Saturday, May 2, 2009

Eh...siapa cakap? Tiba-tiba je.

WATANIAH TIADA KAITAN UNDI POS- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 1 Mei - Sasaran Kementerian Pertahanan melahirkan 600,000 anggota tentera wataniah di seluruh negara tiada kaitan dengan isu undi pos kononnya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, persepsi itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang tiada pengetahuan meluas dalam sistem pilihan raya negara ini serta mereka yang 'sakit politik'.

Hahaha tiba-tiba cakap ni? Kenapa? Macam ada yang tak kena je? hahaha

Siapa yang cakap ni? Pihak tertentu? Alahai, letihnya dengar istilah pihak tertentu ni. Nak kena main teka teka pulak. hahaha Macam mana wartawan buat kerja? Tulis berita separuh masak. Lain kali cakaplah siapa pihak tertentu ni. PRIBUMI ke, PROWARIS ke, GPMS ke atau KIMMA? hahaha

Selalunya kalau cakap tak ada jawapannya mesti ada..hahaha Ini taktik bagus. Ini baru dikatakan berubah. Cayalah BN. Satu-tatunya kerajaan yang dipilih oleh pos. Hahaha Boleh masuk World record ni. Malaysia Book of record mana ada class...hahaha

Satu pertanyaan: Kenapa undi pos asyik berpihak pada BN? Di Kuala Terengganu dulu 90% undi semuanya ke kocek BN. Di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai juga begitu. Kenapa ye? Siapa tau? hahaha

9 comments:

Hanggokan said...

kahkahkah!

kenapa muncol pernyataan ini?

kahkahkah!

buatlah undi emel plak.
tak cool...tak groovy la pakai pos skarang. ini semua tak maju.

kahkahkah!

anak posmen chemor said...

haha,
kenape lak wujudkan untuk setiap Parlimen,
kalau bbuh kat daerah2 je xleh ke..?kenape Parlimen huhuhu :)
alalala latuk xmau la tipu :p

azhar said...

ada juga undi pos yang memihak pada pakatan rakyat..

dapat dilihat dengan jelas dalam pilihanraya ke-12..

DUN Beserah (PAS) PARLIMEN INDERA MAHKOTA (PKR)

http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2009/01/undi-pos-mungkin-penentu-p036.html

Basuh Baju said...

Did: hahaha betul jugak kan. Kenapa tak guna email kan? pastu sape yg nak daftar jadi pengundi kena ada myspace atau facebook.. haha baru cool.

Anak posmen: yg pelik undi pos ni dulu diadakan masa darurat. sekarang ni kenapa masih perlu lagi kan?

Azhar: terima kasih kepada maklumat ini :)

Cob Nobbler said...

nah ni email aku.

nami_united@yahoo.com

tapi aku prefer nko call aku.

017-4331183.

Cob Nobbler said...

mereka yang 'sakit politik'?

dorang tu bukan sakit,dorang tu penagih politik.

penagih politik yang menunggu berita-berita politik yang menagihkan.

dah dua-dua pun politic pusher..dua-dua pun nak sembang politik dalam akhbar masing..

Pejabat POS dimiliki ACM Libra,ownernya adalah seorang yang nama manjanya bernama KJ.

Revenge of the KJ,pasal tak dapat jadi menteri..huhu!

Drama has been twisted bro.We,the people,don't let ourselves into the trap.

kuikui said...

aku pOn nk msuk wataniah

tetiba ja!!!!

John Leh said...

Undi pos?
Ada pakai setem?
Agak2 berapa sen nak kena bayar setem? Nanti ramai bisnismen UMNO buat kilang cetak setem di Salak South.

Terima Kaseh.

Basuh Baju said...

hahaha kalau email nnti, depa bukak kilang yahoo..haha