Apa yang boleh dibanggakan tentang Malaysia?
Lama saya fikir. Puas saya cari. Apa benda yang boleh saya banggakan? KLCC? Dari sudut seni bina, ya. Saya boleh bangga. Malaysia ada simbol tersendiri. Kalau Mesir dengan Piramid, Paris dengan Eiffel Tower, Malaysia ada KLCC. Tetapi dari sudut fungsi? Saya rasa tidak.
Litar Sepang? Putrajaya? Sukan Komanwel? Ini lagi tak boleh dibanggakan. Tengok sendiri apa yang terjadi kat litar sepang. Berdebu, kotor, dah tak menarik. Putrajaya? Memang bandar terancang. Bangunan pun cantik-cantik. Tetapi sila lalu di sana pada waktu malam. Kosong, sunyi, tak ada life. Bandar apa begini? Bandar hantu? Sukan Komanwel? Lepas habis guna- kompleks sukan Bukit Jalil terus hilang ceria. Berapa kali sangatkah stadium itu penuh? Dan yang paling penting, ada sukan kita maju dengan wujud fasiliti itu?
Jadi apa yang boleh dibanggakan?
Perpaduan kaum? Jangan tipu-tipu. Kita sering digambarkan sedemikian rupa. Tetapi hakikatnya kita punya perpaduan sangat plastik. Nak bincang isu biasiswa pun dah mengamuk tak tentu pasal. Masing-masing ada prejudisnya. Melayu dengki kat kekayaan cina. Cina rasa didiskriminasi oleh hak melayu. Ini perpaduan? Cuba tanya diri kita sendiri. Sila berlaku jujur- berapa ramai sangat kawan kita daripada bangsa lain?
Habis tu apa lagi yang boleh dibanggakan?
Infrastruktur kelas pertama, minda kelas ketiga? Betul ke pernyataan ni? Sistem pengangkutan awam kita kelas pertama ke? Naik tren macam sardin. Tunggu pun dekat setengah jam. Bas pun kena tukar-tukar sampai 3 kali. Lebuhraya kita kelas pertama ke? Bayar tol mahal-mahal. Tapi masih lagi sesak. Lebuhraya untuk untung atau untuk menyenangkan? Sistem pendidikan kita kelas pertama ke? Ini malas dah nak ulas. Nilailah sendiri.
Tapi... fikir punya fikir sebenarnya ada juga yang boleh dibanggakan sebenarnya.
Tabung Haji. Mungkin ramai yang tak sedar, institusi ni berjaya membantu dan menguruskan rakyat Malaysia yang beragama Islam pergi menunaikan haji. Ingat senang ke nak uruskan berpuluh ribu jemaah ke sana? Okeylah, mungkin Tabung Haji ni ada silap sikit tentang pelaburannya. Tetapi masih lagi top kat dunia ni. Tak percaya sila pergi ke Mekah dan lihat betapa kelasnya Tabung Haji.
Felda. Ini projek yang bagus. Kerajaan bagi insentif terhadap peneroka-peneroka tanah. Lepas tu bangunkan pula tanah tu dengan kemudahan-kemudahan. Sampai dah ada felda yang jadi bandar. Kan secara tak langusng membangunkan negara? Kemudian daripada rakyat dulu tak ada tanah, sekarang dah ada tanah. Ada yang kaya lagi sebab jual tanah mahal-mahal. Anak-anak felda pun ramai yang berjaya. Agaknya kalau rancangan felda ni tak wujud, apalah nasib rakyat-rakyat di luar bandar kan?
KWSP. Ramai yang tak tahu KWSP antara institusi yang mempunyai banyak aset di dunia. Lebih RM300 billion kalau tak silap (kalau silap, tolong betulkan). Tapi bukan sebab KWSP ini kaya saya nak banggakan. Saya bangga sebab KWSP berjaya membantu dan memaksa pekerja-pekerja kita menyimpan untuk hari tua. Seboros-boros pekerja kat Malaysia pun, bila dah bersara nanti adalah duit sedikit. (Cukup tak cukup tu belakang kira. Kalau duit sejuta pun kalau belanja bagai nak rak habis jugak kan?) Bayangkan KWSP ini tak ada. Tak menabung pekerja-pekerja kita nanti.
PNB. Sebenarnya ramai tak tahu PNB ni banyak membantu rakyat Malaysia. Bukak akaun, masuk duit untuk pelaburan dan duduk rileks sambil berdoa. Setiap tahun duit itu bertambah. (Konfem akan bertambah. Sebab kalau rugi, matilah kerajaan kena jawab. Silap-silap boleh kena guling.) Okey, saya tau mungkin ada yang kata ini kapitalis ke apa. Saya tak nak bincang pasal itu.
