Thursday, June 25, 2009

Perangai Pelajar Melayu


1- Sekarang ini jika kita bercakap mengenai Melayu, kita akan dituduh rasis. Apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, kita akan berasa tidak sedap hati. Saya mungkin tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Tetapi jika dilihat, ada juga sedikit kebenarannya.

2- Hari ini saya ingin bercakap tentang orang Melayu. Sebenarnya saya cuba untuk mengelak menggunakan perkataan 'orang melayu'. Saya risau dituduh menggunakan bangsa untuk memecah-belahkan manusia.

3- Namun perkara yang ingin saya cakapkan ini memang bersangkutan dengan orang melayu. Betapa hebat saya nafikan pun, ia tetap berkaitan dengan orang melayu. Noktah.

4- Apakah perangai Orang Melayu?

5- Pernah tak kita terfikir mengapa pelajar melayu suka duduk di belakang? Walaupun kerusi di depan begitu banyak yang kosong. Tidak kisahlah program apa sekalipun- yang ilmiah mahupun hiburan- semuanya gemar duduk di belakang. Kenapa ye? Kurang keyakinan diri?

6- Pernah tak kita terfikir mengapa pelajar melayu malu hendak bertanya? Kalau kita lihat, nak tanya satu soalan pun punyalah berat nak bukak mulut. Nak kena ramai-ramai bersuara baru berani. Tak ada pun yang cool- angkat tangan, berdiri dan bertanyakan soalan. Kenapa ye? Kurang keyakinan diri lagi?

7- Pernah tak kita terfikir mengapa pelajar melayu suka memandang pelik mereka yang suka bertanya dan bertukar pendapat dengan cikgu/pensyarah? Kalau kita perhatikan bagaimana budaya belajar pelajar Cina, India dan juga pelajar luar negara, kita akan dapati mereka sangat berani dalam menyuarakan pendapat mereka. Mana yang tidak faham-mereka tanya. Mana yang tidak setuju- mereka pertikaikan. Dengan cara ini ilmu dapat berkembang. Bukankah ini budaya yang bagus dan betul?

8- Tetapi lihat apa yang pelajar melayu fikirkan tentang mereka. Mereka dikatakan berlagak kerana bersuara. Mereka dikatakan tunjuk pandai kerana memberi pandangan. Mereka dikatakan kurang ajar kerana bercanggah pendapat dengan pensyarah. Tetapi apa yang pelajar melayu dapat dengan berfikiran begini? Pernah tak kita terfikir hal ini? Kenapa ye?

9- Ada sesiapa punyai pandangan? Mari berdiskusi!

38 comments:

dila john said...

saya sebagai mlayu.

saya akan berfikiran sempit seperti itu kadang-kadang saja.

malu bertanya, sesat jalan
banyak tanya = lampi

duduk depan = mengantuk
duduk belakang = memerhati

soalan 7
perasaan dengki n prasangka
lahir dalam setiap diri manusia
tidak semua. segelintir saja.

soalan 8
sifat ini mungkin lahir dari generasi ke generasi. anda sendiri bagaimana? persoalannya bukan melayu saya rasa, tetapi individu itu sendiri penilaian terhadap diri seseorang.

isu penilaian diri terhadap orang lain lebih memerlukan perhatian, kerana sifat yang tidak elok datangnya dari diri sendiri bukan melayu sahaja.

asparado said...

mudah saje...
mereka mengalami paranoia...dan sedikit skeptikal..mcm org yg mengalami krisis pertengahan usia..

mereka takut dikatakan poyo dan berlagak atau tunjuk besar kpala jika mempertikai,bertanya atau terkehadapan..sedangkan tiada org sekeliling yg akan mengatakan mereka poyo jika bertindak sedemikian..kesudahannya diam lebih baik la..sekaligus mereka ketinggalan!

sama jugak mcm mengushar awex...tak berani nak berterus terang dan memikat dengan gaya seorang budiman jantan!nak one by one xbrann...klu ramai2 baru brani kacau awex...

tapi saya tabik pada mat rempit yg berani bile ngayat awex2..hahaha

Donut said...

sila rujuk http://thedonutstory.blogspot.com/2009/04/i-firmly-agreed-with-all-her-rejects.html


bagi gua..you are who you are.
melayu,cina, india semua buat macam tue gak...
so..tak yah lah pointkan melayu je kot?bukak mata luas-luas..lebih baik kan?

