Tokoh Agama Seru Pulihkan Mak Nyah- Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 16 Jun - Tokoh-tokoh agama dan pendidik hari ini menyeru semua pihak berpadu tenaga membantu golongan 'mak nyah' kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki normal.
KUALA LUMPUR 16 Jun - Tokoh-tokoh agama dan pendidik hari ini menyeru semua pihak berpadu tenaga membantu golongan 'mak nyah' kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki normal.
Mereka berkata, golongan tersebut tidak boleh dibiarkan hidup dalam 'kelompok sendiri' kerana dikhuatiri mengakibatkan masalah sosial lain termasuk seks bebas yang merosakkan bangsa dan negara.
Basuh Baju mengajak para pelayar memberikan pandangan mengenai isu ini. Macam biasa, selepas berdiskusi, Basuh Baju akan memberikan pandangannya pula. (mungkinlah sebab Basuh Baju tidak ada pengetahuan sangat tentang isu ini.hehe)
Selamat Berdiskusi!
79 comments:
Ni pandangan aku.
LBGT(Lesbian,Bi-Sexual,Gay and Transexual) pada aku,adalah diri mereka sendiri.Kita sering berfikir yang kita ni betul,yang majoriti je boleh decide,yang tak majoriti tak boleh.
Bercakap tentang fitrah alam,aku teringat kata-kata member aku dulu,"God create Adam and Eve not Adam with Steve".Memang betul.Tapi Tuhan cipta Nabi Adam tu bangsa apa?
Dia bangsa manusia.Bani Adam.Tapi manusia ni,entah,suka sangat berpecah.Ada nak ikut situ ada yang nak ikut sini.
Ada yang rasa diri lebih holier than thou dari yang lain,katanya menegur tapi lebih nak mengharamkan.Yang mana tak nak ikut,panggil dia jahat,songsang,anasir,tak baik.
Jadi siapa kita sebenarnya nak decide moraliti orang?
Mak nyah,lelaki lembut dan pondan ada hak mereka untuk teruskan hidup mereka.Kalau nko nak cakap ini tak betul,jadi apa yang betul?
Orang dalam agama pun sibuk berkonflik,siapa yang kita nak ikut?
Jangan jadi prajudis.
Tuan Rumah...
lapang kan fikiran kita..renung sedalam2 diluar lingkung fikiran kita...
dari sudut sains (betulkan kalo aku salah) kalau dah hormon perempuan - estrogen lebih dari hormon lelaki-testosteron (penggemar kepak ayam terutamanya)..nak di betul kan macam mana? reverse hormone?
Dari sudut keluarga..
kalo dah sorang je lelaki dibesarkan da dalam family yg semua perempuan (kakak2..adik).menyolek macam perempuan..perspektif hidop macam perempuan..handle masalah emosi macam perempuan..postur duduk macam perempuan..macam mana nak di betulkan?? 20 tahun beb hidup macam tu...
Dari sudut agama..?
dah sah2 diorg anti giler dgn puak2 agama...i rest my case..
pada pendapat aku...kalau nak di bandingkan nyah dgn Gay,,gay lagi bahaya..nyah senang2 kita boleh detect..Gay?? kwn baik kita gay pon kita x tau kalau dia x bukak cerita...
Cara atasi..?
cukup2 la media hina diorg..kalo nak katakan seks bebas..org biasa (straight) pon buat sex bebas..living together..
2. masyarakat /media serang diorg sbb diorg golongan yang paling lemah dalam society (mcm ayat TT jer..kahkahkah)..kalo lah Nyah2 nie semua multi millionaire..berani media hina???blom tentu kn...
sekian wat masa ni..
~ wa straight...tp wa open minded..timer kasih sbb x meragui sexuality wa..kahkahkah
mak nyah dan lelaki lembut...tak sama kn???
Dah itu memang fitrah mereka, cuma jgn smpai diorang buat benda2 haram...(ex:tuka jantina, jd hamba sex..)
rakyat kita masih ade StiGmA terhadap golongan mcm ni...patotnye kite bimbing mereka, bukan pulaukan mereka.
begini sajalah.
kalau kita tengok, kaum-kaum begini, adalah kaum nabi Luth. mereka ini jenis manusia, yang cuba melawan ketentuan Tuhan, terlampau menurutkan hawa nafsu, dan cuba mencipta fitrah sendiri.
ya, memang mereka ada perasaan dan naluri sendiri. tapi ambil iktibarlah apa yang terjadi pada kaum nabi Luth itu. takkanlah nak tunggu bumi malaysia diterbalikkan baru mau sedar? janganlah terlampau ikutkan hati dan perasaan.
ingat Allah saja-saja cipta manusia?
ni smaua ats dri sndri...
kalo da d'jdikan lembut kte xbleh nk hlang ni smua..
ni smua kuase ALLAH,sape kte nk hina or maki...sah2 la dpt dosa...
tp kdang2 mmg r perbuatan dieorg yg menjual "sEx" ni d'anggap hina,sbb dlm Islam da mmg sah2 bnde ni hram....
so ape kate kite ni sbgai mnusia yg sempuran ni bg pluang pekerjaan yg halal wat dieorg ni,bg pluang kt dieorg bkn hina dieorg...sape yg nk lahir jd cmtu....
Straight but not narrow.
:)
tapi..ada 1 hamba yang gua kenal ni...punyalah jantan..badan sedap-sedap, suara macho, main ragbi...entah macam mana tahun berikutnya tup-tup dah jadik bapok.
macam mana ni?
Kasi je dia kahwin.. dah tentu jadi lelaki
hahaha! jo...itu sume pengaruh la tu..
tapi aku paling tensen bila ada bapok yg agak2 tua dari aku tanya aku arah jalan atau dia berniaga. aku tak tau nak address dia sebagai apa, abang ke kakak ke..serba salah aku dibuatnya.
apa yg aku dapat simpulkan dari sini adalah:
1) kita semua jgn nak asyik menyalahkan tanpa menyelesaikan.
Kita dok asyik kutuk, hina, perli golongan2 ni tapi kita tak pernah nak bantu dan memahami mereka.kan?
2) kita kena mengenali sebelum menjatuhkan hukuman.
bila kita tak kenal, kita akan prejudis terhadap mereka.
bila prejudis, itu yg kita asyik nak attack mereka je. kan?
3) apapun, bagi aku matlamat tidak menghalalkan cara.
ya, memang benar golongan2 ini ada kekurangannya. tetapi kita tak boleh simpati semata2 terhadap mereka dgn berkata 'ah, biarlah. hak mereka nak hidup.'
kita perlu ubah persepsi dan mentaliti kita.
di akhirnya kita kena anggap mereka memerlukan pertolongan. sbg masyarakat yg baik ,kita kena terima perbezaan yg wujud. Kita terima bukan cara mengharamkan mereka sebaliknya mengenali mereka terlebih dahulu..
ada je lelaki lembut yg baik2. (aku kenal masa debat kot. :) )
so, cmne?
ps: Komen nami dan ikanbilis sgt dihargai. :)
Xkisah selagi xkaco hidup aku.
kalau sesiapa kacau hidup- tak kesah pondan atau tidak- kita mesti marah. kan? :)
awww!...tak rela mak!
api: betul tu. kita nak kritik lebih2 karang, macam salahkan tuhan pulak kan?
pasal jual 'sex' ni. aku rasa ni bukan pondan je. ada je laki normal dan perempuan normal yg jual jgk.
ada yg jual sbb nak duit senang. ada yg jual sbb susah dpt duit nak hidup. tapi matlamat tetap tak menghalalkan cara..
syafiqa: hmmm.. ada je lelaki lebut yg ok kan. kdg2 perempuan suka apa kawan dgn mereka. best gak sembang2 dgn diorang.
dan yg plg haru skali- aku tgk ada apa geng2 ni yg taat pada agama. yela, wlpn diorang begini, tp diorang lg bgs dari org yg asyik dok mengutuk mereka tu..
so, kesimpulannya, kita kena menilai orang dari segi perbuatannya bukan perwatakannya.. :)
shemmi: nape tak rela? bukan suruh kau kahwin pon.haha
penagihayam:aku rasa aku terkeliru antara gay dan lelaki lembut.
yg kau maksudkan ialah gay kan?
tak semua gay adalah lelaki lembut dan pondan.
:)
Aku tertariklah kat pandangan ikan bilis dan nami..
kita semua suka membuli yang lemah kan?
dlm hal ni, golongan2 ini adalah lemah.
kenapa mereka lemah? kerana mereka minoriti.
kita yg majoriti ni suka sgt menekan yg minoriti.
