Wednesday, August 5, 2009

PakATAN- Mari mengenali budaya ATAN.


Seperti yang dijangka, rata-rata pembaca blog Basuh Baju tidak berpuas hati dengan kerajaan. Daripada masalah rasuah hinggalah kepada tidak Islamik- semuanya salah kerajaan. Tetapi adakah ini bermakna mereka pro-pembangkang? Jawapannya TIDAK semestinya.

Jika sesiapa perasan, tiga minggu yang lepas Basuh Baju ada mengajak para pembaca berdiskusi mengenai Tun Dr Mahathir- dan keputusannya....hampir kesemua memuji beliau. Baik orang UMNO mahupun PAS. Pelik kan? Benci kerajaan tetapi suka Dr Mahathir. Jadi maknanya apa di sini?

Orang ramai menyokong Pakatan (pembangkang) kerana menyampah dengan Barisan (kerajaan). Bukan kerana tertarik dan terpaut terhadap Pakatan. Jauh sekali jatuh cinta. Ini hakikat. Tidak ada auta mahupun tipu fakta.

Kalau Barisan membodoh dan memandulkan rakyat dengan agenda rasis di dalam Utusan dan BTNnya, Pakatan mengkhayalkan rakyat dengan candu 'rakyatnya'. Ke hulu ke hilir mereka berdegar-degar dengan perkataan rakyat. Seolah-olah nama 'rakyat' itu sudah menjadi nama yang ampuh untuk dijenamakan agar rakyat membeli candu politik mereka.


Pakatan boleh mendakwa rakyat di belakang mereka. Pakatan boleh menipu yang mereka memperjuangkan hak rakyat. Pakatan boleh berbinkan rakyat di atas nama Pakatan Rakyat. Tetapi tidak semestinya Pakatan diterima rakyat. Hakikatnya Pakatan adalah 'the lesser than two evils.' Yang mungkin lebih berbahaya...Mungkin.

Apa yang kita dapat saksikan ialah mereka menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Ya, memang kerja mereka ialah berpolitk sebab dah nama pun parti politik. Tetapi berpolitik sahaja 24 jam berceramah sana sini, berhimpun ke sana ke mari tanpa membuat kerja adalah budaya politik yang bangang.

Inilah yang dinamakan budaya ATAN- Always Talk Action Nothing. Parti politik yang berpolitik secara berATAN adalah parti politik yang tidak tahu memerintah. Dalam bahasa mudah- parti politik ini tidak akan mampu menjadi kerajaan yang baik. Apatah lagi menjaga kerajaan.

Perak telah menjadi bukti dengan terlepas ke tangan BN Ya, memang benar BN melakukan rampasan kuasa di sana. Memang BN telah membeli ADUN. Memang BN telah mengugut dan mengancam mereka. Tetapi ini memang dah di dalam jangkaan. Kita dah tahu yang BN memegang segala-lanya. Mereka mengawal polis, mahkamah, penjawat awam, dan memiliki sumber kewangan yang banyak. Jadi bukanlah perkara pelik bila BN merampas Perak dari Pakatan. Takkan kita nak expect yang BN akan melakukan cara baik? Politik itu sendiri penuh dengan ahli politik yang licik dan kotor. Mereka tidak akan bermain dengan baik. (kalau tak, tak adalah parti yang nak tubuh kerajaan dengan melompat parti). Oleh itu, Pakatan telah gagal dalam membuktikan kepada rakyat mereka mampu menjaga kerajaan dengan baik. Hanya berATAN- Always Talk Action Nothing- sampai kerajaan boleh terlepas. (Ingat senang ke haa nak dapatkan negeri Perak tu daripada BN?!)

Candu politik daripada Pakatan yang berATAN yang paling berbahaya (malah menyakitkan hati) ialah menggunakan rakyat. Mereka akan menyuruh rakyat untuk turun berdemonstrasi di jalan raya. Mereka berharap provokasi akan berlaku. Mereka lagi suka jika polis memukul, mengejar dan menangkap orang ramai. Dengan cara ini- political mileage dapat dicapai dengan menyalahkan kerajaan. Ops! jangan salah faham. Berdemo ialah hak bersuara untuk semua rakyat. Malah apabila rakyat berdemo, ini tanda demokrasi kita sihat.

Tetapi demonstrasi akan menjadi tidak sihat apabila budaya demonstrasi sepert anarki yang membuat huru hara di jalanan berlaku. Ia akan lebih parah jika di akhirnya kita menyedari bahawa parti politik yang menganjurkan demonstrasi itu sebenarnya hendak menggunakan kita. Ya, saya bercakap mengenai perhimpunan ISA tempoh hari. Sila tanya satu soalan kepada diri sendiri. Di mana Anwar, Hadi dan Lim Kit Siang berada tatkala ribuan orang ramai berlari bertempiaran menyelamatkan diri di jalan raya dengan ditembak gas pemedih mata? Mereka duduk selamat di HQ PAS! Kepala lutut apa duduk di sana di dalam air cond sambil membuat sidang akhbar? Kenapa tak turun sekali berlari menyelamatkan diri bersama? Kenapa?

Semuanya kerana budaya ATAN- Always Talk Action Nothing. Pandai suruh orang turun tetapi diri sendiri tak turun. Saya amat-amat yakin mereka yang turun berdemo tempoh hari sebenarnya ikhlas dan jujur mengenai perjuangan mereka. Mereka hanya mahukan ISA dimansuh. Tetapi cuba anda bayangkan bagaimana perasaan mereka jika mereka dapati pemimpin utama PAS, DAP dan PKR tidak turut serta dalam perhimpunan itu? Perasaan dipergunakan? atau dikhianati? Salute untuk yang berani turun berdemo tetapi kepala lutut untuk yang duduk di dalam bilik air cond.

****************************************************************************************************

Ketika membaca komen-komen daripada pelayar mengenai apa masalah di Malaysia, saya dapati tidak seorang pun yang memahami apa sebenarnya masalah yang berlaku di negara kita. Ia bukanlah kerana negara kita tidak islamik, rasuah mahupun banyak peperiksaan. Ini semua hanya masalah biasa di mana-mana negara yang melibatkan ideologi kerajaan dan perangai individu. Menyelesaikan masalah-masalah ini belum tentu dapat menyelamatkan Malaysia.

Jika ditanya kepada saya- apakah masalah sebenar di Malaysia. Saya akan menjawab- kita tidak mempunyai pembangkang yang bijak. Kita tidak mempunyai pilihan yang lebih bagus untuk berubah kerajaan. Pembangkang yang ada sekarang tidak mampu menjadi kerajaan persekutuan.

Pembangkang tidak bercakap mengenai pelan ekonomi dalam menghadapi krisis ekonomi. Mereka tidak memberi idea bagaimana kita mampu meningkatkan pendapatan para pekerja. Mereka tidak menyediakan pelan bagaimana untuk memastikan setiap rakyat mempunyai tempat inggal yang selesa. Mereka tidak tunjukkan kepada kita rancangan mereka jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Dan percayalah- ini semua kerana pembangkang yang ada sekarang ialah ATAN- Always Talk Action Nothing!



(masih nak kata Basuh Baju pro-pembangkang?)

55 comments:

Cob Nobbler said...

Iklan jap.

