Cara terbaik untuk membebaskan minda ialah dengan memilih tidak berparti. Bukan Pakatan Buakn Barisan. Hanya cara ini, barulah pemikiran dan penilaian kita tidak terikat dengan perjuangan sesuatu parti. Hanya cara ini barulah kita boleh berfikir dengan rasional. Hanya cara ini barulah kita dapat melihat apa yang benar dan apa yang salah. Hanya cara ini....
Apa pandangan anda?
Apa pandangan anda?
29 comments:
Bila ada persimpangan, you have no choice but to choose. You are not going to stay or stand at the junction forever.
Masa tu la, kita kena buat a wise decision base on bukan saja pemikiran secara rasional tapi berpandukan hukum hakam.
Sebabnya? Haaa....kita akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari...dengan apa yang kita pilih.
Sebab pergi mengundi tu wajib tau.... :)
tidak semestinya.
lawan kepada membebaskan minda, bukanlah tidak berpendirian.
prinsip yang dibawa oleh kedua-dua parti sudah jelas...
aint super woman: masalahnya skrg, adakah kita di persimpangan?
betul ke kita terpaksa memilih antara pakatan atau barisan?
ini satu persoalan..:)
mengundi itu wajib. tp sedar tak ramai yg turun mengundi dan buat undi rosak. so apa maknanya? takkan pengundi kita bodoh lagi kan? so saya berpendapat, undi rosak itu tanda protes terhadap kedua pihak..
adakah masih perlu dipertanggungjawabkan? nak kata kuar mengundi, dah kuar dah..hehe
zatil: tidak memilih mana2 pihak juga adalah satu pendirian. org yg tiada pendirian ni ialah mereka yg kejap sini, kejap sana..
tapi apa yg sy cuba katakan, kita tidak perlu berparti. kita tidak perlu menjadi ahli parti PAS atau UMNO atau DAP.
dgn cara ini kita tidak akan terikat dgn ideologi dan perjuangan mereka.
dgn cara ini kita dpt melihat sesuatu perkara itu melintasi daripada susuk Najib dan Anwar.
dgn cara ini kita apndangan kita tidak akan terikat dgn ketuanan melayu semata2 atau ketuanan rakyat semata2.
cara ini bagi saya bukanlah org yg tiada pendirian :)
prinsip yg jelas? benarkah kedua pihak mempunyai prinsip yg jelas? hehe ini satu persoalan..
apapun, kedua-dua anda punyai pendapat yg bagus. good point :)
tang ini aku setuju dengan kamu.
sebagai seorang yang tidak berada dalam kelompok pakatan atau barisan, saya nampak kebodohan kedua dua belah pihak.
satu tragedi di malaysia. politik dan politikus di letakkan terlalu tinggi sehingga merangkumi semua aspek kehidupan peribadi dan masyarakat. politikus tidak di lihat sebagai hanya seorang lagi yang perlu bekerja sebagaimana orang lain tetapi di dewa dewa kan.
banyak perkara yang bermenafaat tidak dapat di laksanakan kerana tiada kepentingan dari segi politik.
Perwakilan berkadar?
salam,
politik berparti adalah satu ciptaan manusia yang mahu kekal menguasai manusia lain...maka sudah semestinya jika berparti tidak boleh tidak memilih kelompok dan berpuak2...namun ia dah jadi kelaziman malah satu kemestian kini...cara terbaik mungkin ialah dengan sentiasa bermusyawarah antara parti yang berbeza dan ketepikan semua perasaan... wallahu'alam
Aslmualaikum bb
memilih utk tidak berparti juga adlh satu pilihan
mngundi berdasarkn kewibawaan calon dan bukannya parti walaupun calon mewakili parti tertentu. ini krn bkn parti yg akn membela nasib pengundi sesuatu kwsn.
mitos - bhw hanya kerajaan skrg mampu memerintah dan pakatan adalah alternatif kerajaan persekutuan yg lebih baik.
pembangkang harus belajar menjadi pembangkang yg bijak.
pembangkang yg bijak disegani lawan dan kawan.
kerajaan yg terlalu kuat spt mn PRU 2004 juga tidak bgs. pihak kerajaan akn mudah lupa diri dan melakukan kesilapan2 bodoh tnpa nasihat pembangkang.
mgkin ditakdirkan Allah, pakatan akn memerintah satu hari nt dan aku akn ttp menjadi pembangkang.
