Tuesday, July 28, 2009

Kisah Putrajaya (jawapan balas)

Basuh Baju ingin menjawab beberapa komen mengenai artikel Kisah Putrajaya.

ANTARA SUNYI, KESELAMATAN DAN BANDAR HANTU

Echah_syed: sunyi ler bagus..aman & tenteram heheh.. :p

PenagihAyamGoreng: tapi ia sangat sunyi di hari cuti.....

Hahnin: apa2 pun, mungkin rakyat2 putrajaya boleh jd proaktif utk meng'happening'kan habitat mereka tu..

Seperados: aku tak sokong langsung kalau tempat tu terlebih hidup mcm KL.

Firdausrosli: ....bukannya menjadi satu bandar "hantu" penuh dengan bangunan berseni bina.

zedmagel: Alangkah harunya bila sebuah bandar macam Putrajaya dipenuhi hiruk pikuk kebisangan kenderaan , tentu bingit dan membosankan.

Marni: Seseorang yang mencintai kedamaian dan ketenangan pasti akan mudah jatuh cinta pada Putrajaya. HEehee..

sang kegelapan: ko amik je sebina..tp xkn ko xth psl bandar baru utk elakkan kesesakan pembangunan?putrajaya underconstruction bro.

************************************************************************

1- Ramai di antara kita yang memiliki satu pandangan yang salah tentang bandar. Bagi mereka biarlah bandar itu sunyi supaya tenang dan mendamaikan. Untuk itu mereka lebih gemar bandar tidak mempunyai ramai penduduk.

2- Tetapi kita perlu faham 'nature' sebuah bandar itu sendiri. Bandar adalah tempat yang 'hidup'. Tempat yang aktif dengan aktiviti. ekonomi, pentadbiran, etc. Tempat tumpuan orang ramai.

3- Nama pun bandar. Sebab itu ada perbezaan antara kampung, pekan dan bandar. Kalau tempat tu tak ramai orang dan tak berapa besar, kita tak panggil bandar. Kita panggil pekan. Kalau tempat tu jadi tumpuan penduduk dan juga nadi kepada kawasan itu, kita panggil bandar.

4- Setakat yang saya tahu, Putrajaya adalah sebuah bandar. Malah bandar yang sangat besar dan lengkap dengan pelbagai infrastruktur. Adakah logik sebuah bandar yang 'ada semuanya' tetapi sunyi di waktu cuti dan malam? Beritahu saya kat ceruk mana di dunia ini bandar yang moden tetapi sunyi tiada aktiviti? Tak pun, cuba bandingkan Putrajaya dengan Ipoh, Kota Bharu, Shah Alam, Skudai dan Gombak- lihat sendiri bagaimana sebuah bandar gah bernama Putrajaya begitu lengang.

5- Ada orang sukakan sunyi. Tak suka ramai orang. Kata mereka, ini lebih selamat. Tetapi saya hairan. Bukan kalau tak ramai orang ke yang menyebabkan jenayah lebih mudah berlaku? Yelah, bila jalan-jalan pun sunyi siapa berani lalu lalang di situ. Macam-macam perkara boleh terjadi. Lagipun siapa suka sunyi-sunyi bila berjalan di kawasan awam. Sunyi di kawasan perumahan cukuplah. :)

6- Ada yang salah faham bila saya mahukan Putrajaya menjadi bandar yang meriah. Mereka beranggapan Putrajaya akan menjadi sesak dan sibuk seperti KL. Ini tidak benar. Apa yang saya maksudkan ialah Putrajaya telah menjadi bandar yang 'under capacity'. Tidak cukup orang. Yang jadi kat KL tu ialah 'over capacity'. Saya pun tak nak Putrajaya jadi sebegitu.

7- Kalau tak percaya? Sila pergi ke Putrajaya Sentral- tengok berapa kerat yang gunakan bas. Sila ke taman botani- tengok berapa orang yang datang. Tengok kat PICC. Tengok kat Masjid Putra. Semua ini jelas menunjukkan segala infrastruktur Putrajaya tidak digunakan sepenuhnya. Maknanya Putrajaya memerlukan lebih ramai lagi manusia datang untuk memeriahkannya. Bukan untuk penduduknya sahaja.

