Ada yang kata kita perlukan ISA untuk keselamatan negara.
Kalau begitu apa fungsi PDRM? Bukankah tugas polis untuk mengawak keselamatan rakyat? Sejak bila ISA digunakan memerangi jenayah? Bagaimana pula dengan TLDM, TUDM dan TDM? Habis tu undang-undang jenayah tu untuk apa? Untuk perhiasan? Tak payah sembang pasal keselamatan negara. ISA ada pun, orang mati dalam tahanan. ISA ada pun, orang mati ketika siasatan. ISA ada pun, kes jenayah semakin meningkat.
Ada yang kata kita perlukan ISA kerana negara kita berbilang bangsa dan agama.
Lupakah yang kita sudah mempunyai akta hasutan untuk mendakwa mereka yang rasis? Yang hairannya, ISA digunakan kepada wartawan yang melaporkan kes rasis. Tetapi ahli politik rasis seperti Ahmad Ismail tidak ditahan ISA? Lagi pelik akhbar rasis seperti Utusan masih boleh bebas menghasut orang ramai! Jadi, di mana fungsi ISA?
Ada yang kata kita jangan berhimpun esok kerana perhimpunan itu haram.
Haram kerana apa? Sebab tidak ada permit? Maknanya nilai halal haram kat sini hanya berlegar pada sehelai kertas yang bertulis 'dibenarkan'? Atau haram kerana yang datang esok tidak bersunat?
Ada yang kata kita jangan berhimpun esok kerana ini bukan budaya kita.
Aiyyo.. berhimpun beramai-ramai ni merupakan budaya manusia zaman berzaman lagi. Tak kiralah warga Asia ke, warga eropah ke, zaman gelap ke, zaman ICT ke- semuanya turun berhimpun. Kalau nak kata ini bukan budaya kita- sila renung sebentar. Masa Tanah Melayu nak mencapai kemerdekaan, masa tu ada perhimpunan besar-besaran kan? Maknanya atuk nenek kita dulu pun berhimpun jugak. Masih bukan budaya kita?
Ada yang kata kita jangan berhimpun esok kerana ia akan menghuru-harakan keselamatan negara.
Yang huru-harakan perhimpunan ni siapa? Peserta atau pihak polis dan FRU? Masa tahun 2001, kerajaan pernah anjurkan perhimpunan aman di stadium Bukit Jalil. Hampir 200,000 orang datang. Tak ada apa-apa yang berlaku. Masa Condolizze Rice datang Malaysia, Pemuda UMNO buat perhimpunan di depan KLCC. Ribu-ribu juga yang datang. Tapi ada apa-apa yang berlaku? Maknanya apa? Maknanya rakyat Malaysia yang berhimpun bukannya jenis merusuh tak tentu hala. Tapi yang buat kacau ialah pihak berkuasa macam polis dan FRU. Itu je.
Mengapa kita menentang ISA?
it's draconian law- undang-undang yang zalim. Apa yang kejam? Mereka yang ditangkap tidak dibicarakan di mahkamah. Malah merengkok di dalam tahanan bertahun lamanya. Even perogol dan pembunuh pun dibicarakan!
Esok akan ada dua kumpulan yang turun. Satu pro-ISA. Satu lagi anti-ISA. Difahamkan kumpulan pro-ISA terdiri daripada NGO-NGO melayu.
Saya amat yakin jika saya bertanya kepada melayu-melayu yang pro-ISA ini adakah mereka melayu dulu atau muslim dulu, pastinya mereka akan menjawab mereka Muslim first, malay second. Ini memang pschye atau cara orang melayu berfikir. Mereka akan meletakkan agama dulu kemudian barulah bangsa. Tidak kisahlah se-UMNO atau serasis mana pun orang melayu itu, agama tetap datang dulu.
Tetapi walaupun mereka ini bersungguh-sungguh meletakkan agama sebagai kepentingan utama mengatasi segala-galanya, mereka juga adalah yang terakhir dalam mengamalkan ajaran agama Islam. Mengapa saya katakan begini?
