Monday, June 15, 2009

Wajib, gagal dan sijil


Kenapa manusia ke sekolah? Persoalan ini saya timbulkan bagi menjawab segala kekalutan yang timbul sekarang. Ketepikah isu bahasa dan subjek wajib seketika. Mari kita pergi kepada persoalan asas: Kenapa manusia ke sekolah?

Sekali pandang soalan ini cukup lekeh, tidak bermakna dan tidak penting. Namun tanpa kita sedari kegagalan daripada memahami persoalan ini menyebabkan kita gagal memahami apa yang berlaku mengenai sistem pendidikan kita.

Kenapa manusia ke sekolah? Jawapannya adalah untuk belajar menguasai ilmu. Mungkin ada yang berkata kita ke sekolah kerana kerajaan mewajibkan kita pergi. Mungkin juga ada yang menjawanb kita ke sekolah untuk mengenal kehidupan. Semua ini betul tetapi di akhirnya kita perlu akui sekolah dibina untuk memberi ilmu. Dan kita ke sekolah untuk menimba ilmu dan belajar.

2-3 hari ini begitu kecoh di negara kita mengenai Bahasa Inggeris ingin dijadikan subjek wajib lulus SPM. Siapa yang tidak lulus maka tidak layak mendapat sijil SPM. Siapa yang tidak mendapat sijil SPM, maka tidak dapat memohon pekerjaan. Dianggarkan lebih 130 ribu pelajar akan tidak bersijil sekiranya langkah ini dilaksanakan. Sekali pandang langkah ini begitu merugikan pelajar di sekolah.

Noktah sebentar. Adakah kita ke sekolah kerana sijil? Apa kejadahnya sijil ini?

Sijil hanya alat yang memperakui tahap penguasaan kita terhadap sesuatu ilmu. Tidak lebih daripada itu. Apa yang penting ialah ilmu yang kita pelajari yang dicatatkan di sijil. Kita boleh hilang sijil tetapi kita tidak akan boleh hilang ilmu yang diperoleh. Kita tetap seorang bodoh jika kita gagal menguasai sesuatu ilmu itu. Mempunyai sijil atau tidak- ia bukan perkara yang penting. Yang harus ditekankan ialah menguasai ilmu itu ataupun tidak. Adalah lebih baik tidak bersijil tetapi berilmu daripada bersijil tetapi tidak berilmu.

Lihat sahajalah bagaimana sijil SPM diberikan. Kita boleh gagal semua subjek tetapi masih diberikan sijil asalkan subjek BM lulus. Adakah ini bermakna pelajar itu sudah berjaya menguasai ilmu yang diajar di sekolah? Untuk subjek BM, ya. Tetapi untuk subjek lain yang gagal? Adakah pelajar ini sudah dikira mencapai tujuannya untuk ke sekolah? Adakah tujuan ke sekolah untuk mempelajari ilmu tercapai?

Kita perlu kembali kepada tujuan kenapa manusia ke sekolah. Kita perlu berlaku jujur terhadap diri kita. Kita mesti jelas manusia ke sekolah adalah untuk belajar. Membenarkan pelajar kita mendapat sijil walaupun gagal BI, Matematik, Sains, etc adalah langkah yang tidak jujur. Ini merupakan langkah yang berlawanan dengan tujuan utama kita menghantar pelajar ke sekolah. Malah bertentangan dengan objektif penubuhan sekolah sebagai institusi penyebaran ilmu.

Ingatlah: 130 ribu pelajar yang bakal tidak bersijil memang merupakan jumlah yang besar. Tetapi jumlah ini menjadi besar HANYA JIKA kita tidak berbuat apa-apa. HANYA JIKA kita berpeluk tubuh dan sekadar berdoa. Untuk saya, menjadikan subjek BI sebagai wajib lulus adalah langkah yang tepat. Malah saya mengalu-alukan subjek-subjek lain juga diwajibkan lulus untuk sijil SPM. Ini langkah ke hadapan.

Sudah tiba masanya kita melahirkan pelajar yang menguasai ilmu dan bersijil. Bukan pelajar yang bersijil tetapi gagal dalam menguasai ilmu.

Kenapa manusia ke sekolah? Untuk sijil? Untuk gagal? Atau.....untuk belajar menguasai ilmu?

34 comments:

syafiqa salim said...