8- Jadi, masalah Putrajaya sekarang bukannya ia 'under-construction' sebaliknya under-utilisation. Putrajaya ni macam makanan untuk 10 orang, tetapi yang datang makan hanyalah seorang. Bukannya seperti KL- yang ibarat makanan untuk seorang tetapi 10 orang yang datang makan.

9- Basuh baju harap para pelayar faham perbezaan antara bandar yang sunyi dan bandar yang tidak digunakan sepenuhnya.

10- Jika masih tak faham- sila tanya pada diri. Kalau begitu untuk apa bandar ini dibina? Untuk segelintir rakyat hidup dengan tenang dan damai di sebuah bandar yang menelan duit rakyat sebanyak RM10 billion?

**************************************************************************************************

ANTARA KUBUR, MCD, KFC, KEDAI MAMAK DAN AWEK

Ok, yang ni melawak sahaja. :p

19 comments:

qishie said...

nice explanation.

:)

Besi Karat said...

Mantap!

Dari Jalan Kopi said...

kau lupa BB. bandar ertinya besar
pekan ertinya kampung najib.
apa punya tur...

bandar yang baek perlu ada aktiviti muzik, seni, pidato, dialog, ceramah.

bandar yang baek bukan lengang dan sunyi dimana penduduknya hanya menonton cerekarama lakonan poziah ghouse di mlm hari.

Riise said...

jawapan balas yang baik!

aku rasa idea Putrajaya ialah untuk jadi macam Wahington, D.C. tapi dah jadi epic failure pula. RM20 billion untuk satu bandar, amatlah membazir.

HBM Consultant said...

Salam.

Ya, anda sangat benar, Encik Basuh Baju. Sememangnya Putrajaya masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.

Kalau dihitung proses pembinaan Putrajaya itu sendiri yang sudah melangkaui tempoh 10 tahun, seharusnya situasi sedemikian tidak terjadi. Namun, ada beberapa faktor menyebabkan gaya hidup di Putrajaya tidak serancak yang kita jangkakan.

Satu daripadanya adalah kemudahan pengangkutan awam. Hanya ada kemudahan bas (yang boleh dihitung dengan jari pada hujung minggu) dan ERL (yang mahal kadar tambangnya) menghubungkan Putrajaya dengan 'dunia luar'. Lihatlah Western Transport Terminal Putrajaya. Kita boleh mengira jumlah bas dan teksi yang tidak lebih dari jumlah jari tangan + jari kaki. Bandingkan pula dengan KL yang memiliki Star-LRT, KTM Komuter, Putra-LRT dan sebegitu banyak kemudahan bas dan teksi.

Satu lagi yang mungkin merencatkan gaya hidup di Putrajaya adalah aktiviti sosial yang dijalankan di situ. Infrastruktur yang ada tidak dimanfaatkan untuk rakyat kelas sederhana apatah lagi rakyat kelas bawahan. Apa aktiviti yang ada di Putrajaya? Rowing International Invitation? Polo International Competition? Paling boleh disertai oleh rakyat marhaen pun hanyalah boleh dilihat dari jauh seperti pesta bunga api dan pertandingan belon udara panas yang boleh disaksikan dari kejauhan (parkir sahaja kenderaan kita di bahu jalan di pinggir Putrajaya).

Ada. Bukan tidak ada aktiviti untuk rakyat marhaen, tetapi yang ada hanyalah aktiviti untuk penduduk setempat, bukan untuk menarik penduduk sekitar di luar Putrajaya. Contohnya, Kelas Kompang Remaja Putrajaya, Pertandingan Lukisan Cat Air, Pertandingan Fotografi dan beberapa pertandingan lain yang kononnya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia (tetapi tidak pernah dilihat iklannya di tv, radio mahupun akhbar).

Banyak yang boleh diulas, tetapi akan kelihatan seolah-olah saya buat blog ini seperti blog saya sendiri. Hahahaa... Maaf ya, Encik Basuh Baju kerana saya membebel panjang di sini. Sungguhnya, sebagai anak kampung (yang dahulunya sebahagian dari Putrajaya), saya berasa terkilan dengan pembangunan bandar yang terlalu banyak menelan air mata kami. Sangat terasa betapa 'tanah air' kami direnggut demi sebuah kemajuan dan kemodenan.

Anonymous said...

