Monday, August 10, 2009

Agama dan bangsa

Anwar Pengkhianat Melayu- Utusan Meloya

PAS desak haramkan penjualan arak di Selangor- Utusan Meloya

7 wasiat Raja Melayu- Utusan Meloya


(semuanya berita muka depan pada minggu lepas)

*************************************************************************

Selepas 51 tahun merdeka, kita masih lagi terperangkap dengan isu agama dan bangsa. Cuba kita tanya balik pada diri sendiri- adakah berita-berita seperti di atas ni menceritakan tentang masalah sebenar di negara kita?

Apa yang kita dapat dengan asyik-asyik nak bercakap pasal agama dan bangsa. Yang melayu akan cakap Anwar pengkhianat. Datang melayu lain- cakap Anwar hero mnelayu. Bertekak punya bertekak, semua gaduh pasal Anwar. Yang peliknya apa yang berubah di dalam negara kita? Ada pendapatan per kapita rakyat meningkat? Ada pelajar di Universiti jadi lagi pandai? Tarak!

Tak cukup dengan hal bangsa, datang pulak isu agama. Yang muslim tak nak arak dijual di kawasan mereka. Yang bukan muslim kata ini hak mereka untuk minum. Yang rakyat ni bertelagah sana sini. Masing-masing nak menang. Tapi apa yang kita dapat? Masalah rasuah berkurangan? Kerajaan Selangor jadi lebih telus? Pon Tarak!

.Cukuplah. Sudajlah. Lebih 51 tahun kita masih lagi nak bercakap pasal isu bangsa dan agama. Kadang-kadang tu benda kecik je. Tapi ia akan meleret sampai ke hak melayu la, Daulah Islamiyah la, etc. Tapi perkara yang lebih penting kita lupakan. Tak pernah kita nak berbincang macam mana nak jadikan negara ini ke arah yang lebih baik. Bagaimana untuk memajukan negara.- Ini soalan-soalan yang sering kita tinggalkan.

Asyik=asyik nak bukak topik agama dan bangsa. Apa yang kita dapat? Bersatu padu? Bertelgaha lagi adalah.

Woit! Tolonglah bincang pasal isu kesihatan ke, pendidikan ke, perumahan ke- setidak-tidaknya nampaklah bijak sikit rakyat Malaysia ni bila pegang surat khabar atau time tengok berita. Taklah rasa macam pegang majalah porno je bila pegang Utusan dalam LRT.


(Entry pendek. Masih letih dari berjalan di Penang. Cakap-cakap Blogger tadi best! Akan ditulis kemudian.)

45 comments:

fahmi said...

betul betul betul.. berita2 ni xde kena mengena dgn kita pun.. sume nk dptkan sumting out of sumting.. kite yg di bawah terus begitu aje...

p/s: dh taruk pics cakap2 smlm kat blog.. sikit je pics yg diambil, tp xpe, BB masih ensem. hahaha nice meeting u bro!

endiem said...

isu isu macam itu yang melakukan surat khabar.. Isu tersebut sengaja diperbesarkan bagi mengaut keuntungan. Ramai pembeli2 surat khabar yang minat isu macam tu...

Awang Darat said...

jadi kamu tak setuju lah orang cakap pasal isu ugama ye? ugama tak penting dalam zaman moden ye? kita takde lagi tanggungjawab untuk mempertahankan ugama ye? biarlah ugama kita hilang dalam dunia ni sebab ugama bukan satu yang releven dalam kehidupan hari ini ye?

aku tak setuju dengan kamu. ugama patut di pertahankan. dengan dialog atau secara ilmiah, hukum ugama wajib di pertahankan dan di tegakkan. sampai kiamat pun ugama tetap relevan. kita tak boleh lari dari Tuhan, semasa hidup dan juga setelah mati.

balqissy said...

surat khabar is a business, man! dorang tulis apa yang orang nak baca. $$$$$

mendewa said...

