Sunday, July 26, 2009

Kisah Putrajaya


1- Sesiapa yang pernah lalu lalang di Putrajaya pada hari cuti dan waktu malam pasti menyedari bahawa bandar ini sangat bosan. Dalam erti kata lain, Putrajaya adalah bandar yang mati, tidak hidup dan macam pekan 'koboi'. Sekali pandang macam set pengambaran berskala besar di Universal Studio pun ada.

2- Asalnya Putrajaya dibina dengan mengambil contoh bandar Paris sebagai model pembangunan. Kononnya Putrajaya akan menjadi 'city of light' di Asia- bandar yang bergemerlapan dengan cahaya di waktu malam. Kononnya bandar ini akan sentiasa hidup dan tidak akan mati.

3- Tetapi apa yang berlaku di Putrajaya bukannya 'city of light' sebaliknya 'city of tiang lampu'. Di waktu malam- hanya tiang-tiang lampu sahaja yang setia menjadi penghuni di bandar ini. Itupun kerana tiang-tiang lampu ini tidak tahu jalan ke Paris untuk mereka berhijrah. Kalaulah Air Asia ada penerbangan terus ke Paris, pasti sudah lama Putrajaya menjadi gelap tanpa tiang lampu.

4- Saya tidak faham mengapa pihak berkuasa Putrajaya dan juga perancang bandar tidak menyedari hakikat ini? Adakah mereka tidak pernah tahu betapa sunyinya keadaan di Putrajaya? Tidak percaya? Sila lihat di jalan-jalannya. Sehinggakan kalau saya baring di tengah jalan pun pasti tidak akan dilenyek kenderaan kerana jalannya yang sangat lengang.

5- Itu tidak dikira lagi dengan kebosanan ketika berlegar-legar di Putrajaya. Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan. Tidak ada teater untuk saya tonton. Tidak ada galeri lukisan untuk saya lawat. Tidak ada perpustakaan untuk saya singgah. Tidak ada McD, KFC, Pizza Hut dan kedai mamak untuk saya melepak bersama kawan-kawan. (Tiba-tiba saya terfikir, di Putrajaya ada kawasan perkuburan tak untuk orang mati?)

6- Paling saya tidak boleh terima ialah di Putrajaya tidak ada awek lalu lalang untuk saya berkenalan! Bandar apa camni yang tidak ada awek di dalamnya. Selayang, Kodiang dan Kuala Nerang pun ada awek. Takkan Putrajaya begitu cekai? Agaknya kalau saya membesar di Putrajaya pasti saya akan terfikir untuk menjadi sami kerana tidak jumpa jodoh.

7- Sepatutnya hal ini tidak boleh dibenarkan berlaku. Kita sudah berhabis begitu banyak wang untuk membina bandar mega ini. Dianggarkan hampir RM10 bilion telah dibelanjakan. Pernah saya terbaca di akhbar Daily Telegraph UK di mana projek Putrajaya ini antara 10 projek paling membazir di dunia yang pernah dilakukan. Saya tidak bangga. Malah berasa sedih.

8- Sebagai pelajar seni bina, saya masih beranggapan Putrajaya masih boleh dibangunkan. Ia bukannya perkara yang mustahil. Kita cuma perlu berfikir di luar pengaruh KBSM untuk mencari idea-idea best. Aiyyo- Takkanlah pegawai-pegawai yang berkot dan bertali leher di pejabat air-cond itu tidak boleh memikirkan cara penyelesaiannya?

46 comments:

Prof. Era Pasca said...

tapi kan basuh baju putrajaya ada ape yg tampat len takde....

tau ape die..

putrajaya ada umah BIK MAMA... hahahahah

Cob Nobbler said...

Masa aku kat Ghent,seorang komrad dari Belgium bertanyakan dengan aku tentang Putrajaya.Aku juga berkata perkara yang sama macam nko.

Dia kata "Ghent might not cost billions of euros to built,but we built it with soul".

Betul kata mamat Ghent tu,kita kalau membina sesuatu,tapi tanpa niat dan perasaan,maka ia tidak akan bermakna.

