehi secara kontrek adalah di warisi. nyawa, keturunan dan harta pusaka adalah di warisi, tidak di perolehi secara kontrek, oleh itu ia di lindungi bukan melalui peruntukan dalam kontrek tetapi hukum yang khas, iaitu hudud.

jadi saya berseru, belajar lah ugama. bila kita beli computer, tv atau kereta, manufacturer beri kita manual. ikut manual barangan itu berfungsi dengan baik. tak ikut manual, barang jadi rosak. begitu juga manusia, bila Tuhan cipta dia beri manual. ikut manual tu semua elok. manual tu ialah Al-Quran.

lupakan lah slogan takda makna tentang kebebasan, hak asasi dan sebagainya hasil falsafah barat tu termasuk kapitalisma, komunisma dan sosialisma. setakat ni semua tu takde membahagiakan sesapa pun. jimmy hoffa tuntut hak pekerja konon, tapi yang kaya gengster dan akhirnya dia mati bunuh dek gengster.

Nabi pernah bersabda, "sertai kami dan kamu akan di bebaskan dari segala bentuk perhambaan". nabi juga bersabda. "bayar upah yang sepadan dengan orang kamu upah sebelum peluhnya kering".

dalam islam hak semua orang adalah di jaga.

percaya lah cakap saya, sebab kata kata ni bukan datang dari saya.

Anonymous said...

basuh baju, mksd sy menggunakan emotion yg betol la,,how to say it? emotion must go with the logic together,,mcm bukan la melulu je nak hentam,,my view anyway,,