........................
kita dibesarkan dengan kepercayaan yg lelaki lembut, pondan dan maknyah ini tak boleh dan salah. pandangan kita dikuatkan lagi dengan ajaran agama..
so bila ada org yg terjerumus kpd golongan ini, kita pun terlalu cepat menyalahkan mereka tanpa kita lihat terhadap puncanya..
yg kita lihat ialah kesan..puncanya ada pelbagai.
boleh jadi golongan2 ini muncul kerana salah kita.
ya, salah kita kerana asyik menekan dan menindas mereka..
ya, salah kita kerana memikirkan hukuman bukan penyelesaian..
ya, salah kita kerana tidak pernah mengenal mereka sebaliknya prejudis...
agak2nya kalau golongan2 ini memperjuangkan nasib orang miskin, apa pandangan kita ye?
agak2nya kalau golongan2 ini memegang syarikat2 yg kaya raya, apa pandangan kita ye? silap2 sanggup menyembah mintak biasiswa dan kerja kan?
agak2nya kalau golongan2 ini mempunyai pemikiran yang hebat, adakah kerana perwatakannya kita menolak pandangan itu?
fikir2kan.. (aku rasa kat sini je la aku tulis komen aku) hahaha
ianya hanyalah isu berbangkit yg sering diulang-ulang oleh media dan ahli politik.
mereka banyak memberi pendapat secara langsung di suratkabar dan TV,tapi KEBANYAKKANNYA tidak mengambil tindakan dibelakang media.
Habis buat statement,mereka lupa.
Banyak hal di Malaysia boleh diselesaikan JIKA ada ENFORCEMENT.Undang2 dah ada,tindakan tiada...mana nak jalan.
jadi satu hal,atau kecoh satu2 hal..semua tampil bagi pendapat.
Selepas 2 minggu..senyap.
Itu style malaysia. Apa kita nak buat?
terima kasih.
Ji or ji: ada ke undang2 utk atasi golongan ini? (maaf, aku memang tak tahu) huhu
sama2.. :)
BB, Nami...
Salah KBSM kot..suka rendah2 kn org...
~ yg mana pki tshirt lengan panjang..kot.kemeja tie..baju batik kena pandang tinggi..
mat rempit..mat dadah..penagih..bekas banduan kena hina..
basuh baju,
maaf kalau aku mungkin tersilap.tapi aku komen berdasarkan tajuk entri ni.
pada aku mereka keliru. mereka tak tau apa yang mereka maukan sebenarnya. oklah, kalau dah memang berjiwa perempuan, itu memang tak boleh buat apalah.
tak salah bagi aku kalau nak berjiwa perempuan, cuma jangan melampaui batas, perempuan juga, tak salah berjiwa lelaki, tapi adalah tempatnya. jgn sampai penampilan semua bertukar ikut jiwa yang dibawa. kalau macam itu susahlah.
jiwa lelaki perempuan ini perlu ditonjolkan ikut keadaan, bukan ikut perasaan. dan bukan berubah terus.
yang pentingnya, bersyukurlah diciptakan sempurna. bukan cuba menyempurnakan kepuasan hati ikut kehendak sendiri, dan menidakkan ketentuan Tuhan. Tuhan tak ciptakan setiap sesuatu itu dengan sia2.
dan golongan2 ini tak mustahil boleh dibetulkan, kalau mereka nak.
maaf kalau ada yang tak puas hati. ini pandangan jujur dari aku.
penagihayam: eh, rilek la beb.
ini ruang diskusi. kita bersetuju utk menerima perbezaan pendapat :)
betul jg apa kau ckp.
kalau dah dilahirkan lelaki- jgnla nak jadi perempuan.
kalau dah perempuan- jgn nak jadi lelaki.
(jom makan ayam!)
gee setuju dgn penagihayamgoreng..jgn suka sgt mkn ayam bnyk kolestrol tau..hehehe..tp kan berkwn dgn diorg ni ada gak bestnya sbb diaorg ni tak suka kutuk hal org lain..bawa hal sendiri je..
lebai-lebai ni tak nak tarbiyah ke yang curi balak, saham, harta rakyat, buat staidum runtuh...
kahkahkah.
sila perhatikan. mereka hanya berani nak tarbiyah warga yang tidak ada kuasa. maknyah pondan dan lelaki lebut juga mat rempit tak ada kuasa melawan.
ada berani tanya mana pergi balasubramaniam?
kahkahkah.
Darijalan kopi: Bala tu bukan lelaki lembut kan? haha
kahkahkah. bukan. kahkahkah.
salam.. seronok baca perbincangan semua ttg ni.. mgkin betul yg KBSM akibatkan sebilangan besar dr kita terlibat sama utk pulaukan dorang.. pasal yg memulau ramai, tu pasal dorang yg sikit terus kne pulau... patut kita baek, layan mcm bese.. kite bimbing, bagi ilmu.. tp jgn la prejudis, paksa2.. bile dorang ade ilmu, itu terpulang la kat dorang utk pilih mana yg elok pada pandangan dorang... tgjwb kita sbg saudara seIslam pun dh dijalankan..selagi trus prejudis, selagi tu kita xkan maju..
p/s: bro, ade je undang2 utk atasi masalah ni, tp tu klu berlaku seks luar tabie.. tp klu yg aktiviti2 ni, rasanya xde.. nape x dibuat Hudud & Qisas.. undang2 Allah pasti ade penyelesaian yg adil tiap2 masalah.. ikut sekular nape..
dalam agama cuma ada khunsa...iaitu mereka yang berkemaluan lebih ke wanita tetapi dalam islam khunsa mesti di bin kan bukan di bintikan...apa yang aku belajar dari ustaz aku dan juga arwah ayah aku...
dalam islam juga haram bagi sesorang lelaki menyerupai perempuan dan perempuan meyerupai lelaki itu jelas...
tiada istilah lelaki lembut pada aku sebenarnya...dalam sain juga hanya menyatakan hanya ada dua kromosom xx dan yy dan selalunya komosom lelaki tu lebih bersifat dominan...
maaf kepada nami: allah jadikan adam asalnya tiada berbangsa...ianya cuma manusia biasa yang di jadikan dari tanah..
dan jadi sifat manusia itu mempunyai nafsu....nafsu ini yang menjadikan kita berbagai-bagai sesungguhnya antara syaitan dan nafsu itu maka nafsu itu lebih sukar untuk dikalahkan....hatta seorang alim jua tewas pada nafsu...
nak mempertulkan mak nyah atau lelaki lembut atau pondan ini bukan hanya kerja ulama ajer tapi kita semua...
kalau kita yang membenarkan perkara ini berlaku maka ia akan berlaku...Tuhan dah beri kita akal yang jauh lebih tinggi dari segala-galanya cuma kita yang tak tahu menggunakanya atau tersalah guna...
halal dan haram itu jelas sesungguhnya dalam islam ini mudah cuma kita yang meyusahkanya...sama kita nak atau tidak itu sahaja...
kadang-kadang tu salah mak bapa juga jahil tidak tahu nak mempertulkanya.....
maaf tuan tanah aku membebel panjang pulak angap ini sebagai sampah ajer yer nanti kau sapu sendirilah yer...
aku pernah jumpa pondan yang waktu malam melaram tapi siang hari kerja buruh binaan, Gagah woiiii,,, dia angkat simen
teringat lah pulak kat cerite SUTUN. tapi aku setuju je kalau ade puak yg sudi membimbing golongan ni. mana tahu dari situ datangnya Hidayah-NYA.
belum cuba belum tahu. ada je setengah golongan ni perlukan bimbingan.mungkin malu atau rendah diri.
jujur aku ckp, aku leh terima kalau mmg dah fitrah dia ada sifat lembut gitu2. tapi kalao dah sampai ke adjust ni adjust smpai maknyah. aku x rasa tu fitrah. tu nafsu lah nyah!
Mamai: komen anda bukan sampah malah sgt berguna dan membantu.
Di akhirnya kita melihat pemikiran kita perlu berlandaskan fitrah manusia yg memerlukan rujukan. Dan bagi aku rujukan kita semua yg beragama Islam ialah ajaran Islam.
mungkin ada garisan antara kebebasan menjalani kehidupan dan limit seseorang individu itu..
Cik bulan:
hmm... kalau dah fitrah tak pe. Kalau dah lebih itu nafsu.. ada benar jgk. tapi bgmana nak tau itu fitrah dan itu nafsu ye? :)
aku kesa sgt psl lelaki lmbot ni tapi yg maknyah ni mmg buat aku saket ati...
da la nk tuka alat sulit..
lepas 2 pe jadah lak nk kaco aku ngah beli seluar bundle kat chowkit?
celake!!!
Gua mcm tertarik plak nak komen..selama ni asik membaca je..
Maafla kalo bahasa kureng sikit ye cikgu..Al-maklum gua ni golongan kutue-kutue rayau
Mende ni bkn masalah yang terhasil dalam 1 hari punya hidup.
Ni semua kesan pembangunan sosioekonomi, modul pendidikan, penerapan nilai-nilai murni, taraf hidup rakyat, peluang pekerjaan, kemantapan iman, serta masalah penguatkuasaan undang2
Mari gua kupas selai2 dalam 1 napas.
Modul pendidikan yg lepas2 ni agak sekular di mana agama dan pelajaran teras terpisah tatkala lepas tgktn 5. Penekanan yg diberikan oleh guru2 lebih kepada berjaya menjawab soalan dan bukan menghayati ilmu.
Lepas tgktn 5, masuk u ke matriks ke apa ke, subjek2 yg diambil akan difokuskan berdasarakan filosopi barat serta didedahkan kepada sarjana barat.Disisni pendidikan mulai sekular.Apabila agama dipisahkan dr kehidupan, maka ia memberi kesan kepada iman.Maka tidak hairanlah kalu lu boleh jumpa lesbian, dan bapuk kat universiti..Ni semua jnis bapuk2 terpelajar tinggi sikit la kelas die dr yg kat cokit tu kot..wa agak je..wa xpenah langgan..sumpah beb!!!
