Sebentar lagi akan orang ramai akan berhimpun di Kuala Lumpur. Ini sudah pasti. Yang kurang pasti ialah berapa ramai jumlahnya.
Sejak semalam, polis telah mengadakan sekatan jalan di beberapa tempat. Hasilnya- jalan sesak teruk.
Sejak beberapa hari, akhbar dan TV telah menyiarkan amaran Pak Menteri dan Pak Polis supaya orang ramai tidak mengambil pot dalam perhimpunan ini.
Sejak beberapa hari juga, ahli-ahli agama turut direkrut untuk memberikan fatwa bahawa perhimpunan hari ini ialah haram.
Sejak beberapa hari ini, the so-called professor telah memberikan pandangan mengenai perhimpunan ini yang kesemuanya membodek bukan berdasarkan fakta.
Sejak beberapa hari- kita menyaksikan skrip yang sama dimainkan setiap kali orang ramai ingin berhimpun meluahkan sesuatu ketidakpuasan hati. Adakah ia berhasil?
Jawapannya TIDAK.
Kadang-kadang saya hairan lagi pelik terhadap tindakan kerajaan. Kita tau yang kerajaan sekarang masih mencari kredibiliti. Tetapi dengan apa yang kerajaan buat sekarang, adakah ia membantu mengembalikan imej kerajaan? Apa yang kerajaan dapat dengan menyekat dan menyusahkan orang ramai dari berhimpun?
Buat sekatan jalan sana sini. Bikin orang marah sebab jalan sesak. Bagi amaran berapi-api di surat khabar dan ugut orang ramai siapa yang datang akan didtangkap dan didakwa- Bikin orang menyampah dan anggap kerajaan tidak demokratik. Malah orang ramai bukan kisah dan dengar pun. Mereka datang juga ke perhimpunan.
Jadi apa penyelesaiannya?
Kerajaan patutnya membenarkan sahaja perhimpunan ini berlangsung dengana aman. Bagi sahaja permit untuk berhimpun. Kemudian polis kawal lalu lintas bagi memastikan kelancarannya. Bukankah ini demokratik? Siapa yang kata kita tidak boleh berhimpun secara aman? Perhimpunan Peace Malaysia 2002 tu apa? Perhimpunan Pakatan di stadium tu apa? Aman kan.
Saya kira kalau kerajaan buat begini, mesti tak akan kecoh-kecoh sana sini. Orang ramai pun gembira sebab dapat berhimpun. Boleh juga anak-anak muda merasai pengalaman berdemo. Peniaga-penigaga kecil di kaki-kaki jalan lagilah suka. Ada income masuk. Pelancong-pelancong asing pun tabik bila melihat Malaysia bukannya huru hara ketika berhimpun. Polis-polis tak payah bersusah payah nak kejar-kejar orang. Orang ramai pun tak ada nak benci-benci kat polis. FRU tak perlu nak memukul dan juga dipukul. Pembangkang pun tak dapat nak sensasikan kacau bilau ini untuk potical mileage mereka. Kerajaan juga tak payah nak kena jelaskan kat al-jazeera, CNN tentang situasi yang berlaku. Malah silap-silap kerajaan akan dipuji kerana membuka ruang demokratik. Imej pun naik di mata rakyat dan di mata dunia.
Cuba bayangkan hari ini ada berpuluh ribu anak muda yang tidak berparti turun ke jalan raya. Mereka turun kerana merayakan darah muda mereka. Tetapi mereka tidak berparti. Bukan Pakatan dan bukan Barisan. Tup tup semasa berhimpun, pihak polis dan FRU datang membaling gas pemedih mata terhadap mereka. Semua bertempiaran lari. Ada yang ditangkap dan ada yang dipukul. Ada juga yang dilokapkan. Apa perasaan ribuan anak-anak muda ini? Apa pandangan mereka terhadap kerajaan dengan tindakan yang zalim itu? Dan sesuatu yang pasti- ingatlah bahawa mereka akan turun mengundi di Pilihanraya akan datang. Tak perlu berteka-teki- mereka pasti sesekali tidak akan memangkah kerajaan.
Jadi, kerajaan bukannya rugi apa-apa kalau meng'halal'kan perhimpunan hari ini. Malah kerajaan akan beruntung lagi. Setidak-tidaknya memberi ini lebih baik daripada meng'haram'kannya- buat semua orang menyampah terhadap kerajaan. Satu soalan untuk kerajaan- Macam mana nak dapatkan kredibiliti kalau makin lama makin ramai rakyat yang menyampah?
**************************************************************************************************
Lagi beberapa jam sebelum bermula- saya tidak tahu sama ada polis dan FRU akan bertindak ganas atau tidak. Saya tidak pasti gas pemedih mata dan meriam air akan digunakan. Yang saya tahu dan yang saya pasti ialah- kerajaan tidak bijak dalam tindakannya. (BB)
ps: bunyi helikopter yang berlegar-legar di atas ni bikin panas je. Hijack satu bawak balik rumah karang baru tau.

