Monday, May 25, 2009

Bagaimana bangsa dan agama digunakan

untuk tujuan politik.....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

MOGOK LAPAR- Utusan Meloya

IPOH 23 Mei - Ibarat bayi menangis inginkan perhatian!

Pakatan pembangkang yang telah kehilangan majoriti DUN kini merancang mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari bagi mendesak DUN dibubarkan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

untuk menakut-nakutkan kita...................

ORANG ISLAM DILARANG SERTAI MOGOK LAPAR- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 24 Mei - Haram dan menyerupai amalan agama lain!

Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, jika seseorang penganut Islam itu meninggal dunia ketika sedang melakukan mogok lapar, dia dikhuatiri mati dalam keadaan tidak beriman.

Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang.

MOGOK LAPAR BUKAN BUDAYA KITA- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 24 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan rancangan pakatan pembangkang melancarkan mogok lapar tiga hari hanya membuang masa dan bukan budaya negara ini.

23 comments:

HBM Consultant said...

Dalam akhbar Sinar Harian semalam, pemimpin PR menyeru umat Islam yang ingin menyertai 'mogok lapar' ini berniat berpuasa, dibolehkan bersahur dan berbuka seperti biasa.

Mogok lapar hanya nama glamour seperti mana Kerajaan Malaysia menjadi nama glamour kepada parti pemerintah tersebut.

Media arus perdana suka laporkan berita sekerat-sekerat. Yang betul akan kelihatan salah dan yang salah akan dimanipulasi menjadi betul. Biasalah...

Anonymous said...

aku rasa sebab Allah jadikan telinga dari kanan dan kiri, mata kanan dan kiri, lubang hidung kanan dan kiri supaya manusia menerima infomasi dari sebelah kanan dan kiri.
bukan dari sebelah pihak aja!

uiks, mulut ada satu lah pulak? tapi ada barisan gigi kanan dan kiri kan? nak makan kene kunyah dulu kan?

kalau main telan bahaya jugak!

fikir fikir kan. Btw, tq kongsi kes ni kat aku. Baru balik thailand. tak tau apa2 pun

Anonymous said...

itu lah dia,,aku tak tau ko pro yg mana,,tp pada pandangan aku la,,

time nizar menang kes,,ha,,,pecat orang sana sini,,

bila zambry menang,,dia kecoh sekampung,,kepoh betol,,suruh bubar la,,mogok la,,apa,,kenapa tak pg rayu lg dekat mahkamah?

sebab dia pon tau,,dia memang tak bley menang,,cakap la sikit2 apa2 kat orang yang tak tau apa2,,jadi la pak turut sokong nizar ni,,

aku komen ni,,nati ada la yang nak perli aku lpas ni,,

Jay Harun said...

ahh...mogok lapar bagai....

kuSut said...

nape la takut sgt nak bubar dun...klu rasa akan menang kerusi majoriti, bubar dun, test market, wat prn...confirm smua pihak bole tutup mulut lpas tu...x nak mmbazir alasan spr dan persekutuan...alasan bodoh!!!tau plak pkir pasal mmbazir...

fahmi said...

bangsa dan agama digunakan sbb survival politik masing2 baik BN @ PR... mufti2 kata begitu sbb yg pegang kuasa persekutuan ialah BN jadi mestilah cenderung ke sana..
Utusan kata begitu sbb mereka ni penyebar fikiran rakyat.. eh silap, fikiran BN.. kenapa benda2 ni terjadi? kenapa x mahu bubar dewan? kalau bubar, x akan ad polemik2 begini.. serahkan kuasa mengudi kpd rakyat, biar kita bersuara memilih pemimpin pilihan..

Anonymous said...

gua ari2 belpr..
tp gua x mogok..

Ahmadkmz said...

adila,

nizar dah buat rayuan dah nak oi...

yg tak tahu mcm hang jelah duk sokong parti judi tu...

huihuihui

mamai said...

mogok lapar tanda protes... kalau di niat posa lagi baik....utasan tu dah mmg meloyakan....

abu muaz said...

Sepatutnya Zambry pun kena ikut mogok lapar sebab dia kata perjuangan dia macam Ghandhi.Bagus mogok ni dizaman duit dan ekonomi meleset. Kurang-kurangnya 3 hari tak makan ayam.......dah berapa dapat jimat tu.... tapi penagih ayam goreng boleh ke tak makan ayam sampai 3hari???.Kalau sampai mati lagi bagus mogok tuu...dapat cipta satu lagi tamadun dan dapat masuk dalam buku sejarah pulak tu..

Anonymous said...

dah buat hari tu.da dapat kat dia kan,,zambry rayu lagi..dah tu nape dia x rayu lagi,,kalau nak ckp pasal benda yg da dibuat bek xpyh cakap,,satu malaysia pon dah tau,,xpyh la baru nak bgtau bnda yg aku da tau,,sila pahamkan komen tersebut,,baru attack,,sy xda guna bahasa undang2 pon,

aNdi.Hanin::حنين said...

