Ok, kita tinggalkan pasal ISA dan demonstrasi semalam. Mari kita bincang tentnag sesuatu perkara yang lagi penting.
Kita tahu ramai rakyat Malaysia yang tak puas hati terhadap kerajaan. Ini salah, itu salah. Semuanya serba tak kena tentang kerajaan kita.
Basuh Baju ingin bertanya kepada semua pembaca- Apa perkara sebenar yang anda tidak puas hati dengan kerajaan?
Adakah kerana ekonomi? Atau kerana dasar kerajaan? Atau mungkin kerana kepimpinan sekarang? Selamat berdiskusi!
(Kalau yang dah puas hati kat kerajaan pun boleh join sekali diskusi.)
Kita tahu ramai rakyat Malaysia yang tak puas hati terhadap kerajaan. Ini salah, itu salah. Semuanya serba tak kena tentang kerajaan kita.
Basuh Baju ingin bertanya kepada semua pembaca- Apa perkara sebenar yang anda tidak puas hati dengan kerajaan?
Adakah kerana ekonomi? Atau kerana dasar kerajaan? Atau mungkin kerana kepimpinan sekarang? Selamat berdiskusi!
(Kalau yang dah puas hati kat kerajaan pun boleh join sekali diskusi.)
63 comments:
tak puas hati beb. polis, sprm, spr, mahkamah, mufti, semua berat sebelah. nampak sangat.
tambah lagi wei.
oh lupa lagi satu. kepala segala berat sebelah.
MEDIA PERDANA!
Saya bukan tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Saya tidak berpuas hati dengan sistem yang mendukung kerajaan itu.
Dari kita baru beranak sampailah ke kubur - kita hidup dalam sistem "akur,dengar perintah,ya tuan,yes boss".Sistem yang tidak pernah merdekakan kita.
Semasa di sekolah - kita diajar mengikut sistem KBSM dimana "kalau dalam buku cakap mempelam tu masam,walaupun ada yang manis,kalau jawab manis tetap salah".Apa yang ditulis di dalam buku itu benar.Yang tak ditulis dalam buku teks - semuanya salah.Kita diajar mengikut sistem peperiksaan - kalau salah,fail periksa.Bodoh.Jadi dalam sistem peperiksaan - siapa yang paling banyak mengikut arahan - dialah pandai.
Di dalam universiti - perkara pertama selepas orientasi adalah menandatangani AUKU.Bermakna kerajaan takut dengan suara pelajar - ini dibuktikan semasa France 1968 zaman Charles de Gaulle.Pelajar kena ikut perintah universiti,kena buat assignment dan akhirnya kita diajar "bagaimana untuk menjadi pak turut yang terbaik".
Bila kita keluar universiti,dapat segulung ijazah - cepat-cepat cari kerja yang best-best.Untuk beli rumah besar,bini secantik Diana Danielle dan kereta Satria bikin.Mungkin ada yang target lebih tinggi lagi - kereta Evo 7 kalau yang muda,semakin tua pakai kereta elit - Merc,BMW atau Volvo.
Kita diajar untuk menurut perintah.Bos cakap buat projek ini,kita buat.Bos cakap runtuhkan rumah rakyat - kita runtuhkan.Kita jadi manusia yang tidak peduli.Janji syarikat untung,kita dapat rumah mewah,bos gembira dan awek kita gembira sebab kita beli rantai berlian baru.Kita jadi bangsa yang tidak peduli.Pergi mati la pengemis,pergi matilah penduduk setinggan dan pergi matilah penganggur.Penganggur dicop sebagai pemalas - padahal mereka ditindas oleh mamat-mamat necktie ni.
Jika jatuhlah kerajaan di Malaysia pada hari ini,atau esok - dan kerajaan yang diperintah oleh pekerja ditubuhkan - saya tetap tidak berpuas hati.Saya mahu sistem ini ditumbangkan.Saya mahu sistem yang menindas 3 billion penduduk dunia ini terhapus dan menjadi igauan dalam sejarah.Saya mahu seluruh manusia mengiktiraf antara satu sama lain - tanpa diskrimikasi gender,agama,bangsa,warna kulit.Satu bangsa manusia.Semuanya sama sesisi sesama kita.
Dan pada masa itu,kita tidak perlukan lagi tentera,tidak perlu lagi polis dan tidak perlu lagi negara.Semuanya menjaga sesama kita.Tidak ada yang memberontak sebab semua berpuas hati.Harta dunia dikongsi bersama.Tidak ada kaya tidak ada miskin.Orang gunakan apa yang mereka perlu bukan mengikut ketamakan mereka.
