Thursday, June 18, 2009

Apa itu politik?


Politik tidak berat, tidak serius dan tidak menakutkan....

Bila kita bercakap mengenai politik, begitu ramai yang salah faham. Politik dianggap sesuatu yang 'berat' dan menyusahkan. Malah ada pula golongan yang membencinya. Kata mereka politik itu kotor dan jijik. Golongan ini akan cepat-cepat menutup telinga dan tersenyum sinis bila topik politik dibuka. Sebenarnya perkara ini berlaku disebabkan kegagalan mereka dalam memahami apa sebenarnya politik.

Satu peringatan: politik bukan sekadar Barisan Nasional. Politik tidak terhad kepada Pakatan Rakyat semata-mata. Politik tidak berlingkar di antara UMNO, PAS, DAP dan PKR sahaja. Politik lebih daripada itu. Politik ialah kehidupan seharian kita. Suka atau tidak- hidup kita sentiasa dikelilingi oleh politik. Tidak percaya?

Pergi ke tempat kerja dan belajar, sila perhatikan apa yang berlaku. Semuanya bersaing untuk mendapatkan sesuatu. Kalau di tempat kerja, benda yang selalu direbut ialah jawatan dan kuasa. Kalau di tempat belajar selalunya markah dan gred yang dikejar. Untuk mendapat perkara ini, macam-macam benda yang sanggup dilakukan. Hal ini timbul kerana adanya persaingan. Persaingan memaksa manusia untuk melakukan apa sahaja untuk terus kekal.

Sebab itu kita selalu mendengar ada pelajar mengipas pensyarah, ada pekerja membodek taukey dan ada orang mencucuk orang lain. Tangan menghulur-hulur, mulut bermanis-manis, muka tersengih-sengih, dalam hati- ada maksud.

Sebab itu ada kes kawan tikam belakang, ada kes kawan pijak kawan, dan ada kes kawan makan kawan. Di depan kita baik, di belakang kita taik. Di depan kita bercakap indah, di belakang kita bercakap padah.

Sebab itu ada orang mencipta pengaruh. Pengaruh dibina dengan berkenalan dengan orang-orang tertentu. Pengaruh juga datang dengan mewujudkan persepsi. Semuanya dilakukan bukan kerana hobi atau suka-suka sebaliknya untuk mencapai matlamat iaitu mendapat sesuatu. Bukankah tujuan berpolitik untuk mendapatkan sesuatu? Bukankah politik berkaitan persepsi dan pengaruh?

Noktah sebentar. Memahami konteks politik di dalam kehidupan adalah penting. Ini kerana daripada kesedaran yang timbul barulah kita dapat membebaskan pemikiran kita. Pemikiran yang bebas-yang tidak membenci politik- barulah dapat melahirkan rakyat yang lebih peka terhadap apa yang berlaku di negara kita. Dan inilah yang sedang menjadi persoalan: Adakah rakyat Malaysia benar-benar peduli tentang apa yang berlaku di Malaysia?


Sudah faham apa itu politik? Masih membenci politik?

24 comments:

Ichit Nyelang said...

100% Correctx3.. Politic = part of our live & our future.

Ikanbilis said...

politik x salah..politik taksub giler babi yg salah..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

politik...hahahahahaha....idup dan politik tak bleh dipisahkan..

Shemmi said...

hidup ini satu politik

Dari Jalan Kopi said...

kahkahkah. ramai juga terutama awek yang gerek dan cun lagi bergetah bila bukak topik politik semua lari lintang pukang.

kebanyakan rakyat kita maseh belum dapat merasakan politik itu penting. tetapi bila minyak dinaikkan mereka akan marah2 dan buat muka garang.

apa cerit???

DilOt said...

ye meh..politik xsalah..tp yg salah gune..atau yg terlalu taksub tu yg membuatkan org tersalah pandang ttg istilah politik..

mamai said...

politik berada dimana dalam kehidupan seharian kita...kalau kat office dipangil office politik...
dan cepat naik pangkat boleh jadi talam dua muka atau sokong yang mana kuat...

dalam business pun ada politik..

dalam rumah pun ada politik....

oleh kerana politik ini selalunya dirujuk sebagai benda yang tak baik maka ia jadi satu culture..

azhar said...

Berpolitik mesti ada kepentingan yang dikejar..tak kira tersurat atau tersirat..baik atau buruk..

abu muaz said...

Maaf saya tak suka atau campur politik.Ramai yang berkata begitu..tak kira dari jenis tak sekolahnya atau para profesionalke..kononnya tak suka berpolitik.Tapi mereka sebenarnya hidup dalam suasana berpolitik....susah kerana mereka kononnya berfikiran politik suku kehidupan suku.Jangan jadi tiga suku.