Aku tak nak bandingkan Putrajaya dengan Paris atau London,sebab bak kate member aku apple compare with apple.Tapi,sebagai bekas pelajar perancangan bandar,aku dah tengok berapa banyak bandar yang gagal akibat membina bandar untuk dijadikan ibu negara.

Canberra - Australia,Ankara - Turki,Brasilia - Brazil(yang ni lagi best sebab Oscar Niemeyer - legend architecture,kalau nko tak tau memang sengal la lecturer nko tak ajar mamat ni hahaha!),semuanya menjadi bandar yang lengang bengang sebab ia dibina atas sebab mahu mendirikan pusat pentadbiran kerajaan.

Dalam perkataan yang lebih mudah,sebuah bandar tidak akan berkesan sekiranya aspek niat tidak diterapkan dalam pembinaannya.

Cuba tengok metropolitan seperti London dan Paris - bangunannya semua menggunakan batu bata lagi.Ketinggalan,tidak.Elegan,ya.Kenapa?

Sebab mereka membina bandar dengan niat untuk kemakmuran mereka bersama.

Atau ambil saja contoh bandar Ghent tu.Malam-malam pun suasana tetap meriah lagi.

Anonymous said...

baru aje puji ko dah wat hal balik....
igt xde proses ke wat putrajaya?
ko mane tau proses nya. cakap depan komputer pandai la.

Basuh Baju said...

anonymous: sila pergi blog Dr Mahathir. cari posting pasal Putrajaya bulan ogos 2008. Even Dr M sendiri pertikai ttg Putrajaya sekarang..

tak taulah kan kalau ko pon nak condemn Che Det gak.

nurul izzah said...

betul la..putrajaya sunyi.
yg no 6. x ley blah, ade plak terpikir nak jadi sami sbb x ketemu jodoh..apa da..?

lafemmerouse said...

When I was in Malaysia,Dr Mahathir told us that Putrajaya will be aisle of our greatest achievement towards Vision 2020.

Now,moving to Canada,and looking how much the government spends each year to this monumental scale of building,but nobody lives in "so called" Intelligent City,what a waste.

What happen to Cyberjaya anyway?A waste too?

fahmi said...

mmg putrajaya mlmnya sunyi.. ngeri gak nk jln2 time mlm di sana... biar kawasan umah aku kat jinjang lebih meriah banding mlm sana... xmaula komen demeaning pasal dh bina juta2 bandar tu, jadi silalah rancang aktiviti2 yg bersesuaian utk meriahkan bandar tu.. give a little soul to that town... harap klu kerajaan mulakan, org bawahan mcm kita x kesah nk ikut kalau bnde tu bawa kebaikan kan... masjid lawa, ikut style binaan masjid nabawi di madinah, tp harap ia dapat la diimarahkan bersama...

p/s: aku UM di Kolej 7 - Za'ba Residential College.. silalah datang.. hehe

Basuh Baju said...

Lafemmerouse: even Dr M admits he was guilty of building Putrajaya. (can read from his blog dated on august 2008)..

cyberjaya? yeah, i do believe it is a waste..

MSC? remeber that? Asia's silicon valley. but now we have internet lembap nak mampus..haha

Nurul izzah: gurau2 je pasal sami tu.. :p

nadinezuharra said...

belum ada generasi baru di putrajaya.. semuanya org lama yg sama-sama jd 'pengasas' putrajaya..
oh..mungkin perlu tunggu lagi 20 tahun..?

saranan: banyakkan perumahan, business park,n shopping complex dgn konsep senibina asal..dan juga tingkatkan keberkesanan linkage putrajaya dgn tempat2 lain.. mungkin bandar boleh berkembang..

bokbon said...

yang berkot dan bertali leher tu, mana nak pikir pasal semua tu. mereka kan bodoh-bodoh saja..

kalau ada yang cerdik pun, sebab selalu gosok konek orang atas.

nafastari said...

Saya rasa pembinaan Putrajaya lebih kurang sama seperti kisah kerajaan membina masjid. Mereka tidak pernah kisah jika masjid tidak diimarahkan dihidupkan dengan aktiviti-aktivi yang selayaknya. Asalkan mereka telah membina masjid, dan bolehlah berbangga-bangga bahawa kerajaan telah membina banyak masjid, masjid yang tercantik, terhebat atau terbesar. Tidak kisahlah jika masjid itu benar-benar diperlukan sebegitu atau sebaliknya.