Dan pada masa itu - perang tidak lagi relevan.Membunuh tidak lagi logik - Homo Sapiens lebih pintar daripada masyarakat "bertamadun" pada hari ini.Mereka pada masa itu tidak ada sangsi lagi.Anak-anak semuanya belajar untuk berfikir.Bukan mengikut sistem yang memperhamba dan memperbocakan kita hari ini.
tak puas hati bab sistem pendidikan...byk sangat peperiksaan, patut tak pas PMR jangan bagi naik F4..
sistem pengankutan pun tak best....
kalo pembangkang memerintah pun belum tentu rakyat puas hati
Kenapa Perdana Meteri Malaysia dipilih oleh Ahli UMNO??Presiden UMNO seorang ahli parlimen automatik jadi Perdana Menteri??
Kenapa seorang Doktor boleh suruh kita belajar matematik Dan Sains dalam Bahasa Inggeris??
Kenapa TV3 , RTM ,Utusan , Berita Hairan beritahu UMNO/BN dan Kerajaan sahaja yang betul dan best??
Kenapa ISA "tahan tanpa bicara-tak dibawa ke mahkamah"??
Kenapa menteri tak payah bayar tol??
kenapa kakitangan awam ada pencen??
Kenapa UMNO asyik cerita pasal ketuanan melayu??
Kenapa pilihanraya di Malaysia guna sistem first past the post-Menang ambil semua-banyak undi kira menang sesuatu kerusi..Sistem pilihanraya jenis lain tak leh guna ke??
tak puashati bila semuanya tak seimbang...
sistem yang tak relevent dari zaman nenek moyang sampai anak cucu cicit bila dah terhantuk baru nak mengadah..
bila ditergur di kata tak bersyukur
bila tak ditegur kita dikata tak jujur.
aku tak kisah siapa pun yang perintah tapi mereka perlu fikir untuk rakyat bukan untuk diri..
apa pun aku penat berlari semalam..
arrogant of power!! yang itu aku paling xpuashati... untuk terus berkuasa kerajaan xguna suara rakyat.. tapi guna akta yang zalim, badan kehakiman yg correct,correct,correct, polis yang rasuah,SPRM yang dah jadi suruhanjaya pembunuh, akhbar dan media elektronik yang putar alam...
kat mana ruang untuk rakyat miskin dapat pembelaan? kat mana tempat untuk rakyat menuntut keadilan? 50 tahun kita merdeka.. 50 tahun kita diperbodohkan....
kita pilih menteri untuk bela naseb dan hak kita.... bukan pilih menteri untuk rompak dan kaut hasil kekayaaan negara untuk kepentingan sendiri...
aku nak menteri yang sama-sama amek nombor dan beratur untuk dapatkan rawatan pesakit luar kat hospital kerajaan... bukan menteri yang dirawat dengan doktor peribadi... tu contoh paling mudah la.....heh
Response kepada Anonymous:
Memang betul.Aku sokong kata nko.
Tapi kalau berbaris tak puas hati,berpakat tak puas hati jugak.
Sebab tu aku kata,aku bukan tak puas hati dengan kerajaan.
Aku tak puas hati dengan SISTEM.
Mana-mana pun sama.Dua-dua penting diri sendiri.
Bebel macam mana pun Pakatan Rakyat,tentang ISA lah,tentang PPSMI lah,tentang Teoh Beng Hock lah,itu lah,inilah - satu je aku nak sentuh.
Kes Kampung Buah Pala sapa nak sentuh?Just because yang duduk situ bukan somebody-somebody,nkoram buat bodoh?
Dulu aku ingat lagi aku bantah peneroka membotakkan Bukit Gasing - YB Nurul Izzah yang lead.Tapi sebab kerajaan tempatan cepat2 ambil tindakan sebab Bukit Gasing tempat orang elit.Orang borjois.
Masa Bukit Antarabangsa runtuh pun,semua YB nak turun.Semua YB nak hulurkan bantuan.
Tapi Kampung Berembang - apa citer?Kampung Sungai Pala ni pulak apa citer?
Salahkan sistem,bukan kerajaan.
x puas hati dgn doktrin pengasingan kuasa. ckp nak asing kuasa, skrg ni, semua kuasa didukung oleh cbg eksekutif, kehakiman yg jauh dari dpk juga kena tempias kuasa dari kuasa eksekutif..
ni mmperlihatkan sistem pemerintahan dan pentadbiran malaysia. kalau 3 badan utama ini sudah caca merba, pgasingan kuasa cuma atas kertas perlembagaan, apa kes???
kepada azhar...
pemilihan pm adalah daripada kalangan ahli parlimen yg mng majoriti dlm pr. malaysia ngara demokrasi berparlimen, so kita tiada pilihanraya pemilihan pm seperti ngara demokrasi berpresiden...
kalau pmbangkang mengan dalam pru13, maka sorng ahli parlimen dari parti pmbgkang akan dipilih dalam parlimen utk naik kerusi pm...
so...utk pru 13, kita pangkah sama siapa kita mau...
