Thursday, June 11, 2009

Komen Basuh Baju

INI KOMEN BASUH BAJU

Siang tadi para pelayar telah berdiskusi mengenai isu BI yang wajib lulus untuk dapat sijil SPM. Terima Kasih Basuh Baju ucapkan. Daripada komen-komen yang diterima- 90% menyokong dan 10% menentang.

Dalam isu ini satu perkara yang kita perlu persetujui bersama: mahu tidak mahu, kita semua perlu belajar, memperbaiki dan memperkasa tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Tidak kiralah kita orang melayu, bugis, jawa, cina, india, luar bandar, dalam bandar, luar kubur, Islam, Buddha, tak ada agama, pensyarah ekonomi, pelajar universiti dan pelajar sekolah.

Saya menyokong langkah ini. Malah kalau boleh, biar subjek-subjek lain juga begitu. Biar subjek seperti matematik, sains, sejarah turut diwajibkan untuk lulus. Tak lulus tak dapat sijil. Tujuan peperiksaan pun adalah untuk menilai kemampuan pelajar tersebut. (mungkin akan ada yang berkata peperiksaan bukanlah kayu ukur yang tepat. Tetapi itu cerita lain). Gagal dalam peperiksaan bermakna gagallah apa yang cuba diajarkan kepada pelajar tersebut. Takkanlah selepas 11 tahun belajar dari darjah 1 sampai tingkatan 5 pun payah sangat nak lulus? Lulus je. Bukan A1 pun.

Logiknya, kalau dah gagal mengapa perlu memberi sijil? Kalau begitu, baik tak perlu belajar dan jawab peperiksaan. Sekadar ke sekolah tiap-tiap hari dan bagi sijil bila dah tamat belajar.
Tujuan ke sekolah pun ialah untuk belajar. Sudah menjadi lumrahlah kan bila belajar ini ada yang gagal dan ada yang lulus cemerlang. Kalau semuanya nak lulus, baik tak perlu wujudkan gred gagal langsung. Habis cerita.

Mungkin ada yang akan bersentimen dengan mengatakan langkah ini akan menyusahkan pelajar di luar bandar. Langkah ini akan menyebabkan pelajar-pelajar di kampung terus ketinggalan. Lalu saya timbulkan persoalan-persoalan ini untuk anda sekalian.

Adakah kerana anda merasakan mereka 'tidak mampu lulus' maka kita perlu kasihankan mereka dengan cara mereka tidak perlu rajin belajar untuk lulus?

Adakah kerana kita kasihankan mereka, maka mereka perlu terus berada di dalam keadaan yang tidak pandai? Habis tu sampai bila golongan luar bandar ini hendak maju? Asal sahaja hendak disuruh maju dan kerja keras sedikit, kita tentang dengan alasan- kasihan.

Bukankah pelajar-pelajar bandar sekarang ini- ibu bapa mereka juga berasal daripada luar bandar? Bukankah ibu bapa mereka juga merupakan produk daripada sistem pendidikan kita sekarang? Jadi, mengapa mereka boleh berjaya walaupun digelar 'pelajar luar bandar?'

Satu perkara yang pasti- disebabkan kita mahukan mereka-mereka di luar bandar ini pandailah kita perlukan mereka untuk lulus di dalam subjek-subjek yang diajar. (Dalam isu ini: subjek BI). Apa yang kita perlukan hanyalah tenaga pengajar yang berkelayakan dan kemudahan pembelajaran yang mencukupi.

TAPI

Bila dah dilaksanakan langkah ini- akan wujud masalah lain pulak. Sila klik sini.


26 comments:

kuSut said...

aku dah agak ko msti stuju ngan pendekatan ini...
alasan kita sama...
belayar ke blog aku...
okeh

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

sokong jugak!
=)

fahmi said...

hmm.. bkn x mau sokong ye, tp mesti ade perancangan & perlaksaan yg mantap jika ia dibuat nnt..
jika tidak, sekali lagi polemik ala PPSMI akan berlaku.. fail to plan is plan to fail..

Anonymous said...

