Wednesday, May 27, 2009

Jom Bincang!

TOLAK KOMUNISME- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 25 Mei – Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

Sambil menyuarakan rasa amat terkejut dengan tindakan pihak tertentu yang cuba membangkitkan sentimen itu, beliau mengingatkan bahawa adalah satu bencana kepada negara ini jika ada pihak cuba menggalakkan kemunculan semula komunis di Malaysia termasuk menerusi media cetak dan blog.

‘‘Pada masa ini jelas menampakkan seolah-olah ada rangkaian untuk membawa masuk (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) Chin Peng ke Malaysia dengan cuba membuat penilaian dan peranan baru terhadapnya.

__________________________________________________________________

Hari ini mari kita berbincang tentang gerakan komunisme. Adakah komunisme sesuatu perkara yang benar-benar jahat dan teruk? Atau sebenarnya komunisme ini lah yang mendesak British memberikan kemerdekaan kepada negara kita?

Basuh Baju mengajak para pelayar dan pembaca memberikan pandangan masing-masing. Tiada pihak yang benar mahupun salah. Benar dan salah itu berbeza mengikut perspektif kita. Apa yang penting bagaimana kita menerima sesuatu pandangan orang lain dalam menegakkan pandangan kita.

Selamat Berdiskusi!

16 comments:

mamai said...

aku rasa rais harus belajar lagi sejarah...darimana asalnya komunis di Malaysia dan serpihannya....malang sekali buku-buku sejarah aku dulu dah habis di makan anai-anai....

Unknown said...

komunis dahulu adalah satu bentuk perjuangan orang yg tertindas dengan golongan kaya.walaupun ada kejayaan namun perjuangan yang menolak kepercayaan kepada Tuhan ini akhirnya GAGAL untuk membina masyarakat samaratanya ketika pemerintahan di sebelah Eropah dan China.Dalam kontek M'sia ianya merupakan kenangan pahit terutama kepada mereka yang hidup di zaman darurat.Hari ini ideologi ini hampir berkubur.Tak Nak Komunis dan Tak Nak Demokrasi terpilih.

Jay Harun said...

masing2 nak ikutkan fahaman masing2....tp taknak ikut fahaman yg satu...

HBM Consultant said...

Secara peribadi, sukar untuk saya membuat penilaian tentang komunis kerana pasti saya akan bersikap bias dalam memberi pendapat.

Maklumlah, saya adalah anak kepada seorang bekas Askar Melayu Diraja yang turut merasa pahit getirnya perjuangan menentang komunis suatu ketika dahulu.

Kenangan zaman kanak-kanak yang sangat pahit itu tidak akan memungkinkan saya rasional dalam memberikan pendapat.

Anonymous said...

Aku pernah baca novel Aku Masih Hidup.

Kalau penulis tu tak tipu aku, aku percaya perjuagan komunis

kuSut said...

setiap perjuangan punya agenda sendiri, perjuangan kapitalisme mulanya dilihat untuk membantu golongan proletariat, tpi hasilnya hanya pada golongan pemerintah...berbanding dengan kapitalisme, aku lbih melihat fahaman komunis itu tidak mendukung hak asasi sejagat.

Cob Nobbler said...

Komunisme adalah satu gerakan yang memperjuangkan satu dunia tanpa negara.Satu kesamarataan.Internasional.

Tidak ada negara komunis.Yang ada cuma negara Stalinist.Negara stalinist ini yang sering digambarkan sebagai negara komunis dalam buku KBSM atau mainstream kapitalis.

Satu saya ingin ajukan soalan:

Adakah dunia sudah bersedia untuk tidak bernegara?

fahmi said...

komunis?? selalu digambarkan tidak baik oleh KBSM.. mahupun kerajaan sebab ini demi survival politik mereka.. sebab kalau dikaji betul2 oleh rakyat, kerajaan risau akan berlaku gerakan2 spt ini... selalu ia dianggap sbg salah satu cabang sosialisme.. tp x berlaku lagi zaman ini.. x stuju komunisme sbb ia mereka tidak percayakan tuhan.. mungkin ada kebaikan sistem ini, siapa2 tahu sila kongsi ya..

Cob Nobbler said...

Siapa cakap komunisme tak percayakan Tuhan?Itu KBSM yang cakap.Komunis seperti Tan Malaka,Musso dan Agus Salim masih menyembah Allah,okay?

Mereka cuma tak percaya konsep negara.Tu je nkoram kena faham.

Yang tak percayakan Tuhan tu golongan scientific communism.Biasalah saintis ni atheis.

Zaman dulu,semasa takde negara-negara,yang ada cuma manusia,orang menyembah Tuhan jugak.Yang menyembah berhala tu sembah la,yang sembah Allah tu sembahlah.

Nabi Adam pun sembah Allah,tapi dia takde negara.

Basuh Baju said...

kalau kita kaji, kita akan dapat lihat komunis adalah golongan bawah (pekerja) yg bangkit menentang golongan atas (orang kaya)..

ketika itu komunis merekrut ahli melalui buruh2..namun disebabkan buruh2 byk terdiri drpd golongan cina, kerana itulah perjuangan komunis dilihat spt perjuangan cina..

lawan komunis adalah nasionalisme. nasionalisme adalah 'check' kpd komunis. inilah yg British lakukan. Di tanah melayu, british merekrut rakyat tanah melayu mempertahankan negara. jadi bertempurlah antara golongan komunis dan golongan nasionalis..

kesimpulannya? dua2 percaya dua2 lah yg perjuangkan kemerdekaan. Di mata mereka, perjuangan mereka adalah benar..

jadi di akhirnya dua2 pihak terkorban dgn kepercayaan masing2.. benar dan salah- itu bergantung dari perspektif mana yg kita ingin lihat..