Kes Kg Buah Pala adalah kes dari zaman BN lagi. anda kena lihat fakta. kebetulan Pr menang. tapi buah Pala dah awal - awal lagi tergadai.
Saya tidak puas hati kerana jenayah yang mereka buat dan selindungkan. RASUAH terutamanya. YA anda kata rasuah apa laa sangat. tapi tahukah anda jumlah kebocoran untuk negeri selangor sejak sebelum PR pengang adalah lebih kurang Satu bilion setahun. lihat, ia berkaitan dengan soal ekonomi. kalau dgn satu bilion setahun itu dibuat untuk membangunkan ekonomi. rasanya selangor dah jadi bandar maju dan selamat.
Saya tidak puas hati kerana pada asasnya mereka mewujudkan sistem untuk mereka mengaut keuntungan. Penjajah dari zaman portugis lagi datang bertujuan untuk mengaut keuntungan,sistem yang menghalalkan mereka membuncitkan keluarga mereka.
Saya tidak menyokong 100% PR kerana sudah maklum politik adalah sistem yang penuh dengan niat yang tidak boleh dijangka, erti kata lain KOTOR. tetapi saya membangdingkan antara keduanya. dan nak buat macam mana kita kena pilih antara keduanya. cakap lah macam mana pun. kita kena pilih juga. jadi buat masa sekarang saya membuat pilihan.
dan saya sokong sedikit Nami o fish, sistem yang ada sekarang adalah sistem mereka (british aka penjajah) kita mesti bertukar sistem, (pada saya, sistem yang islami).
Saya tidak puas hati bila budak Melayu result tidak chantik dapat masuk Universiti dapat biasiswa,
anak cina dan india yang result lebih cantik tidak dapat ke universiti, tidak dapat biasiswa,
cuba tanya diri anda dan kawan sebelah anda apa result dia yang melayakkan dia menjejakkan kaki ke universiti?
Aku pon..sangat tidak setuju dgn sistem kerajaan...
konon kiter boleh hidup dgn dasar kenang budi kerna kerajaan telah memerdekakan kite..
Sampai biler??kiter mesti mahukan pembaharuan...kiter mahu lihat aper yg org lain boleh lakukan utk kite...
Betul bukan??bukan hanyer dier pegang...sampai ke cicit..tok cit..hancit..muncit sume nak pegang...
sayangnyer...aku x dapat berlari semalam bersama korang semua..
kerna perjuangan aku takat disini..
tapi aku menyanjungi kalian yg kesana!!
Pantang kite menyerah!!!
Salam.
Saya tidak puas hati kerana orang yang memimpin bukan orang yang berhak bergelar pemimpin. Sepatutnya, seorang yang pernah bergelar guru sahaja yang layak menjadi Menteri Pelajaran, seorang Professor menjadi Menteri Pengajian Tinggi, seorang petani berjaya menerajui Kementerian Pertanian dan begitulah seterusnya. Bukan orang politik yang tidak tahu apa-apa melainkan hanya merosakkan sistem.
Satu lagi, saya tidak berpuas hati apabila rakyat dituduh 'pembangkang' setiap kali menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan kerajaan.
1. berat sebelah
2. Gunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik
3. banyak membazir
4. tak berlaku adil
5. banyak projek untuk kroni
6.Untuk aku..... susah dapat projek
Masalah akarumbi kepada semua perkara yang diutarakan oleh saudara/i tadi adalah sistem kapitalisma dan sistem ekonomi pasaran bebas yang menjadi landasan kepada kerajaan sekarang. Sistem ini berteraskan kepada matlamat utama untuk memaksimakan keuntungan pemodal-pemodal nasional dan antarabangsa. Kerana itulah keperluan-keperluan asas, hak dan demokrasi tulen tidak diendahkan. Ini kerana dengan nama 'demokrasi parlimen atau perlembagaan' atau lebih tepat dipanggil 'demokrasi kapitalisma', kerajaan bertindak sebagai talibarut kapitalisma. Kita mahu rakyat Malaysia berbagai kaum, agama dan jantina hidup tanpa prasangka dan aman. Untuk ini keperluan hak dan demokrasi setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama dan jantina mesti dipenuhi. Ini tidak akan tercapai selagi kita dikongkong ole sistem kapitalisma. Sistem ini perlu diubah dan diganti dengan sistem yang memberi keutamaan kepada keperluan dan hak saksama dan adil - iaitu sistem sosialis.
hanya 1 yang aku xpuas hati..