"Logiknya, kalau dah gagal mengapa perlu memberi sijil? Kalau begitu, baik tak perlu belajar dan jawab peperiksaan. Sekadar ke sekolah tiap-tiap hari dan bagi sijil bila dah tamat belajar."

-untk persediaan mnjdi mat-minah kilang..

-pyh gua nk story psl bende nie.. membe gua dlu kantoi english tp wit sijil spm 2 die gne ntuk bkrja n sara idop ank bini.. kalo bebdk pasnie kantoi gua x tau kalo de majikan nak pkai sjil srp plak..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

kat m'sia ni sijil ke diploma ke semua boleh beli...

Fa-T said...

elok laa wajib lulus English...

Ramai PTD kerajaan English lintang pukang!

Aku said...

Lulus BI? Aku rs mende nih mmg penting...Cume kjaan kene ada pendekatan yg lebih terhadap pelajar luar bandar. Aku sbg org kg mmg akui, separuh dr dak2 nih, mmg sgt fail bahasa inggeris.
KENAPA?? Sbb kat rumah ckp melayu, tgk crite melayu, dgn kwn2 pn ckp melayu. So, xde exposure. Blaja kt sekolah 1,2jam jer...Dgn grammar yg mcm haram tuh (smpi skg grammar aku lintang pukang) lg pening...

** kt cni nk sentuh jgk math & science in english utk sek rendah..(even issue lame)
AKU MMG TAK SETUJU. IF nak start from menengah, diorg leh proceed sbb diorg dh ada basic from sek rendah.
Cube korg pk, klu kt kg2, makbapak cakap melayu bkn mcm budak bandar, speaking berabuk...tbe2 masuk sekolah darjah satu, cikgu ckp english, xke pening tuh..at least, give them basic english 1st...then bru leh nk catch-up...

mamai said...

jangan risau tak lulus pun boleh belajar kat malaysia nie ada banyak kolej janji ada duit...tak lama lagi kita jadi banladesh mintak kerja pakai degree tapi beli la...

Abang said...

Setuju sgt2.. dulu2 byk sekolah yg bahasa pengantarnya BI mcm Convent dan St. Francis. Aku pernah bljr kjp, tp lps tu kerajaan mansuhkan, utk martabatkan BM. Adakah sbb anak Melayu termasuk aku dah x boleh berckp BM? Kerajaan kita mmg sengal, cuba tgk sapa yg mansuhkan jawi?? Kecewa punya pasal, bapa aku masukkan aku ke skolah full Melayu, lgsg x improve BI aku. Tp nasib baik, aku berani berfatwa, penguasaan BI aku skrg ni byk dibantu hasil pmbelajaran di sekolah BI lama tu, bukn sekolah full Melayu.

Tp pak2 menteri pandai, diaorg still hntr anak diaorg ke sekolah elite full BI. Yg rugi anak2 rakyat bawahan la, kalo nak pandai BI kena hntr tuition pula. Itu pun byk yg x pandai2 jgk.

Paling meluat, ramai ahli akademik yg cakap, Jepun guna bahasa dia jgk tp still boleh maju. Jgn jadi bodoh. Jepun dah banyak pakar2. Dia ramai pioneer dlm byk bidang, buku2 rujukan dia pun byk bahasa Jepun dah. Tp dulu dia pun baca buku BI jgk sebelum maju. Kita? Buku rujukan kita byk bahasa apa pula? Bukan BI ke? Ada byk ke pakar kita yg tulis buku rujukan ilmiah ni dlm BM? Kita belum sampai ke tahap Jepun, jadi eloklah perkasakan diri dgn bahasa BI dulu.

Ini mmg terbukti. Aku dulu kalo buat assignment, tulis BI walau broken, tp still boleh difahami. Struktur ayat jelas. Skrg budak praktikal U kat ofis aku ni, bila buat assignmt, taip dlm BM, pastu guna Google Translator etc. utk convert ke BI. Ayat tunggang langgang usah cakap la. Maksud ayt lari lgsg. Bukan main2 budak ijazah tu. Malu aku tgk.