Basuh Baju said...

kita perlu beri kredit atau setidak2ny amengakui peranan komunis ini dlm membebaskan tanah air kita.. cuba korang lihat dan fikir 'Mengapa British sanggup memberikan kemerdekaan kpd kita?' Ikut logik, siapa yg berkuasa pasti susah nak lepaskan kuasa..

so, komunis dgn perjuangan bersenjatanya telah mendesak dan membuatkan British sakit kepala. Ini kerana British sedar lambat laun mereka akan kalah. Jadi daripada terlepas tanah melayu kpd 'musuh' (komunis), lebih baik memberikan kemerdekaan kpd 'rakan' (Perikatan)..

pun begitu, Parti Perikatan (UMNO/MCA/MIC) jg berperanan. Mereka telah berusaha dengan rundingan, berpadu dan bersatu. Perkara ini btl2 memeranjatkan British krn mereka menyangka rakyat Tanah Melayu tak akan bersatu..

dlm isu komunis tidak percaya tuhan, aku rasa utk kita faham komunis ini, baik kira rajinkan research.. sbbnya, persepsi terhadap komunis ini tlh diracuni dgn dakyah British ketika itu.. samalah persepsi kita terhdap DAP yg dikatakan chauvinis cina..tp rupa2nya bukan.. :)

abu muaz said...

Kita dilatih untuk menerima satu pandangan. Begitulah bagaimana sejarah malaysia menceritakan perihal komunis.Adakah sejarah yang menceritakan perihal komunis itu benar?Bukan aku menerima fahaman tersebut. Ia satu fahaman yang menolak kewujudan maha pencipta.Serupa juga yang aku keliru mengenai peristiwa 13 mei. Benarkah sejarahnya begitu?Atau masih banyak yang tersembunyi faktanya....

Aku said...

Tak tau nk comment ape...Spjg umur aku, yg dimomokkan komunis tu jahat...Mgkn start dr skg aku kene kaji asal usul komunis nih...hemm..

Dari Jalan Kopi said...

sejarah negara ini tidak ditulis dengan betol. tidak ditulis dengan betol bermakna dia hanya mengikut hanya satu perspektif sahaja - perspektif kerajaan yang memerintah.

rasa saya penceritaan terhadap komunis ini sama juga saperti penafsiran sejarah kita dulu-dulu dimana pejuang yang melawan british dikira pengkhianat : mat kilau, tok janggut dan rahman limbong - hanya menulsi sekedar beberapa nama.

pensejarahan ini telah mengikut arus pemerihtah ketika itu yaitu british.

pemerintah hanya ingin melihat bahawa hanya mereka sahaja berperanan. kemerdekaan hanya hak ekslusif beberapa pehak sahaja yaitu yang mengikut telunjuk dan simpati dgn perjuangan mereka sahaja. yang lain yilek poc cit !!!

Anonymous said...

Pada saya, orang-orang yang sangat anti kepada komunis a.k.a PKM ini mungkin terasa hati melihat "kekejaman" yang dilakukan, lebih-lebih lagi jika bapa mereka berkhidmat sebagai tentera, atau polis pada zaman itu.

Namun, adakah maksud sebenar komunisme itu adalah pembunuhan tanpa belas kasihan? Pastinya tidak, kerana komunisme lebih berkait rapat kepada kesamarataan hak kepada semua rakyat.

Saya yakin, anak-anak kepada bekas tentera dan polis pada zaman itu pastinya tidak dan tidak akan cuba untuk mendalami ideologi komunisme sampai bila-bila.

Sedangkan bapa mereka yang terlibat di medan perang itu, hanyalah orang suruhan British yang telah ditugaskan menentang PKM, serupa dengan polis sekarang yang menjadi orang suruhan kerajaan, menangkap musuh-musuh politik.

Basuh Baju said...

Jadi kesimpulannya begini:

1- sejarah ditulis oleh pihak yg menang. maka disebabkan British dan perikatan 'menang', maka komunis telah digambarkan imej yg sgt teruk.

2- Kedua-dua pihak iaitu komunis dan askar percaya mereka berdua memperjuangkan kemerdekaan. Di pihak komunis, mereka menentang British yg menggunakan orang melayu sebg askar. Di pihak askar, mereka menganggap komunis sbg ancaman terhadap kemerdekaan negara. Jadi utk kita menyalahkan kedua2nya tidak boleh kerana kedua-kedua mereka percaya apa yg mereka perjuangkan.

3- Satu soalan utk bekas parajurit: jika Chin Peng tidak dibenarkan kembali berpijak di bumi Malaysia kerana kekejamannya, mengapa British sbg Bekas Penjajah dan pemula kekejaman ini dibenarkan pula?

4- Kita perlu mengiktiraf kembali jasa2 mereka yg turut menyumbang kpd kemerdekaan. Komunis jg berperanan penting dlm mendesak British memberi kemerdekaan.

5- Kita akui bahawa begitu ramai askar yg terkorban dlm perjuangan melawan komunis. Jadi sentimen yg mereka bawakan itu ada benarnya.