Tuesday, June 23, 2009

Bayar untuk keselamatan? (updated)

(Aku tersilap. Yang aku maksudkan bukan penswastaan tetapi ganjaran. Ada perbezaan antara keduanya. Maaf)

Kadar jenayah makin meningkat. Rogol, bunuh orang, pecah rumah dan ragut makin hari makin banyak. Polis buat kerja ke tak ni?

Polis kata 'tak cukup orang'. Tapi..........

Tangkap orang berhimpun menentang ISA- laju je. Tapi buat report pecah rumah- hampeh.
Tangkap orang jual CD cetak rompak- cepat je. Tapi masalah ah long- tak setel-setel.

Cukup orang ke tak ni?

Tiba-tiba ada idea best datang masa sibuk ulangkaji pelajaran.

Polis ni manusia jugak kan? Manusia ni suka kat duit kan? Duit ni mampu membuatkan orang lagi semangat kan?

Macam mana kalau polis dibayar bagi setiap penjenayah yang dicekup? Mesti ramai polis yang berlumba-lumba nak cari orang jahat kan? Siapa tangkap pencuri, dibayar RM200 ke. Siapa tangkap perogol, dibayar RM311 ke. Amacam?...

Ps: idea di luar kotak. Mungkin betul mungkin salah. Apa kata anda?

34 comments:

Paan Ovrtd said...

Bernas. Pilihanraya seterusnya pastikan awak salah seorang calon kawasan. Saya akan pindah ke sana.

Anonymous said...

sayew setuju...
huhuhuhuhu....

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Sye tidak setuju sama sekali kerana sye orang jahat.Hahaha...

zahirlunatik said...

peh!!
aku pon nk jd polis cm 2

Anonymous said...

gua takot maken ramai orang x slh kene tangkap..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

kena usul kat hamid albar nih...setel kes dpt komisyen....

Fa-T said...

buat paper work... for sure ko bleh dapat direct award!!

Abang said...

Gua takut nanti polis kautim sama penjenayah, buat bisnes.. ini serupa cerita macam pencipta virus PC dengan syarikat antivirus lor...

Tuk Ketuo said...

Setiap penswataan tu mungkin ada macam macam rahsio disebaliknyo bro kalau setakat nak tingkatkan kaualiti kerajaan lebih pado mampu buat yang terbaik.

ab said...

good idea..ketua polis negara perlu ambil kira cadangan anda.

hai said...

Bila namanya swasta,bermacam2 caj dikenakan...kalau tak diorang nak cari duit mana nak bayar gaji staff,premis dan kos operasi mereka...sanggup ke rakyat malaysia dibebani lagi dengan kos penswastaan tu...tidak semestinya swasta itu lebih baik,cthnya dalam pengurusan sampah..hampeh!
Bebudak skrg ramai yang tak berminat nak jadi polis kot,tu yang tak cukup staff!!

hai said...
This comment has been removed by the author.
HBM Consultant said...

Salam.
Idea yang bagus dan menarik.

Tetapi bunyinya juga ada 'iras-iras' kempen "Dapatkan RM0.50 untuk seekor tikus yang anda tangkap". Inilah kempen yang sedang hangat dijalankan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Hahahaaa...

Lepas ni, bolehlah majikan PATI berkerjasama dengan pihak polis secara lebih berkesan. Tiba saja musim bayar gaji pekerja, hubungi polis supaya dapat tangkap PATI. Majikan tidak perlu bayar gaji, bahkan silap haribulan boleh dapat imbuhan daripada polis yang mendapat ganjaran.

cerpelai said...

Salam singgah..
Bagus cadangan ko nih.. Cumanya bagi pendapat gua yang tak berapa nak bijak ni, penswastaan pihak kelas terkecuali macam polis dikhuatiri boleh menyebabkan gangguan mental pada pihak awam yang menerima tempias..

