Saturday, July 25, 2009

Putrajaya dan 1Malaysia

1- Hari ini saya ke Putrajaya.

2- Saya amat yakin, sesiapa sahaja yang memasuki Putrajaya pasti akan terpegun dengan rekaan bangunannya yang moden dan canggih. Daripada Kompleks Perdana Menteri hinggalah kepada Pusat Konvesyen Putrajaya. Daripada Masjid Putra hinggalah kepada Masjid Besi. Semuanya tersergam indah.

3- Ditambah pula dengan jalan raya yang teratur, laluan pejalan kaki yang lebar serta landskap yang menarik. Ini semua sudah cukup membuktikan bandar terancang ini memang bernilai berbilion-bilion ringgit.

3- Mahu tidak mahu- saya terasa bangga kerana Malaysia mempunyai bandar yang indah sebegini.

4- Mungkin ada pembaca yang beranggapan Putrajaya adalah sesuatu perkara yang membazir. Tetapi saya tidak ingin bercakap mengenai perkara tersebut kerana bandar Putrajaya telahpun selamat dibina. Nak cakap benda yang dah hanguskan duit buat apa? Lebih baik kita berbicara bagaimana hendak memanfaatkan Putrajaya.

5- Kita diberitahu bahawa Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara Malaysia. Seperti yang telah ditulis di wikipedia, Malaysia adalah sebuah negara yang ditadbir oleh sebuah kerajaan yang berbilang bangsa dan agama.

6- Tetapi apa yang berlaku ialah Putrajaya telah menjadi bandar orang melayu. Hampir 95% penduduk Putrajaya adalah orang melayu.

7- Adakah ini satu ironi?

8- Bukankah Putrajaya- sebagai pusat pentabiran Malaysia, sepatutnya memberikan contoh yang baik dalam menunjukkan Malaysia sebagai negara berbilang bangsa?

8- Di mana kaum cina di Putrajaya? Di mana warga India? Di mana yang lain? Bukankah bagus jika Putrajaya didiami oleh semua bangsa?

9- Kalau Putrajaya sendiri pun tidak berjaya memberikan contoh integrasi kaum, tidak hairanlah mengapa perpaduan Bangsa Malaysia masih belum dapat dicapai.



ps: Sekarang heboh di sana sini tentang 1Malaysia. Daripada sibuk-sibuk nak cipta slogan dan lagu 1Malaysia, adalah lebih baik kerajaan mengSATU Malaysiakan Putrajaya terlebih dahulu.

17 comments:

Paan Ovrtd said...

Racist selalunya ignorant.

Shahrul Tanaka said...

sikap perkauman sukar nak lupus dalam pemikiran kolot mereka!

abgBro said...

bro xper la gtu...kalu 60% melayu kompom rebah Putrajaya kt PR...~hiks

azhar said...

ketuanan melayu..itulah dia..

fahmi said...

mmg ironi... pasti ada sumting wrong ni... hehe

Ikanbilis said...

kenapa dinamakan Putrajaya?

sebab nama Perdana menteri pertama??

Salah..menurut tukang bagi nama (Madey) Putrajaya tu bermaksud "Bumiputera berjaya"..memang plan dari awal lagi dah plan untuk jadikan bandar melayu yg canggih..

Rasis? itu "nama tengah " Amno..!

Cob Nobbler said...

Aku suka statement DIK AN.

Simple,dan tepat.

Dan aku akan ulaskan benda tu dalam blog aku.

BTW thanks kat DIK AN dan Basuh Baju sebab bagi inspirasi tulis artikel baru.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

wah....putrajaya...melayu atau apa saja...kita semua orang..

Anonymous said...

amcam? ok interview?
aku doa kau berjaya :)

Khazinatul Asrar said...

Adakah dengan mensatukan Malaysia di Putrajaya mampu menjayakan konsep 1 Malaysia??

Basuh Baju said...

khazinatul: konsep 1malaysia ni perlulah bukan sekadar slogan..

salah satu caranya dgn menjadikan pusat pentadbiran malaysia sbg bandar yg berbilang bangsa..

so aku rasa ya..ia mampu merealisasikan konsep 1malaysia..

sbb kalau putrajaya sendiri pon tak berjaya tunjukkan contoh dlm integrasi penduduk, apa citer?

RABUN said...

rasict tak elok untuk kesihatan...

nafastari said...

Ya Putrajaya itu sendiri teguh berdiri menceritakan dengan sempurna segalanya tentang perihal sebuah Malaysia. Tetapi hanya yang berfikir sahaja yang mampu faham.

HBM Consultant said...

Salam.

Memang betul, hampir 95% penduduk Putrajaya adalah Melayu. Keadaan ini berlaku kerana hampir 95% pekerja sektor kerajaan itu adalah orang Melayu. Harus diingat, Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan. Pastinya orang kerajaanlah yang memenuhi Putrajaya itu. Sektor swasta tidak sampai 5% di sana. Itupun di kalangan peniaga-peniaga yang membuka kedai di presint kediaman dan di Alamanda. Bukan orang Cina dan India tidak mahu tinggal di situ, tetapi apa jadahnya pula mahu tinggal di Putrajaya jika mereka tidak bekerja di sana. Hehehee.

Justeru jika mahu melihat ramai orang bukan Melayu tinggal di Putrajaya, kita harus menggalakkan mereka bekerja dengan sektor kerajaan, khususnya di kementerian-kementerian. Soalnya, adakah mereka ini berminat dan adakah ruang sebegitu untuk mereka?

JIMMY ASMARA said...

"Racist selalunya ignorant"

tepat!

10 markah!

zedmagel said...

Salam Bro Basuh Baju,

KIta sebagi Melayu, jangan berbangga jika Putrajaya nanti dipenuhi oleh peniaga bangsa lain. Kita yang akan terpinggir di bumi sendiri. Alangkah kasihanya kita.

Nak jadikan Putrajaya macam Hong Kong dan Singapura ke? atau macam Delhi dan Mumbai.

Mengapa tidak berbangga dengan Putrajaya milik bro. Terbuka minda biarlah bertempat.

Anonymous said...

adeiiii....jgn harap putrajaya nak ada bangsa berbilang kaum...nak apply keje pun kene ade "CABLE" kalo x der leh mimpi sampai mampus...ckap pasal "CABLE" jenis ape arrr dorang pakai????copper? fiber?....racist hehehehehe...baca mein kampf kot......