Dari aspek sosioeko dan taraf hidup rakyat, lu tgk sendiri rumah2 flat yg dibina ada bape bilik? Aah 3 bilik betol tu.1 bilik air, 2 bilik tdo. Dalam Islam kalu, disyorkan 3 bilik tdo. Supaya dpt diasingkan bilik ank lelaki, perempuan dan bonda+ayahanda. Masalah yg timbul skang ni sbbb ni la...tdo campur2, xde had batas antara laki pmpuan.
Lepas tu, kerajaan gagal menangani kebanjiran tenaga kerja asong..Abis semua sektor kene bolot. Ape lagi kerja yg boleh dapat duit cepat? Xkan nak buat cni, hai o dan MLM len?Lambat bro nak pasang kaki...Apalagi jual bontot suda lagi efisen.
Dari segi penguatkuasaan undang2, wa rasa undang2 setiap negeri dah ada bawah peruntukan majlis agama dan PBT... Cuma nisbah kadar jenayah dgn pemantauan agak jauh.Lu bayangkan staff jabatan agama ada brapa org je?Kalu nak serbu pon plg kuat 20 org je 1 trak...Hari ni tangkap, esok lepas...
Kalu gua jadi Pi Em, wa nak ubah dasar pendidkan negara. Kasi terap nilai Islam tu betol2..Kasi mantap Iman. Iman dah mantap kalu, campak la kat mnana pun, Insyaallah selagi ade Iman tu, dia akn jaga lu dr maksiat.
Kalau wa jadi Pi Em, wa akn usaha carikan kerja yg sesuai utk jnis yang merempat ni. Dorg ni dah mcm kutu gak cuma jnis kutu yg reti cr mkn sendiri. Bkn jnis yg sihat minta sedekah kat masjid negara tu. Kira dah elok la tu dorg ade inisitif cari duit cuma cara die salah.Pada masa yg sama semua pihak termasuk gua kene sokong la golongan ni untuk mereka berubah.
Lepas wa dah jd PI Em,kalu wa jadi PI Em lagi, wa akn sediakan rumah khas yg diselenggara dgn baik utk mereka ni.Letak sorg guru agama kasi tarbiyah ke, tazkirah ke ceramah ke (ceramah politik pon boleh..ahaha) supaya gol. ni, sedar, insaf dan bertaubat. Bkn senang nak ubh org ni dlm sehari...So, gol. yg dah terlajak ni, kita kasi repair, yg masih putih tu kita bentuk ikut acuan Islam.
Pada pendapat yg mengatakan "itu adlah hak mereka","mereka punya pasallah selagi xganggu idup aku"," biarla dia", "lu macam bagus2 je ngata org" pada gua itu pendapat yang kurang bernas.
Kerana kita hidup sebagai seorang Islam ada panduan. Kalu lu biar je mende ni berleluasa, silap2 mende ni jangkit kat anak lu amacam? Kalaulah lu dapat cegah mende ni sudah tentu maslah sosial dpt dielakkan dan tenaga kerja gol. ni dapat dimanfaatkan untuk agama dan negara Insyaallah.
Lepas tu produksi2 yang cari makan tu xpayah la nak hasilkan cite2 gedik ni. Dak2 Uitm pon sama.Jnis fakulti seni ke apentah yg suka bikin cite pendek tu. Macam bagus2 je objektif penghasilan cite: memberi pendedahan kepada masyarakat tentang realiti kehidupan pondan.Justifikasi: memahami dan menyelami hati seorang pondan. Nilai; untuk dijadikan iktibar dan pengajaran..Palotak....Sudah2 lah mensensasikan agenda barat ni.Wa risau tgk industri filem tanah air ni..Dikit demi dikit pengaruh barat ni menular melalui media.Human rights katanya.G mam....
Sampai disini saja bebelan seorang kutu.
Wassalam
nie ape kes cite gay, bapok nie?..
sape kene toron?..
'kak' saiful bukhari mne pegi?..
mengalah n sabar x bererti kalah.
bagi saye.., beri mereka pluang.., tp perlu ade ketegasan dan unsur2 membimbing ke jln yg benar.
mereka tetap mnusia yg Allah ciptakan seperti kita. mereka sebangsa kita. sayangi bangsa kita. ubah mereka dgn hikmah dan bijaksana. :)
Mamai:
Kadang-kadang memang ada terfikir kat akal insani,fikir kenapa si lelaki nak memperempuankan diri,yang si perempuan nak melelakikan diri.Semua dah jadi lumrah Tuhan,yang lelaki dan yang perempuan.
Tapi,kenapa harus meminggirkan mereka?Kenapa kita harus buli mereka?
Yang aku tentang adalah diskrimikasi,stigma,prajudis.Sebab walaupun aku straight,tapi aku bukan homophobic.
Yang aku faham,ialah mereka sebenarnya sudah dipinggirkan oleh stigma masyarakat.Kita selalu dengar itu jahat,ini jahat tapi kita ni baik sangat ke?
Yakinlah dosa dan pahala kita ditentukan Tuhan,bukan orang-orang di Jabatan Agama.
Sedangkan pelacur pun bagi air kat anjing Allah dah janjikan syurga,kita ni macam mana la agaknya?
Kalau kita complete solat 5 waktu tak tinggal,puasa tak tinggal,zakat tak miss dan pergi haji complete,tapi kalau dalam hati kita ada satu sifat,sifat prajudis,holier than thou,nko rasa2 dia masuk syurga tak?
Orang masuk syurga bukan kerana amalannya,tapi sebab kasih sifat Ar-rahman Allah tu.
Kalau si pondan atau lelaki lembut ni sepanjang hidupnya membantu orang,sedangkan manusia yang complete solatnya tu asyik mengutuk dan mengkritik dan menghina orang sambil tunjukkan dirinya yang paling alim,nko rasa macam mana?
Agama bukan elemen untuk kita menunjuk2.
Cuba fahami diri mereka,kenapa mereka jadi macam tu.
Mungkin pengalaman aku jadi Pembimbing Rakan Sebaya dan selalu berkongsi problem dengan orang boleh buat aku analisis kenapa dorang jadi macam tu.
Dorang jadi macam tu sebab dorang dipinggirkan masyarakat.Jadi mereka buat kaum sendiri.
Itu jer.
setelah simbang2 minum kupi dgn prof. Goblok biasa-biasa aja d fakultas sembang kosong, inilah penjalasan beliauu...
"cengginilah. suma ni buang masa ajaa. smua pihak sensasikn hal brengsekk ni, senyap kmudian sensasikn balik. d forum2 & blog2 berlammbaak nak mamposs!!!" katanya dgn marah ala2 asp. razlan.
"nasihat agama dok bt pekak. rotan, msuk kluar lokap mcm check-in, saman makamah suda. tidakkk insap2, nyusahkah ajaaa!!!!" katany lg dgn nada yakin mcm dia prasannn bagussss sgt.
beliauu berhujah lg "kalu sapa2 prasan beragama kononnn ponn prasan bagus sgt, mrk ni ponn buleh buang laut kasi jerung makan juga kaluuu." terkeluar pelat2 mamak. lols prof, ko ni mmg lawak.
ditanya lagi apakah jalan penyelesaian terbaik untuk melangani permasalahn ini, prof. goblok menegaskan "bantengol aja suma ni. goblok kmu suma. lu pikiq a sendiri!!!!" teriak beliauu seraya menterbalikkan meja kupi, habis bertarabur makanan.
gua trus blah dari situ, takut dia campak gua skali dlm lungkang...
Jaisyul usrah:
apa yg aku dpt rumuskan daripada bebelan bermakna kau ialah-
kita perlu menangani punca bukan kesan. setuju?
kau huraikan dlm cth pendidikan, sosial dan ekonomi. dlm cth2 yg kau bg, kau bg cara nak selesaikan ialah dgn mantapkan iman, bagi kerja, tegakkan undang2.
bagi aku ini betul. tak salah. kehidupan ini berkaitan ekonomi. masalah sosial wujud kerana ekonomi. perwatakan manusia dibentuk kerana ekonomi.
utk hal ini aku tiada apa yg tidak bersetuju.
tp soalan aku:
adakah dengan mengkritik, menghina, memerli, memulau golongan2 ini akan berjaya menyelesaikan masalah golongan ini?
pasal yg kau kata tak usah buat filem atau dokumentari psl golongan ini, aku rasa ada dua benda kena lihat.
1) kalau filem itu menjadikan golongan2 ini sbg bahan lawak- aku rasa ia sgt tak ptt. selalu kita tgk kan?
2) kalau filem itu utk menyedarkan dlm kita memahami diri mereka- aku rasa kita perlu. kita kena faham mereka dulu baru kita tahu bagaimana nak ubah mereka..
tq :)
sekadar sembang:
"cengginilah. suma ni buang masa ajaa. smua pihak sensasikn hal brengsekk ni, senyap kmudian sensasikn balik. d forum2 & blog2 berlammbaak nak mamposs!!!" katanya dgn marah ala2 asp. razlan.
maknanya anda cuba kata, kita diam2 sahaja dan berpeluk tubuh, baru isu ini diselesaikan?