Kerajaan kita xbawak Islam dalam pentadbirannya..Aku xcakap PR akan bawak Islam dalam pentadbiran kalau set diorg menang..Ape yang aku tegur sekarang ni Kerajaan BN kita sekarang..kalau kerajaan BN sekarang xpisahkan Islam dan politik nescaya golongan muda macam kita semua akan sokong..Pentadbiran Islam akan melenyapkan rasuah dalam kerajaan, gile kuasa dan sebagainya.Pentadbiran Islam akan lebih indah jika pemimpinnya juga menghayati ape itu Islam..tapi....hakikatnya lihatlah sendiri wahai berjuta rakyat malaysia..pemimpin no 1 negara kita aka DS Najib pn xberupaya untuk menasihati dan memimpin isterinya, DS Rosmah untuk mengikuti Islam (yakni tidak bertudung..ini ape yang kita semua leh lihat..yang lain xtahula..)Ape jenis pemimpin ni??Bertudung hanya di mekah..di malaysia ni tidak bertudung halal rupenye eh???Semoga Allah bantu kita semua..AMIN.
Tak puas hati pasal kata negara demokrasi tapi rakyat tak boleh bersuara....
Buat sesuatu,yang bertentangan dengan Islam,tapi mencari penyelesaiaan mengikut cara Islam...
Pemimpin2nya selalu perasan bagusss...
Amalan rasuah yang semakin membarah...
banyak buat projek2 yang membazir..sedangkan peruntukan tu boleh disalurkan kepada rakyat termiskin dan mereka yang memerlukan...
Kalau Anwar jadi PM lah best..gay , lesbian dan human right akan dibenarkan.
p/s: balik-balik Nami o Fish ni...kah kah kah takde orang lain ke nak komen? aiyo..sudah-sudah le tu oi!!
hahaha.. Oh me.. kau nih bagi laa hujah bukan bagi tuduhan. aku tak suka nak cakap kasar tapi kau memang BODOH... aku baca post kau. kalau ISA takda melayu nak jadi apa? weh.. apa punya otak kau nih?
Kita tak perlu ISA lah.. aku nak hujah kau kenapa kita perlu ISA? nak takut apa?
kita bukan nak bangkang kerajaan. tapi dasar dan tindakan mereka tu salah dan penuh berkepentingan. bagi laa hujah apa ke bodo kau nih..
bila aku baca blog kau. rupanya kau budak hingusan. kutuk tanpa hujah adalag budak paling bodoh. dan kau adalah budak bodoh.. hahaha..
setakat tunjuk air susu, baik takyah... syuh - syuh balik minum susu kat pangkuan keluarga mu itu... hahaha
Suhaimi kah kah kah...muka pun buruk ada hati nak letak gambar dia kat blog kah kah kah....
Amboi banyaknya kata orang bodoh...macamlah dia tu pandai sangat kah kah kah...
nak berdemo konon...baru kena sembur air sikit dah lari kah kah kah...tengok orang Korea berdemo sungguh2...ni orang Malaysia (macam Suhaimi) dengar siren FRU sikit dah lari 2 batu kah kah kah....
kalau camtu tak payahlah Suhaimi..lain kali demo sungguh2 sikit ok..ni menyushakan rakyat je orang nak meniaga tak boleh...kah kah kah....
(macamlah famili dia pernah masuk ISA, sibuk sangat....)
Suhaimi tu konon dia nak tunjuk powerlah yang dia ada pergi demo kah kah kah kah...
padahal bila polis dan FRU datang dia yang cabut dulu kah kah kah...
Hidup penuh dengan kebencian buat apa Suhaimi? Blog kau pun tag pakai kartun je kah kah kah...Memang takde tastelah kau ni Suhaimi
Sabar jelah Suhaimi ek? nanti mansuhlah ISA tu..buat lah apa kau nak buat..Bukan kau pun yang nak kena sumbat dalam ISA tu pun. Kau ni ikan bilik je Suhaimi kah kah kah....
salam basuh baju,
kasihan tatkala aku membaca ruangan diskusi-mu,
punya ludah liar anak-anak,
ku-agak ia bahan syahwat untuk ketawa.
heheh...aney azri ni bagus...