Apa yang saya nak cerita bagaimana PNB dengan ASB, ASM, ASW 2020 berjaya membantu rakyat di negara kita. Berjaya dari segi menambahkan pendapatan melalui pelaburan. Kalau masuk RM10 ribu, setiap tahun dapatlah dalam RM800-900. Ada sesiapa nak bagi ke kalau PNB tak ada? Kalau masih ada lagi tak setuju, sila tanya ibu bapa dan sedara mara kita, mesti ada yang masuk melabur dalam PNB jugak. Tak kisahlah mereka orang BN atau Pakatan. Tak kisah kaum apa sekalipun PNB tetap di hati. Dan, untuk rekod ada lebih 8 juta pelabur dalam PNB. Tak ke banyak tu yang mendapat manfaat?
PETRONAS. Nak menjadi kapitalis terbesar di dunia bukan senang. Tapi PETRONAS berjaya muncul sebagai antara 500 syarikat terbesar di dunia. Mungkinlah ada benda-benda mengarut yang PETRONAS buat seperti taja FI sampai beratus-ratus juta. Uruskan simfoni kat MPO dekat RM500 juta. Benda-benda ni saya pun tak faham tujuannya.
Namun hakikatnya PETRONAS banyak berjasa. Kalau bukan PETRONAS, tak adanya dana-dana untuk kerajaan kita menguruskan negara. Tak ada duit bina sekolah, subsidi makanan dan tenaga. Kalau bukan PETRONAS, tak wujud beribu-ribu peluang pekerjaan di dalam dan luar negara untuk rakyat tempatan. (dahlah bayar gaji mahal). Kalau bukan PETRONAS, tak ada univerisiti dan biasiswa untuk pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran. Kalau bukan PETRONAS, tak taulah nak bayangkan macam mana.
Ini antara sedikit sebanyak yang sempat saya fikir malam tadi. Saya memilih 5 perkara ini berdasarkan sumbangannya kepada rakyat Malaysia. Saya menilai bagaimana institusi ini berjaya membantu ibu bapa kita, atuk nenek kita, pakcik makcik kita, kawan-kawan kita dan juga diri kita sendiri.
Ada rasa bangga tak?
Ps: tulisan terpanjang Basuh Baju.

48 comments:
salam.. better lagi ade sistem2 yg terbaik dr KLCC mahupun daki everest spt yg ko katakan. aku setuju. yg aku sbut2 tu sbnanya apa yg terfikir time tu, igtkan rmai nk tmbah, sekali ramai2 bagi yg unsur sarkastik atau sindir daa.. hahaha..
anyway, sgt stuju dgn TH dgn KWSP tu. pasal bantu kita utk ke Mekah & KWSP pulak pasal dia simpankan duit utk kita.. mau abes gaji klu xd ni, duk melopong je tua2 nnt.
Petronas pun sokong gak psl klu x, mmg sikit la duit kjaan kita klu xde depa ni.. x terkawal la petroleum kita, bazir mcm tu je..
gua?
gua bangga dengan Tun Mahathir. walaupun ada sesetengah orang tak suka dengan kepimpinan dia, gua tolak tepi.
gua bangga gua lahir di waktu Malaysia dia bawah pimpinan dia.
bagi gua, pemikiran Tun Mahathir adalah pemikiran Melayu yang susah untuk dicari pengganti.
gua tak tau nak komen macammana? ada buruk baiknye setiap perkara. yang gua rasa sekarang adalah i cant live with or without Malaysia.
tak bole hidup sebab pembohongan kerajaan..
kena hidup juagk sebab malaysia tanah air gua, busuk mana pun ia, gua tetap sayangkan Malaysia.
KWSP,PETRONAS,TH,PNB,FELDA...mungkin tapi....
Putrajaya bandar hantu? haha aku tak rasa begitu... aku juga tak rasa bahawa Putrajaya itu suatu pembaziran...
Putrajaya mmg ramai penduduk tahun demi tahun tapi tetap sunyi di waktu malam, tidakah itu suatu yg bagus? atau kamu mahukan KL yg ke-2? oh sudah cukup la aku tinggal KL 15thn, aku tak mahu bandar yg sesak spt itu lagi.... rimas....
Bagaimana dengan MARA dan JPA????