Nami dan mamai:
aku rasa korang dua sbenarnya berckp ttg dua perkara yg berbeza.
nami- kau ckp pasal mengapa perlu diskriminasi dan menindas.
mamai- kau bercakap mereka ini terjerumus kerana nafsu.
kenapa tak kaitkan sahaja?
disebabkan nafsu, mereka menjadi begitu. tetapi sungguh pun kerana nafsu, itu tidak boleh dijadikan sebab yg kita perlu meminggirkan mereka. betul x?
:)
Ada 3 mcm pondan:
1) Lelaki dgn naluri ditakdirkan lembut, tapi dia lawan naluri tu, dan terus berpakaian serta berfizikal seperti gaya lelaki, cuma suara dan lenggok badan tu mmg lembut la.
2) Lelaki dgn naluri ditakdirkan lembut, dan dia ikut (layan) naluri dia tu. Dia berpakaian wanita dan cenderung seks ke arah lelaki. Ini yg korg duk jumpa blkg lorong gelap tu.
3) Khunsa. Ada 2 alat kelamin, dia buang salah satu.
*****************
Ok, sekarang kita buat pengadilan.
Bagi jenis no. 1, aku rasa x ada masalah. Kita jgn cpt hina org mcm ni. Kdg2 faktor pembesaran (adik beradik semua pompuan) yg menjadikan dia mcm tu. Yg penting dia still cuba maintain sebagai lelaki. Sokonglah dia, jgn selalu usik2 dan anggap dia mcm maknyah. Anggaplah dia lelaki normal.
Bagi jenis no. 2, ini yg menyimpang. Ditegah dalam agama. Kena selamatkan mereka. Cara terbaik bagi aku adalah melalui saluran keagamaan. Menghina dan mengutuk mereka?? Hmm x usahlah la kut.. Nasihat bagi diaorg malu dan bertaubat cukup la.. Tp penguatkuasaan sgt penting, jgn sampai diaorg dilihat mudah "berbisnes" di blkg lorong. Kalo sampai tahap gitu, ertinya kita masyarakat yg bersalah, tidak mencegah kemungkaran. Tiada istilah "itu hak cara hidup diaorang" di sini ye. Harap maklum.
Bagi jenis no. 3, x ada apa masalah. Dia pilih salah satu jantina dia nak, pastu dia teruskan kehidupan mcm biasa. Kalo nampk dia lembut2 skit2, biasa la sbb dia dulu mmg ada 2 jantina. Jgn mengutuk.
Paling aku takut, jenis no. 4. Jenis pukul org. Tgk sini:
http://abang81.blogspot.com/2009/06/pondan-chulan-mengganas.html
Mamai:
"tiada istilah lelaki lembut pada aku sebenarnya...dalam sain juga hanya menyatakan hanya ada dua kromosom xx dan yy dan selalunya komosom lelaki tu lebih bersifat dominan..."
Hmmm... maaf jika aku kurg setuju dgn ayat ni... jika kita menafikan lelaki lembut, ertinya bolehkah kita juga nafikan lelaki gagah, pemarah, pemalu, baran, pengecut etc..
Jika dlm kromosom cuma xx dan yy aje, jadi mana dtgnya sifat2 gagah, baran, malu, pengecut etc?????
Sifat dalaman (naluri) seseorg manusia adalah ciptaan Allah. Allah yg Maha Mencipta. Ianya adalah sesuatu yg spiritual, x boleh disimpulkan dgn sains semata2. Jika x ada lelaki lembut, ertinya kita menafikan hadis Nabi tentang Allah melaknat pompuan pakaian lelaki dan sebaliknya.
Logik mantiknya, jika tiada wujud lelaki lembut, siapa lelaki normal yg tetiba je akan berpakaian pompuan? Lelaki mana yg dimaksudkan dlm hadis tu?
terrer... no.1,2,3,4 hakikat dr skool bangku smp ke msyrkt, smua kna direndah2kan depan2/belakang2. gua sakat2 gak mrk ni. mmg bantengol gua ni kadang2.
komentar2 yg dposkan bos Basuhbaju & the prihatin Gengs ada input2 Jelas setel kes ni. refer balik post msing2. ada >10 idea kalu ais batu campur smua kira murah2.
tpi gua pesimis kes ni tetap dak dpt diselesaikan. gantilah generasi, tetaaaap juggaaa dak selesaai2. tengelam-timbul x2 mcm nak lemas je. dibagi plampung mcm main2 jeee. kna makan jerung dah. Ngappp!!!
Sekadar sembang :
Imam Bukhari pernah meriwayat suatu hadith di mana seorang lelaki bernama Abdullah tetapi dipanggil HIMAR (sebagai gelaran) yang menyukakan Nabi SAW. Baginda pernah merotannya kerana kesalahan meminum arak. Pada suatu hari, lelaki tsbt telah dibawa ke hadapan Nabi SAW, dan Nabi perintahkan supaya dia dirotan, lalu dia dirotan. Pada masa tu, terdapat seorang lelaki di khalayak ramai, yg berkata, “Wahai Tuhanku! Laknatlah dia. Alangkah kerapnya dia dibawa kerana kesalahan arak. Bila mendengar kata2 tsbt, Nabi SAW bersabda; “Janganlah kamu mengutuknya, demi Allah, tidaklah aku ketahui, melainkan dia ini kasih kepada Allah & Rasul-Nya”.
Hukuman tetap perlu dilaksanakan,kemungkaran tetap perlu dicegah, tapi jgn mengutuk berlebih-lebihan. Wallahualam.
Saya seorang yang tak berapa tahu bahasa Melayu, tetapi saya akan cuba.
Sebenarnya, terdapat banyak confusion dalam hal mak nyah ni. Dalam golongan ni, banyak overlap diantara transsexual dan transvestite, terutamanya sekali bila akhbar Bahasa Inggeris selalu menggunakan perkataan transvestite tanpa pengetahuan apa ertinya.
Transsexual adalah satu sindrom yang telah dikenali dalam bidang sains sebagai condition intersex, iaitu masalah organ sex tidak ngam dengan kromosom (Sindrom Klinefelter atau Turner, xxy, xyy), psikologi (bilanan neuron dalam Limbic Neucleus seseorang adalah opposite organ sex mereka) atau biologi (2 organ sex yang berlainan, Complete Androgen Insensitivity Syndrom atau CAIS), 5ARD, 17BHDD dan sebagainya.
Transsexualism adalah masalah medical yang patut dibantu oleh doktor dan pakar kesihatan. Masalahnya, negara ini agak lambat dalam mendalami pengetahuan tentang sindrom ini, yang dipanggil Gender Identity Disorder.
Dan kerana itu, pengambilan hormon yang berlebihan mengakibatkan kerosakan fungsi hormon dalam badan dan seseorang transsexual itu akan setiasa dalam mood swings, panic attacks, depression dan sebagainya. Ia juga boleh mengakibatkan kerosakan limpa, otak, jantung dalam jangka masa panjang.
Transsexual adalah perempuan tetapi lain daripada yang lain disebabkan organ sex mereka disebabkan GID. Dan cure? Itu mestilah tengok doktor yang berpengalaman, lepas tu ambil ubat yang diberi oleh doktor, dan tak overdose. Kalau memang seseorang tu betul-betul transsexual, dia adakn ada surat pengesahan dari doktor untuk menjalani operation penukaran organ jantina. Tapi tiada sistem dan pengetahuan tentang transsexual dalam negara ini, jadi banyak masalah berlaku.
Juga ada golongan transvestite. Golongan ini adalah lelaki yang suka memakai baju perempuan. Golongan ini lain daripada transsexual, sebab golongan ini masih bangga dengan kelakian mereka. Ada yang sudah berkahwin pun. Ini disebabkan unsur berahi sex atau hobi.
Tidak ada satupun study sains yang ada authority, peer previewed daripada badan antarabangsa tang mengaitkan transsexual kepada mecam mana mereka growing up. Masalahnya, banyak unsur unsur bias agama Abrahamic (Christian, Islam) yang confuse the reality dan facts tentang kondisi ini. Jadi kerana kontroversi, I tak mahu komen tentang ini di sini.
Harap sekalian boleh memahami. Dengan understanding dan tiada diskriminasi, mungkin golongan kami boleh berkerja seperti human being biasa tanpa prejudis, dan bolehlah mereka hidup tanpa hina menjual badan diri mereka sendiri pada street. Or course, banyak yang ada pilihan untuk tidak membuat kegiatan terkutuk tu. Yang itu pun I tak mahu komen lah. Kalau terdesak tak ape. Tapi kalau boleh beli kereta dan masih macam tu, I of course bengang juga.
Terima kasih.
BB,
nak bikin filem pasal dorg = mempromosi khdupan mereka.
lu kaji hadis sikit, menyerupai mana2 jantina yg bkn asal adlh haram. Secara auto lakonan tu haram.
Itu dr segi hukum.Kalu lu boleh betah hukum wa tak tau nk cakap apa lagi.Matlamat xmenghalalkan cara.