Diskusi Blogger:Teh Tarik Gelas Besar,Basuh Baju,Bangun Berdiri,Saudara Ravi bertempat di kedai mapley depan Central Market,hari Ahad 9 Ogos 2009 jam 4 petang.Dijemput dan sila bawa rakan-rakan.Trimas.

Sila respond,sebab nama nko dah ada tu.Trimas.

Cob Nobbler said...

Ada yang respond dengan aku dalam entry aku tentang Perhimpunan ISA baru-baru ni.

meh aku copy paste ayat dia.

ckap mmg senang..kene bom asap dulu baru nk cakap.nk 1 2 juta org, kalo 1 juta org mcm ko, pemerhati.dapat ke sampai 1,2 juta?

Macam mana orang macam aku tak jadi pemerhati?Macam mana pekerja Kamdar,pekerja Mydin semua jadi pemerhati?

Dah buat demonstrasi tak nak libatkan pekerja.Sombong.Angkuh.

Ada yang bising-bising nak khulafa la,apa la.

Biar aku bagitau nko satu situasi.

Kalaulah sistem khulafa tu disukai ramai,kenapa rakyat Sepanyol sanggup tolong kerajaan Kristian Isabella dan Ferdinand,kalau dorang setia dengan Islam.Pernah dengar khalifah Abd-al-Rahman bina bandar berguni-guni dinar emas semata-mata untuk gundiknya?

Sebab tu saudari Lafemmerouse pernah cakap,"if France in 1905 did separation between church and state,Muslim countries should separate mosque and state,because this Islamic fundementalist will use Allah name to murder people who didn't believe."

Kita takde hak nak cabut nyawa orang yang tak percaya dengan agama Islam.Kita benar,itu pandangan kita.Pandangan orang lain,kita tak tau.

Orang-orang yang cakap macam ni hanya pentingkan diri sendiri.

Pergi London.Berapa ramai orang Arab yang Islam yang kaya-raya,pakai limo panjang-panjang.Pergi Dubai,tengok sheikh2 ni kaya raya.Pergi Arab Saudi jangan ceritalah.

Sedangkan 600 juta umat Islam hidup dibawah garis kemiskinan.

Aku tetap percaya dengan agama.Tanpa Pencipta - tidak ada la alam ini.Tapi yang pepandai makhluk Homo Sapiens nak nafi agama orang lain ni sape suruh?

Kemiskinan tak kenal agama.Pull stop.

mamai said...

aku suka ini tapi sedikit pembetulan ATAN = NATO yang di amalkan pemerintah kita sekarnag nie (BN). kalau ada pun sebab mereka dah terikat dengan janji untuk para pelabur yang memberi wang semasa pilihanraya ini boleh rujuk pada sejarah sains politik...dan mungkin perkara yang sama juga akan berlaku jika PAKATAN memerintah...

cuma apa yang aku suka bila kita sebagai rakyat ada pilihan untuk dibuat dan pemerintah akan lebih berhati-hati dan lebih mementingkan rakyat dari hal pribadi.

masalah demontrasi itu bukan perkara baru sejak dulu tok nenek kita sudah diajar berdemontrasi dan itu pilihan yang terakhir sekali untuk kita bersuara setelah semuanya tersekat. tapi yang bangangnya cara menangani demontrasi ini....apa perlu di bom dengan gas pemedih mata dan hujani dengan air yang perit. kerana ini hanya membuat mereka bertambah benci maka jadi pesta bencana.

seperti yang aku katakan jika air yang mengalir itu disekat maka ianya akan mengakibatkan bencana umpama empang yang pecah. sebaliknya jika air itu dibiar mengalir dengan damai menuju ke laut pasti tidak akan ada kerosakan.

tak mustahil jika satu hari nanti bila pembangkang memerintah aku masih lagi tetap memebangkang...sebab aku hanya mahukan titik keseimbangan.

Shahrul Tanaka said...

pak ATAN?
tak pasal atan dapat nama busuk

M. As Suhaimi said...

Nami O fish...
Aku hormat kau dengan hujah kau penuh dengan kajian. salute giler aku. tapi bila bercerita tentang khalifah. kau kena kaji lagi. kejadian di perancis itu adalah bukti orang yang menggunakan kuasa atas nama kekuatan agama tapi sebenarnya untuk senang - senang akhirnya tumpas. tapi lihat sebelumnya. khalifah kukuh kerana pemimpinnya ikut perintah Allah.

Nabi Allah bersabda, "akhir zaman umat islam akan ramai, tapi mereka seperti buih dilautan" .

soalan perlukah bernegara?

Ok lah kalau manusia tidak perlu bernegara, tp sekarang nih en nami nak berjuang bubar negara kaa? saya tak dapat tangkap hujah saudara.

Pasal ATAN itu.. kita memang tidak dapat jangka kejujuran pemimpin PR. tetapi pada saya, selagi pemimpin itu INNASOLATI, WANUSUKI, WAMAHYAYA, WAMAMATI, LILLAHIRABBIL ALAMIN, saya yakin padanya, lihat pemimpin pas seperti HUSAM, tokoh politik yang bercakap soal ekonomi, Tuan guru Nik Aziz, Menteri besar yang sangat dihormati pelbagai kaum dan agama. ini contoh pemimpin yang jujur, dah terbukti.

nak kata apa lagi?

Saya meneletiti hujah basuh baju tentang perak, pada saya MB Perak dah cuba yang terbaik, dia pun sangat dihormati. pru 12 menunjukkan PR dan BN saing - saing. so keadaan itu sangat mudah untuk disabotaj.

Saya lebih rela tokoh - tokoh PAS yang menang PRU 13, kerana mereka terbukti jujur, kerana mereka ditarbiyah takutkan dosa, kita mati bukan habis macam tu saja, ada lagi jalan cerita. dan jalan cerita akhirat tidak akan ada endingnya. kekal abadi. kalau pemimpin pengang ini. mereka takut untuk menipu.

p/s saya juga tidak memihak pr atau bn saya berpendirian, kaji setiap apa yang orang politik cakap baru terima

Unknown said...

ha... tak paham dunia skrg.......
apa nak jadi dgn rakyat, bangsa,negara, pemimpin, agama...

kadang2 kita fikir kan masalah negara... ada kah kita fikirkan dulu tentang masalah kita, keluarga dan rumah tangga... fikir2 kan lah...

Anonymous said...

Kebanyakkan benda yg datang dari sumber kufar @ demokrasi sekular banyak kebobrokannya.. :)

Permasalahan umat, dan negara tidak dapat diselesaikan kecuali dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah..

ini la hasil dari demokrasi sekular, kucar kacir jadinya muka bumi Allah ni..

p/s: Pernah dengar kisah Khalifah Umar Abdul Aziz?.. :) Nabi sendiri itu melakukan Sistem Khilafah itu sendiri, di mana semua negara2 jajahan islam dibawah satu pemerintahan yg diketuai oleh Baginda SAW..

cara kau bercerita ni macam kau x yakin dengan sistem yang dibawa oleh Rasulullah SAW... nami, kau x yakin ke ngan sistem yg digunapakai oleh Rasulullah SAW?.. :)

Sebagai renungan kata2 Khalifah Umar Abdul Aziz :

"Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya."

Cob Nobbler said...

Response to Ir Suhaimi:

Pernah dengar Khalifah Abd-ar-Rahman III?Yang membina Alhambra dan Medina Azzahra untuk gundik kesayangannya di Sepanyol?

