Friday, June 19, 2009

Perkara yang boleh dibanggakan tentang Malaysia

Bila kita membaca akhbar, membuka blog, mendengar radio dan menonton TV, fikiran kita akan terganggu tentang segala macam berita yang menyakitkan otak. Semuanya berkisar tentang negara kita, Malaysia. Semua benda rasa nak dikomen. Semua isu rasa nak dikupas. Mana yang boleh marah- kita marah. Mana yang boleh gelak- kita gelak. Mana yang boleh tibai-kita balun.

Kejap-kejap bising pasal Perak. Dah senyap pasal Perak, pasal PAS dan kerajaan pepaduan. Dah diam pasal PAS, pasal konsep 1Malaysia. Dah reda pasal 1Malaysia, pasal melayu dan Islam. Tak ckup dengan itu pasal sekolahlah, pasal Bahasa Inggerislah, pasal SPM dan biasiswalah. Kemudian kritik tentang perpaduan, tentang agama, tentang ekonomu- Semuanya isu-isu hangat dan negatif.

Mungkin ada benarnya kritikan dan pandangan kita. Dan itupun memang hak kita sebagai rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan. Tiada salahnya di sini. Yang salah bila hak bersuara ini dinafikan. Yang salah bila suara kita tidak didengari dan disenyapkan.

Berbalik pada is-isu tersebut, kita asyik-asyik mengkritik kerajaan. Kerajaan buat ini pun salah. Kerajaan tak buat itu pun salah. Seolah-oleh teruk sangat kerajaan ni. Dan secara tak langsung teruk juga negara Malaysia.

Basuh Baju- sebagai seorang remaja 19 tahun pun kadang-kadang rimas jugak. Yelah, kalau dah tiap-tiap hari baca benda-benda serius je, mau tak sakit otak. Mata pun dah kabur semacam asyik duduk depan laptop baca artikel.

Tiba-tiba hari ini tmbul satu persoalan. Persoalan ini timbul selepas sesak dengan isu-isu dan berita-berita negatif. Asyik-asyik cerita tentang masalah dan isu je, takkan kat Malaysia ni tak ada apa yang boleh dibanggakan langsung? Takkan tak ada satu pun kejayaan yang boleh kita eksyen kat negara luar? Mesti ada kan.

Siapa ada cerita positif? Siapa ada pandangan?


Mari kita berdiskusi dan berkongsi!

38 comments:

fahmi said...

salam.. hmm.. betul gak tu.. ari2 baca cerita itu ini, komen itu ini.. bosan gak kan.. hmm...

Msia berjaya anjurkan sukan2 berprestij seperti Sukan Komanwel, Sukan SEA, F1..

Msia berjaya hantar angkasawan ke ISS. walau negara lain yg lebih maju spt Australia pun x antor, kita dh antor dulu..

bina KLCC yg antara tertinggi di dunia di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

ade rakyat kita yg telah buat mcm2
seperti daki Everest, renangi Selat Inggeris, belayar keliling dunia, dan mcm2 lagi..
tu antara yg bermain di minda..

hmm lain2, Perak ade 2 MB x pernah berlaku kat tmpat lain...
kudos kpd rakyat Msia yg telah buat mcm2 utk banggakan nama Msia di mata dunia.. kerajaan kita bila pula? hehehe

Ikanbilis said...

Satu-satunya negara di garisan khatulistiwa yang ada undang-undang "wajib memasang lampu di waktu siang"


Yess.....malaysia boleh!

Ikanbilis said...

Ermmh....

Rusia yg dah beribu2 angkaswan hantar ke iss pon tank panggil bangsa diorg bangsa angkasa...kahkahkah



Aku Bangga....kahkahkah

Ikanbilis said...

TAHUKAH ANDA??

Malaysia adalah antara Negara yang Perdana Menterinya dipilih oleh 2000 orang?



Aku bangga!

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Perkara yang paling dibanggakan oleh Malaysia adalah mempunyai rakyat seperti aku.Sekian terima kasih.

Fiziy said...

benda ni mungkin aku berlarutan sepanjang mereka=media mampu. nanti kalau condemn BN leceh plak...