Anonymous said...

anda juga begitu.
mungkin tiada seperti di atas kerana anda tidak mahu expose tabiat buruk anda itu.

anda adalah org melayu

Anonymous said...

contoh lain:
malas ke kelas

Fa-T said...

selagi bernama manusia....

yusuf mujahidin ™ said...
This comment has been removed by the author.
yusuf mujahidin ™ said...

saudara basuh baju,

sj nk kongsi..

ade satu kajian oleh penyelidik barat. bila wat kajian di barat, responden ditanya ttg apakah ciri2 bangsa mereka. maka jwb mereka, semuanya positif..

tp apabila dilakukan kajian di Malaysia, ditanya apakah ciri2 bangsa mereka, semuanya negatif..

malas,
dengki dsb..

lihatlah barat, walaupun kita tahu bangsa mereka penuh dgn masalah dan pkr2 sumbang dlm masyarakat serta melampaui norma2 tabii namun mereka sentiasa positif ttg bangsa mereka.

mgkin juga kita meletakkan mentaliti kita sendiri yg negatif..

bangsa kita itu...ini
begitu...begini..

walaupun itulah hakikatnya, pahit utk ditelan. akan tetapi, sy pcy, dgn lebih menerapkan sifat2 positif dlm diri generasi kita, insyaAllah kita mampu mengubahnya.

p.s

Bangsa Melayu masih byk kebaikan. kita 'highlight' yg itu..

wallahualm

lalink7 said...

Mr basuh Baju...

teringin nak berkongsi ngan NO 1..soalan ek? tapi lari dari tajuk skiet..
aha...betul la tue kan..kat tmpat saye UPM..even ramai orang malyu dan sume kaum..

barisan plg hadapan dalam blk kuliah adalah : perempuan melayu..huhu

mamai said...

tak dinafikan mmg perkara macam nie ketara bagi terutama pada goongan melayu ini mungkin disebabkan ratio

aku berkerja dalam industri yang rationya 5:1 ( 5 cina 1 melayu dan 1 India ) tetapi mereka respect apa yang aku perkatakan dan tak pernah timbul soal bangsa dalam company itu.

bangsa lain juga mempunyai krisis keyakinan diri tp tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan orang melayu

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Masalah utama kpd org Melayu ini ialah kuat sangat hasad dengkinya.

hahnin said...

mungkin sejak kecil banyak sangat jangan...jangan...jangan..
bila membesar dengan terlalu banyak 'jangan' jadi x berani mencuba, n low self-esteem..

zahirlunatik said...

alamak!!
apahal gua rase pedas2 ni??

Paan Ovrtd said...

Saya tak berapa setuju dengan komen dari pengomen yang pertama. Saya rasa saya akan jelaskan point2 saya jika diberi kesempatan bersemuka dengannya. Jangan jadi messageboard hero, tapi pengecut bila berdepan.

fahmi said...

mungkin itu hanya stereotype @ kebanyakan.. mr BB mahu kita berubah ke arah lebih baik dgn post ini... dulu aku slalu begitu, tp sejak aku STPM, aku lebih ke hadapan. x tahu mengapa, mungkin seiring dgn usia meningkat, pemikiran pun lebih matang.. cakap pasal Melayu xpe bro, tp jangan sampai nk kuatkan bangsa dgn mrendahkan2 bangsa lain. x best la klu ghupe itu..

p/s: aku berbadan besar, tp klu duk depan, nnt org belakang marah, ngadu x nmpk depan. tanya balik org tu, knape x nk duk depan klu x nmpk?? trus diam 1000 bahasa... bukan x berbudi bahasa, tp cuma sdikit geram bila bgitu, seolah2 hina sgt klu berbadan besar? huhuhu, lagi satu, perangai org kita gak slalu membahan @ ejek orang lain? adakah utk sembunyikan kelemahan diri?

Unknown said...

hmmm..?yeke?rase2 nye biase je...setuju dgn lalink.mmg selalu nye perempuan yg ske duduk depan...nk tny, knape eh..??

tp,sbnrnye x kesah duk depan ke x,terpulang pada keselesaan individu masing2...
kdg2 org yg duduk belakang tu keyakinan dia lebih tinggi..ngahaha..cume control macho je...

wallahua'lam.