Mereka juga memberikan biasiswa untuk pelajar dalam dan luar negaar. Kalau tak, jangan haraplah anak2 Melayu mampu belajar kat oversea, siap bole buat europe tour lagi dengan duit biasiswa. MARA memberi pinjaman kepada usahawan2 kecil. JPA juga memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
p/s: oleh kerana saye pemegang biasiswa JPA, saye rase kita patut berbangga dengan JPA. INI BUKAN BIAS!!!
kita perlu bangga sbb kita masih ada perasaan 'bangga dgn Malaysia' tu. klu perasaan puh dah takde...abisle..
bgga dgn Malaysia..
walaupn tkdela smua benda tu berjaya. tp syukurlah. Alhmdulilah. Malaysia lebih baik dr mana2 negara.
kita la yg bakal mencorakkan masa depan negara kita ni..
kerja tok nenek kita dh abes..
skrg giliran kita..
nk bina bukan main payah
nk musnahkan...sekelip mata je boleh
I am Malaysian. Proud to be one
papahal.. kalo perang... gua tetap sama MALAYA!
Hmm...Malaysia boleh!
bangga,bangga..
syukur alhamdulillah
ku anak malaysia
nice post
Bangga dengan tanahair ini..
Benci dengan politikus munafik..
bangga sbb ABDULLAH BADAWI dh turun takhta.... hahahahhahahaha...at least xda lagi kita diketawakan oleh dunia kerana mpnyai PM yg suka tido...
aku cuba nak bangga la ni. kalau la semua benda tuh betul2 guna utk rakyat mmg bagus.,
negara maju bukan bermaksud rakyat sesuatu negara itu senang... negara ada KLCC bukan bermaksug rakyat hidup dengan senang... renung2kan...
hohohoho..gua bangga dgn apa yg ada di jln p.ramlee dan chow kit..satu lagi...gua bangga ngan puduraya...satu lagi....gua bangga ngan genting...
Fahmi: terima kasih sebab setuju. :)
fararusdi: Mahathir ek? hmm, akan ditulis kemudian. Interesting leader isn't it?
Xpuashati: nak wat camne, dah ini tanah air kita kan? sbg rakyat, kita la kena jadikan negara ini lebih baik..
mamai: apa yg tapi? nak tau jgk..
Yobsumo: maksud aku bandar sunyi tu bukan bandar yg senyap aman..tapi bandar yg tak hidup. dlm erti kata lain bandar yg kurang berfungsi.. Mahathir sendiri pernah tegur perkara ni dlam blognya.. sebab Putrajaya sunyi sgt. Bila malam, macam bandar berhantu.. tak bagus bandar begini.
Syafiqa: owh, budak JPA ke.. hmmm aku bukan pemegang JPA, tapi aku rasa JPA tu dah memang under kerajaan dan mmg tanggungjwbnya. masih tak boleh dikatakan bangga kot..(pandangan aku la)
Nahmy: betul jgk kan. at elast ada lagi rasa bangga tu..tp kita kena pastikan jgn rasa tu hilang pulak :)
Baginda: kalau negara tak maju rakyat senang ke? :)
Fa-t: ye. tp jangan perang sudahlah,haha
akupentoi: bangga nape dgn puduraya?haha
5 perkara wajib bangga?
sudah 5 negeri saya merantau, tapi saya tetap ingat yang 5 itu....
kahkahkah...lu buat gua ingat iklan ini la brader!
bangga jadi rakyat malaysia...
tp agak sedih kerana mereka di luar sane lebih ramai bangga dengan jenama2 dr luar..
Ooi... jangan lupa... MAKANAN MALAYSIA (Simply the Best).... :- )
Satu lagi kena tambah... yang patut kita bangga kita ada PUSAT SERENTI yang banyak.....maaf la kalau aku silap masuk ni...duit KWSP aku tu boleh selamat ke untuk hari tua aku?
Did: kah3 kau ingat yg 5 tu? baik kau ingat 5 yg aku tulis..haha
dilot: jenama? haha ini citer lain. ini sebab kapitalis guna media yg promote mana satu ada kelas dan mana satu lekeh dan cekai..
abu muza: duit KWSP tak cukup. ini hakikat. tapi setidak2nya kita antara negara di dunia yg punyai kadar tabungan tertinggi. Even USA pun ada masalah dengan pelan persaraan mereka.
ps: kalau nak cukup menjelang bersara nanti, banyakkanlah menyimpan sekarang..hehe
dan satu lagi, pasal duit diseleweng KWSP tu, kita patut tentang habis2 kalau ada politikus yg cuba merompak..
Yuki: makanan apa ye yg best? haha
5 makanan wajib bangga tentang Malaysia:
5) Ayam Ayamas!
4) Burger Ramli!