Mengutuk, memerli tu semua mmg xselesai masalah(gua xsuruh pon wat camtu).Sbb tu gua hujah mulakan dr akar.Anak2 kecil ni kene pupuk. Api yg marak kalu, nak padam lu kene hapuskan yang yg dekat punca tu.Bukan simbah air kat api yg menjulang2 tu.
Pada masa yg sama yg dah rosak ni ditarbiyahkan.
Wassalam...
Abg terer: baik lu punya analisis beb. siap ada kategori lagi..hehe
so sekarang dah jelas jenis2 lelaki lembut. ada yg lembut kerana fitrah. ada yg lembut kerana nafsu.
Yuki: terima kasih. anda bercerita berdsarkan sainstifik. Kalau abg terer telah jelaskan jenis2 lelaki lembut, anda pula terangkan dua perbezaan golongan ini.
namun, bagi golongan transsexual, adakah dengan menyuntik hormon bagi menyeimbangkan hormon badan mereka mampu memulihkan mereka?
bagi golongan transvetite, apa pula caranya?
jaisyul: itulah yg aku cakap. dalam filem2 dokumentari, drama ke, sering kali kita tgk pelakon2 ni akan berlakon seperti lelaki lembut hanya utk buat lawak.. bagi aku ini lah bangang. nak itur2 dan momok2kan.
sudahlah tak boleh, dan mengutuk orang pulak tu..
aku setuju matlamat tidak menghalalkan cara :)
paham2 ja pilem2 tempatan ni asasnya lawak laknat. sdgkan pilem2 sinta seram pun lawak, apatah lg... buang laut bagi jerung makan.
gua rasa pengambilan hormon2 sentet dikuatiri memburukkan kaadaan. ngomongan muka serius penuh yakin ya mcm benar para dokter2 stakat melariskan jualan obat2 ajaaa. dorang bukan makann pon benda tuuu. sian transual jadik lab rat...
utk trasvetie, takut pak2 polisi dan para ustad2 ni kna choki2 ;) tdak caya kmu bilang?? rajin2lah baca brita kluar umah beranikan diri lihat realiti.
@ Basuh Baju,
Penyimbangan hormon tidak dapat memulihkan mereka, sebab ini adalah masalah biologi, bukan kandungan hormon. Seorang mak nyah (transsexual) kalau disuntik hormon sampai seluruh badan berlubang pun tetap seorang transsexual, disebabkan kromosom dan biologi seseorang itu adalah innate dan adalah diantara struktur badan seseorang manusia.
Transvestite, ada yang berhenti disebabkan keluarga ayau dah bosan. Ada yang masih ada emosi yang hendak experiment dengan sexualiti merdeka. Tapi eventually mereka tahu yang mereka adalah lelaki, jadi hal pakaian tu adalah masih menjadi tanda tanya orang.
@ Sakadar_Sembang_O
Pengambilan hormon tidak akan memburukkan keaadan, tapi satu cari untuk golongan transsexual untuk dapat berfungsi sebagai manusia biasa. Tanpa transition transsexual, ia akan mengakibatkan depression, distress, emotional breakdown dan mungkin membunuh diri. Ini bukan lah delusion, tetapi untuk align bahagian badan untuk diimbangkan dengan gender sebenar seseorang transsexual. Tetapi again, kalau diambil tanpa supervision dan overdose, ia boleh mengakibatkan kerosakan badan.
Benar kata SSO tentang doktor yang tidak bertanggungjawab dan prescribe hormon berlebihan untuk wang. Ini saya nampak berada di banyak tempat. Sebenarnya, transsexual ini bukanlah lab rats. Untuk menjalani transition uang sah, kenalah ada pengesahan dari doktor yang sah. Masalahnya pakar kesihatan di luar negara saja yang mengikut Harry Benjamin Standards Of Care untuk GID, dan seorang saja doktor ini di Malaysia yang berpengalam disini. Dan disebabkan kekurangan pengetahuan, tiada regulation untuk treatment transsexuals, yang mengakibatkan kesan yang socio-medically kurang baik untuk komuniti ini disini.
"Tidak ada satupun study sains yang ada authority, peer previewed daripada badan antarabangsa tang mengaitkan transsexual kepada mecam mana mereka growing up. Masalahnya, banyak unsur unsur bias agama Abrahamic (Christian, Islam) yang confuse the reality dan facts tentang kondisi ini. Jadi kerana kontroversi, I tak mahu komen tentang ini di sini."
Gua xnak komen fakta2 merapu tentang transex bagai2 tu..gua xpaham sgt sains2 ni..
Guan nak komen petikan kat atas tu..Apa maksud bias agama tu?Napa kaitkan Islam dan chris?
Napa lu kata agama konpius?
Lu yg konpius ke agama yg konpius?
Kalu agama tu sendiri xtetap,xboleh diikuti, for what agama tu?
Dlm Islam jelas sudah hukum.Xde in between jor hatta khunsa sekalipon.
Walaupon gua sedia maklum lu xnak komen hal ni, tapi lu da mulakan isu ni.So lu kene b.tanggugjawab.MAka sila jelaskan persoalan yg bermain dikotak minda gua ni sekaligus tdk mengelirukan pelayar layar laman sesawang yg lain. Heh..
Fakta sains antarabangsa sains terkini:
http://cercor.oxfordjournals.org/cgi/content/abstract/18/8/1900
http://jcem.endojournals.org/cgi/content/full/85/5/2034
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15724806
http://www.nature.com/nature/journal/v378/n6552/abs/378068a0.html
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18980961?dopt=Abstract
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16010463?ordinalpos=19&itool=EntrezSystem2.PEntrez.Pubmed.Pubmed_ResultsPanel.Pubmed_RVDocSum
http://forum.mesomorphosis.com/mens-health-forum/prenatal-exposure-diethylstilbestrol-des-134253671.html
Sampai gene pun dah dapat dah, dan gene gene lain akan dikenalpasti:
http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/7689007.stm
"Icreasingly, biological factors are being implicated in gender identity"
Jadi kesimpulan realiti sekarang adalah transsexual ini wujud.
Persoalannya?
Apa kata agama?
Islam:
Ada "mukhannath", "khunsa" etc. Di Iran boleh tukar jantina, di Iraq kena bunuh. Ikut interpretation yang mana? Inilah dipanggil bias.
Christian:
Afa "eunuch", "crossdresser" etc. Di Amerika dikecam di Australia diterima. So ikut jalan yang mana? Inilah yang dipanggil confusion.
Dan bolehtak saudara Jaisyul Usrah jelaskan macammana kepercayaan agama dan kebenaran fakta dunia boleh digabungkan. Dulu percaya bumi ini sekeping tanah, sekarang bukan. Dulu yang pecah virgin mesti kena bunuh, sekarang tidak.
Sebab ada explanation untuk kesemuanya. Kalau dari sudut fakta jaisyul tak boleh terima, dan menggunakan agama sebagai sebabnya, macam mana? Boleh discuss sampai tua pun kesudahannya sama kan. Macam mana nak discuss "faith" ni? Kepercayaan agama setiap individu berbeza. PAS pun split di Malaysia.
So tell me, how do we reconcile?
We must respect all faiths. Which is why we always leave religion out of discussion. Because it is everbody's personal believe in God. Kalau nak dibawakan agama pada setiap penjuru kehidupan atau tidak, itu terpulanglah kepada individu.
Tetapi ingatlah. Banyak transsexual dan maknyah ni, masih kuat kepercayaan agama lagi. Mereka telah reconcile diri mereka dan menyayangi tuhan. Kalau nak condemn mereka itulah pilihan kamu.
Anyway, saya sangat berterima kasih atas dasar hormat menghormati dan tolak ansur kebanyakan orang disini. Saya betul rasa terharu, walaupun masih ada miskonsepsi tentang transsexual, lebih kurang semua agree yang golongan ini tidak boleh dibuat less than human dan perlu difahami. Terima kasih. :- )
Sama-sama.
Blog ini untuk kita sama2 berkongsi pendapat. bukan utk tujuan melaga2kan tetapi utk mencari titik persefahaman.
mungkin di antara kita mempunyai pendirian masing2 mengenai isu ini.
namun di akhirnya kita semua bersetuju:
JANGAN MENINDAS GOLONGAN YANG LEMAH.
Terima kasih semua!
luas info2 sains yg diberikan yuki. mmg perlu dibaca dan dipahami. mmg gua agak unsur2 sentet biologik secara tdak langsung mmpengaruhi cara2 fikir, perasaan2 manusia dan fizika2 manusia itu sendiri.
ermmm belut juga. bias konpius ni ringkasnya "nak ikut mcm mana ni? sini buat camni, sana buat camtu." ada banyak resos, mazhab2 dan jenis2. mustahil kerabunan tdak berlaku...
personal2 belif ni sebenarnya yg melanda segenap jenis umat2 dunia skarang tak kira jantina, bangsa, agama, umur dan pangkat.
bayangkan skarang ada anggaran 6000 juta umat dgn personal belif masing2. "unity yg benar2 kukuh" seolah2 satu utopia sekadar cakap yg indah bukan?
jangan kita lupa, sifat2 umat2 dunia itu suka hidup pecah-belah, syak-wangsaka, perang dan menindas. mustahil prasaan berlagaaak mcm bagusss sgt tdak berlaku...