Anonymous said...

kita x bley lari dari mengkritik mereka..
mcm bende en. fahmi sebot..
di setiap kejayaan tersebot berlakunya penyelewengan, penindasan, pembodohan terhadap rakyat..
so, kenapa kita harus berbangga dgn bende tu suma?..

fahmi said...

bro Ikhtilaf, saya sebut bukan bermakna saya x tahu adenye kejadian2 seperti yg bro katakan... x bangga pun pade diri ini dengan benda2 ni, tp klu btul2 negara ini menjadi sifar kemiskinan, laksana undang2 hudud & qisas, barulah boleh bangga.. anyway, kerajaan buat semua bnde2 yg disebut kat komen saya terdahulu mungkin kebaikan, tp lebih banyak kisah2 sampingan seperti penindasan, penyelewengan & smokescreen berlaku... itu yg x betul tu, jadi, kita tegurlah mana yg silap..

Dari Jalan Kopi said...

yang bolih dibanggakan : nik aziz dah duku kepala bana nasa mat isa.

kahkahkah.

abu muaz said...

Maaf ya satu lagi kebanggaan malaysia tanahtumpahnya darahku...ialah.....jen,,jen ..jen...bumbung stadium runtuh baru diguna dalam tempoh 367 hari.

Shemmi said...

aku bangga sebab ada mesia ada gadis2 jelita seperti Rosmah..


hahaha...

Abang said...

1) Malaysia ada lagu Kebangsaan versi slow, march, dan rap?.

2) Setelah sekian lama merdeka dan bendera pun dah diberi nama Jalur Gemilang, tup2 baru nak tersedar, sapa yg design bendera Malaysia ni ek?

azhar said...

malaysia sebuah negara berideologi politik demokrasi..

mamai said...

aku bangga aku anak malaysia...
tapi aku tak tahu apa nak aku banggakan...ohhh mungkin aku boleh bangga pasal malaysia negara yang paling ramai raja kot...

Jay Harun said...

nicol david. tu je yg aku nampak.

hai said...

Aku bangga jadi anak Malaysia.Aku bangga bila ramai orang luar tau Malaysia itu wujud...cuma aku sedih..bila ada sebilangan rakyat Malaysia yang mencetuskan insiden dan memburukkan nama Malaysia.
Malaysia boleh dibanggakan bila tiada lagi amalan rasuah,sistem kehakiman yang adil dan saksama, dan agama ditegakkan supaya menjadi panduan kepada semua...(semua agama menjurus kepada kebaikan).

ayampinko said...

banyak la..cuma selalunyer owang tak nampak dan tak ambik peduli..
owang banyak nak sembang pasal yang buruk jer..KLCC still pegang bangunan kembar tertinggi di dunia..

Anonymous said...

yang boleh dibanggakan tuh sure ada, tapi kita fokus kepada benda2 yang boleh dilakukan untuk memanjukan mesia neh. supaya lebih banyak benda yang boleh dibanggakan oleh kita rakyat mesia.

Munirah said...

sinis betul komen2 yg ada kat sini. haha
ok.
aku bangga jadi rakyat malaysia bila aku pergi travel ke negara2 yang lg kureng dr malaysia. bile aku berada di tempat yg malaysia lg baik dr tempat tu, aku bangga. skejap je la.

aku bangga dgn malaysia bila aku tgk dokumentari yg national geography buat utk sultan MIzan masa die dipertabalkan jadi Agung. malaysia je negara yang amalkan sistem pemerintahan bergilir.

kepada tokey blog ni, soalan anda akan lebih terjawab bila anda pergi ke luar dari malaysia. buat penilaian sendiri. aku pun kutuk2 juga malaysia ni. tapi ada juga benda yang leh wat kte bangga. cume sikit je bende yg leh kte bangga, yang byk nye bende yg buat kte malu. haha
stadium runtuh. wat aku malu besar. buat stadium mcm wat pondok kawin2 je.

oh, masa aku kat egypt, rakyat jelata sana sume bangga dan agungkan mahathir. org tanya aku dari mana, aku ckp malaysia. terus ckp ' mahathir mabruk'. 'mahathir,good.. good.. VERY good'
aku tak tahu kenapa mahathir cukup fames kat sana dan dpt positive feedback. kalau kat malaysia ramai org benci dia. sape leh jwp soalan aku, please jawap. aku serius x tahu jwpn dia. ketuk pintu rumah (blog) aku utk bg jawapan.
terima kasih.

aserehe said...

malaysia ada PM yang boleh berkuasa tanpa pilihanraya presiden mcm US...bole berkuasa selama mana dia mau...