Macam yang saudari ' hai ' cakap diatas, segala macam caj mungkin akan dipertimbangkan demi menuntut kos.. Dan bukan semestinya perkhidmatannya akan dikira lebih baik.. Lagi satu takut diorang akan berkhidmat untuk wang dan bukannya atas motif yang dipalu-reka pada setiap lencana yang dipakai..

Apa-apahal pun, cadangan ko memang bernas dan tak mustahil pihak atasan juga pernah berfikir macam tu.. Cumanya mungkin kerana sudah memikirkan pro dan kontra, mereka masih belum bersuara untuk mencadangkannya..

Gua suka blog ko nih.. Gua cilok alamat nak letak kat blog gua buleh?..

Salam..

lalink7 said...

polis tak cukup..
esok gak aku apply jd polis..
huhuhu..

abu muaz said...

Polis diswastakan. Gila ....bukan saja gila bahkan gila babi. (selsema babi dan sawan babi). Nepal jadi pengawal keselamatan kau dah takut... nikan polis diswastakan.

Dialog:
orang awam: Hello! encikni balai polis ke?

Polis: Ya ,... boleh saya bantu.

orang awam : encik rumah saya telah dimasuki pencuri. Banyak barang yg hilang..

Polis: Jadi.. encik nak apa?

orang awam: tolonglah datang tengok ambil report kejadian ni.

Polis : Oh..tempat kejadian dimana/

org awam: dari balai 5 km.

Polis: Ooooo... bayaranya RM500....kerana kereta ronda rm120.
Angota 2 org rm100. Insuran rm80. Dua ratus lagi utk ........../////

org awam: ok... macam mana nak buat pembayaran tu... (bla...bla.... bla....

fahmi said...

idea menarik dr segi teori, tp praktikalnya.. sukar utk capai keberkesanannya... kemungkinan mcm bro abu muaz tu ade utk berlaku.

tp still, penswastaan bukan bermakna langkah terbaik. biasanya, dasar memiliknegara @ kerajaan tanggung jauh lebih baik dr penswastaan. penswastaan ni cari untung je lebih bro, tp kerja bukan semua tiptop pun. kdg2 lagi truk dr agensi kerajaan.

mamai said...

berapa pulak charge yang akan di kenakan aku taku ramai yang tak mampu membayar or penjenayah yang kena cekup bayar 2x ganda

Anonymous said...

cakap senang la

Unknown said...

KALU CAM TU MESTI ADA POLIS YANG SANGGUP TULIS SKRIP MENYALAHKAN ORANG YANG BENAR... SEBAB LA NI PUN DAH DOK NAMPAK...

syafiqa salim said...

haha, aku apply jadik polis la mcm ni..

penswastaan polis bukan bende mudah
banyak hal yang kita perlu ambil kira
Mungkin nanti polis makin demand bila perkhidmatan mereka sudah diswastakan...

endiem said...

Bagus idea tu.. tapi macam mana nak dapat reward jika kes tu bawak mahkamah .. kalah pulak?

DilOt said...

haha,,,ok aku setuju..

patungcendana said...

tapi nanti mungkin makin ramai yang corrupted....no compromise...:-)

Mrs Nurul said...

aku tgk polis ni buat kerja, tapi lembab tu je..tapi kene paham gak bukan senang nak setelkan case..

tapi betullah kalau kasik ganjaran aku pon nak hahaha

Basuh Baju said...

Semua: seperti yang dijangkakan- idea ni memang lompong sangat. aku setuju dengan kebanyakan komen anda..

satu soalan:

Kalau kita naikkan gaji polis-polis ni, boleh kurang tak kes jenayah?

Shahrul Tanaka said...

nak gaji mahal tapi dulu belajar malas..tu la sebb jadi polis!

fahmi said...

naikkan gaji? tu mungkin leh jadi perangsang buat dorang utk lebih berkerja keras, tp kan, kes jenayah utk dikurangkan perlukan kerjasama semua pihak, bukan polis saja... kerajaan pun kena buat kerja, kuatkuasakan undang2, rakyat pun kena la semangat utk sama2 ikut serta tegakkan undang2, bukan mcm sesetengah kita yg nmpk kes ragut dpn mata, tp buat dono je.. tgok je.. pastu blah...

p/s: BB, gua dpt TESL, UM. igtkan ko dh tau bro.. sory x ckp

Basuh Baju said...