Sudah menjadi sebahagian hidup seorang transsexual untuk dipanggil "rosak" (sexually broken) etc. Dan sebagai cina pula dipanggil "cina babi". Lepas tu, banyak kawan saya caci saya sebab saya banyak kawan "melayu belacan". Rasa geram lar. Sejak bila manusia dipanggil dengan makanan dan barang? Tapi Mr. SSO ada poin. Itulah sifat manusia.
Kita semua sebenarnya hamba Tuhan. Tapi banyak diantara kita sudah mempertuankan Tuhan dengan bertelagah, bergaduh; sampai berperang di dunia "dengan nama tuhan". Correct me if I am wrong, sebagai manusia kita patut love Tuhan dan love manusia kan? So sad.
PS-
Transsexual adalah pathology dan biologi. Sedihnya, informasi ini tidak dikemukakan di Malaysia. Sebaliknya, kami dikaitkan dengan hormon daripada makan ayam. Tetapi, ayam tu kan diinject hormon tumbesaran untuk dijual sebagai ayam saiz besar? Jadi sepatutnuya, mak nyah makan ayam patut jadi Schwarzenegger atau Vin Diesel kan? Dan kalau perempuan...?
Basuh Baju,
I hope you do not mind me adding you to my blogroll. Very thoughtful posts you have here. :-)
SSO: sebab tu perpaduan manusia hanya fallacy dan utopia..mana mungkin manusia bersatu. agama, bangsa, kulit, jantina pun tak mampu menyatukan manusia. malah memecahbelahkan lagi..
Yuki: Feel free to visit :)
padaku kmunculan gay, lesbian, maknyah dan pengkid bagai ni dah tanda akhir zaman da..
dunia da nak kiamat.
tak hina pon mereka ni.
kesian lagi ada.
org cam mereka ni perlu didekati untuk dibimbing..
bukan menolak tepi dan terus menghina..
Miss Gaza,
Gay,lesbian dan mak nyah sudah wujud berkurun kurun lamanya. Kalau dunia ni dah nak kiamat, ia telah berlaku beribu-ribu tahun dahulu. Golongan gay dan lesbian tidak perlu kesian sesiapa, mereka tengah bekerja di syarikat syarikat terkemuka dan membayar cukai untuk kerajaan. Mak nyah hanyalah mangsa prejudis heterosexist stereotype. Dan pengkid (yang sebenarnya "punk kid") adalah cuma satu istilah untuk sekelompok di Malaysia macam mat rempit. Seluruh umat manusia perlu dibimbing, saya, Miss Gaza dan semua orang. Sebab gay, lesbian dan maknyah bukanlah ada kuasa luarbiasa untuk menandakan kiamat. Tetapi cara manusia merosakkan environment seluruh bumi ini akan mengakibatkan kiamat.
gay ni yg gua palinggg takut sabanarnya. kuasa samaran mrk amat susa ddetect. mcm biasa2 kawan2 aja mrk ni. main bola sama2. makan minum sama2. pegi opis sama2. clubing pun sama2. pindik kata, pegi mana2 mesti sama2 aja muka tu.
bila kta tanya dorang tersengeh2 ajaa kata kawan ;-). lalaki2 sajati & gay2 hampir2 tdak dpt knalpasti jika tiada info ttg dorang.
bayangkan 6pack sama 6pack. janggut sama janggut contohlahh ;-) pindik kata btul2 rupa lalaki dgn lalaki. eeiiii~ kalu kna ditarget mrk ni nak lawan takbleh sbb mrkk kan kuat mengugut. kna moless senyap2 dlm opis org tdak nampak...
:- ), Takut apa dengan gay ni. Mereka kan attracted to sex mereka sendiri. Cinta dan kasih sayang diantara mereka tu sama saja dengan straights. Memanglah ada gay/lesbian yang gatal. Tapi having said that straights pun gatal juga. And these days, even girls pun tahu gatal. Apa sexual orientation-pun, ada orang baik dan orang yang kurang baik. Peace.
adaka badan2 ngo, krajaan, swasta, sukarelawans or pembibing rakan sebaya yg btul2 serius yg bukan main2 uruskan hal2 ni locally continuously?
bukan setakat yg beri nasihat2 dan bibingan2 agama dan moral, tpi yg juga berusaha carikan dan berikan peluang2 kerjaya2 halal. adaka?
Pernah ada Jabatan Kebajikan Mak Nyah. Tapi kena ban sebab government takut lebih banyak mak nyah terjadi. Sekarang ada Yayasan PT, program merek lebiha kepada pencegahan HIV/AIDS. Itu saja. :-i
hmmm... Yayasan PT ngo. std/hiv/adis prevents, morale saport, kaunseling, info healthcare
http://www.ptfmalaysia.org/transex.htm
http://www.ptfmalaysia.org/safesex.htm
http://www.ptfmalaysia.org/statistic.htm
anggaran sadtistik tahun '08
http://apipenang.blogspot.com/2008/07/masyarakat-relakan-mak-nyah-diterima.html
- "Berdasarkan kajian, secara umumnya kira-kira 62 peratus mak nyah di Malaysia bekerja sebagai pelacur, manakala 25 peratus bekerja sebagai penghibur di kelab malam, salun dan butik, manakala bakinya melakukan pelbagai pekerjaan," katanya.
hmm... tetap banyak juga tu 62%.
maksudnya, tiada pihak yg benar2 guide sponsor mereka utk peningkatan taraf eco bagi mereka yg mau tinggalkan sex works.
alamaklah kalu mcm ni, back to square one... sampai sini sahaja tahap negara kita nak hendle hal2 ini.
Jabatan Kebajikan Mak Nyah pada 80an dulunya ada memberi alaun RM500 dan kursus kursus seperti kursus menjahit kepada mak nyah. Jadi paranoidlah yang menjadikan nasib mak nyah di Malaysia begitu.
Miss Gaza: nak kata tak setuju pndgn anda, memang dah tercatit yg benda2 ni petanda akhir zaman. tapi rebuttal Yuki betul jgk.
cuma bagi aku, sebagai muslim, aku percaya apa yg dicatatkan di dalam Al-Quran bagaimana kaum Lut diterbalikkan di bumi ini kerana sifat seks songsang..
Ini kepercayaan aku..
Yuki: aku setuju dgn kau cakap- semua manusia perlu dibimbing. Malah di jabatan agama pun kena bimbing..
cuma pasal gay ni, apa yg SOS cakap ada benarnya juga. Gay ni susah nak cam (jenis yg sorok2 ni).. bagi aku utk lelaki yg sehat fitrahnya (bukan yg ada penyakit ke apa) kenapa perlu gay? kenapa?
itu sahaja. dan aku tak rasa ada agama yg membenarkan gay/lesbian..
mungkin kamu ada pandangan?
Sifat sex songsang, straight pun ada. Dan ada golongan gay yang tidak suka sex. Kontroversi cinta sama sex itu wujud dalam agama Abrahamic saja, dan kalau diikutkan dengan sejarah, memang puak-puak dulu bertelagah tentang isu homosexual ini. Agama lain-lain tak kata apa apa pun tentang homosexual. Dan golongan asexual langsung tidak dipedulikan.
Male Transsexuals in Malaysia: The Influence of Culture and Religion on their Identity.
http://www.asylumlaw.org/docs/sexualminorities/MalaysiaTrans070901.pdf
fatwa 1983 secara ringkas
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1164&newlang=mas
imo, walaupun selepas lebih 25 tahun fatwa ni diaktifkan, pandangan2 negatif masyarakat kita terhadap golongan2 TG masih ada tidak berubah.
sepanjang 25 tahun ini juga menyukarkan mereka mendapat pekerjaan baik2 sekaligus menghadkan taraf ekonomi mereka.
kerana tiada pilihan, pekerjaan2 pelacuran terpaksa dilakukan. perkara ini tidak dapat dinafikan meningkat tahun demi tahun.
ok, di sinilah perkara ni saling bercanggah.
1. guide sponsors samaada dari sektor kerajaan atau badan korporat tidak dapat dilaksanakan disebabkan fatwa dan regulations.
2. walaupun ada guide sponsors, ia berkemungkinan tinggi tidak akan berjaya disebabkan pandangan2 negatif masyarakat yang masih wujud.
sekarang tokoh2 agama dan pendidik menyeru kita sama2 settle hal ni. punca-punca masalah sudah diketahui. apa jalan penyelesaian terbaik?
Kerajaan mesti mendengar keluhan mak nyah. Selagi informasi tentang wujudnya TG ini masih diperkecilkan suaranya, tak ada apa yang boleh dilakukan. TG, TS atau TV, hendaklah dibenarkan hidup seperti biasa. Untuk golongan TV, penting untuk mereka menghadapi tuhan untuk mencari jalan sebenar dalam kehidupan mereka. TS mesti diberi peluang untuk kehidupan seperti gender identity mereka yang sebenarnya.
Dan pihak media dan suratkhabar mestilah berhenti daripada semua hate-mongering, misinformasi dan represent TG properly, not make them a joke or some human rubbish.