Di Terengganu mereka membina sebuah masjid yang sangat mahal di tempat yang tiada penduduk dan tidak didirikan solat jumaat di masjid itu. Mereka menamakannya sebagai masjid kristal. Kerajaan negeri berbangga bahawa ia merupakan satu tarikan pelancong.

Saya rasa akal dan roh berkait rapat. Jika kita tidak guna akal ia kelihatan seperti kita tiada roh.

echah_syed said...

sunyi ler bagus..aman & tenteram heheh.. :p

Anonymous said...

Tak cukup lagi kapitalist kat malaysia ni. Nak bawa masuk kapitalis israel kfc, mcD, etc.

Tak salah kan lu, pikiran bdk2 mesti klu sowg je pandai, org len bodoh kan?

ZeeN said...

that what we wat we want during plan of gov city..

Melati said...

Tak nah gi waktu weekdays ke? try la baring kat jln wktu weekdays, sure masuk berita. silap2 org buat headline "pelajar tertekan bunuh diri"

JFYI, putrajaya bandar skema. kalo nak tau, wkt Alamanda nak dibina dulu pon authorities bertelagah, kata nanti boleh galakkan remaja datang buat maksiat. Lagi panas psl pembukaan GSC kat Alamanda. Diorang kata nnti GSC tutup lambat, remaja akan buat maksiat kat situ. Sgt bodo. Buat maksiat org tak cari mall. Org cari tasik2 gelap dan sepi kat Putrajaya. hahahaha

Nanti kalo dtg putrajaya, kontek aku. Nanti aku lalu kat depan ko. Aku x gerenti ko berkenan. Aku gerenti ko x prasan aku lalu pon. hahaha

Melati said...

Oh, btw, Putrajaya still under construction. Kalo ko usha secluded area yang masih tak ada orang lalu even in weekdays, ko prasan banyak park best2 nak dibuka.

Shahrul Tanaka said...

putrajaya bosan la..kat putrajaya ada klcc dan jambatan pulau pinang tak? :P

sang kegelapan said...

Tidak ada McD, KFC, Pizza Hut dan kedai mamak untuk saya melepak bersama kawan-kawan.-basuh baju.

bro..bagi akula yang xtaksub ngan mane2 parti politik ni..aku rase statement ko tu salah..putrajaya ade je mcd, kfc tu..ade kat alamanda nu..huhu..kedai2 mamak plak berlambak2 kat presint 9 nu..aku rase ko bile g putrajaya kene bawak peta kot..huhu..putrajaya ni dibina untuk 20tahun lagi akan dtg..mmg aku akui madey ni fikiran dia lain ckit wlaupun dia ni zalim/kuku besi..zaman anak cucu ko nanti bandar pentadbiran kita dh lain..KL dh pesat..sori aku ckp..ko amik je sebina..tp xkn ko xth psl bandar baru utk elakkan kesesakan pembangunan?putrajaya underconstruction bro..sorila gua nyampuk dlm blog lu k..gua juz bg pandangan gua n ape yg gua nampak..

Dari Jalan Kopi said...

Yang paling tak bolih belah bila bandar yg kunun gerek tapi takde awek gerek.

macam makan tak minum ayer. macam ada kereta tapi takde minyak. macam ada pistol takde peluru.

apa cerit!!

HBM Consultant said...

Salam.

Sekadar makluman:

Putrajaya ada Kompleks Perkuburan Wawasan di Presint 20. Perkuburan untuk semua agama ada dalam satu kawasan presint tersebut dan tersusun secara bersebelahan antara satu dengan yang lain.

Putrajaya dibina sebagai pusat pentadbiran dan bandar kediaman, bukan sebagai pusat komersial apatah lagi pusat hiburan. Mungkin itulah sebabnya ia kelihatan membosankan. Namun, tempat makan seperti mamak dan kedai 24 jam turut tersedia untuk kemudahan warga Putrajaya. Biasanya terletak di pusat kejiranan (di tengah kawasan kediaman) presint-presint tertentu.