biarlah ape pun yg diorang fikirkan, kalau rasa diri sudah terlalu bagus, apekate korang je yg jadi pemimpin,kita tgk susah snng nak jadi pemimpin.. ^_^
ramai yang ingn mansuhkan ISA, tapi sblm tu, anda tahu apa itu ISA? saya sendiri tak puas hati dgn sistem ISA yg mmg ada yg xkena dr sudut pndgn mata kasar...anda ada nampak yg tersirat di dalam ISA?
bagi saya, xperlu nak mansuh bagai, cukuplah dgn merombak kembali apa yg salah di dalam ISA itu sendiri...
itu hanya pendapat... (^^,)
Ir Suhaimi : biarlah apa yg org lain nak komen, kenapa perlu anda marahkan diorang?
kata Nadzrul..."Ir Suhaimi : biarlah apa yg org lain nak komen, kenapa perlu anda marahkan diorang?"
tengok tu. Nadzrul pun setuju...kenapa nak marah aku plak?
tengok orang pikir logik dan rasional macam Nadzrul nilah. macam ni orang betul pikir...
Kau yang mula gaduh dulu...cakap orang bodoh tak tentu pasal, kenapa?
Dan yg paling aku tak puas hati, manusia yg mencipta dan menjalankan sistem2 yg sangat drakonian sifatnya. Sepatutnya bila dah berpelajaran tinggi, rata2 sudah maju ke depan, mampu berfikir secara waras (atau setidak2 separa waras), takkan timbul perkara2 berbangkit (seperti yg telah berlaku sekarang) yang mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati marhaen!
Dan palinnnnng aku tak puas hati, golongan marhaen tidak punya kuasa utk menghukum si penzalim ini!!!
hemmmm... saya tidak marahkan orang nak komen. tapi yang ada yang bukan komen tapi buat tuduhan. saya nak anda bagi satu hujah yang bernas bukan sekadar komen sahaja. bila anda buat tuduhan tanpa fakta. jadi saya kata anda bodoh, bila orang bagi hujah, anda suruh orang tu berhenti bagi hujah. bezakan komen dengan memberi hujah. sila berhujah dengan bernas, yaa.. saya hormati kalau bagi pendapat dengan hujah, tapi sekadar nak mencemuh apa gunanya. tapi apa - apa hal pun selamat datang oh me ke blog saya. saya amat hargai, walaupun blog saya tidak sehebat blog basuh baju ini. tq..
Salam Bro Basuh Baju,
Sangat menarik diskusi ringkas bro, pandai bro pancing blogger masuk. Ramai yang kontra dari yang pro. Tahniah bro...
Saya sangat berpuashati dengan kerajaan, biarpun cari makan sendri. Saya sangat mudah mengendalikan sebuah kehidupan yang sangat sederhana dalam keadaan aman dan damai. Saya tidak melihat sebuah Kerajaan yang mampu untuk bersaing dengan BN setakat hari ini lah. Jika dua tiga dekad lagi saya tak tahu.
Jika pembangkang yang ada sekarang betul-betul mantap, saya tidak melihat kenapa mereka gagal untuk mememnangi simple majorit dalam PRU lepas. Mereka sangat sakit dan menderita memmerintah di empat buah negeri sekarang. Seksa...bro dan sis...
aku tak suka ngan sistem sekular org kaya makin kaya orang miskin makin miskin...aku tgh sibuk ni..nak pikir fakta susah skit, dari segi fizikl dam mental aku amat berasa susah dengan kerajaan yang memerintah skang ni...so aku ada hak untuk tidak puas hati...pada yang dah hidup senang tu dorang pon ada hak untuk berasa selesa ngan kerajaan yg ada ...so jgn blem aku kalo aku ckp aku tak suka kerajaan skang eh...
tak semua aku tak puas hati.
tapi kebanyakan hal tak puas ati.
mereka membodohkan diri mereka dan masyarakat malaysia. itu yang pasti dan paling aku tak puas hati. tq
Saya tak puas hati kerana kerajaan kita pakai lambang dacing. Seluruh dunia orang sudah tak pakai lagi dacing.
Pakai kilo sekarang ni......
Kati tahil orang tak main dah
Al-Islam ya'lu wala yu'la 'alaih.
Al-Islam huwa al-hal.
Islam itu tinggi dan tak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Islam adalah penyelesaian.
Ir Suhaimi:Kebetulan PR menang?
Habis dah menang tak boleh settle?
Tak boleh nak kata kat pemaju "kami bekerja untuk rakyat,kami tak peduli kamu bayar berapa juta kat kerajaan BN yang lama?"
Apa guna menang jadi kerajaan kalau cakap "kami tak boleh buat apa2?"
Oh Me:so,kalau gay,lesbian ada,nko x suka?
