Sunday, June 14, 2009

Lawak Hari Ahad

Tumpu Usaha Bangunkan Atlit- Utusan Meloya

LANGKAWI 13 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu persatuan-persatuan sukan di negara ini menghindarkan politik, tetapi memberi tumpuan lebih serius kepada usaha membantu dan membangunkan bidang itu.

“Ketepikan politik dalam sukan, tetapi lakukan lebih banyak kerja untuk membantu bakat-bakat sukan menyerlah. Kalau semua ini dapat dilakukan, saya percaya tahap sukan kita termasuk golf akan lebih baik daripada sekarang,” katanya pada majlis pelancaran kejohanan Cabaran Golf TSM 2009 di Tanjung Rhu di sini hari ini.

Golf tu sukan ke?

8 comments:

Jay Harun said...

itulah, aku pun konfius. kalo nak kata sukan, yang berpeluh2 kutip bola caddy. bukan pemukul bola.

Fireroll said...

caddy dibayar...
tips pun kena bagi...

aku pernah terjebak dalam sukan golf tapi tak serius la...

tapi golf ni nampak tak maju sebab yang monopoli dari kalangan orang kenamaan, padahal kita tengok yang wakil negara biasa saja...

itulah sukan dalam diari hidup seorang CEO, VVIP termasuk ahli politik juga.

lalink7 said...

Golf : boleh dikatakan sukan tetapi bukan sukan yang memenatkan..cuma sukan GOLF nie memerlukan titik fokus yang tinggi..

so..

tak salah jika kata GOLF nie salah satu sukan..

Cob Nobbler said...

Golf?

Satu sukan.

Aku tak nafikan ia satu sukan.

Tapi kenapa golf?

Kenapa tak bolasepak?Sukan yang rakyat marhein suka?

Kenapa golf?

Golf adalah sukan yang diassosiasikan dengan orang kaya.

Bukan nak pemikiran cliche,tapi berapa harga satu tahun punya membership?

Penduduk Damanpitalis tahu harganya.RM36,000 setahun.

Sekarang aku nak bertanya,celah mana nak korek RM36,000 setahun untuk pukul bola kecip?

Lagi satu,banyak padang golf,banyak la lagi hutan kena tarah.

Abang said...

Itulah satu2nya "sukan" yg diaorg boleh main pun..

mamai said...

golf

golongan oran lemah fikiran...

Dari Jalan Kopi said...

jangan libatkan orang politik dlm sukan.

sukan akan bebas politik

khairi jamaluddin apa cerit?

nak campak mana? bukit bintang?

Separados said...

Golf, Dart, Petong, Snooker, Bowling adalah antara sukan yang kurang mengeluarkan peluh tetapi memerlukan emosi dan mental yang kuat.

Jadi Golf adalah sukan.