Mengapa Putrajaya lengang di waktu malam? Kerana pihak polis akan meronda bagi memastikan tiada remaja lepak-lepak tidak ketentuan hala di sekitar Putrajaya (mulai jam 10 mlm setiap hari). Kelonggaran hanya diberi untuk lepak-lepak sehingga jauh malam jika ada acara tertentu seperti pertunjukan bunga api antarabangsa yang bermula selepas jam 10 mlm.

Seseorang yang mencintai kedamaian dan ketenangan pasti akan mudah jatuh cinta pada Putrajaya. HEehee..

Jay Harun said...

aku suke putrajaya pasal arkitektur dia menarik, landscape dia indah.

tapi ia sangat sunyi di hari cuti. dia ade port makan yg best (kt taman botani kot) tp tak byk kedai souvenir yg bukak.

even alamanda pun boring gila walaupun situ ramai orang.

situ kalo wat joging best la kot, takde org nak usha sgt.

hahnin said...

oh..aku mmg suka tgk tiang2 lampu tu..seni nya lain mcm..
apa2 pun, mungkin rakyat2 putrajaya boleh jd proaktif utk meng'happening'kan habitat mereka tu..pns di waktu siang..sunyi di waktu mlm..(efek cengkerik)

abu muaz said...

Sunyi sesuailah untuk altantuya berjalan waktu malam dengan rambutnya mengerbang....heeee heee...haaaa......haaaaa.....

Anonymous said...

Akak ade gak seskali ke putrajaya.. Adakah akak tidak dikira sbg awek yg sedang lalu lalang di ctu?

-yAmEnToS_ said...

sbenanye che det banyak menyesal dengan banyak bnde yang dia dah wat. keep on following dia nye post. nnt tjumpe jugak

Anonymous said...

aku tetap sukekan putrajayaa...

bosan?

bagi gua..

tenang aje..

jgn lah ade restorang saport israel kat situ..

putrajaya..

best..!

A said...

ahh, pegawai-pegawai yang berkot dan bertali leher di pejabat air-cond tu reti makan duit je..

DeeN said...

Aku pon pernah jugak terpikir nak baring2 kat ateh jalan kek putrajaya tuh, memandangkan kelengangan lalulintasnya. Tapi nanti kotor plak baju aku! Huhuk!

Separados said...

Bagi aku biarla putrajaya lengang dan sunyi camtu itu identitinya. Aku tak sokong langsung kalau tempat tu terlebih hidup mcm KL. Aku benci KL rasa2 dah nak masuk 6 bln aku tak masuk KL.

Dulu masa tahun 1986 aku tinggal kat Taman sri Gombak aku seronok sangat kat tempat tu.. tenang, aman tak banyak kereta tak serabut sampai org kata tempat jin bertendang, jenayah pun kurang. Tapi sesudah lebih 18 tahun duduk kat situ aku dah mula menyampah sebab dah mula padat nak kuar pegi kedai pun dah kena jam.. Jadi aku pun mengambil langkah berpindah ke kawasan Sungai Buloh dekat Saujana Utama. Perasannya sama macam mana aku mula2 duduk kat Taman Sri Gombak dulu.. tapi tak tahulah brapa lama keadaan ini akan bertahan.

Kesimpulannya aku suka putrajaya seperti mana yang ada skarang. Nak gi buat IC pun tak serabut kat situ... hehehe..

Anonymous said...

nanti kalau kecoh2, bising2, hevooooxxx kerajaan BN ni akan buat satu lagi putrajaya pasal pekarja2 kerajaan kat putrajaya yang 70% tu pembangkang datang lewat dengan alasan trfik jem...

kalau nak hevoooxxxx2 p kl la bro...

kalau opis you pun orang bisng2 bleh wat keja kaaaa...???

Yang aku nampak lagi jijik bila kat SERAMBI MEKAH pun ADA ORANG DOK BEROMEN... SERAMBI MEKAH?????? WHAT??? KAT SERAMBI MEKAH????

he he he... saja tumpang lalu

NM. Amalina said...

(Paling saya tidak boleh terima ialah di Putrajaya tidak ada awek lalu lalang untuk saya berkenalan!)

ceh!

ade niat sulit. hehe3.

