LEPAS RUNTUH, APA PULA?
Begitu ramai yang mengulas mengenai kejadian bumbung stadium yang runtuh di Terengganu. Menteri Besar kata dah lapor tahun lepas. JKR kata tak sahkan lagi bangunan tu. Arkitek pulak kata bukan salah dia sebab dia tak reka bumbung. Di akhirnya nak wujudkan jawatankuasa bebas nak siasat. Tak habis-habis jawatan dan kuasa dan siasat. Ini dah macam NATO- No Action Talk Only.
Ketepikan semua benda ini. Saya ada satu cadangan apa yang patut dilakukan mengenai stadium yang sudah runtuh ini. Saya mencadangkan agar MENGEKALKAN SAHAJA STRUKTUR yang tinggal sekarang.
Biar stadium ini menjadi monumen. Biar ia dijadikan satu peringatan kepada semua pihak yang berjawatan dan berkuasa. Biar struktur stadium ini menghantui para politikus, pemodal, kontraktor dan orang ramai tentang dashyatnya rasuah. Biar selepas ini, sebelum membina sesuatu bangunan, gambaran struktur stadium ini menjadi iktibar dan amaran.
Di sisi yang lain, kerajaan tidak perlu mengeluarkan duit lagi untuk membaik pulih stadium ini. Saya amat pasti berpuluh juta ringgit dapat dijimatkan dengan cadangan ini. Silap-silap kerajaan boleh membuat duit dengan menjadikan struktur stadium ini sebagai satu tarikan pelancong untuk datang ke Terengganu/ Malaysia. Siapa kata Malaysia tidak mempunyai Ground Zero seperti di New York?
Mungkinkah jika cadangan ini diterima, penyu-penyu akan berhenti menangis dan bertelur? Siapa tahu...

22 comments:
ini bukan ground zero tapi groun six zero percent! :P
Apa kata kte robohkan semua dan kte buat stadium Old Trafford...pasni boleh tgk MU training kat Terengganu jer...
p/s:Nak jugak komen...hehehe
salam.. hmm, cadangan menarik.. bior jdkan pengajaran utk semua orang...
architecture rules the nation.
proses construction sesebuah bangunan bukannya mudah. architcture yg berjaya adlh apabila bangunan itu functional. monumen bukan function. kita sudah banyak membazir..jgn bazirkan lagi duit , tapak, idea dan kreativiti people in constru ction industry. biar jgn pengajaran.. ketatkan undng2. bukan hanya menjadi sejarah. yg sia2..
Undang-undang dah sedia ada. Macam-macam akta ada, kalau orang kampung nak buat rumah habis akta diguna. Meniaga warung goreng pisang sekejap je datanglah para penguatkuasa merampas .Kalau projek besar yang fulusnya juga besar semua mata jadi buta, semua telinga pekak semua undang-undang jadi UNDENG-UNDENG kata arwah P.Ramlee...
ahahaha...
nak tunjuk hebat...
kononnya satu2nya stadium berbumbung tanpa tiang di asia...amik ko stahun je bole tahan...ahahahhaaha
Bangunan tu mungkin tak stabil.sesilap runtuh,hempap kat atas pelancong2 tu...sapa nak jawab!
yang pasti pembaziran wang rakyat berlaku disitu,
ok jgk.. mgkin thn 4000 or 5000 nty msia, ganu akn pnh ngan tourst..
nnty bwat ar histry ckp first stadium attck by alien debab..
bitau ar stdium nie suci coz x pkai duwit rkyt n kntrektor trhebat thn 2000-an..
Kasik kaw-kaw kenceng bwat cam msia ad 'parthenon'..
Basuh bAJU.. nanti tolong buat liputan tentang pelatih plkn yang semakin menjadi mangkuk berayun.. baik tutup je..
ye, boleh juga. jadi macam colosseum kt itali tu.....waaahh!!!
saling salah-menyalah pulak tu
alamak. tiada hujah nk bg untok menafikan bahawa ianya satu cadangan yg baek.
kalau rome ada colloseum. kalau bagh dad ada tmn tergantong. kalau china ada tembok besar. kita ada stdium gong badak.
ini bolih dijadikan monumen daya penarik dan sejarah dunia. buka senang nk cr stadium baru yang runtoh.
buatlah apa saja asalkan yg baek.
bila dah terjadi yan buruk semua tak mengaku....masa dapat duit semua senyum....habis duit royalti minyak terbuan beitu...
nie mmg penyapu...
pelajar uitm tiap sem akan kne pegi ceramah btn...dan dalam tu akan disebut pasal org melayu, pe yang kita kne buat untuk pastikan malaysia ni milik org melayu..caranya mudah je..sokong kerajaan...n ble ak tnye kat spe2 yg bukan kerajaan..diorg akan bantah ngn hujah2 diorg la..betol jugak cakap diorg.. tu..camne kte nk sokong kalau diorg sndiri x betol..proses pmbinaan sndiri x berkat..Allah dah tunjuk dah..
ada mak cik eh salah pak cik gemok jogging kat situ... nama bapak pakcik tu mansor... dia punya isteri nama najib...
tu yang roboh. tak payah buat stadium la, mana ada orang tengok bola dah skrang. kita jual je suma stadium tu, pastu angkat stadium tu pegi alih kat negara mana yang nak beli...
Basuh Baju,
nko belajar arkitek,takde apa-apa yang nko boleh kata tentang peristiwa ni ke?aku nak dengar pendapat nko.sebab nko belajar arkitek.
Salam Basuh Baju,
"ada kuasa, semua jalan"
"ada duit, semua dibeli"
"ada musibah, semua berlindung dengan kata-kata",
apa pendapat tuan hamba (?)...
arr
aku nak kasi cadangan gak
sebelum BINA stadium
lebih baik BINA atlet dulu...
Bina apa jaa cm2.
binawe ada r.
Elok cadangan tu.. mcm Rome Colosseum.. tarikan pelancong..
Atlet sukan dah la x menonjol sgt, stadium plak runtuh... nmpk gayanya gelap masa depan sukan tanahair...
Tp mmg pelik bila jadi kes-kes mcm ni, pakat tuding jari. Mcm mustahil je x boleh trace salah siapa, sampai nak kena buat j/k bebas plak.. adakah keje2 pembinaan selama ni x dipantau? jeng jeng jeng..
biar kan je stadium tu...
peringatan buat semua...tp masih lg kawasan larangan la..
nak bina balik...makan duit berjuta2...baik bina atlet dl....bg dieorg mantap dl..nnt stadium je nmpk canggih...tp kualiti atlet hancur...
Post a Comment