Thursday, May 28, 2009

Media, Isu dan Krisis Ekonomi


Suka ataupun tidak- media mempunyai pengaruh yang besar kepada diri kita. Media akan menyusun pemikiran kita dan mencorakkan jalur pandangan dengan berita dan laporannya. Media adalah senjata baru yang ampuh di muka bumi ini. Media berupaya mengalihkan sesuatu isu kepada isu lain. Malah media mampu mengecilkan isu besar dan membesarkan isu kecil.

Begitu berkuasanya media sehinggakan sesiapa yang menguasai media- dia lah raja. Untuk pengetahuan, Majlis Raja-raja juga tidak sehebat Rupert Mudoch- Taikun Media Dunia.

Di akhir-akhir ini kita semua mengetahui dunia sedang dilanda krisis ekonomi yang sangat hebat. Amerika, EU, Jepun dan Singapura semuanya makin hari makin tenat. Betapa hebatnya krisis ini sehinggakan ia tidak mengenal warna kulit, agama, bangsa dan negara mana.

Jadi, krisis ekonomi adalah isu sebenar dalam kehidupan kita. Mahu tidak mahu- kita perlu percaya bahawa hidup ini semuanya berkaitan dengan ekonomi. Ekonomi adalah penggerak kepada kehidupan. Manusia berperang dan bergaduh kerana punca ekonomi. Manusia berpolitik dan menggunakan agama juga demi ekonomi. Betapa besarnya pengaruh ekonomi dalam hidup kita.

Dalam menghadapi krisis ekonomi ini, media perlu meletakkan isu-isu ekonomi di muka hadapan. Media perlu memberi amaran kepada rakyat kita agar tidak terbuai dan tertidur. Namun apa yang terjadi di Malaysia, berita-berita ekonomi diletakkan di tengah-tengah akhbar. Itupun ditulis sekerat-sekerat dan kecik bahagiannya. Berita-berita murahan seperti rempit, perak, AF7, komunis, ah-long dan peragut dijadikan berita utama.

Lihat betapa cekainya media kita. Media seolah-olah mahu rakyat kita terus menjadi bodoh dan bengap. Biarlah kerajaan yang 'lebih tahu' bukan rakyat. Bila rakyat bodoh, maka kerajaan lebih senang memerintah. Setiap dasar tidak dipertikaikan. Kerajaan juga seperti mahu kita percaya yang 'semuanya okey dan terkawal.'

Ini semua adalah bohong dan karut. Semalam dilaporkan ekonomi negara kita jatuh sebanyak 6.2% pada suku pertama 2009. Ini adalah kali pertama sejak kejatuhan ekonomi pada krisis 1997/98. Ini adalah petanda awal negara kita 'tidak okey.' Ini petanda negara kita sudah ber'krisis'. Maknanya apa yang media kita cuba beritahu sebelum ini tidak boleh dipakai- wajib dibakul-sampahkan.

Sudah percaya Majlis Raja-raja tidak se'raja' media?

Satu soalan: Adakah media di negara kita sudah sedar dengan situasi ini?

Hmmmm......nampaknya tidak. Baca berita muka hadapan di akhbar-akhbar utama hari ini:

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

TIDAK! CHIN PENG- Utusan Meloya

PUTRAJAYA 27 Mei - Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

NERAKA ALONG- Berita Hairan

SUBANG: Bagaikan hamba abdi - demikian keadaan tiga lelaki mangsa along yang dirantai dan dikurung dalam dua 'lokap' sebelum diselamatkan polis petang semalam.

JERITAN MAUT- Harian Metro

IPOH: “Mana bini aku, mana bini aku...,” jerit Jafri Tajul Aripin, 47, kepada seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan bunuh dua beranak semalam.

DUGAAN BAKAL PENGANTIN- Kosmo

SETIU - Seorang bakal pengantin di sini terpaksa mengeluarkan belanja menambak jalan berlopak sepanjang 300 meter menghala ke rumahnya.

HELL AT HOME- The Star

PETALING JAYA: Her relatives noticed the scars on the boy’s head three years ago and her colleagues at a music school saw bruises on his face all the time.

ZERO TOLERANCE FOR TERROR- NST

PUTRAJAYA:
A terrorist of old, Chin Peng, will never set foot again on Malaysian soil. A modern-day terrorist, Mas Selamat Kastari, will also not be given the chance to wreak havoc on the country.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BERITA SEBENAR!

ECONOMY SHRINKS 6.2%- Business Times

KUALA LUMPUR, May 27 - The Malaysian economy is worse than expected, contracting 6.2 per cent in the first quarter from a year ago, its worst fall since the fourth quarter of 1998 at the height of the Asian financial crisis.

5 comments:

Prof. Era Pasca said...

nak tunggu media kite bertajuk muke depan...

GAGASAN separuh abad tumbang di PRK13 je... huhu bile la agaknye...?

fahmi said...

salam.. hmm.. mmg berita2 picisan jd muka depan... yg penting2 letak kat tengah, seciput je... ni mengingatkan apa yg ustaz aku ckp dulu... dia pernah kata, yg dlm paper ada 1 je buleh percaya, iaitu keputusan nombor ekor.. guling2 gelak pas tu... ni skadar analogi beliau ye.. p/s ustaz itu, mahupun diriku xpernah berjudi, itu saja...

Anonymous said...

gua rse better ltak brita sukan kat dpn..
orang bli paper suma selak blakng dlu..

Anonymous said...

media hari ini fungsinya untuk ALIH tumpuan,dan ianya berjaya dimanipulasikan dengan semaksima mungkin.Isu-isu yang besar dan benar bukan lagi matlamat media.RIBA yang memenjarakan sistem ekonomi hari ini tidak pernah diperkatakan secara serius.Media terus jadi budak suruhan para kapitalis dan jongos politiknya.

mamai said...

berita dari tong sampah....
sampah yang telah diasing dan tidak boleh di pakai...mungkin itu lebih sesuai buat media yang siar sampah...

baca berita dari muka belakang


...selaut sampah..