Saturday, May 30, 2009

3 Perkara Bodoh Di Majlis Rasmi


1- Anda dikehendaki mematuhi 'dress code'.

Dress code ini selalunya diberi nama manja iaitu pakaian rasmi. Oleh itu anda perlu memakai baju kameja, blazer, tali leher, seluar slack hitam atau baju batik lengan panjang. Yang hairannya, sejak bila pakaian-pakaian ini ditabalkan sebagai pakaian rasmi? Apa yang mengukur rasmi atau tidak? Siapa yang tetapkan?

Yang paling bangang ialah memakai tali leher- lagi-lagi di Malaysia. Kalau orang Itali datang ke Malaysia pasti mereka berasa sedih kerana mereka telah mencipta tali leher. Mereka pasti menangis teresak-esak kerana ciptaan mereka telah menyusahkan rakyat Malaysia. Apa bodohnya nak pakai tali leher di Malaysia yang 'empat musim' ini?

2- Anda akan didiskriminasikan.

Sudah menjadi kelaziman yang akan datang ke majlis ini ialah VIP atau nama glamournya 'pemimpin rakyat'. Yang hairannya mereka yang kononnya berjiwa rakyat ini akan duduk di meja paling hadapan yang telah dikhaskan. Kalau kita perhatikan, makanan mereka juga lebih sedap, spesial dan panas. Tidak seperti orang lain yang makan 'biasa-biasa' sahaja.

Mereka juga akan datang lewat dan balik awal. Mereka akan masuk ke dewan majlis, buat-buat senyum, lambai-lambai tangan dan duduk. Yang paling sakit hati, mereka akan mengarahkan itu ini kepada waiter. Bodoh, kata berjiwa rakyat. Tetapi melayan waiter (baca: rakyat) macam kuli.

3- Anda perlu menjadi insan yang berpura-pura.

Anda akan bertepuk tangan sebelum, semasa dan selepas ucapan pemimpin berjiwa rakyat itu. Selalunya ucapannya SANGAT BOSAN. Sudahlah bosan, berjela-jela pulak tu. Kalau kita rajin analisis ucapannya, sebenarnya tidak apa pun. Kosong. Habuk pun tarak. Ucapannya hanya syok sendiri. Bermula dengan memuji/membodek barisan tetamu VIP (rakyat akan diletakkan yang terakhir sekali untuk diaddress) dan diakhiri dengan ayat 'kepada bangsa, agama dan negara...'

Satu persoalan timbul: mengapa ucapan-ucapan bosan ini selalunya akan disiarkan di akhbar untuk dijadikan berita?

Ada sesiapa yang nak tambah apa lagi perkara bodoh?

Ps: Semalam saya terpaksa ke Majlis Makan Malam Rasmi. hahahaha

27 comments:

fahmi said...

salam, aku aritu baru balik kem.. pakaian mesti sepesen je, iaitu baju free dr kerajaan, aku x muat pun, paksa smpai muat.. ucapan penutup dr org jabatan, jawatannya aku x pasti.. tp mmg mcm apa yg ko cakap, isinya kosong.. kita jd plastik, tp aku dgn kwn2 tepuk style lain, pasal kami bosan sgt.. paham kot pakcik tu, cpt je abes ucapan... ye r, org dh la lapar nk lunch, dia leh ucap mcm2 pasal negara la, apa la... hehehe lainkali nk ckp pjg, dtg awal ye.. hehehe

HBM Consultant said...

Salam,

Kami pernah terima arahan yang lebih 'tidak cerdik' untuk hadir ke sebuah majlis rasmi. Arahan tersebut adalah, 'anggota kerja tidak dibenarkan sama sekali memakai baju berwarna hijau. Baju berwarna biru adalah digalakkan'.

p/s: majlis tersebut diadakan pada tahun 2002 dan sehingga ke hari ini, baju berwarna biru adalah baju wajib untuk semua majlis rasmi, huhu..

abu muaz said...

