KUALA LUMPUR 22 Jun - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisytiharkan perang ke atas ah long hari ini.
Beliau menegaskan, fenomena ah long tidak boleh diterima sama sekali apalagi dibiarkan menular kerana ia adalah jauh daripada nilai ketimuran.
''Saya beri amaran sekeras-kerasnya kepada ah long. Saya nyatakan dengan tegas di sini bahawa saya mengisytiharkan perang terhadap ah long.
********************************************************************************************
1- Perang datang lagi. Kali ini perang terhadap Ah Long. Sebulan yang lepas perang juga telah berlaku. Ketika itu perang terhadap Mat Rempit. Entah apa yang jadi kepada perang itu tidak pula diketahui. Mat rempit masih steady. Mat peragut masih banyak.
2- Nampaknya cara terbaik bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku di negara kita sekarang ialah dengan berperang. Pak-pak menteri akan turun padang, jalan 20-30 minit dan buat sidang akhbar.
3- Dalam sidang akhbar, menteri akan cakap berdegar-degar dan mengutuk 'sekeras-kerasnya'. Entah apa yang keras, tidaklah saya nampak. Siapa tahu? atau nampak?
4- Esoknya, media akan menyiarkan berita amaran 'keras' dan perang ini di muka-muka depan. Perkara ini akan terus dimainkan sehingga 2-3 hari. Adakah ini untuk menunjukkan pak menteri buat kerja? Saya tidak tahu. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa.
5- Mungkin ini kaedah terbaru bagi mendapatkan sokongan. Sekolah-sekolah politik di dunia sila ambil perhatian. Perkara ini boleh dijadikan sebagai modul baru. Tidak perlu pening untuk mengajar modul ini dalam bahasa apa kerana ia tidak tertakluk di bawah PPSMI.
6- Lepas perang, apa jadi? Selalunya perang akan membawa kepada lebih banyak kerosakan. Amat jarang perang dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Malah perang menambahkan lagi masalah yang ada.
7- Kita perlu sedar perang merupakan rundingan yang gagal. Perang merupakan langkah terakhir yang diambil selepas langkah-langkah sebelumnya gagal dan menemui jalan buntu.
8- Adakah kerajaan telah mengkaji mengapa orang ramai meminjam daripada ah long? Adakah kerajaan sedar punca utamanya adalah kerana keengganan pihak bank dalam memberi pinjaman? Adakah kerajaan telah cukup berusaha dalam memaksa bank melonggarkan syarat pinjaman?
9- Mengapa masih ramai yang meminjam daripada Ah Long? Apa yang Ah Long 'ada' yang tiada pada bank-bank? Adakah Pak menteri tidak ingin menyiasat?
10- Atau mungkin berperang adalah budaya kita- budaya yang penuh dengan nilai ketimuran. Siapa tau........
28 comments:
apa itu nilai ketimuran?
Dasar Pandang Ke Timur?
Asia Untuk Asia?
apa-apa istilah yang memecahbelahkan manusia di bumi ni,aku panggil itu istilah fasis.
Satu bangsa manusia.Barat dan Timur.Utara dan Selatan.Satu bangsa.Satu Planet Bumi.
Dan aku nak comment sikit tentang ah long.
Dalam dunia ni segala benda berlaku kerana ada punca,dan akhirnya berlaku akibat,dan selepas akibat akan berlakunya kesan.
Punca ah long berleluasa adalah kerana desakan fahaman materialisme yang sangat kuat dalam pegangan kapitalisme.Dalam kapitalisme,pasaran perlu bebas,semua orang boleh berniaga apa yang dia suka.Cuba nko tengok taik pun orang dah jual beli.
Akibat semua orang nak berniaga,akhirnya teringat aku filem aku tengok malam tadi "Shortcut to Happiness" dia kata "While someone is successful,others must failed".Tak mungkin,dalam sifat individualistik kapitalisme ini akan memastikan semua orang berjaya.
Jadi akibatnya yang gagal akan cuba sedaya upaya untuk tidak gagal.Dan ada jalan-jalan dan lubang-lubang untuk menyelamatkan diri.Peluang dan lubang inilah yang digunakan ah long untuk berbusiness.
Akibatnya,manusia hidup dalam hutang piutang dan hidup dalam kerunsingan.Ah long pinjam wang dan kita pertaruhkan nyawa.
Satu soalan:Berapakah harga nyawa kita dan keluarga kita jika dibandingkan dengan nilai sekeping kertas yang dipanggil wang?
Jadi toksah la nak isytihar perang ke apa sebab Richard Nixon ketua kampung Amerika dulu pun dok kata nak isytihar perang dengan kemiskinan.
Orang yang gajinya bawah US$1(RM3.20) sehari ada 2 billion orang.1 billion orang hidup kelaparan.