Anonymous said...

Polis kat Malaysia pakai C4...sebijik mcm dlm dvd citer Hollywood ooo...

Aku bangga...hahaha

- gOTh -

Anonymous said...

Aku bangga coz handphone Nokia E-71 aku lagi lama warranty dari Stadium Sultan Mizan

kah kah kah

- gOTh -

Unknown said...

Malaysia masih aman... tak percaya? mahu compare crlah mana2 negara lain... mst plg jauh pn Brunei je...

RABUN said...

AKU BANGGA BENDERA MALAYSIA ADA IRAS IRAS BENDERA AMERIKA,

LAGU NEGARAKU PON LAGU HAWAI Mamula Moon oleh Felix Mendhelson HERM,

ADA ISA, TAK BANYAK NEGARA YG AMALKAN ISA NI..BANGGA TAK?

banyak lagi ahh yg membagakan penat nak menaip

ahhh satu lagi

RAMAI PELUKSI KOMIK TAPI TAK DER KOMIK TEMPAT nak BEKARYA

KAT SINI AKU NAK KATA

PEMIMPIN MALAYSIA PALING TAK BERSENI KAT DALAM DUNIA NI HE HE

PROUD TO BE MALAYSIA

Cob Nobbler said...

Apa yang positif tentang Malaysia?

1.Negara yang mengisytiharkan 52 tahun merdeka tetapi rakyatnya terutama di Damanpitalis masih berbangga berbahasa penjajah.

2.Mempunyai 23 lebuhraya di pusat bandaraya Kuala Lumpur.Sedangkan New York cuma ada 8.

3.Mempunyai menara berkembar tertinggi di dunia(Taipei 101 dan Burj Dubai tak berkembar),tetapi hanya sebelah sahaja yang mempunyai pejabat.Yang lagi sebelah,kosong.

4.Mampu membina stadium pakai buang.(nota:Old Trafford berusia 93 tahun,Nou Camp berusia 52 tahun,Sultan Mizan tak sampai setahun).

5.Mempunyai sembilan orang raja.Sedangkan negara lain semua ada satu je.

Yeah,malaysia boleh,kan?

Anonymous said...

Malaysia ada tokoh revolusi ala² Che Guevara - Che Det

Giler ko...bangga siot
hahaha

- gOTh -

lalink7 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Walau siapa pun kita..tolong laaaa..jangan memperkecilkan Malaysia.. "(PERLI2 yang anda lontarkan (kpd sesiapa yang terasa)tak ubah seperti meludah ke langit)"..buruk Malaysia buruk la anda!!!!
kalau rasa tak sayang MALAYSIA..
YOU CAN GO OUTT NOWWWWWWWWWWWWWW!!~

-Orang Melayu rakyat Malaysia-

Danielle_Corleone said...

Inquilab Zindabad!

Anonymous said...

Dear Orang Melayu rakyat Malaysia,

Kite bukan memperkecilkan Malaysia...kenape kamu sgt sempit fikiran ? Anda masih in state of denial..ni la pikiran sesetengah org melayu skrg. Sedih la...

- gOTh -

syafiqa salim said...

Apa ada pada Malaysia ya???

Kalau nak tulis 30 page pun tak habis.

Aku suka orang2 di Malaysia.

Aku suka cuaca di MAlaysia.

Aku suka makanan Malaysia.

Aku suka tempat percutian kat Malaysia.

Aku suka bahasa Malaysia.

Aku suka semuanya kat Malaysia kecuali rasuah!!


p/s: ade lagi yg aku x suke sbenanye tapi SUKA aku melebihi TAK SUKA so ape2 yg SUKA je kita selalu ceritakan, yang TAK SUKA kite simpan diam2..haha, bole ke?