Puan marniyati kalau hang nak tahu tempat aku bukan saja baju hijau tak leh pakai , kerusi untuk hadirin pun kena warna biru. Alas meja pun biru.Air sirap merah. Tapi yang masih waras pokok-pokok hiasan tu aku nampak daun hijau dibolehkan lagi.
(barangkali ini antara tambahan 3 perkara bodoh.......)

Cob Nobbler said...

beb,inilah akibat hidup dalam masyarakat berkelas.dalam gerabak keretapi pun ada kelas.kelas eksekutif best,ada tempat tido,siap makan best2,kelas ekonomi kaki cramp2 nak tido,makan megi RM5 satu cawan.

dah berapa kali aku cakap,isu masalah peperangan dan pergaduhan dalam dunia ni bukan pasal soal agama atau bangsa,tapi soal kelas.

kan bagus kalau masyarakat ni takde kelas-kelas,kata dalam al-Quran semua manusia dari air mani..apa beza air mani raja dengan air mani petani?

Jay Harun said...

dan biasanya, teks ucapan bukan dtg dari hati pemimpin. hasil karangan setiausaha, atau editor utk sesuatu event.

*aku tau sbb aku pernah terlibat dlm pembikinan teks ucapan sorg menteri dulu. lps dah karang, anta kt menteri soh dia cek & approve. pastu nnti dia baca kt majlis2 terlibat.

kuSut said...

ahahaha...
aku paling x suka datang majlis makan mcm ni...trutama bila smua da sedia, pmimpin yg segak bergaya x on time...apa kejadahnya tu, kita golngan marhaen ni da la layanan ala kadar je, die dari masuk kapet merah sampai nak balik layanan 1st klass, ingat dorng tu darah kaler putih ke

Hanggokan said...

kahkahkah...
mmg bodoh.
kahkahkah...
kalau tak ikot, ckp memberontak, pengkhianat. cis! betul2 tak memahami jiwa muda. lebey tak masok akal bila dipaksa memakai kot haram jadah panas itu. sedangkan dewan bukan ada air-cond pon...kipas jek. kahkahkah!

Basuh Baju said...

hahaha kesimpulannya, majlis rasmi TAK COOL!

Muhammad Rahimi Bin Hasan said...

aku mnat no.2

mmg pmimpin ddk d dpn sje.

agaknya ni lah sbb dorg lupe kn yg dipimpin.

kalau ddk di atas .
kte lupe org d bwh.

kalau da ddk depan,
knfem pny lah lupe org d blkg.

out of sight, out of mind

Jay Harun said...

nami o fish, mmg dlm AlQuran kata manusia dijadikan dari air mani, tapi manusia yg melampaui batas yg membezakan2 darjat dia.

Khazinatul Asrar said...

Mereka menamakan ia sebagai pakaian rasmi mugkin itu adalah lambang malaysia..baju kurung,kemeja,slack..
Tapi secara terus terang..memg aku xsuka diipaksa g majlis rasmi dgn pakaian rasmi..formal..
Ape xle ke dorg justsuh kiat pakain pakain yang sopan mngikot pandangan kita..Mungkinkh mereka suka pakaian ala2 boriaaa??

Abang said...

nami o fish : air mani raja akan tetap menghasilkan anak raja. Air mani petani pula akan menghasilkan ntah sapa2 tp yg pastinya bukan anak raja :)

Boleh tambah ni basubaju:

4) Kalau ada makanan tersedia, kita x boleh makan selagi pemimpin x habis berucap/x makan lagi.

5) Selalu majlis mula dengan bacaan doa kpd Allah (bagus ni).. tp x lama kemudian akan diiringi dgn tari menari/nyanyi2 pulak...

6) Selalu ucapan pemimpin kosong, nak ada islamic value jauh sekali.. X abis2 dgn produktiviti, cemerlang, bangunkan negara, taat ketua bla bla.. dunia semuanya.. akhirat x mau sentuh lgsg..

7) Kalo ko pakai ketayap/serban, ko akan dipandang pelik. Kalo pakai tie atau songkok, normal.

miss.Z said...

well that's called "protokol"..
but 4 sure...i really don't like it 2..

Fa-T said...