Isu agama tetap akan diperbincangkan sepanjang zaman. Islam relevan sepanjang masa. Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil.

Isu bangsa (Melayu) sebenarnya mainan politik Melayu yang gila/hilang kuasa saja (fikirlah puak mana yang sering memomokkan tentang Melayu).

Isu agama dan bangsa akan terus panas apabila yang berkokok hanya nampak kuasa bukannya hakikat sebenar yang diperkata.

Anonymous said...

Pertama,
sebab kita Merdeka pun bukan dengan cara Melayu!

Kedua,
bukan semua Melayu adalah Islam, sekurangnya paham Islam (aku cakap untuk diri sendiri juga)

mamai said...

harimau itu masih tidur agaknya

Nafastari said...

Aku faham maksud kamu. Tidak salah berbicara pasal agama dan bangsa, tapi harus berpada2, bukan sekadar isu murahan di surat khabar bagi menjatuh atau menaikkan sesiapa tanpa ada apa2 faedah yang lebih besar kepada negara.

Utusan terutamanya sengaja menampilkan isu2 yang sebegitu, kononnya itulah yang sedang berada dalam fikiran rakyat, padahal mereka yang bermati-matian cuba meracuni fikiran rakyat.

Basuh Baju said...

Fahmi: jumpa lagi di next meeting br0!

endlem: betul ke surat khabar laku skrg? hehe rasanya org ramai dah menyampah..tu yg skrg ni kredibiliti surat khabar baik yg kerajaan mahupun pembangkang dah mula tak laku..

Awang darat: saudara awang,

jgn salah faham. bercakap ttg agama dan meng'isu'kan hal agama adalah perkara yg berbeza saudara..

kita boleh berbincang mengenai agama..ttp apa yg berlaku skrg kita bukan berbincang sebaliknya mengsensasikan isu agama..fhm x bezanya?

ada saya kata 'ugama' tak relevan? ada?

:)

balqissy: ye ke diorg tulis apa yg org nak baca? ada org nak baca coretan awang selamat? hehe surat khabar skrg ni bukan kesah apa yg rakyat nak tahu..tp mereka menjadi lidah parti politik dan mereka yg berada di puncak kuasa..

tp surat khabar metro tu mmg tulis ikut apa yg org nak baca..sebabnya mentaliti org kita mmg sukakan berita2 spt rogol, bohsia, kemalangan, makhluk ghaib, etc..aiyoo..

Basuh Baju said...

mendewa: berbincang tak apa. malah nak bincang pasal bangsa pon tak kisah..tp tlg jgn jadikan benda tu sbg isu PENTING yg tiap2 kali kuar terpampang kat surat khabar dan TV..

apa yg berlaku skrg bukannya kita berbincang. Malah nak berbincang pon tak boloeh skrg. balik2 kena amaran 'isu sensitif'..hehe

blogger: mcm mana merdeka dgn cara melayu? xfhm..hehe

mamai: bila harimau nak mamai bangun dari tidur? hehe

nafastari: well said :)

Pekerja Kontrak said...

betul... cuba la bicangkan macam mana nak selesaikan masalah orang miskin... cakap nak jadi negara merdeka.. tapi orang miskin tetap ada.... peminta sedekah tiap2 tempat ada... ish... malaya2...

lalink7 said...

to Pekerja Kontrak :

yang peminta sedekah tue kenkadang bukan nye meskin pun..tah2 pakai bmW..huhu..org mintak sedekah skang nie menjadikan sebagai satu pekerjaan tau..setaraf PEGAWAI..
gaji sebulan RM3k..

Wallahualam..

Riise said...

bukannya orang xsuke bincang psal ape2 isu. masalahnye dorang ni, dorang bukan berbincang, tapi mengutuk, memgeluarkan kenyataan bodoh, panggil press conference, buat ape?. cube panggil orang2 yg tinggal kt area2 tu datang dewan berbincang dlm dewan ke ape, kan lg produktif. kecoh pasal agama, pastu orang miskin masih merana, ntah ape2.

kalau xtau beze Melayu dengan Islam, memang x relevan langsung ape saje yang keluar dari mulut mereka.