Sampai membangkit kemarahan rakyat Islam sehingga sanggup membantu Ratu Isabella dan Raja Ferdinand dari Aragon dan Castilia?

Tentang negara.

Cuba saudara Suhaimi fikir dari awal-awal sekali,negara pertama di dunia terletak di mana?

Sumeria.Raja Namrud(atau Nimrod dalam bahasa Hebrew) yang menentang Nabi Ibrahim.Seterusnya raja-raja Babylon,Assyria dan Sumeria di tamadun Mesopotamia ini.Raja Hammurabi raja pertama yang buat undang-undang.Yang pertama membentuk kelas masyarakat - hamba dan tuan.Kuli dan towkey.

Sekarang nampak tak?Kita ini semua sama - kenapa nak berpangkat itu berpangkat ini?Pangkat-pangkat ini muncul dari sistem "bernegara".

Burung-burung,haiwan-haiwan boleh bermigrasi tanpa mengenal sempadan negara - kenapa manusia tak boleh?

Apa fungsi negara ni sebenarnya?Pecah-belahkan manusia?

Cob Nobbler said...

Anonymous:

Aku lebih suka bercakap secara universal.Satu sistem yang semua orang - tidak kira bangsa,agama,gender,masyarakat atau apa-apa saja boleh menerima.

RABUN said...

nak mencelah skit..milihat hujah hujah saudara semua amat takut saya nak berdiskusi, pasal aku kecetekan ilmu...

soal Pakatan tu, tentang berdemo ker apa ker still ada pro n kontranya, misalkata kalau ada mengkatakan pemimpin yang pandai mengarah sahaja tapi tidak turun berdemo mungkin ada sebabnya jugak, kalau tak kenapa ada setengah rakyat yang sanggup berdemo... mungkin dorang berdemo bukan kerana pemimpin secara individunya...tetapi kerana perasaan untuk memperjuangkan keadilaan itu sendiri, ISA bukan perjuangan Individu pun..

pokok pangkalnya terpulang pada individu itu sendiri, tak tau la ada yang kene paksa berdemo ke ataupun ada setengah yang dibayar, bukan seronok nak telan gas pemedih mata tu pun, kene tangkap satu hal lagi...


apa pun pro n kontranya aku tetap tak berganjak ..yang pasti aku mengharapkan BN akan kalah kelak..

ini untuk mewujudkan kembali check n balances dalam kuasa kerajaan...kalau lah BN yakin yang dia orang akan di beri kuasa sehinga selamanya memerintah negara ini jadi apa yang perlu dirisaukan mereka tentang rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan sekarang ni,

so Hapuskan dulu MITOS yang mengatakan hanya Kerajaan BN yang mampu memerintah negara.. Kemudian kita akan lihat kerajaan akan bertukar tukar tangan, bukan hak milik kekal, bergantung pada prestasi pemerintahan mereka, BUat taik kita tukar kerajaan tak kira BN ataupun pakatan. pendapat aku jer laaa..

Tentang kepentingan negara negara ataupun semangat kebangsaan ini lak... ya dalam konteks islam memang semangat kebangsaan adalah salah satu musuh Islam jugak, yahudi dan nasrani menciptakan satu format pecah dan perintah...untuk apa sebenarnya?...

untuk melemahkan Islam.. ada kita kisah rakyat patani tertindas kat selatan Thailand? ada kita kisah apa yang terjadi kat palestine?

apa yang boleh kita buat, kita ada dasar dasar negara yang perlu di pertahan, paling kuat negara akan mengutuk tindakan tindakan musuh islam ni la... bukan kah berjaya yahudi dan nasrani dari segi tu?

..di Akhir zaman nanti hanya ada satu kerajaan didunia ini iaitu kerajaan Islam sahaja..dan ada satu Khalifah yang memerintah dunia...

mintak maaf aku bukan nak mintak bubar negara...cuma diakhir zaman nanti inilah hakikatnya dan inilah ubatnya, jadi tunggu jer laa..

lagi satu mintak maaf kalau ada kesalahan dari apa segi pun hujah saya yang picisan ini

permisi duluuuu...

balqissy said...

ATAN- Always Talk Action Nothing.

ok2, saya pun masih confuse jadi pro pembangkang atau kerajaan. itu akan difikirkan nanti, dan melihat isu semasa.

Walaupun begitu, ATAN menarik hati untuk dicatatkan ulasan di sini. Mengapa ATAN hanya dipersalahkan pada politik semata? Kalau betul nak berubah, sila pergi kepada basic dulu. Agama, ok. Then, politik akan sendirinya teguh tanpa sebarang pencemaran lain.

Anonymous said...

Nami, apakah kau tidak yakin sistem khilafiyyah yang dibawa oleh Rasulullah?? adakah sistem yg dibawa Rasulullah tidak diterima oleh penduduk kafir di Madinah dan Mekkah?.. Kalau penerangan yg betul diberikan, insya-Allah, mereka pasti menerima.. Kerana Islam itu membela, bukan menindas..

Nampaknyer kau ni *kurang* yakin ngan sistem Islam.. bahaya tu.. :) ade ke sistem Islam yg diwujudkan Allah dan Rasulnya menyusahkan umat islam dan segala isi dunia selama ni?.. ;D

Kalau kita bersatu dibawah satu payung, boleh je bersatu.. payung itu adalah terbentuk dari sistem khilafiyyah..

Allah Maha Mengetahui apa yg kita tidak ketahui.. WA

sang kegelapan said...

Jika ditanya kepada saya- apakah masalah sebenar di Malaysia. Saya akan menjawab- kita tidak mempunyai pembangkang yang bijak. Kita tidak mempunyai pilihan yang lebih bagus untuk berubah kerajaan. Pembangkang yang ada sekarang tidak mampu menjadi kerajaan persekutuan. - Basuh baju

Sori gua nyampuk lagi dlm blog lu bro..hanya ckit gua nk sentuh..

perlukah kita tukar ini kerajaan kalau kerajaan umno ni islamik?islam adalah menyeluruh bro..kalau btul2 umno leh wat pentadbiran islamik aku yakin kita xmemerlukan pembangkang melayu lagi..parti2 melayu dan parti2 islam akan terbubar sendirinya jika umno wat satu pentadbiran yang btul2 islamik..bagi aku,kita tidak memerlukan pembangkang yang baik kalau kerajaan BN kita sekarang islamik sbb aku yakin 100% budak macam aku ni akan sokong umno iaitu bangsa dan agama aku..skang ni umno juz bangsa aku je..bkn agama aku lagi..sbb org umno banyak yang xtahu dosa phala..semua main redah je.,juz pndpt gua bro..chiow bello..

Pekerja Kontrak said...

tak lama lagi malaysia akan jadi mcm palestin... mula2 perang saudara.... pastu ada org cucuk... dan rampas tanah melayu... kemudian bina tembok.... kasi susah rakyat.... aku takut ini bakal berlaku....

azmi yusof said...

macamni punya posting saya setuju..dua dua kita hentam!!macamnilah pembangkang yang bagus...saya selalu berpendapat dalam apa apa hal, majoriti memainkan peranan penting..contohnya bila berbicara tentang kerajaan, bila kita berada dia dalam puak yang menentang, memanglah kita merasakan kita semuanya betul dalam hal mengatakan sesuatu tentang kerajaan..kita merasakan kita kuat...tapi apa kata kita cuba masuk ke dalam golongan yang menyokong plak..tentunya kita akan merasa kita plak yang kerdil..itulah hakikatnya..ada yang menyokong dan ada yang menentang..bezanya majoriti dan minoriti..dimana kita sekarang??