Islam menegakkan keadilan. Islam mengharamkan kezaliman. ISA adalah undang-undang yang zalim. ISA tidak mengikut prinsip yang ditetapkan oleh Islam. Islam tidak membenarkan tahanan tanpa bicara kerana ia tidak adil dan zalim. Maka sangat jelas ISA tidak Islamik.
Kepada NGO-NGO melayu yang akan berhimpun untuk pro-ISA esok, ISA adalah salah di sisi Islam. Mereka yang menyokong ISA samalah seperti menyokong undang-undang yang haram. Jangan jadi munafiq muslim. Kerana munafiq adalah insan yang cakap tak serupa bikin. Mulut kata muslim tapi tindakan menyokong kepada sesuatu yang bertentangan Islam. (BB)

28 comments:
Sape pegi esok..kalo nampak gas pemedih mata dibaling..cepat-cepat pegi tutup dengan kain basah..
saya tak tahulah apa nak jadi..semuanya susah kat malaysia ni..buat salah..tak buat salah..samalah macam kes PPSMI tu..bila buat berapi bantah..bila mansuh ramai pulak yang tak setuju..ntahla..peninglah!cerita ISA ni pun satu..orang berkuasa mestilah nak jaga kuasa mereka..orang yang menunggu untuk berkuasa plak akan sedaya upaya melemahkan kuasa yang ada..saya masih tertanya tanya yang mana majoriti dan yang mana minoriti..nak ikut yang mana??betul ke majoriti rakyat menentang ISA?kalau betul, teruskan..jatuhkan kerajaan yang ada pun takpe..kalau betul majoriti nakkan sebegitu..sekadar luahan hati..tq BB...
Kenapa bila makin maju makin banyak undang - undang yang kena ada??? Makin banyak jalan makin banyakla lampu trafik... Aku pun penah kena tahan polis masa demo kat KLCC.
azmi yusof:
soalnya ini bukan majoriti atau minoriti. tapi menentang apa yang zalim. itu sahaja. PPSMI tu ada pro dan kontra. tak macam ISA.
saya tercari-cari juga hujah mereka yang menyokong ISA. setakat ini, itu sahaja hujah mereka iaitu menjamin keselamatan negara. Itupun hujah yg lemah.
tapi kalau saudara ada pandnagan mengapa ISA diperlukan, saya persilakan. Mungkin ada sesuatu yg saya tidak tahu. :)
Ini ruang diskusi. masing-masing ada pendapat.
ps: sebenarnya kerajaan yg berkuasa kena nampak bijak nak tangai pihak yg nak lemahkan kuasa ni. bukan dgn cara bagi amaran dan haramkan perhimpunan itu. mgkn dgn memberi kebenaran. biar mereka berhimpun dgn aman. polis jaga lalu lintas. orang pun tak marah. malah mgkn kerajaan diouji kerana membuka ruang demokrasi. btl x?
Gua pergi kenduri besok. Yezza! Tapi gua memang x into benda-benda ISA ni. Bodoh betullah menatang ISA ni.
ko nak hujah utk apa ISA?
mmm...
aaaa..
isk isk isk..
jgn banyak tanya la bro!
sok turun.bunuh je ISA tu.
hehehe..
Undang2 yang disedia pakai langsung tidak berteraskan paksi Islam.
Kerana Undang2 manusia tidak dapat menyamai Undang2 Ciptaan Allah YANG MAHA SEMPURNA.
X perlu ISA ....
bawa air mineral water lebih sikit senang nak cuci
ISA,OSA,AUKU disamping SPRM,PDRM dan MCA adalah talian hayat bagi UMNo..tanpa perkara2 diatas..Rakyat da lama bebas dari rejim UBN..
mungkin akan termasuk dalam buku teks sejarah tahun2 mendatang.
this is a very good article!
indeed it was. You show how the malays think (psyche)
Keep it up boy
R U A DEBATER?
I came thru ur blog n find that u r very sharp in replying to sm1 pints.
ISA is a SICK!
TOTALLY AGAINST that!!!!!
hahaha...
i.s.a
isa x menyerang org yg menyokong kerajaan. cuma kpada kpala2 yang buat kacau persekutuan.
ni senjata beb, mane nak mansuh...
