Sunday, May 17, 2009

Pengalamanku Dengan Selesema Swine

Kita tinggalkan sebentar entry-entry serius. Hari ahad adalah hari di mana kita ceria bergelak ketawa. Selamat Ber-Ahad!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bilik gua memang meriah pagi-pagi. Semua orang jenis penyakit bangun awal subuh. Kadang-kadang siap solat berjemaah lg.

Masa mula-mula gua jadi penghuni bilik ini, gua dah seram sejuk dah. Gua ingat gua dah ter'room mate' dengan budak-budak tabligh. Gua pelik, kenapa diorang senang betul nak bangun pagi. Padahal semua budak arkitek. (Jgn tipu gua ar kalau nak cakap budak arkitek selalu subuh ikut time masjid)

Rupa-rupanya ini semua inisiatif Lempeng- salah seorang budak bilik gua. (ok, gua tau gua cuba nak promote member gua. tp Lempeng mmg perlu dipromote.) haha

Mamat ni jenis burung hantu atau dalam istilah movienya, dia dipanggil batman. Siang hibernasi, malam kacau orang jahat. Tapi gua tak jahat so gua tak dikacau. Gua budak baik yg masuk tido sebelum jam 12. (ok, gua dah mula melalut.)

Back to the story. Mamat ni akan kejut gua dan dua orang lagi budak bilik gua. Cara mamat ni kejut memang gua respek ar. Tak tercapai dek akal korang. Lu tau, mamat ni akan jerit kat sorang-sorang 'siapa tak bangun, dia dapat selimut babi.'

Kalau lu dengar benda ni time tidur, tak ke kecut perut lu? Sebab itu gua senang bangun. Gua tak nak kena samak pagi-pagi buta.

Gua respek kat Lempeng sebab dia berjaya aplikasikan hadis Nabi untuk mengejut gua dan dua orang kawan gua. Kalau lu budak UIA atau budak USIM, mesti lu pernah baca ada satu hadis ni yang cakap 'Barangsiapa yang lena tidur dan tidak solat subuh, dia ibarat diselimutkan dengan kulit khinzir.' (gua bagi sinopsis je hadis ni. Gua tak ingat the exact word. Kalau salah jangan report JAKIM)

SATU HARI gua bangun paling awal. Gua rasa bangga. Bolehlah gua jadi imam. Then gua pergilah kejut budak-budak lain. Semua bangun kecuali Lempeng. (malam tadi dia tak jadi batman sebab kereta kelawar dia pancit masuk woksyop).

Gua gerak dengan cara 'selimut khinzir' pun dia masih tak bangun. Gua pasrah dan gua biar je.

Setngah hari kemudian..................

Baru Lempeng terjaga.

-' Ha, baru bangun. Hang dapat selimut khinzir kot sebab tak bangun subuh.' Gua perli dia baik punya.

Dan dia pun jawab............................

- 'Hang rasa-rasa aku kena selesema babi tak?'



Gua rasa macam nak calar-calarkan kereta batman dia je bila dgr jawapan tu.

ps: Pertama kali guna gelaran gua. hahaha

13 comments:

Prof. Era Pasca said...

hahahaha menarik gak... najib bgn pagi... zambry bgn pagi.... tapi mereka hari2 pakai slimut..........

MASTER SIFU said...

cayalah bro..
gua mmg suker giler masuk lu punyer blog..

Cob Nobbler said...

alamak beb..gua kena pakai mask la nak jumpa lu nanti hahaha!

selsema burung gua ok lagi,selsema babi kena samak beb hahahaha!

fahmi said...

hahaha sekali dia kena balik pulang paku buah keras... penah dengar hadis itu, & mmg akan kejutkan org yg tgh lena bila sebut itu... tp jgnla kerek ya, hidup ibarat roda... kdg2 kita bgun awal, kdg2 boleh gak kite terlajak tido.. hehehe

Seladang said...

Selsema babi mungkin tak tapi gila babi pasti! Tak percaya tanya sama Najib & Zamry!

nahmy said...

mmg betul psl 'selimut babi' tu dik..psl selsema babi plak? mohonlah negara kita ni dijauhkan dr wabaknya tu wlu dah ada 2 kes...

ayushuhaimi said...

selimut babi eh? aduhhh. tension je ek kalau kena kejut cara cam tu. mendalam btol.

mamai said...

zaman dok kolej mmg banyak citer indah dan sedih...buat aku rindu kat blok mayat...

nurul izzah said...

pakai selimut babi? haha..x bangun jugak xtau la kalau kena kejut cam 2..

hamba said...

Tq. sudi komen blok gua.. Bagusla tu.. Alhamdulilah.. Solat Fajar tu melambangkan kekuatan kita sebagai Muslim..
aku, kalo roomate aku dulu senang je.. pasal dia suka nyanyi.. aku pasang lagu Al-Jawaher kuat2 (Tegakkanlah Sembahyang ~ lagu suruh bangun subuh).. mesti bangun sambil sengih-sengih

Dari Jalan Kopi said...

member bilik aku selalu maen gitar.
tak kira waktu sembahyang atau tak.

selalu aku sound dia supaya iringi surah alfatihah aku dengan bass.

kahkahkah.

selepas itu tiada lagi deruman bunyi gitar ketika sembahyang.

Basuh Baju said...

baginda: tapi kita tak tau mereka guna selimut jenama apa.haha

emperor: terima kasih. masuklah selalu..jgn lupa pakai topeng taau selimut..haha

nami: kau pakai selimut lagi senang bila jumpa gua..haha

fahmi: betul tu. sesekali kita dapat gak selimut tuuu..haha

seladang: boleh tanyakan tak?haha

nahmy: moga2 dijauhkan dari wabak ini..selamat dtg ke blog ini!

Basuh Baju said...

ayushuhaimi: mula2 tensen. pastu boleh gelak2 bila bangun..haha

mamai: itulah bestnya bila bejalar.. semua manis.. minum air water cooler pon rasa milo..haha :)

nurul izza: konfem bangunnye.. haha

hamba: kalau cara lu digunakan sekali, mesti gua akan menjadi insan yg kudus...haha

dari jalan kopi: itu lagi mendalam beb. kalau gua, memang terus wakafkan gitar tu dah..haha