Tuesday, May 26, 2009

3 Nasihat dari Basuh Baju

Kepada Basuh Baju,

Saya merupakan pemain termahal Manchester United. Bulan Julai ini saya akan datang ke Malaysia. Tapi jangan salah faham, saya datang bukan untuk bermain bola sepak sebaliknya sekadar membakar lemak-lemak saya agar selepas ini saya tidak bermain dengan begitu malas.

Ada sebarang nasihat?

(Dimitar Berbatov, Old Trafford)

Wahai Berbatov,

Pertama sekali saya tak faham bagaimana anda boleh bertutur bahasa melayu. Mungkin ini berkat PPSMI agaknya.

Saya ada tiga nasihat:

1) Jangan menunggang motor. Nanti digelar samseng jalanan.

2) Jangan memakai baju hitam. Nanti akan ditangkap.

3) Jangan cuba untuk berpuasa atau berlapar. Silap-silap akan ditahan.

Untuk bacaan tambahan, saya sertakan berita di bawah.

ps: (bakar lemak banyak-banyak.)


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


SAMSENG JALANAN GANTI MAT REMPIT- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 19 Mei - 'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah 'mat rempit' bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

TINDAKAN TEGAS MEMAKAI BAJU HITAM- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 6 Mei - Polis memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menahan mana-mana individu yang memakai baju hitam sempena usaha menggagalkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang jika mereka terus berdegil.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

MOGOK LAPAR: LIMA DITAHAN- Utusan Meloya

IPOH 26 Mei – Lima pekerja lelaki yang sedang memasang khemah dan alat siar raya bagi menjayakan kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di luar Wisma DAP ditahan polis kira-kira pukul 7 pagi ini.

Puluhan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kini berkawal di tempat kejadian.

8 comments:

Dari Jalan Kopi said...

perkara yang berlaku ini hanyalah manifestasi dari keputusan pilihanraya mac 08

pakatan akan lakukan apa saja untuk dikenakan tindakan olih pihak gerombombolan.

pakatan telah percaya setiap tindakan yang dilakukan untok mengganggu gugat pentadbiran akan dikenakan sekatan dan tindakan.

segala tindakan dan sekatan ini akan meluapkan lagi kemarahan rakyat.

gerombolan jika maseh mengikut apa yang digendangkan olih pakatan - bermakna mereka semakin lama semakin kaput dari gelanggang politik.

tetapi jika mereka memberikan sedikit kebebasan dibimbangi akan membuatkan rakyat semakin berani bangkit menentang ketidakadilan.

pepatah melayu lama mengatakan - berdiri segan duduk tak mahu. nak tahan berak takot tercirit pula.

buatlah apa saja asalkan yang baek.
darijalankopi

Anonymous said...

polis sekarang lebih peduli bab2 berkaitan politik.

sebab tu kes ragut tinggi. kes rompak tinggi. kes apa kesssssssssssssssssssssssssssssss

kuSut said...

hahaha...
basuh baju - kamu sedang bereskperimentasi dengan polemik politik...mengkhabarkan tsunami malaysia ke seantero...anyway, nice writng...congrats

fahmi said...

hehehe... pandai pula si Berbatov ni cakap melayu.. hehehe

jgn tunggang motor, kecuali kamu beruniform polis trafik, kamu x dianggap samseng jalanan..

pakai baju kuning sokong bersih, pakai baju merah sokong jerit, baju oren sokong hindraf.. pakai baju biru gelap xpe.. xpun baju berlambang keris merah.. itu xpe..

hm.. nk puasa pun x boleh? alahai..
pada dorang nk puasa di bulan Ramadhan saja.. buat baik di bulan itu saja, bulan lain x apa...

bakar lemak2 byk2? perli berbatov ke perli aku ni.. hehehe

Cob Nobbler said...

Dimitar Berbatov?
hahaha..lu jangan beb,fan MU dah panas dengan aku sebab aku panggil beratbontotov..hahaha!

Nasihat saya kepada Dimitar Berbatov,

untuk membuang lemak yang ada di bontot anda,first,

1.Basuhlah baju anda,instead memberi kepada pihak lawan selepas perlawanan.

2.Kerja kat FOS.1 hari RM35,kalau fulltime RM55.Konfirm lemak badan hilang.

3.Jumpa Inul,dia tau la nak ajar ape kat anda.

hai said...

cuba cari kebenaran di sini: http://www.matamin.blogspot.com/

abu muaz said...

Bola satu dari bola dua.......
Ada sebuah motorsikal BOLA ADA SIKU 2345, penunggang berbaju hitam,dilapur tidak makan hampir 72 jam apa tindakan yang perlu kami ambil????? Over!!!

Bola dua..... kejar sampai dapat.
Jangan balik balai hingga suspek ditangkap...
Roger and out...

abdultalib said...

1. Tunggang Motor - boleh...tapi tunggang la dgn tayar dua2 atas jalan.
2. Pakai baju hitam - boleh...tapi pastikan bertempat...kalo kat Anfield awok pakai la baju merah!!!
3. Puasa sunat...boleh...malah amat dituntut...tapi baca la niat dulu 'Sahaja aku berpuasa sunat KERANA ALLAH TAALA"
Wassalam!