Kenapa nko nak benci golongan ni?Golongan ni ada hutang nko ke?
Dan kenapa balik-balik aku yang komen?
Sebab aku suka mengomen.
zedmagel:mana-mana pun menderita.Pergi Selangor,menderita.Pergi Negeri Sembilan pun menderita.
Sebab tu mana-mana parti pun pada saya,sama saja.
Amermeftah:Itu kata orang Islam.
Kata yang bukan Islam macam mana?
Kata yang atheis macam mana?
Mereka takde hak nak hidup?
Macam tu?
Agama adalah kepercayaan.Apa yang saudara percaya,percayalah.Tapi jangan nafikan apa yang orang lain percaya.
Sebab tu Nabi sendiri bagi arahan jangan runtuhkan gereja,kuil orang.Itu hak mereka beribadat.
Diskusi Blogger:Teh Tarik Gelas Besar,Basuh Baju,Bangun Berdiri,Saudara Ravi bertempat di kedai mapley depan Central Market,hari Ahad 9 Ogos 2009 jam 4 petang.Dijemput dan sila bawa rakan-rakan.Trimas.
aku dah include nama nko tuh.jangan nko takde plak,kang menjawab plak aku kat khalayak.nko kira orang penting ni,hahaha!
telah dijadikan manusia itu berpuak-puak...
Kalo rase dirihebat sgt try a memerintah.
Guan Eng pun rase hebat sangat sekarang kenape terkial-kial.
Jangan takbur sgt anggap org len takder akai, esok ko jd pemimpin anak2 ko malu ngan ko baru ko tahu.
cakap mmg senang.
kyrin
To anonymous:
Ini bukan soal siapa hebat.Ini bukan pertandingan lari dalam guni atau jalan itik.Ini bukan cerita Pendekar Tangan Berapi - boleh dikata hebat.
Aku rakyat,nko rakyat.Kita semua rakyat.
Aku tanya nko satu soalan - dalam sebulan berapa nko boleh menyimpan gaji nko?Untuk keluarga nko,masa depan nko,hari tua nko?
Nko pun akan tiba satu masa terkial-kial untuk mengira.Sedangkan makhluk penyamun yang menggelarkan diri mereka sebagai "ahli politik" sesedap je beli rumah besar-besar,makan mewah-mewah,pergi rumah urut cari amoi gebu-gebu.
Sebab tu aku cakap - aku tak tentang kerajaan,aku tentang sistem.
Sepatutnya rakyat yang memerintah.Mereka dengar kata kita - bukan kita dengar kata mereka.
Janganlah berfikiran KBSM kat sini.Cubalah letak diri tu kat pemikiran orang lain jugak.
p/s:
Aku juga tidak suka kepada Guan Eng sebab kes Kampung Buah Pala.
Sibuk nak jadi kerajaan,tapi bila dah jadi,cakap kat rakyat "kami tak boleh buat apa-apa".
nami O Fish..kau silap baca statement aku. Aku sebenarnya gay ok.
"nami O Fish kata: "Nko pun akan tiba satu masa terkial-kial untuk mengira.Sedangkan makhluk penyamun yang menggelarkan diri mereka sebagai "ahli politik" sesedap je beli rumah besar-besar,makan mewah-mewah,pergi rumah urut cari amoi gebu-gebu."
habis lu ingat pemimpin PKR tu pure sangat? baru tak sampai setahun memerintah dan banyak kes sex, rasuah....sama je....
Aku serang. aku serang semua. semua tin kosong aku nak buat gendang. aku siat kulit korang buat kompang. AKu serang. aku mengamuk macam Durga mabuk. Aku Kali, Aku Anarki, Kaos. Aku musnahkan logos. Kaos! kaos!
kepada Oh Me:
"Nko pun akan tiba satu masa terkial-kial untuk mengira.Sedangkan makhluk penyamun yang menggelarkan diri mereka sebagai "ahli politik" sesedap je beli rumah besar-besar,makan mewah-mewah,pergi rumah urut cari amoi gebu-gebu."
Aku mention kat situ ahli politik kan?PKR pun ahli politik gak.
Aku manusia tidak berparti politik,okay.Tidak berbaris atau berpakat.Tidak berobama atau bermccain.
Ada faham tak yang aku kutuk semua ahli politik yang membadutkan semua rakyat ni?
Tentang orientasi seksual nko,itu hal nko.I'm straight but not narrow.Sorry pasal salah faham.
bro, aku ingat tuko dulu la kerajaan pastu kita tgk, bias byk sgt la dlm kerajaan.
rasuah,dan macam2 lagi sume dalam nih dah ulas. so pk la sendirik, PRU 13 tuka PR LA PLAK . OK SEMUA!
ok Nami O Fish....kau cool. tak macam Suhaimi yang suka panggil orang lain BODOH tak tentu pasal haha...