Anonymous said...

Apa je yg menjadikan pakatan dikatakan sebagai Always Talk Nth Action, well, as we know la skang ni, pakatan = pembangkang = bende yg boleh buat terhad.. so mayb kita x nampak apa yg dibuat pakatan, pasai, dalam tv depa dok habaq ape yg kerajaan BN buat ja.. :) sama jugak dalam surat khabaq.. :D

Renungan bersama :

“Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208).


Islam adalah jalan penyelesaian utk segala masalah

Oh Me said...

yes maybe patut UMNO kasi jalan kepada Pakatan Rakyat handle negara pulak..tengok macamana...boleh jalan atau tak boleh...

Apa-apa pun akhirnya berbalik juga kepada rakyat.

dan kepada yang bermegah dengan Anti ISA, konon ISA ni berdasarkan ketuanan Rakyat..ingat yang ni, tak semua rakyat support anti ISA...Dan rakyat yang pro ISA pula lebih suka berdiam diri dari berdemo sakan.

Ravi CWI said...

Masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada asasnya bukan isu siapa yang memerintah. Persoalan pokok di sini adalah, yang memerintah itu berlandaskan kepada kelas apa ? Hanya ada dua kelas sahaja : Kelas kapitalis dan kelas pekerja. Manakala golongan pertengahan (pelajar, professional, intelektual dan sbgnya) akan sokong sama ada kelas kapitalis atau kelas pekerja berdasarkan keadaan objektif negara. Pemerintah BN dengan terang-terang adalah pendokong kelas kapitalis. Manakala Pakatan dengan mengunakan 'rakyat' juga adalah pendokong kapitalis kalau kita lihat polisi-polisi mereka. Ada yang menggunakan agama, ada yang mengunakan kaum dan ada yang menggunakan retorik-retorik tertentu untuk menrealisasikan polik pro-kapitalisma mereka. Mereka tidak ada program atau polisi yang jelas untuk memerdekakan kelas pekerja dan rakyat biasa daripada ancaman-ancaman kapitalisma spt. kemiskinan, penganguran, diskiriminasi kaum/agama, ekspolitasi ekonomi, kelupusan persekitaran dan sebagainya. Manakala peperangan dan penindasan seperti yang berlaku di Palestine dan Selatan Thailand juga adalah isu kelas iaitu kelas yang menindas (kapitalis) dan kelas tertindas ( pekerja dan rakyat biasa). Jika kita ingin menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kelas tertindas, kita perlu bersama mereka untuk menguatkan perjuangan kelas mereka.

Anonymous said...

satu perkara la.. perlukah ISA?? Tahan orang tanpa bicara..? Sedangkan Rasulullah SAW itu sendiri membicarakan orang yg buat salah sebelum diberi hukuman..

Setahu aku, yg lakukan penahanan tanpa biacara adalah org2 masa zaman jahiliyah mekkah.. menahan org2 islam tanpa sebab dan musabab.. tidak lain, hanya untuk kepentingan sendiri.. :)

Renungan Bersama

Sabda Rasulullah SAW :

"Lima orang yang mendapat murka Allah s.w.t. jika mahu, Dia akan berikan kepada mereka di dunia, atau dia tempatkan mereka di Akhirat dalam Neraka, yakni pertama: Pemimpin yang merampas hak rakyatnya, yang tidak pernah insaf terhadap perbuatannya dan melakukan kezaliman terhadap rakyatnya. Pemimpin yang ditaati kaumnya, namun dia tidak membezakan mana yang kuat dan yang lemah tetapi dizalimi serta berkata dengan dengan hawa nafsunya. Lelaki yang tidak pernah mengambil perhatian terhadap isteri dan keluarganya untuk taat kepada Allah dan tidak memberi tunjuk ajar kepada mereka mengenai agama. Lelaki yang tidak memberi upah dengan cukup pada pekerjanya. Dan lelaki yang menganiaya dalam maharnya."

Moga kita tidak tergolongan dalam 5 golongan di atas.. wa nauzubillah..

Basuh Baju said...

terima kasih kpd yg beri respon..

Nami: apa pendapat ko ttg budaya ATAN dalam pakatan?

mamai: apa maksud ko ttg titik keseimbangan? sistem dua parti?

Suahaimi: adakah tokoh PAS tidak korup? Ya, nik aziz mungkin bersih..tp bagaimana dgn hassan ali?

dlm UMNO pun ada ahli yg tidak korup seperti saifuddin abdullah. so mcm mana kita nak judge di sini?

Ekin: sbbkan nak memahami apa yg terjadi kat mas ni la kita sma2 berdiskusi:)

anonymous: cerita sikit kat aku bagaimana sistem Islam yg kau cdgkan. adakah ia bermakna semua ahli parlimen org islam? atau perempuan tidak dibenarkan bekerja, memandu spt di arab saudi? atau tiada pilihanraya dan parti politik spt di kbykn negara arab? atau mempunyai satu supreme leader spt di Iran? jelaskn sistem yg bagaimana..

Indra Qirana: komen yg bgs. aku setuju pasal melenyapkan mitos tu.. dan ini yg aku ckpkn skrg. kita semua dh tau yg pakatan boleh menang PRU. tp aku timbulkan persoalan adakah pakatan mampu menjadi kerajaan yg bgs. bukan skdr menggantikan BN..

balqissy: tak perlu jadi pro mana2 lg senang. minda tak terikat dgn parti itu atau parti ini.. :)

sang kegelapan: apa yg dimaksudkan dgn kerajaan yg islamik?

azmi yusof: anda berckp mengenai majoriti dan minoriti.. secara asasnya mmg benar..

ttp, minoriti yg memerintah majoriti skrg. kerajaan (minoriti) tidak mendgr suara rakyat (majoriti)..dari segi ekonomi pula- minoriti yg menguasai meajoriti..

jd- tak semua benda majoriti yg ptt kita ikut... kalau begitu- mcm mana kalau majoriti rakyat dunia mahukan kapitalis merompak ekonomi malaysia yg minoriti ini?

pekerja kontrak: sbb itu kita berdiskusi..kita berbeza pendapat ttp kita ingin mencari titik persamaan..

anonymous: pakatan dah jadi kerajaan pon kat 4 negeri skrg..ada kuasa..ada duit..apa lg yg tak boleh buatnya?

Oh me: pertama sekali, terima kasih singgah dan memberi komen.

UMNO nak kasi jalan? haha ingt senang2 ke org nak bagi kuasa..hehe

pasal ISA tu- aku boleh jgk nak kata ramai yg anti ISA duduk di rumah..so mcm mana kita nak tahu mana majoriti mana minoriti?

sbb tu aku ckp- majoriti dan minoriti bukan isunya.. kalau benda tu dah salah- tak kesahlah kalau minoriti yg menentangnya..the fact is- ia ttp salah..kan? :)

Basuh Baju said...