Shahrul Tanaka said...

cuba lu ketengahkan isu pasal ni..ada setengah orang melayu mengatakan islam hanya untuk melayu..cuba cari skit orang2 yang berkata begitu..

Awang Darat said...

ye ye, kami semua bodoh sebab tak tahu beza islam dgn melayu.

orang uighur tu masalah dia sebab dia melayu? selatan thai masalah dia sebab dia melayu?selatan filipina masalah dia sebab dia melayu? masalah palestin sebab dia melayu? masalah somalia sebab dia melayu? masalah chechen sebab dia melayu? dan semua minyak di tanah arab milik the seven sisters who control the world (exxon, shell, british petroleum etc etc), bukan milik org arab sebab org arab itu melayu? negara teluk tidak boleh ada industri nanti kena bom sebab dia melayu? islam tidak boleh ada sumber tenaga dan industri kerana ia akan kawal dunia sebab mereka melayu?

org islam tidak perlu peduli pasal ugama dan tidak mahu bincang atau cakap pasal ugama kerana tak nak dia jadi isu. ugama tidak boleh jadi isu?

kita mesti jadi sekular, sosialis dan komunis. manusia lagi bijak dari Tuhan? ada jawapan pada semua masalah?

dalam islam takde sains teknoloji ekonomi dan politik? zakat dan sedekah bukan ekonomi? jual beli tanpa riba bukan ekonomi? 250 ayat dalam Quran tentang sains tak perlu ambil tahu? 70 ayat tentang ekonomi tak perlu ambil tahu? islam tak boleh jadikan manusia sejahtera tanpa berperang sesama sendiri? tak perlu ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang?

ye ye mari kita tidur lena di buai syair sajak dan puisi dan biarkan anak muda kita memenuhi masa mereka dengan minum arak, hisap dadah dan berzina, sebab semua itu cool. mari kita jadi hip dan cool dan jangan bincang isu ugama. tak relevan.

che guevera lagi cool dari Rasulullah. central market lagi bes dari masjid.

saya setuju. hidup sandinista. hidup noriega. hidup chavez. venezuela dan nicaragua adalah syurga di dunia. hidup mara salvatrucha.

bukan norway.

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum wbt

akhbar2 tempata skrg byk yg memandulkan minda masyarakat. ada yg memanipulasi isu dan sensasi.

dlu sy mmg suka baca akhbar. byk perkembangan yg sy nk tau dan dpt tau. tapi skrg tiap kali beli akhbar, mesti de rasa menyesal..cakap..

"tah hapape tah citer2 dlm ni"

berita tv juga memandulkan minda. makin meloyakan.

kalo baca akhbar Harakah dan Suara Keadilan, kita juga takkan dapat apa2 manfaat melainkan kisah2 membuai2 dan kutuk mengutuk..

mana pergi cara2 nk tingkatkan ekonomi rakyat? pelan2 membasmi kemiskinan?


akhbar tempatan memandulkan masyarakat. tapi org bli jugk sebb senang nk bungkus nasi lemak..

p/s: harap ada cakap2 blogger lagi. insyaAllah sy nk join. info lmbt dpt

Awang Darat said...

ma'af,

kata kata merapu saya di atas adalah lahir dari rasa kecewa saya kerana umat hari ini lebih banyak berbalah atas perkara kecik dan remeh yang berpusat kepada kepentingan diri dan kelompk masing masing serta lupa akan sesuatu yang lebih besar dan tujuan kita di wujudkan di dunia ini.

ubudiah, mengabdikan diri. menjadi hamba. berkhidmat kepada kepada yang lebih tinggi dari kita.dan tiada yang tertinggi melainkan Dia. menentang yang salah dan menyokong yang benar, bukan kerana kelompok itu ini tetapi kerana Dia yang Satu itu.