Dan budak2 skrg malu brckp BI, walau broken. Mcm aku tibai je, spy lidah x kekok. Terus terang ckp, ilmu bahasa x boleh dipelajari sekadar atas buku teks shj. Kena bercakap. Sbb tu kalo korg tgk budak2 UK pun ada yg fail ujian grammar. Sbb diaorg tau brckp aje, bljr sjk kecik. Mcm kita pun, fasih ckp BM. Tapi korg tau ke tatabahasa semua, ayat nafi, ganti diri bla bla.. Confirm kalo kita amik test tatabahasa ramai yg kantoi. Tp x kisahlah kita still boleh ckp BM, dan still leh faham buku rujukan BM.

Ramai pakar akademik bercita2 terlalu tinggi, nak semua pljr fasih BI. Bagi aku x pyh target tinggi sgt, janji diaorg leh fhm byk vocab, leh broken skit, dan paling penting leh fhm buku rujukan BI, insya Allah kita dpt melahirkan ramai cendiakawan kelak. Jepun tu pun bukan fasih BI, saintis dia dulu2 semua broken je beb.

Bila kita dah ramai pakar, barulah boleh mula buat buku rujukan dlm BM. Then masa tu baru leh ckp "Jepun guna bahasa diaorg pun leh maju jgk". Skrg nak maju mcm mn buku ilimiah byk yg BI lagi?

Lagi satu paling aku benci nak akui adalah Singapore. Bahasa utama dia BI. Semua org termasuk yg sapu smph tau ckp BI. Ada rugi apa2 ke negara dia? Bangsa Melayu sana rugi ke? Apa Melayu sana dah x reti BM ke? Nape x amik iktibar dari situ?

Aku setuju dgn basuhbaju. By the way, aku mmg dah lama terfikir cadangan gini, tp sapalah aku utk didengari..

p/s: Sorry basuhbaju, pnj plak komen aku..

syafiqa salim said...

SETUJU dgn en basuh baju
apesal la pulak nak kesiankan kami yang dok kat luar bandar ni..
excuse me, jgn jadikan kitorang sebagai alasan ok..

kitorang (orang2 luar bandar) ni sebenanye bole dan mampu LULUS atau lebih CEMERANG lg dalam BI. SO, orang luar bandar x bole dijadikan alasan ye..

p/s: aku tak bermaksud untuk menganaktirikan BM..

lalink7 said...

i agree wif u Mr basuh baju...
yeahh.. harap2 bendaa tue terlaksana dah PPSMI dihentikan dengan SEGERA!!

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Aku xtahu la nak sokong ker x.Tgk la nnt kalo aku dah jadi menteri.Hahaha

abuyusof said...

the problem is not the students but how many good teachers(i mean really good)we can produce.. passing will not be an issue..

Cob Nobbler said...

Ni yang aku nak ngomel panjang ni.

I didn't against English should be "pass subject" in SPM.We have to admit that our English level should be upgraded.

But I didn't see English as a sole language,as an international language that unite the human race.

I can speak 4 languages,Malay,English,French and Spanish.I can speak Malay and English and understands easily while French and Spanish,I need to say "por favor" or "pardon moi,s'il vous plait" to slow it down.(means,i'm still in a learning process).

But I didn't see that English is the only language we should learn,in order to survive in this free market capitalist world.

We also should learn Mandarin as China has already become the biggest trade in the world.We should learn Japanese since most of technology came from Japan.And we should learn German since German is a leader of enviromental,green power country.

So,why English?

I didn't undermine people who speaks English.I'm speaking English sometimes when I'm communicate.Yet,where is our own language,Bahasa Melayu go?How many Malays can read Jawi well?How many Malays can write Jawi well?

It's a shame when you're living in Damansara,Malaysians didn't know their own identity.