"Haram dan menyerupai amalan agama lain!"

agak2 perlembagaan negara kita ikut amalan mana? islam kah??

mana hudud? mana qisas?

ms ni la br nak kuar halal haram eh

Anonymous said...

ms. adilalalalalalalalala...
bb n rmai dlm blog nie bkn brjuang ntuk pkr..
kitorg brjuang ntuk diri sndri..
katorg nak kapitalis bn jatuh..
kitorg dh x lrt diperh tulg belikat oleh bn..
pkr hnyalh laluan.. sekiranya pkr bangsat seprti bn..
pkr juga akn kitorg hambat..
bb stuju?.. panas lak gua..

mamai said...

ya aku sokong ikhtilaf...kita berjuang untuk diri dan cucu cicit kita....kalau PKR main bangsat kita juga akan perambat...

btw tak payah la kita layan budak adilalalala tu masih tak berinformasi..main pakai redah ajer

Cob Nobbler said...

macam aku cakap lah.

orang suka guna agama untuk politik.

tapi ramai tak suka aku cakap macam tu.panggil aku bodoh la,panggil aku sempitkan definisi lah.

aku cakap,nkoram tak caya.

sebab tu aku cakap aku tak percaya dengan jabatan agama.

Basuh Baju said...

Ha ni respon aku:

tujuan entry ini ditulis ialah nak tunjukkan kat kita semua bagaimana agama dn bangsa digunakan oleh kedua belah pihak dlm tujuan politik masing2.

kita tgk bgamana Nizar nak lancarkan mogok. aku kira ni hak dia nak mogok ke apa. tp bila dah kata mogok ini utk mendapat 'keredhaan Tuhan' aku kira ini dah macam nak gunakan agama. (sila baca berita di Malaysian Insider utk mklumat ini)

begitu jg dalam respon BN. terang2 melalui Mufti dan menteri dikatakan mogok ini haram dalam agama dan juga bukan budaya kita. aku kira ini juga tindakan yg bodoh.

so apa tujuan aku tulis entry ini:

1- aku nak kita semua bukan menjadi penyokong yg menyokong secara membabi buta terhadap mana2 parti politik.

2- Kita sokong siapa yg buat betul dan hentam siapa yg salah. Kalau dua2 salah, kita hemtam dua-dua.

Jadi, baik penyokong Zambry mahupun Nizar, ini ruang untuk kita membasuh minda. Sudah tiba masanya kita tidak menjadi mangsa politik mereka.

ok? :)

Anonymous said...

pertamanya,,
sy menerima kritikan berasas,
terima kasih kepada ikhtilaf,sy sependapat dgn anda,,sy tau semua berjuang utk diri sendiri,,dan sy juga begitu,,trima kasih sebab membuka mata saya,,

keduanya,
sy tidak mahu dikatakan kurang sopan oleh sesiapa pon,,sy kira encik mamai sangat tidak berpuas hati walau apa pon sy tulis,,tp tak pe la,,mungkin ego seorang lelaki dan ego seorang yang sudah lebih dulu makan garam,, sudah sy katakan berkali,,sementelah pada pandangan anda sy hanyalah seorang budak hingusan,,maka sila lah ajarkan,,

bukan hanya menghentam sy,
tp sy kira,,yang lain2 juga sangat membuka mata saya,,

inilah informasi yang patut diberi oleh mereka yang berinformasi,,bukan simpan sendiri,,

btw,,sy rasa mcm rude pulak bila komen berlapik2 dan nak bertekak dengan orang yg lebih tua,,

to all..jangan ambil hati,,kalau nak ambil jugak,,really sorry lah,,

tp aku bukan budak hingusan semata2
aku berfikir untuk masa depan aku dan anak2 anda nantinya,

asparado said...

nak wat cmne...adila lalala mmg student universiti of misai tebal ular sawa..universiti ketuanan melayau hak bumiputra...geng2 berarak depan SUK selangor sambil meraban...patut la mentalitinye pon jenis mentaliti 20sen...kontrektor kelas f btol laaa...

abdultalib said...

Satu topik yang menarik! Mogok lapar!!Masalahnya ada orang peduli ke? Sedangkan orang miskin yang sedia lapar...bersepah2 kat Malaysia ni...ada siapa yang peduli??? Jangan la nak kaitkan dengan puasa sunat pulak... sebab puasa tu amalan suci dan mempunyai tujuan yang lebih mulia. Matlamat tak pernah menghalalkan cara! Wallahualam!

Ahmadkmz said...

so,
bukak mata luas2..

jgn dgr one side story saje.....

baru tak mudah ditipu dan diperdaya..

mR SyamEL said...

election baru la..
sng kn..
setel masalah..
adoi..
rmai yg bijak pandai...
tp pemikiran kolot...
mcm budak x sekolah...

Anonymous said...

Politik ini bersih sebenarnya dan yang tidak bersih ialah pemainnya.Dan bila pemainnya tidak bersih maka semua caranya adalah HALAL.
Maka akan terKORBANlah semuanya.Pilihlah yang BENAR dan yang mengajak kepada KEBENARAN.

Basuh Baju said...

Adila lala: isu selesai..haha yg ptg aku perlukan pandangan anda juga utk blog ni. setidak2-tidaknya ada juga pandangan sisi lain. :)

asparado: selamat dtg :)

abdultalib: sbb tu la bagi saya, dua2 guna agama utk politik.. nampak kan? apa motif nak mogok2? baik pergi tolong mereka yang tak cukup makan di perak. ha, kan nampak bagus di situ..

chekamala: betul. kita perlu dengar dari dua belah pihak..

mr syamel: ini strategi BN. mesti ada sebab tak nak PRK kan? sebabnya? sbb tau mereka akan kalah teruk.. siapa yg ada kuasa mmg payah nak lepaskan.. btl x?

Duniaku: itulah pasal. kita kena bezakan politik dan ahli politik. kita kena pandai lihat mana benar mana salah.. sebagai rakyat, kita jgn mudah tertipu dgn percaturan mereka...