Dari Jalan Kopi said...

kepada asparado : alamak. gua setujulah. mat rempit memang ada berannn. gua nak usha gua tan beran....

kahkahkah.

bangunberdiri said...

komen kat atas ada yang sebut pasal positif, dpd yusuf mujahidin. mmg tu la hakikatnya, memang kita letakkan mentaliti kita negatif,
melayu negatif bila dikritik,
melayu negatif bila dikutuk,
melayu negatif bila dicabar,
positif bila di sanjung,
positif bila dipuji,di ampu dan di sogok.

nahmy said...

kenapale dr dulu yg didengar hanya pasal pelajar 'melayu' je.....bila le pelajar melayu tak lagi jadi bahan citer negatif?

Anonymous said...

sebenarnya mmg betul masalah ni berpunca drpda setiap insan di dunia.xkeSAH AR dia MELayu, CIna,INDia..

BTW, Aku RAsa apA yg BB ckpKAN iaLAH masALAH2 keyaKINAN dan PERsepsi ni begitU BERleluasa di kaLANGan pelAJAR melAYU.

Cob Nobbler said...

macam ni la.
sebelum soalan ini diajukan,
aku nak jugak tanya...

Macam mana nak definisikan status "kemelayuan" seseorang tu?

Sebab yang asal India pun mengaku Melayu,asal Arab pun mengaku Melayu,asal Thai pun mengaku Melayu.

Asal Turki pun ada yang mengaku Melayu.

Ada sapa2 boleh jawab?

gman said...

alah normal la

kat mana2 ada yang berani ada yang tak...

cuma highlight pd yang tak berani, itu yang nampak tak berani tuh.

saya ada ramai kawan melayu yang duduk depan rajin bertanya, ramai je kawan dr kaum lain duduk belakang pandang2 org..

ini semua pembawaan dirilah...
:)

Basuh Baju said...

semua: ok, kita abaikan penggunaan istilah pelajar melayu itu.. Itu bukan isunya di sini.

Di akhirnya perangai bergantung pada diri sendiri..

sekarang fokus pada apa yg aku cuba sampaikan..

KENAPA MEREKA BERPERANGAI BEGINI?

Kurang keyakinan? atau?

apapun, tq di atas pandangan anda semua.. :)

Munirah said...

sume jawapan ade kat no 8. sempit ye fikiran mereka ni.
hurm.. sabtu ni aku daftar U, insyALLAH, aku nk jadi manusia yang ke hadapan je selalu. mmg dari spm aku suke duk depan. so harap impian aku nak duduk tmpat feveret(depan) aku dalam kuliah nnt masih kosong.

HBM Consultant said...

Salam.
Sebagai seorang guru di IPT, situasi yang disebutkan jarang berlaku.

Pelajar yang suka duduk di barisan hadapan sekali adalah pelajar perempuan Melayu. Manakala pelajar lelaki lebih suka duduk di barisan tepi (masih terkehadapan). Walau bagaimanapun, yang memenuhi barisan paling belakang, masih lagi pelajar lelaki Melayu! Hahahaaa...

Apapun, pelajar lelaki MElayu yang duduk di barisan belakanglah yang biasanya paling rajin betanya, paling rajin membuat ulasan dan paling rajin bertukar pendapat dengan saya di dalam kelas.

Secara teorinya, mungkin jika mereka duduk di barisan hadapan, mereka akan menjadi fokus seluruh kelas ketika mereka bersuara dan mungkin juga mereka suka duduk di belakang kerana apabila mereka bersuara, semua kawan-kawan akan menoleh dan dapat melihat wajah kacak mereka! Heheheheee..

Apapun, saya tidak melihat situasi mereka dituduh 'poyo' atau berlagak atau apa sahaja yang negatif oleh teman-teman sekelas, bahkan mereka dihormati. Biasanya juga, di kalangan merekalah ketua kelas dilantik (oleh saya dengan menggunakan kuasa veto! hehehe).

abdultalib said...

Melayu relatif dgn P.H.D, tapi bukan semua. Begitu jugak dengan kaum2 lain. Cuma statistiknya tidak pernah dikaji.

Setuju dgn cikgu IPT td...posisi dlm kelas terlalu subjektif utk dijadikan kayu pengukur kpd pelajar.

Sebagai org Melayu, komen2 mesti kemelayuan.

Cuba kita dengar komen2 kaum lain pasal topik yang sama dalam kontek kaum mereka pula.

Abang said...

Duduk belakang? Mungkin mengamalkan konsep "ladies first" hehehe...

abu muaz said...