- said...

Itulah, pihak media Malaysia kini sudah hilang kredibilitnya.

M. As Suhaimi said...

Ingatlah,

Bila tiba hari kebangkitan mereka berteriak, Ya Allah kembalikan aku kedunia walaupun sekejap hanya untuk mengucapkan nama mu, tetapi, telah terlambat untuk mereka.

Betapa ramai manusia tertipu dengan dunia....

Joe said...

setuju. akhbar kekadang lagi mentensenkan fikiran.

bokbon said...

yang no.2 gua sokong..sebagai pemerintah yang beragama Islam disesebuah tempat, maka lunas Islam wajib ditegakkan. Ini bukan kerana soal topik yang masih membelenggu, tapi ini adalah kerana suruhan dan tuntutan Pencipta dan Penguasa kita. DIA yang lebih patut didahulukan, barulah keharmonian akan dibalas kepada kita. Kadang-kadang logik akal boleh diletak ketepi dahulu.

Cob Nobbler said...

Bila aku menulis artikel "Bayangkan dunia ini seperti rumah",tentang Along,Achik dan Usu,

orang cakap aku murtadlah,munafiklah,apa lah.

Engkau semua dah tanya kat Allah ke status agama aku?Dah check ke?Cakap mulut main sebat je.

Aku ingin bertanya kepada kamu,kamu dan kamu semua.

600 juta umat Islam hidup bawah garis kemiskinan kamu peduli ke?

3 billion manusia hidup bawah garis kemiskinan kamu peduli ke?

Yang kamu bising "oh,Yahudi nak bunuh orang Islam,Kristian nak bunuh orang Islam.."

Apabila al-Mansour saudagar Arab membeli Manchester City,ada tak orang Kristian penggal kepala dia?

Bila Tony Fernandes berurus niaga dan mewah,adakah Najib merampas hartanya?

Dan bila Paul Wolfowitz seorang Yahudi,presiden Bank Dunia meluluskan projek pembangunan di Indonesia,di Sudan atau di Algeria,negara Islam,ada tak umat Islam kat situ meruntuhkan projek tu?

Tak,bukan?

Bukan orang Islam saja yang duduk kat muka bumi ni.Consider orang lain jugak.

Jangan jadikan agama itu emergency button untuk kerjaya politik dan untuk perniagaan,kawan.

Dan jangan main sedap tekak je nak mengkafirkan orang tanpa berfikir.

lafemmerouse said...

To all religious fascist,

I would like to remind you how many Muslims in this part of world has been misintrepreted as terrorist,self centered,separatist,love to spread hatred,fundementalist and warmonger.

For example,in Iran,where people up against Ahmadinejad bureaucracy,he and his bureaucratic arms has been protected by ayatollah and mullahs.Whoever against him,they're corporated with infidels who wants to destroy Islam.

Blame Jew,blame Christian,blame Hindu and blame Buddhist.Blame everyone except yourself.The problem is not the religion,the problem is about yourself.No matter what religion it is,if you declare war,you don't care about lives.

Easy target to blame.If a bird shit on your face,you want to blame that bird as "Jew bird".

Cut a crap,okay?Your religion is right now living in poverty.While all of your nation leaders living with splendous wealth.Cut a crap.

Infidels..kafir and just because they don't believe your faith,you're taking your swords,taking your arms and kill them.

I don't against religion,I against religion abuser.People who use religion to gain power.To control others.

In the end of the day,most Muslims didn't take a good lesson in history after Ottoman Empire lost to wealth and sex at harem houses,didn't take a good lesson for what happen in Spain,where Muslim uprising against Caliph.

Anonymous said...

kenapa al-mansour beli manchester city dengan duit banyak dia tapi tak buat projek pembangunan dekat indonesia sudan dan algeria dan bantu 600 juta org islam yg hidup bawah paras kemiskinan?

lafemerus,
u need to read more. your facts are wrong and your views are no better than the religious fascist that you hate.