3) Kuey Teow Cina!
2) Asam Laksa Nyonya!
1) Nasi Lemak Kampung Style!
Agree?
..kebanyakan pembinaan projek mega dimalaysia tidak ambil kira pengurusan jangkapanjang.. kalau tak mampu nak urus jangan buat.. kerana pengurusan stadium contohnya memerlukan bukan sedikit duit.. pengurusan rumput saja sepatutnya bernilai berjuta rm setahun.. baru sepadan dengan kehebatan infranya..
yeah..
i agree..
saye bangga menjadi anak Malaysia..
apa beza anarkis dan revolutionist pada kau?
Biar aku jawabkan soalan Blogger Yang Tak Mahu Dikenali.
Anarkis adalah golongan yang tidak mahu undang-undang,tidak mahu negara,tidak mahu demokrasi dan tidak mahu pilihanraya kerana mereka rasa manusia dipecah-pecahkan melalui pilihanraya,demokrasi,negara dan bangsa.Contohnya seperti Mikhail Bakunin,Guy Fawkes dan V dalam cerita V for Vendetta.Tu contoh anarkis.
Kalau nak contoh lagi best,mungkin Rosa Luxembourg ataupun Fat Mike NOFX yang tidak percaya dengan semua elemen seperti bangsa,agama,negara yang mereka rasa memecah-belahkan manusia.
Aku,bagaimanapun masih lagi percaya kepada agama kerana kita ni tidak diciptakan secara 'magic show'.MESTI ADA PENCIPTA ALAM INI.Cuma bagaimana nko percaya dengan agama,itu cara nko.Kalau Islam,Islamlah caranya.Kalau Buddha,Buddhalah caranya.Kalau yang atheis tu,sainslah caranya.
Revolusionist pula adalah satu golongan yang tidak berpuas hati dengan satu sistem.Kapitalis dulu juga menjadi revolusioner pada zaman feudal.Revolusi Perancis dicetuskan oleh kapitalis untuk memancung kepala Louis XVI di Perancis.Revolusi Amerika pula menentang pemerintah raja England oleh kapitalis-kapitalis Amerika.
Selepas kapitalis memerintah,penindasan masih lagi berlaku.Ada yang mahu sosialis,iaitu sebuah negara yang dikawal sepenuhnya dari segi ekonomi oleh pekerja.Jadi macam aku pernah cakap,nak ke Perdana Menteri bergaji pekerja Tesco?
Ada yang memilih jalan komunis.Komunis adalah satu fahaman internasional yang menentang kewujudan negara.Apa yang membezakan komunis dan anarkis adalah komunis komited dengan pemilikan masyarakat manakala ada anarkis yang mahu pemilikan persendirian.
So,diharapkan anda yang bertanya ini faham.Terima kasih.
Nami: terima kasih di atas penerangan itu.
aku rasa pada pandangan aku:
revolutionist daripada byk golongan.
ada kaya, miskin, beragama, tak ada agama, bangsa putih, bangsa hitam. mereka berasal daripada bermacam ideologi. ada sosialis, ada anarki, ada kapitalis. ttp tujuannya hanya satu- menentang satu ideologi/kerajaan yg dirasakan salah.
anarki ni ideologi. ada anarki yg jadi revolutionist. ada anarki senyap2 je.
so? setiap gerakan revolusi ada anarki. ttp tidak semua anarki adalah revolutionist.
ini pndgn aku nami. mungkin betul mungkin salah.
ku sangat bersyukur jadi rakyat malaysia.
sampai sekarang kumasih hidup aman wlwpun jnayah mningkat dan mampu menghirup udara segar wlwpun tengah jerebu di malaysia.
tidak seperti saudaraku di GAZA.
hirup asap bom dan badan ditembusi peluru..
mereka x punya pilihan kan selain utk trus berjuang?
ku bersyukur bro..
Tak ada perang ... huuu hu huuuu ... takottt!
posting yg besth1!!1
apo laie yg ado selaen dprd perang?
cba fikir sket...
bangga ngan teh tarik n nasi lemak kita...
yang basuh baju cakap tu memang betul
salam...
setuju dengan apa yang kau tulis...
dimana bumi dipijak...:-)
re:...hebat + teruk?...erk...
yeahhh...i like it..
Gua bangga dgn kamu wahai Enche' BasuhBaju...
kalau takde KWSP kurang la org melayu yg beli rumah,,, asik sewa je..
Felda- bagus... selalunya kita anggap org felda org susah2.. tp byk dah yg kayo2 kita x tau...
Tabung Haji - mmg bagus..