Firol said...

deme bukan tak fikir..'Kenyang' sangat dah

mamai said...

aku suka bandar macam tu boleh wat citer keliwon

Anonymous said...

Salam,

Kita dapat bezakan ulasan bijak yg dibacked dgn data dgn ulasan bodoh.

ulasan bijak,

1. sang kegelapan.
2. marniyati

ulasan bodoh,

1. ada hantu
2. umah bik mama
3. org pki tali leher tahu mkn duit saja.

len2 komen neutral.

aku pun suka senibinanya.

-Chika-

Anonymous said...

Jelas sekali, Che Det pun kecewa dengan Putrajaya yang dilihatnya lesu, tak bermaya dan sunyi.

Jadi, kita cuma boleh berharap kepada pentadbir Putrajaya sekarang untuk menjadikannya lebih bermakna dan bermanfaat, bukannya menjadi satu bandar "hantu" penuh dengan bangunan berseni bina.

Bagaimana ekonomi di sana nak bergerak, jika tempat-tempat menarik sedia ada pun, makanannya mahal-mahal belaka, tak mampu makcik2 dari kampung yang melawat untuk merasa. Contoh paling mudah, Selera Putra berdekatan Masjid Putra.

Akhirnya, jadilah Putrajaya ini satu bandar yang hanya mampu didiami oleh kelompok korporat dan kelompok keparat.

azhar said...

bandar sunyi dan tenang..

lalink7 said...

hahaahh..jap2 nak gelak dulu..
nak komen yang no.6..

awek takde kat ptrajaya sebab tempat tue memalam scary okey..lagipun kat situ bgunan kerajaan..lagi pun mana la ada kedai makan ke..kalau ada, tentu ramai awek kat situ..
jgn isau jodoh anda akan tiba waktunya..hohoho~

lalink7 said...

i love putrajaya...jom nengok pesta flora..hoho

nuyuljana said...

"Agaknya kalau saya membesar di Putrajaya pasti saya akan terfikir untuk menjadi sami kerana tidak jumpa jodoh."

hahahahaha.

ayat ni sumpah lawak.

terbahak2 aku baca.

neway, salam kenal. :)

bokbon said...

kalau nak komen, bagilah nama sendiri. jangan guna anonymous.

sembang gebang, telur takde.

bokbon said...

oh ya, terlupa pulak. kepada anonymous yang melalak pasal serambi mekah tu, kalau lu suka tengok porno, takkan lu tak pernah tengok porno arab mekah?

tak pernah? amatur la lu.

Anonymous said...

bro...

bape lame dah xmasuk putrajaya eh?
hehehe...

takat mcd, kepsi, pizza tu sume pi laa carik kt alamanda sanun..
kedai mamak berlambak kt presint 9 tu ha..kedai makan melayu je yg xde..

rajin-rajinkan diri melawat ke putrajaya ya.. ;)

zedmagel said...

Salam Bro Basuh Baju,

Putrajaya lambang kejayaan bangsa anda. Bermegah lah dengan Putrajaya.
Saya selalu merindukan supaya bandar kecil saya seperti Putrajaya, tidak bingit dan sibuk seperti sekarang.

Alangkah harunya bila sebuah bandar macam Putrajaya dipenuhi hiruk pikuk kebisangan kenderaan , tentu bingit dan membosankan.

DAMAINYA PUTRAJAYA

Basuh Baju said...

semua: haha best2. ini barulah diskusi. yg mana pandangan saya salah, diperbetulkan :p

saya akan respon semua komen utk posting akan datang. terima kasih :)

balqissy said...

i m not a 'seni bina' student or seangkatan dengannya. so, mungkin ilmu cetek sgt.

but, my friend, is a town planner student ckp yang putrajaya di bina mengikut ciri2 keislaman. so, kesunyian itu mungkin juga ada baik dan buruknya. yeah, bandar itu perlukan kebisingan dengan awek, kereta, muzik manusia, n etc, but then mungkin dari segi islamiknya bukan kerna waktu sepertiga mlm adalah leih afdhal utk beribadah.

p/s: eh, ini hanya pendapat dari seorang bukan pelajar jurusan seni bina.

Amermeftah said...

Agaknya macam Pyongyang