Schools must know that they exist, and untuk membuli dan memperlitu akan mengakibatkan mereka tersisih dari masyarakat, lalu restrict mereka dari belajar tentang hidup bermakna didunia ini. Banyak yang some bodies dah buat, seperti dari Datin Noriah Kasnon untuk membantu mereka. Tetapi kalau mereka tersisih dari dunia sejak kecil, ia akan membinasakan mereka di masa kemudian, seperti yang berlaku sekarang. Jadi tolerance education itu adalah penting.
Dan untuk mak nyah sekarang, mereka mestilah mencari ikhtibar untuk jalan yang baru supaya mereka boleh mempunyai hidup yang bermakna, dan bukan mati sebagai pelacur atau bersendirian. Mereka juga perlu dibenarkan berinteraksi dengan sesiapapun tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi.
Masalahnya dari kerajaan dan mak nyah sendiri. Dan penyelesaiannya bermula bila pihak-pihak ini bertemu dan berbincang dengan serious. Hidup manusia is penting.
Kalau betul betul ada 1Malaysia, it starts when we treat people who are different, tak kira apa, sebagai warganegara yang super ini.
ni comment terakhir dari saya... lepas ni tiada lagi saya di sini.
sekarang barulah kronologi perkara2 ini masuk akal. setiap perkara2 ini ada sebab2nya, saling berkaitan, memberi kesan2 di masa hadapan dan semestinya ada jalan penyelesaian terbaik tanpa diskriminasi.
pandangan2 bernas yang diutarakan Basuhbaju, Yuki dan rakan2 yang perihatin dalam memberi panduan, idea dan nasihat memang membuka minda.
sekian terima kasih. jalanilah hidup ini dengan penuh bermakna.
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1164&newlang=mas
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/12/dye-rambut-kahwin-khunsa-feqh-tarjih/
http://skuad.wordpress.com/2008/08/05/tiada-diskriminasi-islam-terhadap-khunsa/
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1177&mode=thread&order=0&thold=0
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1348
yeah..."treat people who are differents"
human rights!!!hak asasi yg dperjuangkan oleh barat...
apalagi wat surat minta digazetkan pertubuhan aww2 Malaysia.
Lps dah diiktiraf watla pertndingan ratu cantik(aw)
Heh...gurau je...no hearts feeling...
Sori, tapi banyak mak nyah tidak hendak menyertai ratu cantik. Mereka nak menyertai golongan manusia biasa. Saudara Jaisyul, on the other hand, bertungkus lumus nak menyinkirkan mereka.
Bukti sains you tak boleh pertikai. Persoalan saya, tidak dapat dijawab. Terpaksalah invoke hal agama. Itupun, memalukan, kena pinjam Indon punya fatwa. Benci itu benci, tak payalah berselindung disebalik agama.
Saudara Jaisyul ni, dari segi bahasa berumur awal dua puluhan. Belum tengok dunia. Berselindung disebalik profil blogger palsu tanpa nama tanpa muka sebenar dengan nama seperti pasukan ajaran sesat. Suka mempergunakan tuhan untuk menyorok sifat benci dan prejudis yang sedia ada. Dan hendak mengawal orang menggunakan petikan fatwa yang hanya saudara setujui untuk mengambil hak orang hidup seperti biasa.
Tidak suka apa yang diperjuangkan dalam barat? Jangan guna handphone. Jangan guna komputer. Hak asasi? Kamu tidak hendak ada hak asasi? Tentulah, hak asasi bermaksud saudara Jaisyul tidak boleh kacau dan hina hidup orang. Juga adalah hak asasi mak nyah untuk tidak dikacau dan dibuli manusia macam you. Ia juga bermaksud semua orang jaga periuk nasi mereka dan bukan tepi kain orang.
Tapi Jaisyul tak boleh tahan. Mesti lagak macam smart untuk cuba merendahkan maruah manusia lain. Tapi terlupa lagak macam manusia. So sekali lagi, ikut fatwa mana? Fatwa diluar negara Malaysia membenarkan orang melayu tukar daripada Islam ke agama lain. Setuju? Ada fatwa luar negara ni hanya membenarkan satu orang isteri sahaja. Setuju? Dan fatwa Iran membnarkan pembedahan tukar sex. Boleh tak gunakan di Malaysia? Kan kamu yang pandai pandai tunjuk fatwa fatwa kan?
Dan bukti fakta sains, janganlah ignore. Cakaplah, dah tidak boleh dipertikai banyak jenis mak nyah sebenarnya berhak untuk hidup sebagai perempuan. Jadi macam mana mix God disini?
Teruskanlah argue kalau you nak. Saya kena sambung kerja. Ya, saya kerja syarikat korporat. Saya bukan muda lagi untuk masuk ratu cantik. Saya dah biasa dah tengok segelintir budak muda hendak tunjuk pandai. Tapi saya ini tak ada masa berbincang dengan manusia yang tidak ada sifat hendak timba pengetahuan dan mempunyai perasaan yang tidak sihat dan tidak positif.
hohohoho...yuki oh yuki....
nama gua ni bkn pasukan ajaran sesat...dan nama ini gua pilih selari ngan naluri gua..sama macam lu pilih naluri idup lu.First it is not personal. But u make it personal. Ape kes menyentuh peribadi plak ni...Sukati aku la nak letak muka ke x?Xde kene mengene pon ngn isu ni.
Jaisyul usrah tu adalah pasukan tentera di saat kesusahan..Lu apa tau?ngata org sesat je boleh la?
Fatwa ni mende yg timbul apabila tiada hukuman sedia ada.Gua amik fatwa contoh dr indon tu nak bgtau apa pndpt negara lain tentang islam..
sama macam lu la..lu amik fakta perubatan dr lua gak...so apa masalahnya?
gua xde pon menyindir golongan laki lmbut ni. Gua sindir yang aw je...
Mengenai soal human rights, sbb tu la gua cakap, human right sucks...Kebebasan yang tiada batasan...kalu jnis lu suka la, wujud gay les....leh kawen walau xsama agama..truely bebas...wa tentang jnis ni
bukan soal jgn guna enset bagai..itu berkaitan teknologi.heh..gua mmg 20 an, so wat, kalu lu da tua kira lu da tgk 1 dunia?umur bkn tanda aras pengalaman idup..igt tu betol2
akal manusia ni terbatas.so segala sains apa pon kene pandu ngn agama.
Xpecaya?lu gunala sains teknologi buktikan wujud seksaan dalam kubur.heh..
lu keje syarikat koperat xde masa nak borak2 ngan gua yg kutu ni ke..patut syarikat koperatlah kena bantu org cam gua...
heh, ni Ym gua one86_max@yahoo.com
lai Pm me...
sedap je ckp aku xpikir poitif la xnak timba ilmu la...heh
jnis merendah2kan org..
dr awal posting aku sndiri ckp gol. ni perlu dibimbing...lu byk perasangka sgt ni..bila ati da busul, apa lu tulis, ape lu cakap, semua bau busuk .
maaf tuan blog, into personal plak.tula, len x yuki kalo xtau soal agama jgn nak beran selamba je sembur sukati.
hoho..
Assalamualaikum..
sebelum tu gua perkenalkan diri gua..name gua neopujangga..wa diumpan untuk memasuki blog ini kerana dengarnya ada diskusi ilmiah sedang berlaku oleh kwn2 gua tanpe pengetahuan gua sendiri.mane leh, gua kene join gak..
mak nyah..wa mmg xleh bla..
pondan pun same..wa mmg xleh blah..
OK..lelaki lembut...emm ketegori apekah ini?..kalo jenis ketegori lembut yang wa pernah jumpe borak2 ngan gua pastu mesre2 ade makne lain wa mmg xleh blah gak..tapi ade gak member gua yang ketegori lembut dari segi tutur bahase dan lenggok badan yang ikhlas dan suci tanpe niat lain itu wa leh terime lagi..BAGI WA golongan ini yang gua boleh konsider untuk kenali dan fahami supaya beliau tidak ter transform ke ketegori mak nyah dan pondan secare sukarela..