BB, nak tengok awek, dtg pukul 5ptg on weekdays, x larat nak tengok...setuju putrajaya tak ada integrasi kaum tp tak pelik sebab msian civil service didominasi oleh satu kaum je..

hani

sang kegelapan said...

Setakat yang saya tahu, Putrajaya adalah sebuah bandar. Malah bandar yang sangat besar dan lengkap dengan pelbagai infrastruktur. Adakah logik sebuah bandar yang 'ada semuanya' tetapi sunyi di waktu cuti dan malam? - basuh baju

sori gua mnyampuk lagi dlm blog lu bro..bagi gua..manusia ni akan menghidupkan sesuatu bandar kalu bandar tu ade pub, pusat karaoke or lain2 hiburan..sebagai pengetahuan lu, putrajaya ni bkn bandar hiburan..dia lebih pada bandar pentadbiran kerajaan persekutuan malaysia..sape yang nk sgt lawat bandar pentadbiran?xde sangat kan..dari lawat bandar pentadbiran baik kite g layan clubbing sampai subuh kan..huhu..macam yang gua ckpla..putrajaya ni direka untuk 20 tahun akan datang..skang lu tgk mmg sepi tp 20 tahun lg mane tahu si umno jahanam akan membina pusat hiburan kat sini?ha..bile dh jadi pusat hiburan barula berduyun2 orang dari segenap ruang n bucu akan datang putrajaya ni tiap2 malam..Untuk jawapan rekaan binaannye yang canggih sbb kite nk tunjuk pada diplomat asing tentang pusat pentadbiran kite..putrajaya ni hari2 di datangi diplomat asing..aku keje kat putrajaya n aku tahu n aku tgk n aku dh lalui smuanye..apepun..pandangan masing2..bagi aku,sekarang mybe nampak mcm membazir tp dia akn terlalu berguna untuk kita dlm mase anak cucu ko akan dtg..madey ni berpandangan jauh walaupun aku xsuke dia..huhu..apepn,sori nyampuk sepam lagi dlm blog lu..huhu

Separados said...

Setuju dgn sang kegelapan.. Duduk sana dulu.. keje sana dulu baru tau apa yang ada kat putrajaya tuh..

Separados said...

tambahan lagi.. dulu aku pun tak suka juga putrajaya tu bantah jugak sebab membazir baik tolong org miskin tapi bila dah nampak hala tuju nyer aku okay jer laa...

Basuh Baju said...

Marni: sebab itulah sy ckp- adakah Putrajaya utk segelintir rakyat hidup tenang dan damai di sebuah bandar RM10 billion?

kita dah byk berhabis duit dan juga keringat (air mata sekali), jd adakah kita nak sia2kan bandar tersebut?

sbb itu sy mahukan putrajaya meriah (bukan meriah dlm konteks KL) dan digunakan sepenuhnya.. :)

Sang kegelapan:

Memang betul putrajaya dibina utk masa hadapan. aku tak nafikan malah turut beranggapan Dr M memiliki visi ke hadapan.

tapi apa yg aku tuliskan ini lebih kepada reality check. kita tgk bagaimana keadaan putrajaya sekarang.. maksud aku kalau dah sekarang ni pon masih lagi under utilise, apakah mungkin lagi 20 thn akan dtg bandar ini turut under utilise juga? itu shaja..

kemudian aku tak kata pun aku nak putrajaya meriah dan hidup macam bandar KL dgn aktivit2 spt hiburan. Bagi aku cukuplah jika putrajaya ni tak jadi macam bandar hantu. (aku dah berapa kali dtg ke sana pada waktu malam dan ia sgt2 menakutkan).

ko ckp--sape nak lawat sgt pusat pentadbiran?

haa, ini yg masalahnya skrg. kenapa kita perlu jadikan putrajaya sebagai pusat pentadbiran semata2? tak boleh ke kita masukkan pusat komersil dan bisnes di bhgn boulevard itu?