Ravi CWI: ulasan yg tepat dgn apa yg saya tuliskan.. Pakatan tidak pernah bercakap ttg dasar dan polisi serta pelan mereka..

sebaliknya hanya gemar berceramah sana sini ttg isu altantuya, rosmah, jatuh bangunan, etc..

Oh Me said...

Betul ke kau ni 19 tahun?

Anonymous said...

Itu bukan yg aku cadangkan, itu adalah sistem Islam yg diterapkan sejak pemerintahan Nabi Muhammad SAW hingga ke pemerintahan Khalifah yang terakhir yaitu Sultan Abdul Hamid II dimana waktu itu berpusat di Turki..

Anda fikir islam sangat jumud?.. Rujuk kembali Sirah Nabi, dimana wujud wanita2 Islam yg agung seperti isteri Nabi SAW, Siti Khadijah, anak Nabi SAW, Fatimah.. dan lain2 wanita seperti Sumaiyah dll..

Menurut pemahaman aku dalam sistem Khilafah ni, hanya seorang Khilafah yg mentadbir semua negara2 yg berada di bawah naungan pemerintahan Islam.. Berikut adalah struktur dalam Daulah Islamiyah (Khilafah) yg dilakukan oleh khilafah2 sebelumnya :

(1) Al-Khalifah
Al-Khalifah

(2) Mu'awwin At-Tafwidh
Mu'awwin At-Tafwidh (Pembantu Pemerintahan)

(3) Mu'awwin At-Tanfiz
Mu'awwin At-Tanfiz (Pembantu Pentadbiran)

(4) Al-Wulat
Al-Wulat (wali-wali)

(5) Amirul Jihad
Amirul Jihad (Ketua Turus Angkatan Tentera)

(6) Da'irah Al-Amni
Da'irah Al-Amni (Jabatan Keamanan Dalam Negeri)

(7) Da'irah Al-Kharajiyah
Da'irah Al-Kharajiyah (Jabatan Luar Negara)

(8 ) Da'irah As-Sina'ah
Da'irah As-Sina'ah (Jabatan Perindustrian)

(9) Al-Qadha'
Al-Qadha' (Kehakiman)

(10) Al-Jihaz Al-Idariy
Al-Jihaz Al-Idariy (Jentera-jentera Pentadbiran)

(11) Baitul Mal
Baitul Mal

Baitul Mal - Al-Waradat
Baitul Mal - Al-Waradat (Pendapatan)

Baitul Mal - An-Nafaqat
Baitul Mal - An-Nafaqat (Perbelanjaan)

(12) Da'irah Al-I'lamiy
Da'irah Al-I'lamiy (Jabatan Penerangan)

(13) Majlis Al-Ummah
Majlis Al-Ummah (Majlis Umat)


Kenapa manusia susah nak meyakini sistem yg dibawa oleh Rasulullah SAW ni?.. Macam x sempurna pulak sistem ni ek?.. ;D

Anonymous said...

Mengenai 4 negeri PR, kita tgk Kelantan, ambik masa 18 tahun tuk membangun.. Ingat senang ke nak membangunkan Negeri2 yg ditinggalkan BN yg dipenuhi hutang2..

kita pon tau, banyak khazanah2 yg ada di negeri2 PR dibolot teros oleh kerajaan persekutuan.. Kelantan, minyak langsung tidak diberi royalti.. Kalau dapat royalti, mungkin lagi membangun kelantan aku rase... Errm.. dengan peruntukan yg sikit dari kerajaan Pusat, mmg susah nak membangunkan sesebuah negeri hasil peninggalan BM yg dipehuni hutang2 dan korupsi.. hehe... WA ~

Riise said...

semua orang yang mulakan perarakan dari Sogo telah diserang FRU, jd mereka tlah mengundur ke belakang, ade gambar Anwar, Hadi dan Kit Siang berada di Sogo. kne push sampai ke HQ PAS, tu yg dorang masuk dalam. Polis pulak nak tangkap tiga ekor tu, tp sbb takde waran, polis takboleh masuk HQ PAS tu utk tangkap dorang.

apakah masalah malaysia? terlalu, dah tenat dah negara nih. sudah penuh dengan robot2 yang dilahirkan mahathir, penakot utk bersuare, penakot utk berfikir, pengampu, mcm2 lg termasuklah Atan ni. untuk berubah kene ade revolusi sosial, bukan politik. tp disebabkan segala medium utk meluahkan pendapat ditekan olehkuasa politik, selagi itulah status quo di negare ini akan berkekalan.

Pakatan akan tadbir negara pada eleksi seterusnya kalau BN main bersih. tapi memandangkan semua kuasa besar negara adalah org2 BN, takkanlah dorang nak menyerahkan kuasa macam tu aje.

Anonymous said...

Jangan risau..next election Pakatan Rakyat akan menang..Perintahlah seadil-adilnya..Harap2 Malaysia akan aman dan makmurlah ketika itu....dan kalau ketika itu ada juga yang tak puas hati...tak tahulah nak buat camne lagi...

Aku harap bila PKR menang nanti, kerajaan tak akan berlaku diskriminasi pada kaum gay dan lesbian...

Anonymous said...

riise kata: "apakah masalah malaysia? terlalu, dah tenat dah negara nih"

Memang tenat...tenat H1N1. sekrang jumlah kematian makin bertambah. Ahli politik sibuk dengan program masing2 nak save their own asses.

Patutnya satu Malaysia dah kena darurat dah ni. tapi takut. tak berani. sebab....halangan komersial dan perniagaan.

mana yang penting skrg? making profit ke nyawa manusia?

itu je yg tenat...yang lain takde tenat sangat aku rasa.

Tenat ke?

Rebung said...

Basuh baju..hang taw tk sape dalang sebalik demo nih?

Rasenye bukan pembangkang kepala paling besar die..

Hmm..even orang BN pon ade trun demo..

Cuma sebab, yang ramai trun dari pembangkang tk semestinya depa dalang demo nih..

Saye terpakse merahsiakan identiti orang nombor satu dalam demo nih..

Hmm..by the way..haji hadi trun skali rasenye..siap kepala kene ketuk dengan cota..

Anonymous said...

"Aku harap bila PKR menang nanti, kerajaan tak akan berlaku diskriminasi pada kaum gay dan lesbian...

Gila apa PR nak bela kaum mcm tu?.. Terang2 dilaknat Allah SWT dan RasulNya.. Sabda Rasulullah SAW : sabda Rasulullah SAW :

”Jika kamu mendapati orang yang melakukan perbuatan seperti kaum Luth (liwath) maka bunuhlah para pelakunya.” (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Renungan Bersama

Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir. Al-Baqarah : 191

Wallah hu alam..

Basuh Baju said...

oh me: ya, aku 19..kenapa?

rebung: ha, sape dalangnya? kenapa susah sgt nk gitau? hehe :)

semua: tolong komen berdasarkan apa yg aku tulis. bukan nak bincnag pasal gay ke, ISA ke, rasuah ke..aku nak korang beri komen tentang budaya ATAN di dalam Pakatan..itu sahaja.. hehe terima kasih semua!

Basuh Baju said...

anonymous: ko sendiri mengaku yg ko tak begitu faham ttg sistem daulah Islam..tp ko memperjuangkannya.

daripada apa yg ko tulis ttg sistem pemerintahan Islam pulak- bagi aku ia sekadar nama dan term je yg telah diarabkan..itu sahaja.. (based on komen ko ye)

skrg ni pon kita ada Amirul Jiha (ketua tenter)..tp kita panggil Panglima ATM..so apa bezanya?

jgn sekdar asyik nak ubah apa yg on surface je..mengarabkan nama2 jawatan dlm kerajaan tidak akan mengubah apa2 pon..ia sekdar perubahan kosmetik.. :)

Anonymous said...