Speak in English doesn't mean you're intelligent.

syafiqa salim said...

excuse me nami o fish
awk kate 'where's our own language, bahasa melayu' tapi awk sendiri bebel panjang dalam BI..ape kes??


p/s: minta maaf kalau anda terasa hati
cume ingin membetulkan apa yg silap

Xpuasati said...

nami o fish : lu memang dah pakar sangat bahasa inggeris tu.. tu sebabnye lu tak pandang betapa penting belajar bahasa ni.. ko tau kenapa atok aku x reti nak main komputer sebabnya, komputer semua dalam bahasa inggeris, kalo ada pun komputer bahasa melayu, kita x bole paham jugak sebab byk sgt bahasa inggeris dimelayukan mcm Asimilation = Asimilasi, adaptation=adaptasi, byk lagi ler.

basuh baju: bila ada cadangan macam ni mesti nak pikir dan kesian kat org luar bandar tu. Kenapa perlu kesian kat orang luar bandar tu, bukankah kalo dapat kuasa bahasa ini untuk org kampung, ia akan menguntungkan lagi org luar bandar tu.

lagi 1 aku xpuasati, kenapa setiap perkara mesti kene pikir org luar bandar? kenapa x nak pikir pasal orag bandar?

Adakah org luar bandar tu terlalu bodoh? Tidak kan... So??? apa hal pun mesti kene kesiankan org luar bandar? diarg tu miskin sgt ker? bodoh sgt ker? Tidak kan...

Tengok la orang bandar, kekadang lebih kesian dan tertekan dari orang luar bandar. tiada siapa pun peduli..

kenapa orang pandang bila org kampung rumah buruk dikatakan miskin dan daif? cuba kaji balik, tanah diduduk tu tanah siapa, tanah diaorang sendiri.. Kaya la tu namanya cuma malas usaha.

Orang bandar pulak, sebenarnye duduk merempat. Rumah kami memang batu tapi kekadang itu adalah rumah sewa. rumah kuarters kerajaan. Kalo kene halau, jawabnya merempatla kami.

Gua akan tulis nanti post terbaru gua tentang beza bandar ngan kampung.

Norr Syafiqa : HArap jagan terasa hati, Orang luar bandar selalunya dipandar positif, tapi orang bandar rasanya byk yang negetif je korang semua dengar.

kuSut said...
This comment has been removed by the author.
kuSut said...

aku 1st komentar rupenye...ingat blom komen...hehe

Basuh Baju said...

kusut, miss gaza: tq kerana setuju.

fahmi: memang perancangan tu penting..tp dari segi tujuannya- fahmi setuju la ye?

ikhtilaf: hmmm...pyh jgk ye..tp bgmana dgn tujuan pergi ke sekolah?

akupentoi: tp sijil SPM tak boleh..haha

Aku: sbb tu la aku ckp, kita perlu bantu org2 kg. tp bantu dgn mengatasi masalah itu. bukan dengan larikan diri..

abg terer: itulah masalahnya. konon2 nak jadi nasionalis.. nasionalis apa kalau gi luar negara tak reti nak cakap omputih.. haha

syafiqah: tq. betul tu. (komen 1)

Nami: aku setuju dgn kau. BI bukanlah sole language. Tp kita masih bersetuju yg BI adalah bahasa yg penting.

kat sini nampak tak uniknya negara kita ada pelabagai bahasa..cuma kita je yag tak pernah nak pelajari bahasa cina dari kaum cina. bahasa tamil dari orang india.. hmmm...

Basuh Baju said...

SEMUA:

Isu ini bukan isu pelajar bandar dan pelajar kampung..

Isu ini nak cakap sama ada perlu atau tidak BI dijadikan subjek untuk lulus.

Jgnlah nak laga2kan pelajar kampung ke, bandar ke, desa ke,- mereka semua pelajar. kn?

lalink7 said...

betul2...

ada sesetengah orang tue bagi pendapat macam nak laga-lagakan orang je..Isk..isk..isk..

tak baik betul..

Wallahulama...

gman said...

aku tak rasa lulus bi boleh tingkatkan bi...
takde korelasi langsung...

malaysia blom sedia, bhs inggris basic pun pelajar mesia hancur.

penekanan pada pendekatan, cara, dan metode yang digunakan untuk ajar bi, bukan penguatkuasaan lulus atau tidak bi.
kalau org2 ini tak lulus nanti, akan jadi beban negara jugak. so, cmne tu?

gman said...

owh nak tambah lagi. bagus ada orang kampung macam aku dengan yang lain2 kata jangan kesian dengan orang kampung la, orang kampung pun boleh la...

sekarang cuba fikir orang kampung yang nak masuk internet pun takde, komputer pun takde, lagi jauh, yang betul2 pendalaman. dan aku berani cakap, kalau kat kampung tu, even ada internet, bdk2 masih gunakan untuk game, dan brp byk sgt guna utk blog.

tahniah buat org kampung yang berjaya pergi jauh, tapi jgn lupa...yang tertinggal belakang tu masih ramai.

dan setakat aku tengok, org bandar dgn org kampung takde beza mana pun....