Aku ada juga idea nak disampaikan tapi malas pula nak menaip ni.Esok jelah kalau aku masih lagi rajin ...maafye basuh baju.

nurul amira said...

salam perkenalan...
melayu mudah lupa....
mana asal usul...
mana datang nenek moyang kamu...mana datang agama kamu...
agama islam itu lebuh penting dari sifat kemelayuan...
kerana agama islam sudah sempurna daripada melayu....
terimakasih...
assalamualaikum...
jemput dtg ke blog dr asri...

ayampinko said...

malas nak komen pepanjang..
sebab dulu masa zaman aku aku buat pun aku tak tau sebab..

Firol said...

no 8...
memang mempunyai sikap yang sebegini sudah sekian lama....

Atas seseorang kesedaran untuk maju ke depan untuk bersaing

abuyusof said...

tidak jugak! ini semua atas cikgu dan pensyarah.. cikgu atau pensyarah yang baik dapat melahirkan suasana soal jawab dan perbincangan dalam kelas.. selepas puluhan tahun dalam persekolahan takan kita tidak perasan lagi..

ramai cikgu atau pensyarah minta pelajar tanya soalan macam nak tak nak je.. sambil kemas buku la.. sambil tengok jam lah.. masa tinggal seminait nak suruh murid tanya soalan.. makan gaji buta..

Firol said...

salam abu yusof

bahasa lu tak sesuai terlalu umum...(Ramai cikgu)

tapi sebagai cikgu memang camtu pandangan masyarakat skrg kalau murid bagus didikan mak bapak lah orangnya,

asal budak lingkup,sosial ,gagal exam,perangai kurang hajar,tak respek orang...yang salah cikgu

Tak semua Cikgu @ pensyarah macam yang lu cakap tu, ada segelintir yg mcm tu...

kadang tu kalau nak cakap pasal kerje org ,kita kena tengok diri kita.Dari situ akan timbul rendah diri dan hormat biarpun siapa orang itu

Basuh Baju said...

jadi di akhirnya dalam isu ini- sy terpaksa bersetuju dgn kebanyakan pandangan anda semua..

tak perlu malu jika saya salah. tak perlu bangga jika saya betul..

tq semua! :)

ps: perangai bergantung kepada diri sendiri..

Prof. Era Pasca said...

MY OPINION....
semua jwpn skali dlm satu jwpn...

kerana di malaysia ada 60peratus melayu, 30peratus cina, 10-13 peratus india... so klu merempit 10 org satu group... tentu2 anda akan nmpak 6 org melayu dan tak beberapa amik kesah balance 4 org itu.... sekian....

syafiqa salim said...

Topik en basuh baju sangat menarik.

dari pengalaman saya, memang apa yang awak utarakan tu semua betul.

Kurang keyakinan diri, sentiasa takut membuat silap dan perangai suka diam diri adalah antara sebab utama mengapa pelajar2 takut nak bertanya, takut duduk depan dan suke pandang pelik pada orang yang bertanya..

p/s: saye juga sering begitu. Kamu mcm mane?

hafiz said...

sebenarnya, lebih baik untuk mengaku bukan melayu, bukan cina, bukan india... kita manusia sama. sama sebijik. tahi sama busuk dan darah sama merah. kita semua. semua kita, akan bekerja untuk diri. orang umno takkan datang bagi duit buta-buta. percayalah hahaha umno cuma tipu melayu. dah berapa ramai melayu dibodohkan? ramai sangat!
haha salam kunjung bro!

Mastura said...

masa sy sekolah dulu..inilah situasinya. Lelaki malu2 dan duk blkg. Tak penah nak duk depan kecuali disuruh oleh guru. Paling biasa yg duk depan tu pompuan lah.Tapi kalau disoal..semua tunduk, kecuali disebut nama. Nak beri pendapat..hmm jgn harap.Ntah ader pendapat ke tak tatau ler..cikgu2 pun tak penah mendidik pelajar melayu jadi berani dan berkeyakinan
Namun setelah meningkat dewasa, sy menyedari hal ini dan cuba mengubah sikap. Cuba memberi pendapat ..kalau ada.

Selepas ini cuba mendidik anak agar lebih berkeyakinan dan berani bertanya soalan. Diharap generasi akan datng lebih baik dr generasi saya dulu.

Soalan kpd Pengomen pertama: dila john, duduk belakang = memerhati. Memerhati apa?? Siapa pakai baju paling lawa nampak dr belakang?