DIK AN: calon AJK masjid pun aku tak pernah cuba..haha

Razi: kau jahat ke? jahat apa? haha

zahirlunatik: jadi ustaz lagi bagus..

ikhtilaf: betul jgk. tapi sekarang ni pun org tak salah pon kena tgkp. org salah pun bebas je..hmm..

akupentoi: nape syed albar? Hishamuddin la..haha

Fa-T: paper work? tak nak. kena tebang pokok..suruh IGP baca blog gua..haha

Abang terer: betul jgk kan. Buat kawtim. tapi nak ke org jahat tu kena hukum semata2 duit?

Tuk ketuo: macam mana ye nak tingkatkan perkhidmatan?

ab: mungkin ketua polis sudah sediakan tempat untuk gua di bukit aman..haha

hai: sebenarnya bukannya swastakan keseluruhan polis. tp bagi ganjaran kat polis. siapa tgkp penjenayah dia dapat duit ke imbuhan ke..

kalau xcukup- kenapa cepat je bila nak tgkp org2 berhimpun? hmm

Basuh Baju said...

Marni: itu majikan yg kejam tu.. demi duit mengenepikan nilai kemanusiaan..haha PATI bukan tikus..

Cerpelai: silalah cilok blog gua.haha
yg aku cakap- kita bukan swastakan polis keseluruhan..tp bagi ganjaran.. :)

Lalink: konfem ke lu nak jadi polis? haha ke berlakon drama polis?

abu muaz: betul jgk kan..nnti polis ni nak buat kerja bila ada duit je..tp bukan ke skrg cmtu? hmm..

fahmi: bila duit dah dijadikan matlamat- itu yg jadi camtu..kan?

mamai: camtu kena ada la kelas bayaran pulak..hhaha

bdk kampung: tulis skrip? tak payah swastakan pun dah ada..nak wat cmne ni?

si lampu neon: lu polis ke?

Amermeftah said...

Kahkahkah idea luar kotak...

Polis memang. Kerja ISAkan orang memang cekap. Tangkap orang jual CD cetak rompak pun tak lepas beb. Ada main dalam. Repot kes pecah rumah? Yang dia jawab nanti, kalau anak beranak selamat tak apalah. Nak tunggu bos dia sedara kita barulah kalu-kalut nak dtg amik gambar, ukur itu ini sana sini.

Ya naik gaji. Itu yang dah lama disyor dan dituntut di Parlemen. Juga naik gaji cikgu, doktor, sekian dan sekian. Tapi nak ke dia orang? Nanti kering poket sendiri. Nanti tak boleh perkuda pulis lagi.

Tapi polis ni cerita panjang. Cuba cari dokumentari BBC pasal triad di Malaysia.

lalink7 said...

okey jgk la naikkan gaji polis2 neh..
sian jgk ngan dorang....

=(

hairan said...

satu idea yang amat menarik dan patut pak menteri pertimbangkan....

daripada dia org makan rasuah kan lebih baik makan duit halal atas hasil usaha kerja keras dia org tangkap setan2 tuh semua

asal jgn tangkap pak menteri sudah laaa kan

Abang said...

Sebelum ni gua ingat lu ckp pasal penswastaaan.. sbb kalo swasta, x perlu smpai org jahat tu dihukum btul2... cukup sekadar polis gembar-gemburkan penjenayah makin meningkat, dan naikkan caj/upah perkhidmatan hehe... create a fear factor among citizen..

Polis skrg pun mmg dah ada elaun tmbhn... Kalo special ganjaran bagi setiap penjahat ditangkap, itu kurg sesuai kut.. nnt sesama polis sendiri berebut2 tgkap penjahat, sampai ada yg tikam belakang huhu...