24 comments:
kte mmpunyai pndgn yg sme..
trus bjuang slagi x brtntg dgn syarak.. :)
saya setuju semuanya dengan apa yg tuan tulis...
Beb,hujan yang turun mungkin slowkan keadaan.
Aku tak tau la sebab aku kat Seremban.
Aku on the way ni,apa2hal sila contact aku di nombor 0136749403(jangan delete nombor maxis,aku pakai lagi).
Betul tu....
Benda mudah je....
Bagi je permit cukup 2 jam semuanya balik...
Takkan nak tidur kat situ.....
Lagi banyak amaran dan ancaman lagi orang datang, memang gitu sifat manusia.
Kerajaan BN ni kan kuat dan stabil...jadi tak payah takut la kat perkara-perkara nyamuk macam demo ni.
ada semacam kerajaan takut pada bayang sendiri..
kita kna faham...
kerajaan yang ada sekarang ni takut dengan suara rakyat...
knp mereka takut?
sbb nk jaga kedudukan....
hari ini kita lawan ISA...
sama macam kita menggugat kedudukan mereka...
ISA adalah shields bagi mereka...
dah la... tak perlu ulas panjang...
kumpul puluhan ribu warga sebanyak mana yang boleh sekarang...
masa dah singkat...
lawan tetap lawan...
Dude,aku sokong statement ko ni.thumbs up!
basuh baju, ko cakap gune fakta ke?
Hijack je beb. Kita bawak jalan2 pergi Mekah.
Salam.
Pasal isu demo ni, kita cakap banyak pun tidak ada gunanya. Balik-balik ia akan mengulang skrip lama. Berkaitan catatan kali ini, saya cuma hendak tanya satu perkara sahaja, "Dik, lepas hijack kang boleh saya tumpang naik helikopter tu?" Hehehee..
hentikan penindasan.
hentikan penindasan.
;)
Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]
anonymous- anda mahu fakta apa? :)
Basuh Baju,
Aku rasa kalau nak jumpa nko kena kat Putrajaya lah.Senang.Lengang je.Aku menunggu je panggilan nko umpama Diana Danielle nak call aku.Tapi tak jugak call.Ingat nak bersembang.
gila betul ah helly ni. merayau-rayau ke sana ke mari. terbang rendah lak tu.
kaco orang tgh main wau lak!
terasa cam ko je. hijjack kang, baru tau!
ini semua salah polis bro, habis org tak dpt gi kj, anak sakit nk hantar g hosp terperangkap dlm jem, pasar2 mlm org melayu habis terjejas bisnes. polis mmg tak bertolak ansur. aku sound kate ini suara rakyat, dorg balas wakil rakyat dah ade nk surakan hak kamu, aku ckp wakil rakyat PAS mana ada suara lainlah wakil rakyat BN.
bro,
lu pg tulis kat blog 1malaysia. gua kenal admin tu..
Betul. Aku selalu terfikir, apa salahnya untuk dengar suara rakyat. Bagi rakyat berhimpun secara aman. Tak perlu buat sekatan jalan raya yang menyusahkan semua orang. Aku nak buat urusan pun terus tak jadi semalam! *sigh*
kata org, mereka yg ada pendidikan adalah org yg berkesedaran politik, yg mau tgk perubahan dlm negara, ke arah lebih telus dan bla bla
tapi aku cukup pelik, dgn org yg mengaji tinggi, sampai masters dan segalanya, budak yg org kampung mcm aku panggil budak-budak urban, tapi dia org ni lah yg paling dok bising,
kata demo tak pekdahlah, kacau trafiklah, kacau org nak meniagalah,
hairan aku!
Untuk pengetahuan korang...
sebenarnya antara lain kesan polis tangkap orang masa perhimpunan adalah.. makin ramai orang tahu Polis takda hak nak kasar32 dgn kita, kau tengking polis tu pun tarak hal.!!! bila aku kena lokap baru aku tau..!! dlm tu ramai anak - anak muda yang tidak berparti. betul kata kau BB diorang datang nak tahu apa cerita. sekali diorang pun kena angkut. bertambah lagi penyokong PR.. kesian kat BN.. makin busuk.!!
dan satu lagi.. masa aku satu sel dgn Yb siva Rasiah (parliman subang). aku tgk mana ada yb BN bleh jd Yb Pr.. duduk dlm sel dah biasa sangat. kawan aku yang atas pagar terus jatuh cinta sama PKR.. rugi lagi BN hahaha
inilah akibatnye kalo prejudis melampau antara satu sama lain...
tringin nak nek helikopter tue..jgn la hijack...nnt meletop terhempas kene rumah orang kan susah..
mata tidak berkelip pulak..
biasa la, x leh nak hasut mula nak ugut, ugut pon x masuk, mula la nak men kasar...one on one wokey gak, ni pakai "TOOL"...tapi x pe, dunia nih bkan milik kita mau pon "MEREKA"...the truth will always prevail...kita berarak bukan saje nak sukex2...kita fight tok org yg dah 9 thn x balik umah, x tau status kesalahan mereka, and dah sembilan taun x penah merase raya....adeiiiii sedey aku...
Post a Comment