Kalau Rebung bg tau, abes la dia masuk ISA.. haha.. :D

Ermm.. Tuan punya blog, bleh kasi contoh benda2 yg PR x buat sampai menimbulkan topic ni?.. :D

Anonymous said...

Always Talk No Action? saya rasa parti Pakatan Rakyat dah cuba "beraksi" sebaik mungkin...lihat di Parlimen, di jalan raya, di merata-rata tempat (even di internet)
Sampai yang ada bakar lilin
Sampai ada yang baring halang kereta Nazrin
Ada juga yang terjun dari Plaza Masalam

saya tak faham apa maksud anda PR takde action...

Basuh Baju said...

anonymous: yg psal sistem daulah Islamiyah ni- saudara ckp akan ada satu pemimpin mentadbir semua negara2 Islam..

soalan sy- adakah sistem satu pemimpin ini bagus utk zaman skrg?

adakah kita rela negara malaysia ditadbir oleh seseorg sekali dgn ngera2 arab yg lain?

sekdar bertanya..

anonymous"

apa yg PR buat? aku tanya balik kpd semua pembaca..nanti aku respond.. :)

zedmagel said...

Salam Bro Basuh Baju,

Betul kata bro tu, Pak ATAN kalau nak harap hancus le kita dengan perangai mereka macam tu.

Macamnana pak Atan nak tolong rakyat dengan negara, diri sendiri pun dah tak betul. Wat jadi kuli dunia barat yang rakus nafsu politik saja. Ketua Pakatan tu sangat minat nak jual negara ni kepada mereka.

Apa yang penyonong pakatan merepek ni.....

zedmagel said...

Salam Bro Basuh Baju,


Saya tahu anda orang kuat kempen BN, tapi pat menjolok no. wahid.

Nami o fish - berpolitik, fardhu kifayah dalam Islam, tak kan tak ada satu pun orang Islam nak terlibat politik, jahanamlah negara dan agama Islam kalau macam tu. Bro cakap tak minta mana-mana parti politik, macamana tu? Tapi hentam orang parti politik galak juga. Itu pun seni politik juga yang bro tampilkan.

Ha..ha...ha...

Anonymous said...

Sistem Daulah Khilafiyyah ni hasil dari Rasulullah itu sendiri.. Ingat Rasulullah sendiri suka2 buat sistem mcm tu?.. segala ape yg dilakukan Rasulullah di*guide* oleh Allah SWT..

Adakah sistem yg dijalankan Rasulullah yg berpandukan ilham dari Allah itu tidak sesuai?.. Sedangkan hudud pon sesuai sampai hari akhirat.. ni kan lagi sistem pemerintahan...

Bile pemikiran manusia telah disalutkan dengan pemikiran liberal, dia akan pikir yg benda dilakukan Rasulullah dan Para Sahabat adalah tidak releven pada masa sekarang.. :D Islam itu sesuai sejak dari zaman dulu hingga sekarang.. bahkan sampai ke hari kiamat..

So, jawapannya, sistem itu sesuai sampai bila2.. Aku rela kalau negara kita serta negara2 Islam lain ditadbir dibawah satu pimpinan Khalifah yg dilantik berdasarkan syariat Islam itu sendiri.. Soklan utk tuan rumah : X nak ke merasa dipimpin oleh Khalifah? Di mana selalunya Khalifah itu seorang ulama'.. Berpegang kuat kepada ajaran Islam..

wallah hu alam...

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum saudara,

sy bukan penyokong BN hatta pakatan.

akan tetapi sy kesal krn tiada pihak yg benar2 ikhlas dlm perjuangan (kalau ada betulkan sy)

dua2 entiti ini mempunyai matlamat mereka sendiri.

kepincangan yg dilakukan oleh BN dijadikan modal oleh Pakatan. menghuruharakan negara. begitu juga dgn kepincangan pakatan yg dimainkan oleh media BN.

Di Indonesia, pilihanraya nya jauh lebih dahsyat. sampai ada timbul isu santet (santau)calon presiden dsb.
tetapi selepas pilihanraya, semuanya bekerja. Ya, BEKERJA! membangunkan kembali negara. rapatkan saf.

lihatlah di AS, parti2 bertanding memainkan isu peribadi (sbg cth isu anak Sarah Palin) dan menyebabkannya kalah. tetapi, selepas pilihanraya, Obama melakukan pemerintahan dgn sokongan dan kritikan membina oleh pembangkang. mereka membina kembali negara dan bekerja. Ya, sekali lagi - bekerja!

Di Malaysia mgkin aga pemimpin yg ikhlas (sy yakin ramai) cuma malangnya mereka berlindung di bawah parti2 yg rakus dgn politik berkepentingan.

BN parti yg teruk

akan tetapi Pakatan juga bukan pilihan yg lebih baik

Wallahualam

Anonymous said...

Apa yg PR buat?.. Di Kelantan u can see wat happen now.. Pembangunan Rohani dan pembangunan bangunan2 berjalan seiringan.. Kerajaan Kelantan menguatkuasakan undang2 Islam di mana umat islam wajib menutup aurat..

Kerajaan Selangor OTW dalam proses mengharamkan menjual arak secara terbuka dan mengharamkan penjualan arak kepada org muslim.. Dapat air free kt selangor..

itu rasenye yg aku tau.. mungkin banyak lagi.. cuma tidak didedahkan apa yg depa buat.. pasal kt TV sume cite ape yg kerajaan BN buat jew.. :D

Anonymous said...

Pakatan

yg Islamik akan sokong PAS

yg kurang Islamik akan pilih PKR

dan DAP?

aku nk tanya korg. Apa perlunya DAP dlm pakatan?

hanya kerana DAP sebahagian dr komponen pembangkang maka DAP patut menjadi sebahagaian dr Pakatan?

umu tau, DAP ni tk pernah mengiktiraf sistem Islam. PAS pn tau. PKR pn tau.

tetapi, kenapa mereka2 ini tidak ditarbiyah dulu dgn apa itu Islam dan kepentingan pemerintahan Islam dalam pentadbiran?

Aku bukannya rasis. tapi aku yakin DAP lebih rasis dari aku

DAP perjuangan Malaysian Malaysia (mesti mereka2 pro pembangkang akan menyamakannya dgn 1Malaysia) dan DAP itu dianggotai 80%(mgkin lebih) ahli dari 1 kaum saja. dan kebanyakan isu yg dimainkan lebih kepada kaum tertentu. sedangkan, sekiranya mereka mahu membentuk kerajaan yg berteraskan Malaysian Malaysia, kenapa byk pkr sensitif mengenai Islam mereka pandang enteng? cth isu conversion to Islam yg diadakan tahun lalu dsb.