Memang..secare ironinya asalnye mak nyah dan pondan nie sifat asal laki tu ade naluri keperempunan..ok..wa leh terime..dia leh masak...sopan santun....eh...eh...nie ape ke halnye dia pkai baju pompuan lak..jenis dorg pikir "aku nie bersifat perempuan..mari aku gedik2 memakai baju perempuan"..hoho..wa x kisah dia ade sifat perempuan jor..tapi wa kisah dia nak jadi perempuan....wa sendiri ade sifat sensitif tengok drama sedih wa mengalir air mata..kira wa ade sifat kesensitifan lalu perlu ke esok wa pakai baju perempuan?..xleh blah jor..haha
gua komen atas tajuk post nie..
wa xnk kupas pasal care kerajaan nak menangani masalah nie pasal masalah2 genjala lain seperti dadah , seks bebas , ape kejadah sume pun lom dapat diatasi secare drastik..
wa cume nak bgitau pendirian wa tentang pondan , mak nyah ataupun gay sekalipun...
assalamuaikum..
masyarakat apabila membicarakan lelaki lembut, mak nyah and pondan, mereka selalu menganggapnya semua itu adalah sama. its totally wrong. lets me explains. pondan ialah lelaki yang berpakaian perempuan, mak nyah ialah lelaki yang menukar jantina dan lelaki lembut yang berwatakan sifat lembut. namun, selalunya lelaki lembut didiskriminasi. dalam islam sendiri jelas menyatakan lelaki lembut adalah ciptaannya. bukan dibuat oleh manusia sendiri. saya sendiri berperwatakan lembut. tapi percayalah, itu semua bukan dibuat. kalau diikutkan , saya sendiri ingin menjadi normal. but i cant. this is me. i dah cuba. i really hate when people always labelled me as bapok, pondan, nyah dan pa benda lagi. u really narrowed minded. i tahu juga tentang agama coz i dari aliran agama. tapi masyarakat tetap pandang serong. what can i do? mungkin bila diaorang sendiri mempunyai anak macam tu, baru mereka menyedarinya.
dengar pulak kata si pemilik kelembutan ni..
from apa yg aku bca.. roughly abt 90percent of you guys dont understand us..
ada yang kata ini ciptaan Tuhan la.. memang la ciptaan Allah, tapi asalnya kami ni lelaki biasa ja..
tapi ada pihak, x kesah r parents ke sesiapa ja yg ubah kami..
mcm crita sutun 2.. mcm 2 la kami kena.. masa kecik2 dulu kami diberi baju2 prempuan.. maklumlah anak2 yg lain smua perempuan n then tiba2 plak sorang laki2 kluar..
save bujget la 2 mksudnyer..
kadang2 T shirt, seluar, underwear pun skali kami kna pakai yang sisters kami pnya..
then bila jiwa yg tengah suci n kosong 2 dididik utk jadi pempuan pastu mulalah dia pun melembik smacam..
yg aku x tahan.. ada plak golongan kami ni yg p tukar jantina 2 apasal?? pi jadi gay tu apasal??
yg p pakai baju pmpuan bila dah besar 2 apasal??
sebab korang la aku kena kutuk ni..
byk lagi laki2 lembut yang nak berubah..
tapi sebab korang diorang ni kena hina..
then lama2 diorang pun putus asa n jadi mcm korang jgak..
ni panjang lagi ni..
tadi ada aku baca yg kata kami ni x religious??
sori sket..
80 to 90 of us are religious k.. yg gay, tukar jantina, pakai bju pmpuan 2 smua yg baki2 je.. about 10 to 20 percent SAHAJA.. suke2 hati je kata org x religious..
kalau dalam hal ni.. saya sebenarnya nk salahkan parents sebab nk berjimat sangat.. tapi x leh la kan.. diorang pun x tau apa yg akan jadi masa hadapan nanti.. n second aku nk salahkan orang2 yg x paham kami ni.. sebok dok perli orang apasal? diri 2 sempurna sgt?? dah boleh masuk syurga..
agak pdeh ayayt2 aku ni..
memang tengah marah ni..
yg ni smua suara hati yang dah lama dipendam sejak aku umor 6 tahun lagi..
n yang terakhir aku salahkan mereka2 yang dah over lembut ni.. yang gay n smua2 tu la.. sebab diorang ni mangsa keadaan.. kadang2 family pun malu dgn diorang tapi family diorang yang buat diorang jadi cm 2 kan??
aku tau la.. aku yg merasa..
2 all readers.. stop hina kami.. kami x kacau awek2 korang.. kami x kacau boyfriend2 korang.. diorang yg datang kat kami..yg kurang iman 2 la..
n kalau nak suarakan pendapat..bagi la elok2 constructive critism la katakan..
n 2 all readers who is lembut like me (wei aku lembut sikit ja ok..)
its time to change.. zaman skrg ni internet pn ada byk info2..
aku, kalau nak banding dgn aku yang dulu, aku dah semakin maskulin tau skrg ni.. dah mula minat wanita.. dah mula rasa jijik dekat lelaki2 lembut yg berlebihan (gay n etc), semua usaha aku n bantuan dari Allah.. n internet of course.. lama jugak la nk berubah.. lebih kurang 10 tahun.. n dlm 10 tahun 2.. msti akan resa nk putus asa.. tapi jgn risau.. inna ma'al 'usri yusra.. sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan..
teguhkan diri koranh.. 60 to 70 percent lelaki lembut ni muka diorang ensem tau.. (mcm aku hehe bukan nak riak tapi itulah kurniaan Allah) so kalau korang keraskan diri korang sket.. dah boleh jadi magnet dah.. try la..
perkara yang baik kalau dicuba akan membawa kesan.. kalau x didunia, diakhirat akan diperoleh..
fitrah dunia memang cm 2.. kalau insan ni senang di dunia.. dia akan susah di akhirat.. kalau dia susah di dunia.. dia akan senang di akhirat..
tahts all..
ingat! jangan kutuk kami lagi.. aku sirius ni kalau korang buat jugak.. kita jumpa di akhirat..I DO WHAT I SAY..
THANKS BASUH BAJU.. YOU HANE A VERY NICE BLOG.. N PLIS DONT DELETE THIS POST.. IT MAY BE A FORM OF TARBIAH 2 PEOPLE AROUND US..
THANKS AGAIN.. hanya Allah akan balas kebaikan u ni..dunia dan akhirat..
Yes indeed, in some moments I can say that I acquiesce in with you, but you may be in the light of other options.
to the article there is stationary a question as you did in the downgrade efflux of this request www.google.com/ie?as_q=photo to sketch 6.51 ?
I noticed the axiom you procure not used. Or you partake of the pitch-dark methods of promotion of the resource. I suffer with a week and do necheg
Genial post and this mail helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.
Tu lah dia.. aku pn ala2 lembut gak.. tp x over.. and im really sure that im a gay.. aku menyesal jdi gay ni.. aku ade perasaan kt lelaki ni sejak kecik. pengaruh video lucah str8 pak cik aku, aku ngn kezen2 lelaki buat xperimen. aku benci diri aku..time sekolah aku dipulaukan sbb aku ni lembut..x suke men bola..bla bla bla..tp aku x prefer brgan wanita..im not into it k.hidup as a gay ni x tenteram.jiwa slalu kacau.aku penah beberapa kali seka kt beberapa mamat nih. tp dorg st8. bile x dapat, mula lah.stress.aku bkn just nk sex with him. itu second thing. 1st thing is, i just need their love.ish! ape aku melalut nih... the thing is, aku benci diri aku.i was tried to change my thought to be a gay again.but it was failed.dulu sku slalu mintak amnesia.so that, i can start my life from begining. those guys out there, sape2 yg hampir2 terjebak tu, elakkan lah diri dari terjerumus.. lu akan nyesal nti. xkn nk tgu dpt HIV bru nk stop kot? tol x? FYI, im married now. and we're happy together now. the problem is, i cant touch my wife yet until now. its been 1 year and half we're married.luckly she understand me.and i love her so much.yet, i still have a feeling with guys. after married, i never met any guys for sex.aku lawan semua tu.aku harap menjadi seorang insan yg berjaya hingga ke akhirat.kadang2 akul lemah.x dapat tahan mata dati tgk jantan2 hensome.same gak mcm u oll usya aweks2. skg ni aku diperingkat perubahan.doa2kan aku guys!
psl agama lak, aku smyg gak pe.kawan2 aku yg kapel gay pn, dorg still x lupa solat 5 waktu.zakat.umrah pn dh g.aku pn penah g umrah.smyg dlm Raudah di Masjid Nabawi, smyg dalam Hijir Ismail, mintak "jgnlah bagi ada perasaan sex terhadap lelaki".. sampai sekarang belum ada perubahan dalam diri aku.aku masih lagi jaga tatasusila agama.
no body perfect! u oll yg anti kami2 warga lembut, gay bla bla bla ni, jgn igt boleh masuk syurga k.skg ni mmg xde manusia yg sesempurna Nabi Muhammad. xde beb! xde! jgn berangan ar nk trs masuk syurga. jgn keje nk menghina, mencaci kami! at least bantu lah kami2 yg nk berubah ni! wa chow dulu beb! dh penat dok kt opis ni.
slm nak share sst terlintas di minda...kalau appearance tu rasa2nya maknyah vs tomboy anytime leh diubah...pakai cam lelaki n jalan kengkang2 skit ok lah kot...walaupun kelakar...tp dalaman ttp sama cam ner...ada ke cucukan hormon yg leh ubah desire n feeling? i dont think so.. kenapa buruh binaan pada siangnya berketul2 sasa mengagkat simen tp malam nye terliuk lintuk melayan pasangan....sebab kehendaknya yang perlu disalurkan dalam ada ataupun tiada cara....andainya dia mampu berpuasa mungkin tinggi tempatnya kelak..tapi apakan daya dia hanya manusia yang tidak maksum...
Tahun ne satu kajian sains mendapati bahawa kalangan 'transgender' - yang lelaki dan perempuan yg rasa terperangkap dlm bdn lain - kajian mendapati otak mereka menyamai dgn perwatakan mereka. misalnya perempuan yg merasa dirinya lelaki , mempunyai bentuk otak (tak mustahil - kimia) otak seorang lelaki.
Post a Comment