- pembangkang kpd pembangkang mahupn kerajaan sedia ada demi kebaikan bersama - ummah
jadi orang atas pagar...he2..
tidak berparti tidak jadi masalah cuma pilih la parti yang boleh membawa kesejahteraan pada semua. Memilih siapa pemimpin kita adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan nanti...yang mana baik untuk dipilih terpulang pada hak individu..kita diberi akal untuk berfikir
lebih senang di atas pagar juga,tidak terikat dengan mana2 ideologi...tiada obsesi yang berlebih-lebihan..lebih baik memerhati,betul kita sokong.salah jgan dikutuk tp sama2 kita betulkan..
undi rosak?
mungkin ku juga berbuat demikian bila layak kelak...
hanya sekadar tanda protes semata-mata...
Memilih tidak berparti adalah utk membebaskan minda drp terperangkap di dlm ideologi BN dan Pakatan Rakyat.
Mereka yang tidak berparti ada beberapa pilihan semasa pilihanraya..
1.Memilih BN
2.Memilih Pakatan Rakyat
3.Memilih calon Bebas.
4.Rosakkan undi
5.Tidak keluar mengundi.
Saya ingin berkongsi.Di negara saya ada beberapa golongan secara umum.
1. Penyokong kerajaan(Malaysia hanya BN yang satu-satu jadi kerajaan. Negara saya kedua-dua pihak pernah menjadi kerajaan)
2. Sokong pembangkang
3. Sokong kerajaan atau pembangkang kerana untuk menjaga kepentingan(baik atau buruk)--Kalau di Malaysia mereka ini lebih kurang Hindraf--atau berdasarkan sentimen tertentu, di masa itu.
4. Parti ketiga(Malaysia tidak ada ini)-- kalau ada hanya terpinggir.
5. Sokong sesebuah kerajaan bila dapat isyarat dari Istana(setia pada raja.)
6. Sokong berdasar pandangan golongan akademik--beberapa ilmuan berpengaruh di Chulalongkorn dan Thammasat(saya belum lihat lagi golongan akademik di Malaysia yang tidak berpihak--atau saya terlepas pandang?-- atau seperti keluarga al-Attas?--atau seperti geng-geng Farish A.Noor).Juga pandangan budayawan yang jernih--dalam konteks Malaysia mungkin ulama--masalahnya siapa ulama itu?. Saya ada kawan di Kelantan, dia tidak sokong Nik Aziz(kerana ideologi Deoband) tapi dia sokong Pas bila mendapat isyarat dari tok guru sebuah pondok--seorang ulama pondok hardcore antara berpangaruh di Kelantan.Saya bertemu ramai golongan ini, sokong Pas tapi tidak minat Nik Aziz.
7. Tidak kisah.
*Negara saya Thailand.
Tertinggal satu lagi.
8. Berharap pada pengaruh tentera. Ada yang menyokong kudeta tentara bila kekusutan politik terlalu bersimpul-simpul.Mereka percaya tentera adalah pengimbang kuasa politik.Meskipun mereka mencabul demokrasi.Adalah menjadi satu gurau saya atau remaja lain, ''Nanti aku rampas kuasa bila jadi jenaral nanti.''
Alamak tertinggal satu lagi.
9.Sokong aktivis pelajar. Masyarakat Thailand sangat menghormati golongan ini. Tapi sekarang ini golongan ini makin tidak jernih perjuangannya.
Mana yang akan bawak ISLAM ke depan...itu akan dipilih..
Kalau pakatan bawak ikut pakatan,kalau barisan bawak ikut barisan...
tapi sekarang..dua-dua dah mula memening....
jika ada parti yg menjanjikan dan boleh melaksanakan pendidikan percuma, sistem pengangkutan awam yang bagus dan perubatan percuma..itu aku akan undi ;)
sekarang masih tiada parti begitu, jadi aku tidak berpatisan, cuma sudah muak dgn umno...
Basuh Baju,
Kita sekarang bukan lagi berada di persimpangan. Tapi di satu juram yang bahaya. Kalau tersilap pilih, yang menanggungnya ialah generasi akan datang, anak2 dan cucu kitaaa...
I agree with Firol, pilihlah parti yang pilih Islam dan ikut Al Quran. Selamatlah di dunia dan akhirat.
:)
aint super woman: kalau dah ada di juram, maknanya dah hancur la keadaan negara kita skrg..hehe
salam.
tak ada sape yang boleh paksa kita sokong mana2 parti.
mana2 parti yg buat perkara yg bagus, aku setuju.
setuju bukan bermakna menyokong..
Jika semua orang memilih untuk tidak berparti,jadi siapa yang ke tengah medan perjuangan? Jika tiada orang bertanding, penyokong pun tidak wujud.
Saya rasa biarlah orang hendak berparti, menyokong atau mendokong parti masing2, kerana itulah asas dalam negara demokrasi yang mana kerajaannya dipilih melalui pilihanraya. Tidak ada individu yang berdiri dengan sendiri dapat membentuk sebuah kerajaan sekiranya tidak berpakat atau berbaris.
