Monday, June 8, 2009

Kejap-kejap dalam PAS

Kejap nak gaduh, kejap nak baik.
Kejap nak lawan, kejap nak kawan.
Kejap nak berkahwin, kejap nak bercerai.
Kejap nak bersatu, kejap tak jadi bersatu.

Kejap nak berpadu, kejap tak jadi nak berpadu.
Kejap nak berpakatan, kejap nak berbarisan.
Kejap nak be'rakyat', kejap nak ber'nasional.

Kejap nak jadi kerajaan campuran, kejap nak jadi kerajaan perpaduan.

Asyik kejap je. Bila nak kekal ni?

14 comments:

mamai said...

pas kekal bila dia dapat pasport milik kekal....

Dari Jalan Kopi said...

semasa saya kecil - ketika di derejah dua. ketika itu ada sebuah perpuastakaan bergerak akan datang ke sekolah sebulan sekali

perpustakaan ini adalah bus yang didalamnya dipenohi dengan buku dan mempunyai kerusi dan meja untok membaca.

suatu hari saya telah membaca buku yang bertajok sang kancil dengan buaya.

kesahnya bagini - buaya telah menggigit kaki kancil. tetapi kancil telah menafikan. kata kancil itu bukan kakinya tetapi hanya sebatang kayu - lalu menunjukkan sebelah lagi kakinya.

lalu buaya melepaskan gigitannya. maka buaya lepaskan gigitannya. sang kancil dengan gembira memberitahu buaya telah tertipu.

inilah kebijakan kancil dalam kehidupan orang melayu. jika kancil ini bolih bercakap pasti dia akan berkata bahawa pasti dia tidak mahu lagi digigit buaya.

tapi dalam PAS - ada yang ingin digigit buaya lagi. tahun 1970-an dahulu dizaman Tun Hussein Onn PAS sudah digigit buaya.

antara PAS dan kancil siapa cerdik?

kahkahkah

buatlah apa saja asalkan yang baek.

Abang Terrer said...

Yang paling baik adalah yang tak minta dicalonkan (utk apa2 jwtn).. pilihlah org mcm tu kalo dia layak..

Dulu dlm PAS x wujud hal2 rebut jwtn dlm kepimpinan.. skrg dah mula terjadi, mcm kebanyakan parti lain..

hai.. susah...

PenagihAyamGoreng said...

takde yg kekal dlm dunia ni...

Aku said...

Politik tetap politik..dlm parti sendiri pun tetap mau "politik"...tiada yg ikhlas dlm politik...

Zura Firdaus B. Japri said...

Salam... sudah ku kembara tulisanmu.. Selamat!

Shemmi said...

kejap kejap nak pakai serban..
kejap kejap taknak pakai serban..

Fiziy said...

baru je gua lepak2 jual ubat kat muktamar pas. heehe

abu muaz said...

Kejap begitu kejap begini tak apa. Jangan kejap runtuhhhhh.........sudahlaaa.Kalau runtuh buaya pun mati kancil walaupun cerdik tetap tertimbus kerana tak sempat lari

Xpuasati said...

Pelatih sekarang semakin jadi mangkuk berayun.. baru2 ni ada desas desus nak amik budak mat rempit masuk PLKN..gua rasa la alang2 nak amik mat rempit baik amik budak2 remaja kes juvana atau penjenayah kes bunuh je masuk PLKN.. PLKN tak memberi erti lagi sekarang

Lionel Azry said...

kejap lagi kiamat la

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

aku syak sebab dalam pas sendiri ada banyak PRO;
PRO syiah, PRO Anuar Ibrahim, PRO Nik Aziz


macam mcam PRO...

wallah hua'alam

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

saja nak komen Shemmi,

isu pakaian tak melambang kan apa2

islam jugak kalau tak pakai serban :)

fahmi said...

salam, hmm... yg di atas kena paham dgn permintaan ahli2 biasa... mereka semua x mau bermuqabalah.. klu tgk percentage pertandingan rebut timbalan presiden pun, perwakilan2 majoriti memilih Ustaz Nasha tp jika dikira undi2 utk calon2 lain, ia lebih tinggi dr undi utk Ustaz Nasha.. so, paham2 la yg mereka xmau lagi bermuqabalah dgn uMNO... cukupla dulu dh kena dgn BN, xkan nk kena lagi kan..