Kalau kita tgk visi asal putrajaya, Dr M mahukan putrajaya hidup dgn aktivit awam dan swasta. tp yg terjadi skrg, pihak berkuasa sana restrict kpd premis kerajaan shj..

kemudian, btl ke bandar hanya akan hidup pada waktu malam jika ada hiburan? pertama hiburan ni ada byk jenis. semua manusia perlukan hiburan kan. kalau hiburan bagus macam teater, muzik jalanan, galeri lukisan, pameran seni, etc disediakan di putrajaya apa slhnya..

tak smestinya taruk pub dan etc.. :)

skrg ni putrajaya bukan nampak je macam membazir, tpp mmg membazir pun. dgn kos penyelenggaraan lg. jd drpd kita membazir utk keadaan 'tiada orang', lebih baik kita membazir utk keadaan 'ada ramai orang'.. :)

hahnin said...

mcm cik marni ckp, program yg dianjurkan x berapa sesuai utk golongan rakyat marhaen, jadi mereka xde rasa 'sense of belonging' yg jitu pd bandar mereka tu..lebih baik tonton cerekarama lakonan poziah ghouse di mlm hari! huhu..

Separados said...

"tak boleh ke kita masukkan pusat komersil dan bisnes di bhgn boulevard itu?" - Basuh Baju

Bukan dah ada ker...

Reality check.. berapa ramai org yang gi ke istana budaya berbanding Pub kat area KLCC?

Tapi rasanya galeri seni dah ada kat putrajaya tu kalau tak silap akula...

"Dr M mahukan putrajaya hidup dgn aktivit awam dan swasta". - Basuh Baju.

Rukun Tetangga kat Area presinct 8 selalu buat aktiviti..

Basuh Baju said...

seperados:

-bukan dah ada ker?-

maaf, boleh tunjukkan kat saya tak bangunan yg dikhaskan utk syarikat2 swasta di area boulevard tu?

setahu sy (ya, sy tak duduk kat putrajaya, so mgkn terlepas pandang) yg ada di sepanjang boulevard itu ialah bangunan kementerian pertanian, kewangan, palace of justice, etc..

rasanya tak ada pusat komersil..

- rukun tetangga precint 8 byk buat aktiviti.

maaf sekali lagi, bila saya kata Dr M mahukan putrajaya hidup dgn aktiviti awam dan swasta bukannya bermaksud aktiviti2 rukun tetangga tu. Maksudnya putrajaya bukan sekadar pusat pentadbiran kerajaan semata2. tetapi turut dibangunkan dengan pembangunan daripada sektor2 swasta. cthnya syarikat2 swasta buat pelaburan di putrajaya. bukak cawangan syarikat di situ. bukak kilang ke, kedai makanan ke, etc..ini yg dinamakan sektor swasta..

tp mgkn aktiviti rukun tetangga precint 8 (yg sy tak tahu tu) dapat menarik org ramai dtg ke putrajaya agar ia tak jadi sunyi sepi lg..

menjawab persoalan:

berapa ramai yg gi istana budaya daripada pub? aku rasa ramai. PGL sold out. konsert siti sold out. konsert Satu M nasir sold out. Bila ada event, kereta mesti penuh kat area IB..

tp kalau nak ckp mana lg ramai, mestila pub sebabnya pub ada berlambak kat klcc. Istana budaya ada satu je. so mcm mana nak dibandingkan?

apa kata aku tanya balik-

skrg ni apa yg kita nak daripada Putrajaya? adakah kita nak biarkan ia sunyi tanpa orang ramai dtg? atau kita nak putrajaya membangun dan menjadi aktif?

kalau kita nak ia sunyi dan damai sbb penduduk putrajaya nak hidup tenang, ia akan merugikan kita juga di akhirnya. sebab bandar yg baik ialah bandar yg dpt generate ekonomi. kalau dah sunyi takde org datang, macam mana aktiviti ekonomi nak berjalan. dahlah aktiviti ekonomi tak berjalan, kos nak selenggara dan maintain tiang2 lampu, letrik, air, etc masih lagi berjalan..tak ke rugi?

notakaki: di New york pon ada kawasan tenang,sunyi dan damai iaitu Hyde Park. Di london juga ada. tp pada masa yg sama bandar2 ini tidak mati.

cahaya malam said...

best2!!!

Separados said...

Kalau itu yang dimaksudkan memang takde kat kawasan tu.. tapi kat setiap presinct ada kawasan kedai utk berniaga mcm kedai makan, kedai buku tu adalah... aku rasa sebab itulah cyberjaya didirikan sebelah putrajaya.. Banyak syarikat swasta kat situ.. Syarikat aku kerja dulu pun ada opis kat situ...