Bila Diary Bercerita said...

Sebenarnya Melayu dan Islam adalah 2 isu yang berbeza. Melayu itu kaum yang lebih asyik dengan adat dan budaya.

Dalam hal menegakkan agama Islam & syariatnya, kita tidak perlu malu dan harus tegas dalam agama Allah swt.

Biarkan surat khabar itu dengan rencah beritanya kerana itu cara mereka bekerja. Kita yang membaca patut memilih bahan bacaan yang bagaimana untuk di isi ke minda kita.

Oh Me said...

Basuh baju...tulislah artikel pasal H1N1 pulak...boringlah asyik2 politik je...

kuSut said...

ha3...
ini yg ikut resmi pak pandir...
menang sorak kampong tegadai...

M. As Suhaimi said...
This comment has been removed by the author.
M. As Suhaimi said...

Biasa laaa... kalau nak asingkan agama dengan politik akan digunakan orang Islam tertindas, pak arab kaya raya, yahudi buat projek lah.. bila ada cakap agama dalam politik akan dilebelkan nak amik kesempatanlah, bila dituduh munafik marahkan orang yang tuduh, tapi lupa yang dok kutuk orang lain amik kesempatan, mana encik tau dia amik kesempatan?

apa nak jadi kalau hanya berjuang menghapus kemiskinan kalau agama diasingkan? lupakah kita hidup selepas mati? kejar dunia tak habis2, bila mati apa pun takdapat.

Islam ditindas kerana umat islam tinggalkan islam, tahukah anda sahabat kristian saya ada cakap perkara ini, "Islam is a living religion with dead followers, Christianity is a dead religion with living followers"
"kami maju kerana kami meninggalkan agama kami, orang islam mundur kerana meniggalkan agama islam"

Kenapa agama ditegakkan?
kena tak cakap soal pejuang kemiskinan?

sebab.
Agama ini panduan. paham tak?
Panduan dan sempadan, tahu halal haram. kalau pemimpin tahu dosa pahala, dah tentu dia akan jujur, tiada rasuah, tiada penindasan, tiada yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

asyik kalau nak tgk sistem Islam mesti tengok yang negetif, padahal yang negetif tu bukan sistem islam tapi orang yang berkuasa pada masa tu. banyak lagi khalifah contoh yang bagus - bagus yang ikut islam, tapi kalau dah hati dan akal kata huduh, nak buat macam manakan?

buang lah agama untuk konsider agama orang lain? hahaha.. habis tu ? nanti kat akhirat Allah tanya kau kenapa kau tak ambil agama? kau mampu ke jawab pasal nak konsider agama orang lain?
jawab soalan ini dulu siapa - siapa yang berkenan? baru citer panjang....

Basuh Baju said...

semua: secara jujurnya aku kecewa dgn bbrpa komen korg..

korg main komen apa yg korg rasa tanpa memahami apa yg aku cuba sampaikan dgn entry ini..

apa yg aku cuba timbulkan ialah bagaimana rakyat malaysia selepas 51 thn merdeka, masih lagi terprangkap nak ckp pasal bangsa dan agama..

dan nampknya aku betul berdasarkan komen2 korg. terutama komen awang darat, Suhaimi (yg aku tak pasti dah ada IR ke belum), dan beberapa yg lain..

pernah tak korg tanya pada diri takpun fikir kejap- kenapalah media massa baik surat khabar mahupun internet asyik2 nak sensasikan isu2 tak ptg? dan isu2 tak ptg itu pulak balik2 berkisar ttg melayu la, bumiputra la, etc..

cmmon la semua: ubah mentaliti tu. basuh minda sikit. kalau kat fikiran tu balik2 nak ckp hal yg tak ptg, kita tak ke mana..

dan ini pun masalah sbnr org melayu dan umat islam..asyik2 nak bercakap dan bercakap..bila org tegur sikit- melenting bukan main.