Kenapa kita pg sekolah????

soalan basic ni tapi kenape aku pon kene pikir lame2 sbelom jawab.
dan setelah berpikir..

aku rase..
mungkin aku pg sekolah sebab dah memang wajib.hahaha. cube bayangkan, kalo kerajaan x wajibkan skolah..

tp aku mmg stuju pass BI baru bole dpt sijil. Patutnya lulus semua pelajaran baru bole dapat sijil. Orang2 zaman sekarang...gertak baru nak gerak!!

fahmi said...

salam

knape kita pergi sekolah??

bagus la persoalan ni.. mmbuat kita fikir lagi dalam..
klu dlu wktu kecik2 nk jmpe kawan2.. pasal boring duk umah..

tp bile difikir dlm2..
untuk kuasai ilmu.. x kirelah ilmu dr kelas mcm subjek2 kite belajar, ilmu bersosial iaitu bergaul dgn rakan2, guru, dan dlm persatuan ko-ko(ni basic utk kita bile berpersatuan di luar).

pasal sijil spm tu, patut dibuat mcm zaman dulu la.. zaman masa ujian Penilaian(b4 upsr) & SRP(b4 PMR) bila selagi x lulus, selagi tu x naik darjah.. baru dpt hasilkan pelajar2 yg betul2 layak belajar pd level yg lebih sesuai dgn tahap penguasaan ilmu.. tp skang ni, fail Upsr, Pmr pun leh naik darjah je.. x kesah la result mcm mana pun.. tu pasal bile SPM, haru biru.. kualiti kurang, harap kuantiti saja banyak... aku setuju dgn pernyataan ini..

Sudah tiba masanya kita melahirkan pelajar yang menguasai ilmu dan bersijil. Bukan pelajar yang bersijil tetapi gagal dalam menguasai ilmu.

syabas atas post yg ini bro.. sokong 100%

Aku said...

sebab tu aku tak mo sambung belajar tinggi2 bila aku tau ada peluang belajar tanpa sekolah atau universiti... kekekke

Anonymous said...

how about the failure student?..
what about their fate?..
rmai mmbe, adik, anak kita yang x sedar lg..

Fa-T said...

sijil2 taersebut hanya untuk GAJI!!!

ahahah tergelak aku... exam oriented country!!!

DilOt said...

kite ke sekolah untuk dapatkan ilmu...kuasai ilmu...

tp syg..rmi lg adik dan remaja skang yg masih x sedar...merempit, bohsia, kaki curi..

Ikanbilis said...

130k?

daripada 450k student yg ambil SPm..banyak tu..





~Yang bijak semakin bijak..yang bodoh semakin bodo..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Aku pegi sekolah sebab bosan duduk rumah.Xsangka la terpandai plak kan...hahaha.

kuSut said...

ahaha...
mcm2 respon...
ke sekolah untuk belajar yg akhirnya hasil yang dipelajari diperakukan atas sijil. itulah tujuan sebenar sekolah dibangunkan, untuk mereka yang ingin belajar, yang punya cita-cita, yang sanggup lulus dengan sedikit pengorbanan.

truskan dasar ini, xda alasan menolak dasar yg munasabah ini lagi...

p/s: sikit hari lagi, aku akan kembali ke sekolah...yeahhh!!!

syafiqa salim said...

en KuSut masih budak sekola kah??

Kpd adik2 yg masih di bangku sekolah..huhu
Berkorban la sikit demi mase depan. Jangan jadi student yang manja dan malas. Ye la, dh diorg tau, result mcm manepon konfirm dpt sijil..
lagila bertambah malas diorg sume!!!

Basuh Baju said...

Noor syafiqa: kalau tak wajibkan, agak2 pergi tak ke sekolah? mesti pergi jgk kan sebab nak ilmu.. :)

fahmi: cdgn kena lulus setiap exam tu ekceli lagi bagus. barulah kita akan dapat kualiti pelajar yg kita inginkan.. tq

sojar: langkah yg bagus :)

Ikhtilaf: mmg ramai. 1 drpd 4 org. tp adakah kita mahu mereka2 ini terus menjadi tidak pandai? :)

Fa-t: yup. sijil utk mintak kerja. kerja utk gaji. jadi apa guna ke sekolah begitu? haha

Dilot: biasalah tu. bila dah berkumpul mesti ada masalah..

ikanbilis: sekarang ni pun 60 ribu yg gagal. maknanya kalau dibuat langkah ni, jadi double..

tak dinafikan jumlah ni ramai. malah 1 drpd 4 org akan tak dapat sijil.. tp tak bolleh ke mereka yg gagal ni kita bagi mereka resit exam balik ke. hantar kelals khas sekejap ke.?

lalink7 said...

saye pegi ke skolah sebab dapat beskal baru, dapat kawan2 dan dapat main2..hehehe

(blur hakunye hotak)

D'Rimba said...

Tujuan utama sebenarnya untuk dididik juga di sekolah di sampnig dapat ilmu yang boleh dimanfaatkan.