Anonymous said...

Politik = Live
Live = Politik

Politics is the process by which groups of people make decisions. Max Weber defined politics as the struggle for power.

- gOTh -

remaja_syg_malaysia said...

politik di malaysia mnentukan hala tuju msa depan negara. klu rkyat tanak amik kesah.., jgn mnanges klua air mata darah bile stu hari nnt org luar yg mnguasai politik negara kita. x mustahil!


lemah sesuatu negara itu apabila msyrkt tdk bersatu padu dan x abes2 asyik mncari titik perbezaan.


pelajar dan msyrkt tidak perlu bljar sejarah. tapi...,mereka WAJIB mempelajrinya.

Cob Nobbler said...

Politik dalam bahasa Greek bermaksud "ilmu bermasyarakat".

Orang yang benci politik ni orang yang benci untuk bermasyarakat ke?

fahmi said...

salam.. politik= proses membuat keputusan oleh sekumpulan manusia.. ini dpt dr wikipedia..
tujuannya baik, utk kebaikan semua, tp kalau niat orang berpolitik tu tak baik, maka, x baikla yg semua orang akan dapat.
tak semua orang minat dengar politik sebab dorang malas nk dengar cerita2 ahli2 politik, pasal pada dorang, ahli2 politik ni cakap je lebih..
ala, dlm2 member2 aku, adela 2-3 orang je minat dr 10 orang..
dan yg sedihnya, ramai tu orang Melayu Islam kita yg x minat politik.. lagi syok pi buat mende2 lain... patut dorang sedor yg setiap keputusan dlm politik sama ade dari BN mahupun PR akan beri kesan dlm hidup smua rakyat.. ala, kita nk dpt sesuatu dlm idup pun kena berpolitik.. tp dgn org2 yg kita kenal.. nk mintak tolong kna mulut manis.. nk kahwin pun kne mulut manis.. hehehe..
klu x manis, cmne nk dpt kan?? hahaha

fahmi said...

mmg ramai senyum sinis bila aku sembang2 politik.. anggap diri ini poyo... huhuhu, ade aku kesah?? janji aku x ketinggalan isu2 penting negara ini.. pasal aku negara aku

ayampinko said...

politik tu sebenarnyer besh..
sebab kat situ dalam cara tak langsung nko boleh mengkaji manusia..
pergh macam ketua pemua da..

Basuh Baju said...

semua: nak tak nak, kita perlu tahu apa yg terjadi di dalam negara kita. itulah perkara plg penting yg perlu dilakukan oleh setiap warga.

bila dah ada kesedaran, barulah kita boleh ada idealisme. kita akan mempunyai idea tentang sesuautu isu tersebut kerana kita sudah ada kefahaman yg mendalam.

tp kita jgn jadi org yg mabuk dgn candu politik ini. kita tahu politik bukan sebab kita nak sokong itu sokong ini. kita nak tahu politik agar kita tidak diperbodohkan oleh ahli2 politik dan permainannya..

setuju? :)

Basuh Baju said...

fahmi: rilek je. pedulikan apa yg mereka kata. teruskan mengambil tahu. :)

Basuh Baju menyokong anda!

fadzil hafiz said...

kita sebagai warga perlu ambil tahu berkenaan politik.pendek kata ambil endah tentang apa yg berlaku di negara kita.ini melibatkan nasib agama, bangsa dan negara...

syafiqa salim said...

actually i HATE politicSSS..
but maybe because I dont really understand what is politics..

awk telah bg saye gambaran bhw politik is a part of our life. So, nak tak nak saye terpakse terima kewujudan POLITIK!!!

Shahrul Tanaka said...

politik is polis itik? :P

Amermeftah said...

Basuh Baju, aku setuju dengan kamu! Ramai org yg tak sedar ini. Aku cukup benci dengan sikap org muda-mudi yang benci pulitik. Aku cukup benci dengan sikap org-org yg nak sgt jadi neutral kunun-kunun kool.

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

politik itu kotor dan jijik?
ku tak sangka ada berpandangan begitu..


sejarah membuktikan ISLAM pernah menguasai dua pertiga dunia..
penguasaan terhadap negara2 dan penaklukan kota2nya.
bukankah ini menunjukkan bahawa ISLAM itu sendiri berkembang melalui politik?

Amermeftah said...

Tapi satu mau ingat, jgn sampai jadi political animal.

Basuh Baju said...

Kita perlu tahu tentang politik. kerana ianya melibatkan hidup kita. hidup anak-anak kita. hidup kawan2 kita..

Ini semua penting agar kita tak terus diperbodohkan oleh ahli politik..

Yg penting jangan jadi mangsa percaturan poltiik mereka..