Kalau ada 100 orang macam Nami O Fish ni, ISA boleh dimansuhkan secara aman. Dan semua pihak puas hati.
Keep up the good work Nami O Fish.
Senang sahaja sebabnya: kerana mereka zalim.
Kalau kita belajar PAI dulu, zalim bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Fikirkan semula, apa kezaliman yang kerajaan dah buat?
Dalam kepala saya terbayang ISA, sistem tol, PPSMI, rasuah, kronisme, dan senarainya berterusan panjang.
Kita tak perlu jadi alim untuk masuk syurga dan dapat pahala, cukuplah jika kita seorang yang adil. Susah sangat ke?
mataku berkelip2 lagi..adehh..
Penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah dll... Dari aku kecik dengo nak bersihkan kerajaan.. satu hapak pon tarak..! cakap x serupa bikin...
It's time to change everything..! Wake up u all.. nak jadi tuli sampai bila ni??...
"Al-Islam ya'lu wala yu'la 'alaih.
Al-Islam huwa al-hal.
Islam itu tinggi dan tak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Islam adalah penyelesaian"
Bring back khilafah..!
Saya bertuah dengan kerajaan yang ada kerana bagi peluang kepad saya yang miskin ini untuk menyambung pelajaran di peringkat tertinggi sampai saya dapat Diploma dan Ijazah..kalau takde bantuan dari pihak kerajaan..mungkin saya akan merempat. nak belajar kat universiti swasta saya dan keluarga mana ada duit...
soal rasuah, kronisme tu adatlah manusia. PKR baru memerintah kejap je dah macam2 timbul..sama je takde bezanya.
dulu aku benci gila sbb aku tak dapat scholar dari gomen.
pastu aku fikir balik, kalau "independen" wat pe nak harap orang.
survive sendiri la.
so sekarang bukan isu tak puas hati atau benci, aku rasa tak perlu kalau ada kerajaan.
tambah2 bila kerajaan wujudkan sistem yang tah apa2 tah.
sbgai contoh;
kalau kau hilang wallet, yang dalam tu ada IC, driving lsen, bank card,
sejauh mana sistem yang sedia ada boleh mudahkan seseorang tuh.
PAYAH beb!
Uhuks2.. Kerajaan yg ada bagi peluang?.. Salah ayat tu, kerajaan yg ade bagi hutang kt kita ada la.. :D
Rasuah dan kronisme adalah adat bagi mereka yang hidup tak ambil panduan dari Al-Quran dan As-Sunnah..
Payah sangat ke pemimpin2 kita nak ikut Quran dan Sunnah?.. Name je Islam.. tapi, dalam, wallah hu alam... haiz.. kecewa2..
Selagi x ikut syariat Islam, selagi tu x akan jumpaq jalan penyelesaian..
p/s: nak kene tunggu imam mahadi turun kot baru nak ikot Islam 100%.. :D
BRING BACK ISLAM !!
Bring back Islam?
kenapa sebelum ni tak Islam ke? macamlah bila kerajaan memerintah total athesit semua...Bring back ISlam? kah kah kah...kelakar.
nak masjid ada masjid.berlambak masjid. nak beribadah senang semua ada...masjid je yang tak penuh takde orang.
kenapa? dengan kerajaan sekarang kamu tak dibenarkan sembahyang ke? tak dibenarkan Azan ke? (macam Singapore)
Kalau betul kita nak ikut lunas agama..sekurang-kurangnya kita kena belajar bersyukur dahulu dengan apa yang kita ada, apa yang kita dapat...kalau hidup asyik nak komplen jer....susahlah. jenis tak reti nak bersyukur.
boleh nampak pemberi komen kat sini kebanyakannya tak suka kerajaan yang ada sekarang..dan apabila menyelusuri blog lain plak...banyak juga yang menyokong kerajaan sekarang...so..terpulanglah kepada kita mana nak sokong..kalau betul kita mahukan perubahan..biarlah dengan majoriti yang besar..dan kalau betul majoriti mahukan perubahan..ubahlah kerajaan yang ada ini pada PRU13 nanti...tq BB.
50 tahun merdeka tetapi still menggunakan sistem perundangan kufar.. kau menyokong kerajaan menggunakan sistem kufar.. bermaksud kau bersubahat.. hehe.. pandai cakap, pandai jawab.. Allah Maha Mengetahui..