PAS perlu menerangkan Islam dgn mendalam kepada DAP suapaya mereka faham Islam itu jelas.

dan tiada gunanya mengatakan UMNO itu tidak Islam kerana ianya akan menguntungkan bukan Islam.

dan seperkara yg paling utama

aku mohon kalau benar PAS itu ikhlas, carilah titik persamaan antara PAS dan UMNO dan tegur pentadbiran kerajaan BN dgn cara yg lebih berhemah.

bukan mengadakan ceramah di surau2 dan mengutuk BN. ianya tidak akan mengubah apa2.

aku tktaula kalo TG Nik Aziz ada pelawa DS Najib bincang psl hukum hakam dan mengajak UMNO utk mengembalikan pemerintahan Islam dalam pertemuan ECER baru2 ini.

mgkin isu royalti lebih penting agaknya?

Cob Nobbler said...

Bebel-bebel cakap pasal khalifah ada dua soalan aku nak bertanya.

1.Kalau nko nak buat undang-undang Islam,yang bukan Islam nko nak campak kat mana?

2.Kalau yang bukan Islam tak berpuas hati,nko nak buat apa?

Abang anonymous,saya ni orang Islam.Tapi kalau nak orang hormat agama saya,saya kena jugak hormat agama orang lain jugak.

Cuba kita perhatikan demografik dunia sekarang - umat Islam ada 20 peratus je dalam dunia ni.

Boleh tak tolong sedarkan diri yang kita ni sedang berkongsi Bumi yang sama?

Kalau sibuk nak keluarkan ibnu itu ibnu ini,orang Kristian boleh keluarkan saint-saint dorang.Orang Yahudi boleh keluarkan pendeta-pendeta dorang.

Kalau semua nak cakap "agama aku paling benar,agama aku paling kuat",sampai bila?

Belajarlah hidup berkongsi.

zedmagel,

Yang aku tentang adalah ahli politik.Berapa kali dalam blog aku cakap - manusia ini berpolitik tapi tidak semestinya berparti politik.

Jadi aku benci manusia yang menggunakan parti politik,agama,bangsa,warna kulit atau sebagainya untuk menguasai manusia yang lain,untuk mendapat kuasa dan menindas orang lain.

Dan basuh baju,

Aku lebih selesa guna perkataan NATO dari ATAN(sebab Atan nama bestfriend aku),tapi apapun,kita ambil contoh perhimpunan ISA last week.

Ada tak Pakatan Rakyat punya leadership ada inisiatif ingin mendekatkan diri dengan pekerja kilang?Tak kira yang hindu atau yang islam?Tanya macam mana kehidupan mereka sekarang.Sehari berapa kali makan nasi.Lauk apa,duit cukup ke?

Yang dorang hebohkan,berapa besar coli Bik Mama,yang dorang hebohkan,berapa tinggi rekod dunia terjunan Teoh Beng Hock,yang dorang hebohkan,berapa desibel kekuatan bunyi letupan C4 Altantuya.

Balik ke anonymous:

Kalaulah nko gunakan semua perkataan Arab yang nko sendiri tak faham tu,nko sebut dan hebahkan kepada kami di sini.Tapi nko sendiri tak faham.Ibnu itu ibnu ini boleh bercakap,tapi dia bercakap pada zaman itu,waktu itu dan keadaan masa itu.

Pemikiran manusia ini berevolusilah.Bergerak dari satu zaman ke satu zaman.

Zaman khalifah Aminurrashid pun sekular lah.Cuba tengok berapa ramai orang Yahudi jadi menteri dia sebelum Mongol serang bandar Baghdad.

Cob Nobbler said...

Last for not least,

Hari ini ulang tahun letupan bom atom Hiroshima ke 64.

Kita tak mampu ada lagi sebuah letupan seperti Hiroshima.

Belajarlah hidup berkongsi.

Joe said...

Permatang Pasir!
Akan datang tak lama lagi.
Pelbagai drama dan realiti.

lafemmerouse said...

I was Malaysian,now changing my citizenship to Canada.

I was a supporter of Pakatan Rakyat.I donate my C$100 to Anwar Ibrahim last year with anonymous account.

But I always hate PAS.Forever and ever.I can stand PKR or DAP but not PAS.

Because they misuse religion.

I always stand with liberal.To those liberal haters out there,look at your Oxford Dictionary.Liberal means freedom,emancipation and able to stand by your own.

You don't like freedom?

So if you prefer to stick and tight your feet into slavery and obedience,well go on.Because not everyone wants that.

And to anonymous,if you want Caliph system,go on use your religion scholar words,because it's meaningless for my beloved friend,Mary Shane,Christina Rivera and George Mikaeli.

Go on with your definition,take out your sword and kill non Muslim.Let all infidel bloods flow.

Then here we go again,war.You want war so badly?

And people like PAS,al-Qaeda,Boko Harem in Nigeria or any Islamic fundementalist won't give a damn about humanity.

You're the monster.You created Islamophobic.It's suffering when Muslim people to live in Western world.You don't give a damn.

As for Pakatan,forget it.As long as you combined with PAS,you're going nowhere.This religious fascist only suitable to join UMNO.A race fascist,and a religious fascist.

PKR and DAP,both of you simply cannot work with self-centered mind like PAS.They're fundementalist.

Religion for you is just a tool for popularity.By saying caliph system or whatever,you'll end up like Ahmadinejad or Mullah Omar or Osama bin Laden.Don't care how many people dies,as long you're in power and people fear your terror.

M. As Suhaimi said...

Nami O fish...
undang - undang islam yang berkaitan hudud dan kisas hanya tertakluk kepada orang yang beragama Islam sahaja. jangan salah faham, kalau orang bukan islam tak suka, kena tengok kenapa tak suka, mungkin dia tak faham. saya melihat hujah anda tentang agama siapa yang paling kuat tidak berkaitan. ini bukan soal agama siapa paling kuat. anda seolah - olah tidak yakin dengan sistem ISLAM. adakah anda tidak yakin Islam itu agama yang benar dari penciptanya?

Islam mengajar kita tolenrasi, Muhammad Al fatih menawan Konstantinapol pun tidak meruntuhkan gereja dan tidak memaksa orang disitu masuk Islam, beliau mempraktikkan undang - undang Islam, hanya untuk orang Islam, orang bukan Islam ada undang - undang lain. anda tidak yakin dengan sistem yang diasaskan RAsulullah? piagam Madinah adalah piagam pertama seumpama itu dan diakui barat paling sempurna dan adil.

Memang kita kena belajar berkongsi hidup didunia nih, tapi itu bukan bermakna kita mengabaikan hak agama Islam semata - mata atas nama berkonsi hidup didunia.

Salahuddin Al ayubi, tokoh perang salib yang paling dihormati dunia barat, menggunakan undang - undang islam. Ya ada khalifah yang kufur nikmat, tapi hukum alam jelas, kufur nikmat akan binasa. lari dari hukum Allah binasa.

VASANTARAO APPALASAMY said...

tak kisah lar pro mana pun..
janji kita ada satu pendirian dan pendirian itu betul dan relevan!