Cob Nobbler said...

nami o fish : lu memang dah pakar sangat bahasa inggeris tu.. tu sebabnye lu tak pandang betapa penting belajar bahasa ni.. ko tau kenapa atok aku x reti nak main komputer sebabnya, komputer semua dalam bahasa inggeris, kalo ada pun komputer bahasa melayu, kita x bole paham jugak sebab byk sgt bahasa inggeris dimelayukan mcm Asimilation = Asimilasi, adaptation=adaptasi, byk lagi ler.


Hmm..aku tak kata aku power bahasa Inggeris pun Xpuashati.Apa yang aku boleh katakan,bahasa Inggeris bukanlah bahasa utama di dunia.Nko risaukan perkataan macam assimilation,reformation,atau perkataan 'bombard' yang lain.

Norsyafiqah,

Tujuan saya membebel dalam Bahasa Inggeris adalah mahu menunjukkan yang,menguasai bahasa bukan kerana pekerjaan atau mahu mencari kerja yang lebih stabil.

Saya belajar bahasa Inggeris dari Kurt Cobain.

Saya belajar bahasa Inggeris dari Billie Joe,dan saya belajar bahasa Inggeris dari Thom Yorke.

Saya belajar kerana minat.Bukan kerana "kepentingan".

Saya belajar bahasa Perancis kerana saya suka menonton filem Perancis yang nilai seninya sangat tinggi.

Dan saya belajar bahasa Sepanyol kerana mahu memahami La Liga,kerana saya peminat pasukan Barcelona.

Takde kena mengena dengan mencari kerja.

Pendek kata,saya mengomel dalam bahasa Inggeris sambil berkata tidak setuju kepada orang yang menganggap ianya "penting".

Anonymous said...

aku pn berfikiran sama spt anda....english must pass.full stop. kenapa nk bagi sijil pd org yg fail dlm mana2 subjek...???

Liebe_dich said...

ak stuju sgt ble BI nk diperkasakn d skola,,
experience ak sniri skg,,ak 1st batch yg kne
maths n sc in english tym ak F1,,so cn u imagne,,mle2
mmg rse ssh,,tp da lme2 blh je catch up..sb dr awl
da dididik..

skg ak da blaja kt u,,amek medic-need englsh a lot!!,,n now,,
br la ak lg sedar btape pntgnye blaja SCIENCE
IN ENGLISH tym ak form 1 smp form 5..msk u,
sume bku in english,,term2 medic sume in english..
kalo dlu ak blaja malay,ak x taw la cne ak nk
catch up kt u nih..

ad gk senior2 ak yg x sempt mlalui zaman maths n sc
in english,,diorg kne struggle cm nk gila..sume term xtaw..
last2 ktorg yg junior ni plk tlg terangkn..long-term effect pnggunaan englsh ni mmg terbukti..

ad kwn ak da pegi stdy medic in india,,dia gtaw rkyat diorg pnye life mmg ssh..sedih,kalo yg mskin 2 smp jual2 ank-kt msia pn ad..tp ad 1 mende yg mmg ptt kte
respect diorg ni,,wlaupn rkyat dia yg pengemis skalipn,they
can speak englsh well!!! studnt2 msia yg msk negara diorg mmg xde mslh bahasa pengantaraan lgsg..ak nk besarkn skop,bkn stakat stdent msia je yg xde mslh 2,,even other foreigners pn xde mslh nk pegi ngara diorg..

sb?? india kuatkn englsh dlm sstem pendidikn diorg..!
knape kte msia nk bodo sombong lg?? tetap nk pertahankn bhasa mlayu la konon,,ble BI da kuat nnt, BM da x reti nk ckp ke??

** sory ye bsh baju,,terpjg plk komen,,(adik abg terrer la katekn)