korg kalau btl perjuangkan Islam, tak salah. Cthnya dgn krisis ekonomi skrg- ko ckpla macam mana Islam melalui sistem kewangan Islam dpt menyelesaikan mslh tersbut.

dlm isu sistem kerajaan- ko ckpla dlm Islam bagaimana sistemnya. bagaimana nasib bukan Islam kalau sistem pentadbiran Islam diterapkan..

korg, kalau btl perjuangkan Islam, beritahulah apa solusi yg Islam berikan dlm menangani masalh sosial..

bukan skdr nak bermain sentimend an retorik..

ada fhm?

Basuh Baju said...

dan utk Suhaimi: sejak bila aku ckp kat posting aku yg islam tak diperlukan?

ko main komen je ek. nak kena basuh ke? haha

M. As Suhaimi said...

hahah.. sorry bro.. aku tak maksudkan kau lee.. kebetulan ko bukak citer nih.. hahaha... aku cakap yang berkenaan jee.. hehe peace bro....

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

demokrasi liberal atau so sial?

Guru said...

bab penjualan arak secara bebas itu ialah masalah nasional...
jangan kait dengan agama...
katalah si ah chong yang suarakan

dia kata

arak hanya boleh dijual di kawasan khas
bukan di kedai2 runcit
sebab anak2 saya dan anak2 jiran saya
akan menyalahgunakan arak

so...
pada masa itu
ada kita nak bangkang?

tentu tidak,malah
kita akan kata
baguslah si Ah Chong ni
kenapa takde orang islam macam ah chong ni

sebab
masalah salahguna arak
sama seperti salahguna dadah
apabila ia dihalalkan
penjualannya di mana2 sahaja...

wallahualam

azhar said...

Anwar Pengkhianat Melayu- Utusan Meloya
UMNO cuba memburukkan Anwar Ibrahim , supaya sokongan masyarakat terhadap PKR terhakis , tak banyak pun sikit pun jadilah.

PAS desak haramkan penjualan arak di Selangor- Utusan Meloya
Mungkin nie agenda tersembunyi akhbar pemerintah memecah belahkan pihak lawan

7 wasiat Raja Melayu- Utusan Meloya
Berita ni dibesarkan untuk meraih sokongan politik org melayu,Mungkinkah Malaysia menjadi sebuah negara republik pada masa depan??

Utusan Meloya dianggap akhbar yg pro pemerintah . Banyak berita yang tidak sealiran dengan fahaman pemerintah digelapkan.Tiada ruang yang luas untuk pemimpin parti pembangkang di akhbar ini.Mungkin semua dah tahu..

Sepatutnya akhbar perdana macam utusan meloya memapar dan membesarkan berita2 penting yang menjadi isu bersama semua warga marhain Malaysia.Tak payah le nak bantai PKR ke DAP ke Pas ke .Kalau nak jugak lebih baik UMNO buat suratkhabar sendiri macam PAS ada Harakah , PKR ada Suara Keadilan dan DAP ada Roket .

Setuju dengan pendapat Basuh Baju dlm posting nie..

bangunberdiri said...

antara agama dan bangsa, isu agama lebih hangat daripada biasaa... balik pada topik basuh baju... ada satu pandangan yang nk aku kongsi...
yang sibuk cakap pasal anwar pengkhianat dan berebut nk jual dgn xkasi jual arak ni... ialah golongan yang mencari populariti dalam dunia politik...maknanya golongan ni menggunakan sentimen AGAMA dan BANGSA untuk terus popular dan dianggap paling hero dalam kelas politik...
blh paham?