KWSP - dulu ada dgr2 kerajaan guna duit ni utk tampung projek2 kroni yg gagal... entahlah.. kalo ye pun mgkin dah ganti balik..
PNB - ni aku x tau sgt.. nak tya,kalo sapa2 tau, pelaburan dlm PNB ni guna stail konvensional atau syariah?
fararusdi:
Otak Mahathir mmg class. Bab ekonomi dan logik dia mmg dia hebat. Dulu pun aku pernah ckp, kalo la Mahathir ni jd salah sorg ketua negara Arab (minyak), mesti Israel x berani lebih2 mcm skrg..
Cuma malangnya walau bijak hal dunia, Mahathir kureng skit bab2 agama ni.. byk guna logik akal hihi... apa pun jasa dia pd Malaysia mmg byk..
bagus..bagus..entri yg bagus...bagus tumpang baca..
ari tu pegi medan..bila tgk2 kan tempat org..rasa..
alhamdulillah bestnye negara saya...
tak kira la macam ner pun mesia... aku tetap bangga.. sebabnyer korang pun tau sendiri..
5 benda yg ko senaraikan tu pon dah coruppted...termasuk la JPA yang ada sorang akak yg bangga sebagai pemegang biasiswa JPA tu..ntah sape la sorg tu..lecehh
sori bang..
ni cuma pandangan peribadi aku je..
salam bro..
alhamdullilah..kita masih bersyurkur kerana kita anak malaysia..walaupun secara umumnya kita berhak mendapatnya...
KWSP- satu idea yg bernas tapi jangan lupa namakan PERNAMA kat caruman korang kerana dari yg aku dapat tahu hampir 5 bil tidak dpt dituntut oleh waris kerana tiada nama PENAMA dan banyak kerenah ...
TH- juga bagus utk menguruskan jemaah menunaikan haji..TH di cadangkan oleh Ungku Aziz..tetapi sekrang ader org kata terlibat dengan pelaburan yg terlibat dgn perjudian..walwahuallam..tak tahu btul ke tidak..
Petronas- salah satu syarikat terbesar didunia...dan aku setuju dengan menajaan mega mereka seperti menaja F1 dan pasukan BMW dan pasukan Fiat Yamaha di moto GP..utk dilihat hebat , Petronas perlu menaja pasukan mega walaupun sesetengah melihatnya sebagai pembazir tetapi dr segi bisnes bagus..tapi sayang..Petronas susah utk menembusi pasaran luar dan di singapura pun tak ada Petronas...
Felda- satu projek yg bagi aku terbaik di msia..felda pertama di buka dekat bilut pahang...utk menbantu rakyat msia secara am..
PNB-syarikat ini menbantu rakyat melabur dengan bijak..dan mengenalkan Amanah Saham bumiputra khas utk bumiputra..antara dividen tertinggi di malaysia...
Tun M- kah kah..sory aku tak suka dia..ye betul ..Dia berjasa..tapi kerana dia melayu berpecah..pembaziran..habiskan duit rakyat menbantu kroni...banyak lagi...bayar pelobi yahudi utk jumpa Bush..dia nie talam...sory....antara keputusan yg disalah buat..memilih Pak Lah sebagai penganti dia...kalau kita halusi keputusan itu..ader tersirat..org politik katakan..
salam bro
sebenarnya.aku sangat bangga dengan malaysia.sejujurnya.aku sangat bangga dengan jalur gemilang.seikhlasnya.aku sangat bangga dengan lagu negaraku.sesungguhnya.aku bangga segalanya tentang malaysia.serius.
Antara 5 itu ader la 1 atau 2 yang memang lubuk duit untuk selamatkan kroni.
Di malaysia peniaga yang berkroni tak perlu fikir rugi sebab kerajaan akan support.
Bukan tidak boleh billout tapi kalau nampak nak jaga kroni saja memang tak boleh!
Memang benar..kelima2 benda ni ada yg mula menjunam jatuh. ada yg korupsi. ada yg duit hilang. ada yg salah pelaburan..
tp itu tetap tak menafikan bahawa kelima2 ini merupakan penyumbang kepada rakyat Malaysia.
even, setiap benda walau sebaik mana pun sistemnya, di akhirnya jika manusia itu korup dan teruk, memang akan berlaku masalah2 sebegitu..
Jgn lupa org taraf akademik mcm anda yg xlayak masuk mn2 IPT/Maktab dpt jejak kaki ke situ. Pikir la sket.
Apakah maksud Basuh Spender itu?
abang terer: entah..tak tahu la.. iklan kot..haha
Post a Comment