Rajuna said...

ya
sijil sijil jugak
belajar nak kena ada modal
modal kena mau pusing
mau pusing modal kena ada kerja

ada sijil tak ada kerja
ha, sapa nak jawab?

mamai said...

aku pie sekolah pasal mak dan ayah aku paksa aku pie sekolah...
dia cakap kalau aku tak ie sekolah aku tak boleh jadi orang yang berguna...betul ker..
ya betul sebab kat sekolah aku belajar macam-macam....tapi berguna kah aku....hmmmm

ada juga kawan aku pie sekolah tapi dia tak sampai sekolah...hari ini dia masih lagi jadi orang yang berguna...dia jadi doktor sekarang tapi dia tak ada tauliah...

apasal aku pie sekolah...
apasal aku pie sekolah...
pasal sekolah bestttttt......

ayampinko said...

kalau aku tak pegi sekolah aku kene libas ngan mak aku..jadi aku pegila..
pas tu jumpa kengkawan nak balik umah pun dah malas...

syafiqa salim said...

Kalo x wajib pon aku pg sekolah..
Aku budak baik.hahaha
Daripada melepak dok umah, baik pg skolah...bole tambah ilmu.huhuhu (betol ke???)

abuyusof said...

..i passed my english in spm but only just.. i scored 4 flat for english in itm.. so what.. a new staff at my office a uum grad print down my writing 'margin' into 'marjin'.. and 'request' into 'reguest' and i noticed that she has a c3 for spm.. if itm could tranform my enlish from poor to good why can't the MOE..

Unknown said...

aku stuju subjek english jd subjek wajib dan aku tertarik dgn idea kamu menjadikan semua subjek sbg wajib lulus unt dpt cert...

tp bila aku fikir2 mungkin kerajaan ada sbb tak wajibkan semua subjek lulus unt mendapat cert...

bayangkan, semua pelajar SPM lulus, mereka akan berebut2 ke university, mmg bgus, tp kalau yg tak lulus dan tak dapat sijil? mereka akan susah mencari pekerjaan...

mungkin sbb itulah pelajar hny diwajibkan lulus BM dan terbaru BI, supaya ramai pelajar mendapat cert, dan boleh mendapatkn peluang pekerjaan yg lebih baik...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

kesekolah byk aweks.....hahahaha..

Basuh Baju said...

walaupun semua telah memberi macam2 sebab kenapa mereka ke sekolah, tapi di akhirnya kita ke sekolah untuk belajar..

sambil belajar, sambil ponteng.

sambil belajar, sambil ngorat awek.

sambil belajar, sambil kena rotan..

hahaha

apapun persoalan yg saya timbulkan, adakah kita mahu melahirkan pelajar2 yg ada sijil tapi tanpa ilmu?

kita boleh menerima 130 ribu pelajar tanpa sijil kerana kita sentiasa boleh memperbaiki dan membantu mereka..

tetapi kita tidak boleh menerima 130 ribu pelajar yg ada sijil tapi tiada ilmu...

[ Have you met zuLL? ] said...

nak berjaya dan menjadi manusia

nienakariena said...

sekolah sekolah sekolah..
kalau tak sekolah leh pandai tak?
Aku sekolah sebab nak pandai hik3..

B E L L O said...

ilmu dan manusia mmg tak boleh dipisahkan.

so, jom ke sekolah.

:))

Amran Syah said...

pi sek utk ngorat awek.......
pi u utk mgabeh lan duit PTPTN

Penanggah said...

gua kalau tak pegi skolah dulu.. tak tau la jadi aper skarang ni.. mau jadi mat rempit kut.. suratkhabar pun mau tengok gambar jer.. walaupun gua skolah tak tinggi.. ado la duo tingkat.. tapi ok la... dapat gak la kojo gali parit ni haa..

StingRay said...

kerana ia adalah sistem. =)

abdultalib said...

Kita kena berubah supaya tidak ketinggalan.

jo said...

dari dulu sampai sekarang perangai tak berubah...
dulu...mls pergi sekolah
sekarang...mls pergi kerja

Basuh Baju said...

ya betul:

ilmu dan manusia tidak dapat dipisahkan. nak tak nak kena cari ilmu. nak dapat ilmu salah satunya ke sekolah..

yg ptg bukan nak dapat sijil..haha

Bobo Brazil said...

dh mentaliti manusia. pergi sekolah, belajar, hafal untuk exam, dapat A sme subjek, dapat sijil.

S.YanaZ said...

Bg gua, isu sijil dan tanpa sijil sgt klise.
Kalau belajar, bagus, usaha lebey pasti dpt sijil. No doubt.
Belasah jer sijil or tanpa sijil yg penting; ATTITUDE, beb.

Ilmu itu ilmu. Ada ilmu yg dpt sijil dan ada ilmu yg diperoleh/ada tapi tak dpt dibuktikan dgn sijil.
Tau tak ada ilmu yg boleh kita dpt melalui DIAM...?

:=]

addyaholix said...

dulu aku ke sekolah sebab mak yang suruh.

bagus tulisan ko. keep it up!

Adlan said...

mesti la sebab sijil..

haha

kalo ade sijil banyak, baru konfiden pegi interview keje..

sijil banyak bukan bermaksud kuantiti. tapi sijil tu jugak menunjukkan kualiti seseorang itu.

alamak. aku off topik plak. ni aku citer psl sijil2 koku lak..