Satu soalan kepada semua:
Kalaulah untuk menjadi aman kita halalkan penindasan,kalau untuk hidup tenteram di dalam negara kita halalkan penderaaan,
untuk apa kita bernegara?
Siapa-siapa boleh jawab.Terima kasih.
dik...
sentiasalah berhati2....
semoga Allah merahmati
Msia ni dah tabis ngan undang2, mcm2 akta!...gua abis mikir la bro pasai apa masih ada lagi yg brsungguh mempertahankan ISA...
demo anti ISA....
alang2 dah berhimpun puluh2 ribu orang tu cuba kita usulkan sekali tentang mansuhkan UMNO...bubarkan barisan nasional.. ISA ni senjata ampuh diorang... kalau takde monyet2 ni maka takda lah ISA... bagi aku ISA wujud hampir 50 tahun sebab UMNO memerintah lebih 50 tahun...
-Pergi jahane lah umno-
sorg alim yg telah meninggal dunia akan melintasi titian sirat. oleh kerana amalannya banyak maka dia diberikan motor kapcai.
Tengah perjalanan dia melintas titian sirat tiba-tiba zusss harley davidson memotongnya.
Org alim tadi terhenti lalu bertanya kepada malaikat, siapa tu?
Itulah Nik Aziz.
perli keras statement di atas..
Sedare, dia org tu semua menipu, pakai Islam buat perisai baju besi sendiri, padahal dalam baju busuk. Cakap Melayu je nak kapit ngan Islam. Cakap Islam je nak kapit ngan Melayu. Melayu-Islam. Melayu (Islam). Mende tu? Islam bukan milik Melayu.
Sedare, betul bukan soal majoriti minoriti. Sebab Nabi kata, kebenaran berasa bersama jamaah. Walaupun kau sorang-sorang tapi kau di pihak yg benar. Kau bersama jamaah.
Sedare, kenapa kita tak ikut org lain berdemo yakni selain tutup dgn kain basah, kenapa kita tak sepak balik gas pemedih mata tu? ke menyalahi etika dan akhlak berdemo?
nabi ISA?
komen basuhbaju tu bukan komen aku.
woit! nak komen pun at least jgnla guna identiti aku..
Kita cuma menentang apa-apa yang zalim dan segala penindasan. Hapuskan ISA!
ala beb,orang penah guna nama aku..lagi best,sebab dia kutuk aku balik.
aku ingat nko beb..
assalamualaikum
pendapat aku ni x berapa popular.
aku rasa ISA takde masalah pun kalau diteruskan. cuma masalahnya, CARA PELAKSANAAN tu yang kadang2 melampau.
Kalau dilaksanakan ke atas perisik negara asing, individu yang cuba sabotaj kepentingan negara, individu yang berbahaya (pembunuh bersiri, perogol, perompak) dah tentu tak ada masalah
Tapi malangnya aku tengok aplikasi ISA ni, sampai blogger pun kena. Ape cter?
Kalau nak dikekalkan ISA sepatutnya x boleh diaplikasikan dengan campur tangan politik. Tapi nak mengelakkan campur tangan politik dalam undang2, hampir mustahil.
baru beberapa jam rakyat habis berdemo...
ada menteri kuar statement yg ISA sukar dihapuskan..ISA boleh digubal ikut keadaan semasaa n boleh ditukar nama...lagi die cakap ISA untuk stabilkan ekonomi dan politik negara...
hahahaa menangis mak bapak dalam kubur dapat anak macam menteri ni...
oppsss!! terlebey sudahhh.....
mataku berkelip2..
apa guna ISA...well maybe tok bypass kejex2 pasukan keselamatan...biasak la govt service ni kan lembap kalo wat keje x cam private service....hahahahaha but bukan sume ade certain tu superb..."BERHIMPUN" bukan budaya kita? hmmm aku nak tgok gak 31 Ogos sape yg akan ajak berhimpun? ohhhh mungkin mase tu x di panggil "BERHIMPUN" they call it "GATHERING" kwakwakwakwakwa.....I "love" the current govt full of joke...
p/s=Letih betul nak belajar cara ketam berjalan senget nih....
Post a Comment