Tuesday, May 19, 2009

Bila bodoh berbisik- 3B

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Majlis Peguam bertindak sebaliknya dengan memfailkan saman terhadap polis berhubung penahanan lima peguam dari Biro Bantuan Guaman pada 7 Mei lalu.

Kelima-lima peguam berkenaan berhimpun tanpa permit di balai polis untuk memberikan sokongan kepada mereka yang ditahan kerana membantah penahanan seorang aktivis, Wong Chin Huat.

Para peguam itu ternyata telah ingkar arahan polis supaya bersurai. Persoalannya, bukankah mereka telah melakukan kesalahan? Apa istimewanya peguam berbanding rakyat biasa yang lain? Apakah perlu ada pengecualian kepada golongan tersebut?

Awang - Boleh hidu motif

Setiap orang mempunyai hak untuk mendapatkan khidmat guaman. Perkara ini tidak boleh dihalang kerana perkara ini dijamin di bawah Perlembagaan. Laranglah macam mana pun, baik Ketua Polis, Mufti Negeri , atau Artis Popular, hak ini tetap dibenarkan.

Untuk menafikan hak ini hanya ada satu cara- iaitu tuan empunya badan sendiri yang enggan menerima khdimat seorang peguam. Tetapi adalah perkara separuh gila untuk seseorang yang enggan dirinya diwakili peguam. Lagi-lagi dalam kes tahanan baru-baru ini.

Mari Basuh Baju ceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Apa yang terjadi ialah 5 peguam ini telah datang dengan uniform lengkap sebagai seorang peguam untuk memberikan khidmat guaman kepada mereka yang ditahan. Mereka tidak datang untuk berdemonstrasi ataupun mengambil gambar bagi diupload ke dalam MySpace.

Jadi, apakah kesalahan 5 orang ini? Mengganggu ketenteraman awam? Menggugat keselamatan negara? Apa logiknya 5 orang peguam yang datang buat kerja dikatakan 'membahayakan keselamatan orang ramai'? Ini betul-betul alasan bangang. Seolah-olah 5 orang peguam ini menghidap selesema Swine.

Memang benar peguam tidak mengatasi undang-undang. Peguam juga boleh didakwa. Tetapi polis juga begitu. Polis turut terikat dengan undang-undang. Dalam hal ini, siapa yang melanggar undang-undang/Perlembagaan? Polis atau peguam? Atau Awang Selamat?

Kepada Awang Selamat- Macam mana nak hidu motif? Motif itu baunya apa? Bau hangit atau wangi? hahahaha

9 comments:

Anonymous said...

Baik letak nama as Awang Bangang...
Kalo x reti tu...xyah la kuar artikel yg membodohkan diri sendiri

Tau nak bodek jer...mmg sah buta
Buta hati...
Buta mata...
Haprak...enuf said

- gOTh -

Cob Nobbler said...

Aku tak tau lah,antara kita ni ada je manusia untuk dibahan.

Aku akan bahan Diana Danielle sebagai simbol bimbo paling ultimate kat Malaya.

Nko pulak akan bahan Awang Selamat macam si Bangang yang suka berbisik.

Hahaha..kenapa kita suka bahan orang ek?

fahmi said...

salam.. dlm perlembagaan dibenarkan utk rakyat berhimpun secara aman... jadi mmg konfem yg polis bersalah dlm hal ini.. tp ini bagi mereka yg berfikiran rasional la.. tp klu mereka yg terlalu ultra mengalahkan ultraman, mesti dgn sungguh2 kat yg peguam salah.. tolongla awang, dh brape minggu dia tulis berita berniat jahat ni.. dh mcm kat paper hiburan dgn nama anonymous mcm kak pora, gayah gebu dsb.. tulisan berniat jahat, tp x berani cakap depan2.. baca utusan mmg bykla cerita begini.. terukla ghupe ini..

fahmi said...

bro nami, bahan org mmg seronok, tp klu kite dibahan adekah boleh kite terima dibahan2 itu?? klu dh biasa kne bahan, xde feeling ape dh kan.. bahan org mmg best sbb kite akan nmpk kool & kuat bile bahan org... padahal biasa je.. hehe

HBM Consultant said...

Sejak bila pula berkumpul 5 orang depan balai polis kena ada permit? 5 orang, bukan 500 orang, bukan 5000 orang!

Hanggokan said...

ngok betul la main2 bisik nih.
buat aku nak tergelak jek.
aku cekik, heret dgn kerusi cam siva baru tau! kahkahkah!

kuSut said...

ape kejadah nya makhluk tu...
undang2 bukan dimiliki sesiapa...
itu btul scra teori...praktikalnya, klu aku ckp ia dimonopoli oleh kuasa pmerintah, rasanya tidak keterlaluan.
masih ingat kes pemecatan tun salleh abbas???menegakkan keadilan di sebuah negara demokrasi spt malaysia kita ni...suatu yg agak payah..

Basuh Baju said...

goth: mari kita bersama dedahkan kebodohan awang ni..haha

nami: mestila. lagi2 kalau orang itu kita meluat dan bengang. rasa puas kot..haha tp kalau nak bahan org yg baik2, mmg kena tempeleng ar kan..

fahmi: selagi utusan menyiarkan berita2 begini, selagi itulah UMNO akan terus jatuh dan berkubur.

marni: 5 orang pon dah cukup nak takutkan kerajaan. tgk sajalah 5 org HINDRAF..haha

did: jangan wat camtu..cian dia.. kita sekeh je..haha

kusut: kita sudah punyai undang2. yg kita perlukan ialah pematuhan terhadap konsep doktrin pengasingan kuasa. polis buat kerja polis. hormat perlembagaan. kalau perlembagaan pon dilanggar, apa harga negara kita?

kuSut said...

doktrin pengasingan kuasa???
aku blajar stpm dulu 3 badan utama tu dalam satu set sistem dan subsistem.kesemua bgabung..bila kat u, aku blajar smula, dalam klas undg2, badan kehakiman sbenarnya tpisah dari legislatif dan eksekutif.bermakna ia bdn bebas. tpi pelaksanaannya, sedar atau tidak bdn judisiari ttp menerima campur tgn 2 bdn lain.hari ini,lihat saja kes nizar vs zamri...ahaha...x guna blajar undag2, stkat beramal dgn teori...prktikalnya ttp hampeh blako...awk btul...pematuhan itu yg susah nak capai.