M. As Suhaimi said...

Allah menjadikan Manusia dengan Nafsu, itu tak boleh lari, cadang lah apa sistem yang menggunakan akal manusia, penuh dengan cacat celanya. bila ada panduan dari Allah dalam Alquran tak mahu diambil dengan beralasan bagaimana agama orang lain.
Manusia ada nafsu, jadi buat apa sahaja pun mesti ada niat disebalik tindakkan, hanya dengan sistem tuhan pencipta nafsu ini sahaja dapat menghalang kerakusannya.

setiap tindakkan ada niat disebaliknya, kita tidak tahu apa niat Basuh Baju, banyak orang tanya eh betulkah kau ni 19 tahun macam 30 tahun jee (sekadar contoh)

orang mempersoalkan parti politik, apa niat orang politik, ada niat yang ikhlas, ada niat yang tidak ikhlas.

kalau pemimpin itu berbudaya -ATAN- maksudnya dia tidak jujur, tapi kita kena selidik, kenapa jadi macam tu.. so sistem juga dipersalahkan.

kalau kita nak taknak bernegara, hidup tanpa sempadan, itu pada saya tidak rialistik langsung, jelas dalam Alquran menyebutkan Allah menjadikan manusia berpuak - puak, untuk mengenali satu sama lain. kerana nak taknak mesti ada sekumpulan yang menjadi ketua kepada yang lain. itu takboleh lari,

Kembali lah kepada sistem yang digaris pandu oleh pencipta manusia melalui Al quran. pencipta sahaja tahu apa yang perlu kepada hasil ciptaannya.

Basuh Baju said...

tgk, aku baru je ckp- komen pasal isu yg aku tulis..bukan pasal sistem islam, istilah islam, agama islam..

to anonymous: sape kata Islam tu tak syumul? Ada statement saya yg kata saya anti sistem Islam?

saya tanya saudara satu je la kan- berapa byk yg saudara tau pasal sistem pemerintahan Islam? boleh kita kongsi sikit? setakat beretorik dan hanya tampil dgn istilah2 jargon arab shj saya rasa tak cukup.

boleh kan? :)

saya secara jujur tak banyak tahu pasal sistem pemerintahan Islam. Kalau saudara mampu menjelaskan bagaimana sistem pemerintahan Islam ini, mgkn ia boleh membuka pemikiran saya..

ceritakan apa perbezaannya dgn sistem yg kita ada skrg. apa matlamat sistem itu. bagaimana sistem itu boleh memelihara nasib semua golongan tidak kira yg Islam, yg bukan Islam dan yg takde agama.. bagaimana sistem itu mampu memacu ekonomi sesebuah negara dan bebas daripada krisis skrg. ceritakan kalau semua negara2 Islam diletakkan di bawah satu khalifah, apa manfaatnya?

ceritakan semuanya..tolong jangan sekdar bagi statement ' ia sistem yg diamalkan oleh Rasulullah yg dtg daripada Allah.'

kalau cakap begini shj, macam mana utk yg bukan Islam dan org Islam yg liberal dpt memahami apa itu sistem pemerintahan Islam kan?

terima kasih,

Basuh Baju said...

anonymous lain: apa yg PR tak buat? senang shj, apa beza selangor, kedah dan penang skrg dgn negeri2 lain? setakat perubahan2 kecil shj. malah sama shj dgn kerajaan BN dan mgkn lg teruk..

Ada PR berjaya tingkatkan pendapatan kepada pekerja2 di negeri mereka?

Ada PR berjaya menarik pelaburan masuk ke dalam negeri mereka?

Ada PR berjaya menghentikan daripada memberi kontrak2 kerajaan kepada kroni mereka?

Ada PR berjaya menjadikan negeri yg mereka tadbir sbg negeri yg selamat atau plg tidak pun mengurangkan kes jenayah jalanan?

zedmagel: saya bukan org kuat kempen BN. Malah saya benci BN lagi dari Pakatan. Sy membebaskan diri saya dari mana2 parti. Dgn itu sy mampu utk berfikir melintasi garisan kepartian..

Yusof: ha, ini komen yg btl..mslhnya skrg kita dh tau UMNO/BN tak nak berubah..tp malangnya, kita juga dapati PR tidak menjadikan mereka sbg pilihan yg lebih bagus. Cuma lesser than two evils je.. itu yg aku nak timbulkan dari dulu lg..mengapa PR tidak bawa budaya politik yg baru? Mengapa amek poltikus2 lama? Kenapa ATAN?

M. As Suhaimi said...

Basuh Baju.. itu lah pendapat saya. kenapa ATAN pasal mungkin diorang tak takut dengan hukum Allah, ATAN tu macam khianat amanah laa jugak. pasal sistem pemerintahan islam saya akan jelaskan insyaallah, seronok berbincang kat sini. :)

noorlara said...

yang duduk dalam aircond tetap bersama kalian walau hanya dengan doa, hari ini perjumpaan MB Perak dengan semua Penolong Pegawai tanah seluruh negeri, agenda yang tersembunyi....yg melihat dengan matahati akan mengerti...

mamai said...

aku dah agak pasti ada yang tak mengerti tentang titik kesimbangan ini....bukan pasal sistem dua parti sahaja tapi pilihan yang kita ada...tapi tak apa akan ku huraikan nanti bila ada masa

Cob Nobbler said...

Nami O fish...
undang - undang islam yang berkaitan hudud dan kisas hanya tertakluk kepada orang yang beragama Islam sahaja. jangan salah faham, kalau orang bukan islam tak suka, kena tengok kenapa tak suka, mungkin dia tak faham. saya melihat hujah anda tentang agama siapa yang paling kuat tidak berkaitan. ini bukan soal agama siapa paling kuat. anda seolah - olah tidak yakin dengan sistem ISLAM. adakah anda tidak yakin Islam itu agama yang benar dari penciptanya?


Saya yakin dengan agama saya.
Tapi orang lain yang yakin dengan agama lain,macam mana?
Orang lain yang langsung tak yakin dengan agama,macam mana?

Sekarang ni,bercerita tentang penaklukan Konstantinople,bagi aku,kenapa perlu menakluk?

Kenapa masing-masing amalkan saja agama masing-masing,makan saja apa yang ada,dan kita berkongsi.

Saya menentang konsep negara.Apa-apa jenis negara pun.Negara bangsa ke,negara agama ke,negara warna kulit ke.

Sebab kalau anda baca entry saya yang terbaru,punca selama ini manusia berperang adalah kerana negara.Nationalisme dilihat sebagai satu modal bagi pihak pemerintah bagi membunuh pihak yang lagi satu.

Tak kira lah Henry VIII ke,Muhammad al Fatih ke,Salahuddin al Ayubi ke,Pope Benedict ke,apa ke,saya tidak suka peperangan.

Pakistan berperang dengan India berdekad-dekad kerana agama.Yang sebelah sini Islam sebelah sana Hindu.

Tak nampak lagi ke?

Saya mahu agama itu diletakkan di tempat yang suci.

Bukan alasan untuk berperang untuk menguasai yang lain.

Cob Nobbler said...

Satu sahaja saya nak tanya abang Suhaimi.

Wujudnya Nabi Adam tu bernegara ke?

Ke manusia sendiri yang nak berpuak-puak?

Kalau kita sendiri nak berpuak-puak,kenapa kita semua punya warna darah yang sama?Kenapa kita perlu bernegara?Untuk apa?

Untuk berperang sampai Kiamat?

Untuk terus menindas dan melayan rakyat macam kuli batak?

"War is over,if you want to".

Kita boleh pilih jalan,untuk terus "berpuak-puak",dan terus berperang,atau satukan seluruh golongan Homo Sapiens ini,dan berkongsi planet yang satu.

After all,bukan Homo Sapiens saja yang menghuni Bumi ni.

Amermeftah said...

nami o fish aku silap, jom anarki~!