Dari Ibn ‘Umar, ia mengatakan bahwa Rasulullah ` bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya orang-orang sebelum kalian tidaklah binasa hingga mereka terjatuh dalam perkara yang seperti ini, yaitu mempertentangkan sebagian al-Qur’ān dengan sebagian yang lain. (Karena itu), apa saja yang (dinyatakan) halal (dalam al-Qur’ān) maka halalkanlah, apa saja yang (dinyatakan) haram maka haramkanlah; dan imanilah perkara-perkara yang mutasyābih.” [Riwayat ath-Thabrāni dan lain-lain. Dinyatakan valid oleh Syaikh al-Albāni.]
Renungan bersama :
Dari Mush’ab Ibn Sa’d, dari ayahnya: Tampak bahwa Sa’d mendapat suatu kelebihan dibandingkan sebagian sahabat Rasulullah ` yang lain, maka Nabi ` berkata:
“Sesungguhnya Allah menolong umat ini dengan adanya orang-orang lemah dari kalangan mereka, (yaitu) dengan doa, shalat dan keikhlasan orang-orang lemah tersebut.” [Riwayat an-Nasā'ī dan lain-lain, dinyatakan valid oleh Syaikh al-Albāni.]
Disebutkan dalam hadits lain:
“Sungguh, carikanlah untukku orang-orang yang lemah. Sebab sesungguhnya kalian mendapat rizki dan pertolongan dengan adanya orang-orang lemah dari kalangan kalian.” [Riwayat Abū Dāwūd, an-Nasā'ī, at-Tirmidzi dan lain-lain, serta dinyatakan valid oleh Syaikh al-Albāni.]
p/s: Mengapa perlu tolak hukum Allah, walhal, Allah Tuhan yang menciptakan kita, yg Maha Sempurna.. :)
BRING BACK ISLAM !! BRING BACK KHILAFAH !!
yaa.. aku terfikir. kalau tiada kerajaan, mcm mana nak membangunkan negara? mesti ada pemimpin, jwpn aku yang aku dapat ialah, sistem islam yang terbaik. kerana Islam adalah agama pencipta Alam Ini..!!!
kepada Oh Me aku kata kau bodoh pasal kenyataan kau yang berbaur fitnah.!! DOSA besar tu... atau kau memang tak tau antara dosa dan pahala? atau kau bukan beragama ISlam?
aku tidak alim. tapi aku takut pada fitnah..!!
( Oh Me said...
Kalau Anwar jadi PM lah best..gay , lesbian dan human right akan dibenarkan.)
dan kau kata kau gay... Allah menglaknat golongan GAY. itu nyata, dan tiada human right untuk gay dan lesbian...
kalau kau bukan agama ISlam, aku terdiam sebentar. tapi kalau kau islam, kau insaflah.
kepada nami o fish..
aku pun terfikir hujah kau pasal kg buah pala nih.... ada betul juga apa yang kau hujahkan... kau ada pendapat sistem apakah yang sesuai?
Kepada encik Suhaimi:
Perlu ke bernegara manusia ni?
Asal-asal manusia dulu bernegara ke?
Allah melantik manusia di muka bumi Allah ni sebagai khalifah.. pemimpin.. Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang pemimpin agama dan juga Ketua @ Pemimpin Kerajaan Madinah Al-Munawwarah..
''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)
Allah itu sendiri punya Negara @ Kerajaan, yakni alam semesta ini.. Manusia sendiri juga diberi tanggungjawab untuk mentadbir kerajaan @ negara yg di amanahkan Allah.. so dimanakah katanya tidak perlu kepada negara ini.. Daulah Khilafiyyah dulu pon sebuah Negara Islam.. :)
p/s:Wallah hu alam.. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui...
Deskriminasi kaum, ketidakadilan dalam sistem ekonomi (state)...byak lagi tapi 2 nih jer aku nak sebut...
Masa aku kecikx2 dulu terfikir gak, org yg berkulit lain, berketerunan lain, x layak ke "hidup" kat negara ni...?"I could not choose my birth place, but i can choose my grave yard place"...tapi nak blah kesian kat family aku, and orangx2 lain yg still kene tindas....
Islam tidak mendiskriminasi.. :D
Good governance & integrity, please. Fair election, EC and media should be independant. Muslim leaders should be Islamic, not anti-syariah.
nami o fish, kalau baca ayat saya secara literal pun, ada ke saya nafikan hak agama lain atau org yang tak beragama?
nami o fish, jom kita pergi mengaji lagi jom, kita semua rasa kita dah cukup pandai
ok aku saja letak link ni, http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_Golden_Age
Post a Comment