Basuh Baju said...

semua:

adoi ai, aku bukak blog aku dengan harapan akan dapat tau la apa benda yg boleh dibanggakan..

sekali semua komen sarkastik..haha
okeyla, itu pun boleh dibanggakan. walaupun bangga dari sisi lain..

Fahmi:

Sukan komanwel, F1, KLCC- ini semua bagi aku bukan boleh dibanggakan. tgk sajelah apa jadi kat stadium bukit jalil, litar sepang. lepas habis guna, senyap je.. :)

yg daki everest, selat inggeris tu- lagi aku tak bangga. apa motif buat begitu?

harumkan nama Malaysia? aku rasa sudah tiba masanya kita harumkan nama negara dnegan cara yg lagi bagus la. contohnya sistem pendidikan terbaik ke, sistem perundangan terbaik ke.. betul x? :)

Unknown said...

ouh basuh baju aku sgt bersetuju ngan kau.
aku x nampak langsung apa yg patut dibanggakan bila daki gunung everest, belayar keliling dunia.naik kapal terbang keliling dunia takde pn nak dibanggakan. =P

ya knape tak berusaha naikkan nama malaysia dlm sistem pendidikan?didik anak2 malaysia cintakan ilmu, pergi skolah bukan smata2 PERGI ke sekolah dan BALIK, bila budak2 malaysia pandai bijak cerdik nnt ada ke nak jadi mcm albert einstein al khawarizmi tu la yg betul2 boleh dibanggakan. btw skarang pn ada juga cerita anak2 malaysia yg berjaya globally, cuma media tak hebah2 sgt.yg seronok nk hebah bila siti nurhaliza dpt buat performance kat royal albert london yg dia sndiri kna bayar sbb bukan dijemput pn dan brp kerat je mat salleh tgk.

btw bila aku dah duduk kat negara luar ni, baru aku sedar kenapa org ckp weather d malaysia is very good. eventhough panas, tp mmg good sbb panas dan lembap SEPANJANG TAHUN.heh heh.ouh dan jika hidup di kampung, semangat tolong menolong sgt kuat (kalau di samping menolong tu tiada aksi umpat mengumpat.kehkeh)

Basuh Baju said...

ayampeeko, ateeqah amer: apa benda ye yg boleh dibanggakan? aku seryes nak tau..

Xpuasati said...

Apa yang gua bangga ngan malaysia? adalah kita still hidup aman damai.

yang lain?
i cant live with or without malaysia.

Datuk sms pergi angkasa tu yang buat aku nak tergelak salah satu fakta dia adalah sebab nak kaji pemakanan kuih raya kat atas sana termasuk cip tempe.

Anak-anak malaysia sudah setanding ngan orang barat termasuk pembuatan filem2 blue dgn menggunakan camera hand set jer..

Filem paling box office kat malaysia ni adalah jangan pandang belakang yang merangkumi aspek jangan pandang barat.

Sukan Malaysia yang paling maju dan jayanya kalo kita ketengahkan permainan batu seremban dan congkak ke peringkat olimpik.

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

hidup tak meriah kalau takleh komen.
apa2pon mesti maw komen.
cuma bezanya komen saja atau komen dan bertindak.



haha
rasanya manusia ni jenis xbosan mengomen..

Abang said...

Bab2 pencapaian mcm daki Everest, aku x rasa perlu digah secara nasional, live dlm TV plak tu.. org kudung pun dah pernah daki beb, kita dah terlambat, daki je senyap2, x perlu la sampai satu negara nak berpesta... apapun bagus la ada org Malaysia pernah sampai puncak... cuma terkilan jgk pendaki Melayu time2 nak sampai puncak cirit-birit sbb mkn sardin.. so Indian yg sampai dulu..


Bab2 belayar keliling dunia? Ini cerita org jahiliah bagi aku. Kalo yg belayar tu non-muslim, x apalah. Ini Muslim, so solat etc buat mcm mn tgh laut ganas tu? Kalo time darurat x apa la, tp ini sengaja cari susah demi nama. Boleh ke dr segi syarak? Rasa mcm x boleh je..



Xpuasati:

Logik sgguh ko punya komen..

Anonymous said...

Aku bannge dengan kemampuan tentera Malaysia yang slamatkan askar Amerika dalam tragedi "Black Hawk Down"