(awang darat) tak timbul pun soal manusia lebih bijak dari tuhan, tak de kena mengena pun pasal che guevara lagi cool dpd rasulullah....ko sedar tak apa yang ko tulis nih!! aku menentang politik yang menggunakan alasan agama dan bangsa untuk diorang kekal berkuasa... hakikatnya bila kekal berkuasa tu hanya untuk dapat kontrak, untuk hisap cerut berharga roll royce, berkuasa untuk kaut hasil minyak dgn hasil balak, orang miskin dapat apa? rakyat yang memburuh dapat ape? orang islam tadek yang miskin ke? tadek yang memburuh? agama apa yang ajar pemimpin jadik macam tu? bangsa apa yang sanjung pemimpin macam tu? cerdik la sikit...

(Ir As-Suhaimi) sedarkah anda bahawa agama sedang digunakan dan dipermainkan oleh golongan politik guna untuk menghalalkan kejahatan dan kekotoran politik.. ini bukan khayalan atau fantasi...ini bukan gila meroyan... malah perkara ini telah lama berlaku semenjak zaman feudal lagi, pelbagai ugutan berbentuk fatwa di keluarkan oleh agamawan untuk memastikan yang berkuasa terus angkuh di tampuk kuasa.. kenapa mesti gunakan isu agama?kenapa berselindung disebalik fatwa orang agama, untuk tunjuk kekebalan kuasa? umpama mengharamkan perhimpunan aman tapi tak keluarkan apa2 fatwa tentang akta tahan tanpa bicara,agama apa yang mendidik penganutnya jadik macam ni?

secara verbal semua orang akan menyatakan kefahaman islam sebagai panduan dan sempadan dalam hidup, sebab dalam islam itu ada hukum dan peraturan yang wajib kita ikut.. tapi adakah pemimpin politik yang berlindung disebalik fatwa ahli agama ni, faham tentang halal haram? faham tentang dosa dan neraka? faham ertisebuah kejujuran?

saya menerima pandangan tentang yang negatif itu bukan sistem islam, tapi orang yang berkuasa pada masa itu... maknanya yang berkuasa itu menyalahgunakan sistem islam sebagai tujuan dan kepentingan politik.. yang miskin dan yang memburuh tetap di tindas, tak terkecuali yang beragama islam... sekurang2nya... cerita ttg negatif itu adalah pengajaran supaya xsalah guna kuasa.. salah ke kalau kita berlaku jujur ttg sejarah dan sistem islam?

dan yang akhir sekali knp mesti buang agama? adakah kerana kita beragama islam maka hilang rasa hormat kita pada manusia yang menganut agama lain? macam tu? bila kita respect atau menghormati rakan yang bukan islam bermakna secara automatik kita membuang agama islam? macam tu? islam ajar macam tu ke? perjuangkanlah islam demi kesucian sebuah agama, bukan menggunakan agama islam sebagai alasan untuk menjaga kepentingan politik dan periuk nasi sendiri....

p/s : jangan biarkan nama kita lebeyh cerdik daripada kewarasan akal fikiran.. jadilah manusia yang baik, dan jadilah penganut agama yang baik..

M. As Suhaimi said...

hahaha..... bangun berdiri.. sebenarnya ada isu disebalik kata2 ini. saya tidak akan berkata - kata dengan sewenang - wenangnya. ada maksud dan kepada siapa kata - kata saya ini.

yee saya tau isu agama disalah guna sekarang (di tanah air nih). fatwa digunakan untuk cover pihak tertentu, ini lah masalah yang berlaku, tapi sedarkah, kita sudah membuat satu hukum yang tidak adil. Sistem Islam masih tidak digunkan dalam pemerintahan di Malaysia ini. yang berlaku adalah orang guna agama bila perlu, bila ada pihak nak tegakkan sistem ini, dengan automatiknya kita samakan dengan pihak yang ambil kesempatan atas nama agama. ...

MAsalahnya kita tidak berlaku jujur dengan sejarah Islam. orang yang berkuasa memperguna sistem islam untuk berkuasa akhirnya jatuh, dia mendapat kuasa dari khalifah yang sebelumnya jujur, bukan dari zero guna agama pastu dapat kuasa rupa - rupanya dia nak guna atas kepentingan peribadi.