Mana ada keadilan dalam kapitalisme.
perang n perang....
kot kne serang kang bru la tercengang...
menteri oH menteri...
jauh dari ketimuran????? biar btul..
bkn ke along ni asal dari TIMUR????? negara barat mna ada sistem along..????
ish2.....intelek apa pnya menteri ni
bank adalah institusi yg besar.
ada polisi masing2 demi mjga kestabilan.
bkn suke2 nk bg pnjm duet.
or bkn suke2 tanak luluskn loan.
klu dierng pnjm kt ah long..,
knpe pak menteri harus dperslhkn sedangkn itu adlh polisi bank tersebut?..
btul x?
baik perang menentang kejahilan agama.. tingkatkan iman dan amal.. dengan iman orang akan menolak riba lebih2 yang nyata seperti ah long ni..
hidup ini satu hutang....
ah long yang diburu along yang merana
Kenapa najib dengan cerdiknya mengaitkan budaya ah long dengan nilai ketimuran? Sejak bila pulak ada arah hala tuju dalam sesuatu budaya? Perdana Menteri negara mana dia ni???
puncanya kebendaan dan sistem kapitalisme serta wang fiat
dah begitu sejak berkurun lamanya..
1.Budak ponteng sekolah....Perangggg
2.Budak hisap dadah........peranggggg
3.Harga barang naik........peranggggg
4.Pasukan bola negara kalah..peranggg
5.Stadium runtuh............perangggg
6.makmal runtuh.............perangggg
7.Budak nak ambil spm byk subjek.......................peranggg
8.Bahasa Inggeris wajib lulus spm..........................peranggg
Berapa banyak perang daaaaaaaaaaaa......................
alah..menteri-menteri tu, berapa kerat je yang boleh dikira cerdik.
yang ni terang-terang tak cerdik, biasa la tu..
mungkin
terjadi apabila manusia bertuhankan kertas yang bermaruah.
perang.. perang.. perang... suruh lawan Israel Zionis takut, tak nak lak perang
dulu suh perangi samseng jalanan...
ni along pulak...
cakap degar2.. pastu xde apa pun.. kasi seminggu dua je.. pastu tuka isu lain lagi.. perangi bnde lain pulak..
dorang kat atas bukan tau apa org bawah... duit cukup2 makan pakai.. tu blum lagi citer hal hidup, skolah, mcm2 lagi..
bukan x tau yg leh selesaikan masalah ni dgn cara betul, tp buat2 xtahu.. x buat pun..
p/s: kos aku kat u nnt ditaja kerajaan, tp perlukah aku sokong 100%? hehehe klu salah aku tegur, klu betul, sokong lah kan..
nak lupuskan along?
bank jangan kemut sangat nk bg pinjam duit.
org miskin nak pinjam duit kena ada cagaran
orang miskin mana ada vagaran
ini macam tak mau bagi orang miskin pinjam duit.
kahkahkah.
buatlah apa saja asalkan yang baek
budak-budak memang suka main perang2..
Kerajaan tak pernah ambil serious hal along ini.. kalau tidak along dah lama dihapuskan di negara ini...
dalam masa satu hari pun boleh settel punyer...
cakap tak serupa bikin..
ko ni memang juara debat sekolah2 ke??
dah tak leh perang ngan benda lain? kasi bom je la...
Kalau org reformasi (aku bukan) akan kata, semua perang-perang ni adalah helah utk menutup isu terbesar yaitu ekonomi yg makin busuk, aku rasa ni bukan modul baru tapi taktik lama
mende-mende cenggini kena cantas di dasarnya, kena tackle dari dasarnya, apa dasarnya?
Miungkin ada sistem yg boleh selesaikannya, tapi kalau sistem tu kerajaan pak-pak menteri sendiri yang tak yakin, susahlah
sambil menyokong abuyusof
hahahaha!
basuh baju! ko ade bukak dobi ke? kalu ade aku nak hantar baju!
satu je lagi perang kat Malaysia nih!
surat khabar tak dak sebut!
perang melawan Lanun Ketuanan!
Perang..?
sekarang pon para peminjam DUIT dari Ah-Long dah brani berperang sendiri dengan ceti berlesen tu..
berlesen betul ke..?
Salam.
Betul, Sis Nita. Mereka (dibaca: Ah Long) ini adalah pemberi pinjaman berlesen. Ada lesen, sebab tu polis tak boleh cekup ikut suka hati. Perniagaan berlesen bermaksud perniagaan halal. Basuh baju mungkin boleh tambah satu lagi persoalan: bila kita mahu istihar perang terhadap pemberi lesen perniagaan ah long ini...
Perang kepada Ah long.?
apa yang pak menteri nak buat?
Nak bom markas ahlong?
Nak bunuh ah long?
nak rampas segala duit Ah long?
Nak boikot Ah long?
Perang apakah yang kamu maksudkan wahai pak menteri?
Basuh baju :
Komen Ah long
xleh la nak salahkan bank if tak bg pinjam..lagikpun ada baek n buruknye..kalu yg pinjam tue xmampu bayo cemne bengkrap le gamaknye..
lagikpun orang skang neh nak cepat je nak duit..tue pinjam ah long. b*d*w tak pk..aduyai..
gomen malaya malas nak kawal tu je...
bukan isu sangat pun... ahhaa tergelak aku...
byk sangat perang..perang sane..perang sini..perang situ...
tapi..hasilnya...???
masih xnmpk lagi....
lagi2 kisah si ahlong..nie fed up aku lah..
kan kat iklan ahlong tue ader no phone? tak reti nak buat ?
ke polis msia nie banggang? tak reti nak tangkap ahlong...
atau....
ader buaya yg melingdunggi ahlong???
semua: so kesimpulannya, perang2 ni takde makna la kan? semua nampaknya setuju..haha
jom perang! eh? haha
peace.
Post a Comment