Dari segi keluasan Putrajaya cuma 46 km2 (17.8 sq mi) berbanding KL 243.65 km2 (95.18 sq mi.. Memang sesuailah kalau dijadikan bandar pentadbiran sahaja.. Bagi kawasan lain tempat janakan ekonomi mcm PJ, Shah Alam, KL...

Cyberjaya ada 28.94 km2 tanah cukuplah utk menempatkan kawasan swasta untuk janakan ekonomi dan jaraknya dgn putrajaya tak jauh pun jika ada urusan dengan kerajaan..

Tapi aku akui masih banyak yang boleh diperbaiki di putrajaya. Tapi penempatan syarikat swasta tak perlu pun takpa...

Istana Budaya tiap2 malam buat show/Konsert boleh sold out ker? Klau ada banyak istana budaya pun tak boleh nak lawan dgn tempat mcm pub sbb dah memang sikap manusia...
Contoh yang kau cakap tu mende yang sesekali diadakan..

echah_syed said...

putrajaya dibina utk pembangunan 10 atau 20 tahun akan dtg..so wait n c :)

adehhh..for d future ler bro!

sang kegelapan said...

sori skali lagi gua nyampuk bro basuh baju,

gua mmg sokong lu bro n gua pn sokong gak separados tu..lu cakap bandar yang bagus bandar yang dpt menjana ekonomi..tu mmg btul..tapi gua rasa madey ni ade sumthing yang dia nk pada putrajaya..leh di katakan majoriti org yang keje kat putrajaya seronok g keje hari2 sbb xde jamm..bandar tenang..bygkan kalu kat putrajaya ade berpuluh syarikat swasta?pehh..lemas otak jamm pagi n petang beb..huhu..tp gua x bafikan nnt zaman cucu cicit lu putrajaya akan se sesak kl gak kalu dh ade pusat2 hiburan..hmm..bab malam sunyi tu macam gua cakapla kan..kalu letak pub ke disko ke jamin havoc punye..mmg lu ckp hiburan xsemestinye pub kan..teater bleh, muzik jalanan..tu mmg gua sokong kalu gov buat tmpt teater..psl muzik jalanan tu sape yang nk tgk kalu diorg main pn?bknnye ade org sgt kat putrajaya ni..untuk ramai orang kene ade hiburan yang ber maksiat dulu brader..baru ramai org..kalu setakat teater tu..bermusim jela..umno ni sukekan wat pub..tp nasib baik putrajaya ni majoritinye org melayu n Islam..so sensitiviti kene jaga..nnt nampak mcm galakkan org Islam g pub lak ke?huhu...kekadang kat putrajaya ni ade je event2..contohnye belon udara, waterski..bunga api..semua aku g..tp org ramai gak aku tgk..jem gakla putrajaya ni..tp macam x expose sangatla program ni kat media..1 ogos ni ade pesta flora kat precint 2..lu tahu x?kalu lu pn xth maknenye btul la bende ni x expose sgt kat media kan..apepn..ni juz pandangan gua je..semua btul sbenanye..lu pn btul..separados pn btul gak..tpulang pade masing2 nk tafsir putrajaya ni cane..ok chiow bello..

HBM Consultant said...

Pesta Flora di Presint 2? Terima kasih kerana memberitahu. Saya yang meronda Presint 8, 9, 2, 3 dan terus ke Dataran Gemilang (PICC) setiap hari pun tidak terbaca sebarang maklumat berkaitan pesta flora ini. Hehehee.. Esok saya akan periksa semula semua kain rentang dan kain pemidang di sepanjang jalan di Putrajaya.

Promosi aktiviti di Putajaya memang sangat kurang disiarkan di media. Tidak tahu pula mengapa. Di Putrajaya sendiri, hampir 90% kain pemidang dan kain rentang yang dipasang mengiklankan aktiviti yang dijalankan di KL, bukan di Putrajaya. Kelihatan seolah-olah penduduk Putrajaya dipancing ke luar, bukan memancing orang luar ke Putrajaya! Justeru, tidak hairanlah jika hujung minggu adalah waktu yang lengang di pusat pentadbiran tersebut.

Anonymous said...

Hai.. Try la pegi overseas skali... tgk night life derang... BB, bus, erl semua kosong sebab orang keje... penah try lepak putrajaya waktu orang pegi ngan balik keje??? Ntahla, kadang2 orang yang tak pernah bayar cukai sibuk bercakap pasal duit rakyat......