Apa yang nak saya sampaikan adalah lihatlah sejarah Islam pada kaca mata atau sumber dari sarjana Islam itu sendiri, sama juga melihat sejarah barat pada kaca mata atau sumber barat itu sendiri.

tapi aku minta maaf laa kat BB pasal tak jawab persoalan yang sebenarnya. hehehe. aku ada maksud lain dan kata - kata aku ini untuk orang tertentu. heheh dah tempat kau nih jee yang paling sesuai.. hehehe ok bro sorry aaa... hehe

M. As Suhaimi said...

ok ini baru saya nak komen pasal isu yang dibangkitkan BB...

Akhbar kat malaysia?

dah itu lah agendanya... dah jelas - jelas, mempolitikan isu untuk kepentingan pihak - pihak tertentu. habis pening rakyat dibuatnya.

itulah kenapa masa awal - awal utusan melayu nak diambil alih oleh kerajaan pada masa tu dibantah oleh para wartawannya. pasal mereka dah tau apa akan terjadi. bantah gile2 sampai mogok taknak kerja, ada yang ditangkap pun ada. dan sekarang memang betul apa yang mereka jangkakan.

tapi pada saya hampir semua akhbar di Malaysia ini takleh pakai sangat, berat sebelah bukan main. tak kira laa kerajaan atau pembangkang, kena turun sendiri tengok.

kita orang muda ada tenaga, kena selidik sendiri, baru tau, macam perhimpunan hari tu, siapa yang turun mesti tau apa terjadi, dan siapa yang hanya baca akhbar mesti habis kena kencing. ada kee staff kat opis saya kata perhimpunan tu ganas, saya tanya awak turun kah? dia kata tak? saya terus kata awak ada bau hancing gi mandi pasal awak dah kena kencing, hahaha..

bangunberdiri said...

(Ir As-Suhaimi) : ok2.. sorry kalau aku menegangkan keadaan... lainkali bezakan ruang diskusi dgn ruang untuk menyindir.. macam tu jugak perbezaan apabila manusia itu beragama, jgn disamakan dengan berkumpul,berpersatuan,berparti dan berpolitik...

Cob Nobbler said...

korg kalau btl perjuangkan Islam, tak salah. Cthnya dgn krisis ekonomi skrg- ko ckpla macam mana Islam melalui sistem kewangan Islam dpt menyelesaikan mslh tersbut.

Beritahu kami yang tak faham ni,agar kami memahaminya.

Bagaimana mahu dipraktikalkan dalam skala global,skala multiracial dan skala pelbagai kaum dan agama.

Dan yang paling penting,tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja,tapi menguntungkan kesemua pihak,pihak yang menjadi bos,pihak yang menjadi pekerja dan pihak yang menjadi ahli keluarga pekerja(macam anak dan bini).

Terangkan.Jangan asyik nak mengamuk tak tentu pasal.

Anonymous said...

kita merdeka minta dengan orang putih

Oh Me said...

basuh Suhaimi tu jangan tak basuh...kasi gosok sikit misai dia tu...kah kah kah

Amermeftah said...

Yay! Nami o fish jom kita komunis~!

balqissy said...

haha.. betol jugak. metro je tulis pe orang nk baca.

---> kurang gemar baca surat khabar. lebih2 lagi isu hangattt politik. malas nk selidik mana satu benar, mana satu palsu. sebab...
org kerajaan akan cakap "ya! ya! betul!!! kan aku dah cakap pembangkang ni cakap je lebih bla bla bla"

pembangkang pula akan berujar " hah, itu mainan politik. kamu dah berkuasa, boleh sogok sana sini"

jadi?

Anonymous said...

agama la tunjang semua...tegakkan dulu islam kat malaysia..br borak pasal bnda len..kalau agama pn tungang langgang pe kan negara..pk la sket basuh baju.kite org islam..jgn pndg dr pndgn sekular..semua benda ada asas..ada tunjang..maaf,sy x stuju dgn kamu.