Membebaskan minda pada saya bermaksud tidak taksub dengan parti sendiri. Sebab itulah kita mesti berprinsip dan tahu apa prinsip perjuangan yang kita mahukan. Janganlah nanti kita halalkan benda yang haram dan membenarkan pada perkara yang batil.
Pandanganku:
Parti adalah istilah pinjaman dari Bah.Inggeris.Kata dasar Part yang bawa makna bahagian atau part kecil-kecil macam skru.Dulu2 Kuasa Penjajah atau penakluk adakan dasar Pecah Dan Perintah.Maka parti-parti politik ini adalah warisan yang dipusakai turun-temurun.Masing-masing dengan idealogi/dasar/prinsip dan masing-masing mati2 akan tegakkan 'kebenaran' parti mereka.Hingga membutakan mata kepada kebaikan/kelebihan/keunggulan orang lain.Kerana mereka melihat dari satu SISI sahaja.Ini yang akan mewujudkan ketaksuban kepada parti.So,lebih baik tidak berparti kerana boleh melihat dari semua sudut itupun jika kita ini 'berakal'.Kalau tidak 2 X 5 juga la.
basuh baju, kita perlu ada parti. kita perlu ada pendirian.
keyakinan terhadap satu parti itu akan lahir dgn sendirinya. terutama jika parti itu lebih mementingkan Islam sbg asas perjuangan.
parti yg dibuat manusia sendiri tidak sempurna. ade banyak celanya. selagi kecelaan itu tidak serious ataupn ada usaha untuk membaikinya celaan itu, kita harus membantu dan bukan hanya melihat dan mengkritik.
tiada parti mmg anda akan bebas memilih. tapi,
beri bukti negara apa yang akan maju tanpa satu parti yg memerintah? huh.
anggaplah jika tiada parti itu sebagai seorang yg tiada pendirian dan seorang yang tidak boleh bekerjasama, bertoleransi dlm masyarakat.
kalau ditanya bagaimana mahu memilih parti yg mementingkan Islam pada tunjangnya. jawapannya, dulu ada sekarang tiada.
jd bagaimana mahu memilih? pilihlah parti yang pasti akan dianggotai oleh orang Islam secara majoriti di peringkat tertinggi. asas perjuangan mereka mungkin perpaduan, hak orang melayu dan bukan Islam semata.
tp igt. mereka itu Islam dan tidak akan mendurjanakan agama mereka sendiri sesuka hati. masih ada rasa tanggungjawab terhadap agama sendiri. mungkin itu adalah petunjuk dr Allah ttg seburuk buruk manusia itu sendiri, susah untuk dia menzalimi agamanya sendiri. igt itu.
rasanya aku tak terangkan dgn baik. ok, ini salah aku.
biar aku terankan.
aku tulis kat sini- tidak berparti melihat kepada konteks Malaysia.
maksudnya tak perlu berpakat mahupun berbaris. Tak payahlah nak jadi ahli BN atau seronok jadi ahli PR.
sbb apa? sbb keduanya sama shj. dua2 masih terikat dgn politik lama- politk yg gunakan bangsa dan agama. (baca: guna). Kalau tak percaya, meh kita tgk mcm mana kedua pihak ini berkempen utk PRK kali ini. Aku jamin keduanya akan tunjukkan lawan mereka lagi teruk. Bukannya nak cakap mcm mana utk membangunkan kawasan itu apatah lagi berbicara ttg dasar ekonomi utk membantu penduduk setempat.
Tapi,
kalau kita ada pilihan baru yg lebih bijak- aku rasa ok je berparti. Sebab mmg betul pon, kita tak boleh ke mana-mana jauh sekali dlm membentuk kerajaan dengan sorang2 diri.
tapi dlm hal apa2 sekalipun, kalau nak berparti jgnlah taksub. aku rasa benda ni semua setuju. :)
ps: sape yg kata takde negara yg dpt dibina tanpa parti politik? Arab saudi tu apa. Ada parti? Brunei tu apa? ada parti? hehe
tp aku tak setujulah kalau gunakan sistem pemerintahan negara tu. lagi teruk daripada sistem yg ada skrg..
komen 'aku' bagi aku adalah bagus. Setuju bukan tanda menyokong. Bilal kita tidak berparti, kita boleh menyokong apa yg betul dan menentang apa yg salah.
Kalau Barisan ada buat sesuatu yg betul, kita akan sokong. Tapi cuba bayangkan kalau kita ahli pakatan, barisan buat macam mana betul sekalipun kita ttp tak akan sokong. Betul tak?
samalah jgk kalau pakatan buat betul, ada ahli BN nak sokong? takde kan? semuanya tak nak mengakui benda yg dibuat itu betul kerana terikat dgn pasti msg2..apa? tak boleh ke nak sokong?