Ko Tak Suka PAkai TIE!!!

aku lagi pulak... teringin ank masuk majlis rasmi pakai JEANS!!!

Gedung Akal said...

Basuh baju,
Mak aku selalu sebut: "Orang bodoh makanan orang cerdik"
Prinsip aku dalam hal ini : Kalau aku rasa diperbodohkan MAKA aku akan cari jalan agar aku tidak nampak bodoh.
Ada yang rasa CERDIK bila ikut sahaja 'dress code' yang ditetapkan oleh orang-orang yang CERDIK

syahid said...

benda bodoh adalah majlis rasmi tu sendiri. takde rasional langsung.
dresscode,vip,ucapan pembongak,dengar auta, tepuk tangan,berdiri masa vip masuk keluar, buat banner gambar penipu besar2 lepas tu buang,main kompang tengah hari buta,
majlis rasmi mmg bodoh

rokok rothman said...

hahahaha... kelaka dan betol...
dah la betol tapi org still lagi ikut wat majlis rasmi nih...
kenape ek... mungkin dah diajar dek british time dolu2 kot..
bengang jgak...
ak pernah jadi ketua tok majlis rasmi..protokol sane sini..vvip x penah dtg awal..vip(dlm kes ini lecturer) dtg time mkn jer.. fed up giler..
last2 ak wat ucapan xde rasmi langsung. lawak banyak,pendek jer,xde adress2 ke sape2 sume bole denga,time ad org amek gamba ak benti jap nk posing..
kalo makan plak ak dah siap2 makan ngan ajk.. pasai apa sbb kalo mkn ngan vvip ko mmg berpura2 abes.. mkn 3 suap dah kenyang..
kalo hadirin mostly membe n junior.so ak dah siap ckp kt dorang kalo nk mkn time ucapan cover2 lah...

amalhaj said...

Tuan-Tuan dan Puan-Puan........

fatah85 said...

baru cool duduk lama-lama dengar ucapan. hahahahaha. palat sungguh.

palat dalam kamus dewan bermaksud - orang yg tidak berguna.

asilahmuhajer said...

suka dengan komen abang terrer. logik gak tu.

Anonymous said...

kalau nk pakaian melambangkan malaysia, pkai-lah baju melayu dengan tengkolok etc etc. celaka, kenapa mesti pkai tux or wse? cis betul la...

Anonymous said...

Point No 2 tu yang dimaksudkan Raykat didahulukan. Poorahhhh. Rakyat sebenarnya dihulukan. Pasaltu saya tidak subscribe kepada 1 Malaysia.

srikancil said...
This comment has been removed by the author.
Malay said...

Azalina wanita terkaya di malaysia, perbalun habis semua duit rakyat , anda boleh membaca Rahsia kejayaan azalina membalun duit rakyat www.mytepakbersulam.blogspot.com

FranszLeChef said...

Daripada nak ikot protokol ni sume, baik dengar band grindcore 'Protokol' dari kuale kangsor. "mommy says don't talk to bastards". tapi band ni dah r.i.p

Anonymous said...

Apa pandangan u tentang pakai baju batik setiap hari Khamis. Relevan kah lagi bila Pak Lah dah tak ada?

Anonymous said...

kehadapan saudara basuh baju. kenapa saudara terlalu berfikiran negatif? mengutarakan soalan"apakah perkara bodoh di majlis rasmi?". Bukankah lebih baik dan membina sekiranya saudara menanyakan soalan seperti "apa yang kamu ingin lihat diubah di majlis rasmi?". Dengan itu input yang positif dapat diperolehi oleh para pembaca. dan mungkin dalam sesetengah kes, pembaca itu salah seorang yang bertanggungjawab dalam majlis rasmi.dia kemudiannya dapat menggunakan cadangan2 yang bernas itu untuk menjayakan suatu majlis rasmi yang kurang bodoh.

Contohnya:baju apa yang paling sesuai?susunan tempat duduk.Ucapan yg sesuai.

sekadar menyatakan apa yang tidak disukai tanpa menyatakan cara yang lebih baik,tidak akan memberi manfaat kepada orang lain. tidak ubah seperti tin kosong sahaja.