Sbb tu aku ckp kat malaysia ni budaya politiknya teruk. Kita tak ada pilihan yang bagus. Ahli kedua belah pihak taksub dgn parti masing2.
so kalau dah camnilah keadaannya, bukankah baik kita bebaskan diri kita dari kepartian?
dapatlah jugak kita melihat sesuatu perkara itu bukan dari perspektif parti..
amacam?
salam..
apa yg saya perhatikan,fakta yg pakatan berikan ada kebenarannya.. cuba lah saudara ikuti ceramah3 pakatan.bandingkan dgn apa yg di siarkan di media seperti tv3 dan utusan.sebab itu la aku semakin muak dgn umno
Memilih tidak berparti adalah utk membebaskan minda drp terperangkap di dlm ideologi BN dan Pakatan Rakyat.
Mereka yang tidak berparti ada beberapa pilihan semasa pilihanraya..
1.Memilih BN
2.Memilih Pakatan Rakyat
3.Memilih calon Bebas.
4.Rosakkan undi
5.Tidak keluar mengundi.
1.Tak nak lah,dah terang-terang muka sang koruptor.Nama kat Bar Council pun dah blacklist.
2.Tak nak lah,nanti habis kampung kena runtuh macam kat Buah Pala.
3.Tak nak lah,ni mamat nak jual MLM je.Takde hala tuju.Asal ada pilihanraya je dia masuk.Mana dapat modal?Nak kata kaya,mana dapat duit?Business apa mamat ni?
4.Yang ni aku suka.Tiga-tiga beruk tak dapat undi.
5.Yang ni bahaya,sebab nanti 'hantu' tolong undikan.
basuh baju kamu patut dipuji kerna sentiasa punya idea menjawab segala persoalan dlm konteks pandangan kamu. ok ok.
tp basuh baju, ketaksuban terhadap parti itu perlu diubah dr mana? ia lahir dr diri manusia itu sendiri. tunggu 1000 thn lg perkara ini tak akan berubah. salah ke menyokong parti pilihan dgn sepenuh hati?
tp, rakyat Malaysia makin bijak. sokongan itu ada, tp keburukan parti sokongan mereka itu juga akan menyebabkn mereka mengubah undi mereka. mereka bukan taksub tanpa sebab. sekiranya mereka melihat cela yang semakin teruk dan tiada perubahan dilakukan pemimpin tertinggi pastinya undi beralih arah.
hasilnya. Barisan kalah teruk walaupn masih memegang tampuk pemerintahan. Pakatan, menang besar. mereka tawan undi semua kaum.
tp tgk apa hasilnya skrg. Islam itu dimain mainkn mereka. ya mungkin taksub terhadap parti politik itu tidak boleh diubah serta merta, tp jika penghinaan terhadap Islam berterusan, kita boleh lihat ape yang berlaku kpd Barisan sebelom ini terjadi ke Pakatan Rakyat 6, 7 thn lg.
tak percaya? kita lihat.
ak rasa ibrahim ali tetap yg terbaik.
tak berparti
tak berpendirian
kahkahkah.
Badrul: kalau benar fakta yg pakatan berikan byk benarnya, jadi sokonglah pakatan dlm isu tersebut yg dirasakan benar. ;)
yobsumo: salah kemenyokong parti dgn sepenuh hati? ha, ini yg berlaku pada umno skrg. disebabkan syg sgt kat umno, kesalahan parti tak nmpk. lantas tak nak berubah. akibatnya? bukan setakat parti makin hilang kredibiliti, mmalah nasib negara juga menjadi tanda tanya.
sokong parti sokong peratus tak semstinya bagus. kalau kita sokong parti sepenuhnya, kita akan sentiasa menyokong parti kita tak kira benar atau salah.
tp ada jg org- kerana sygkan partinya, dia snggp menentang kesalahan partinya sendiri. ini satu yg agak bagus.
tp at last, cuba kita tnya pada diri "untuk apa menjadi ahli parti politik?"
utk dpt kontrak?
utk jadi politikus?
utk memperjuangkan sesuatu?
Dari jalan kopi: Ibrahim Ali bukan jenis yg aku cakap. Itu katak.
oh basuh baju, mungkin kamu tak nampak aku tulis ini diatas,
tp, rakyat Malaysia makin bijak. sokongan itu ada, tp keburukan parti sokongan mereka itu juga akan menyebabkn mereka mengubah undi mereka. mereka bukan taksub tanpa sebab. sekiranya mereka melihat cela yang semakin teruk dan tiada perubahan dilakukan pemimpin tertinggi pastinya undi beralih arah.
hasilnya. Barisan kalah teruk walaupn masih memegang tampuk pemerintahan. Pakatan, menang besar. mereka tawan undi semua kaum.
harap maklum
Post a Comment