Sunday, May 3, 2009

1malaysia bukan retorik politik- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 2 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, gagasan Satu Malaysia adalah konsep yang mempunyai pengisian jitu dan bukannya kenyataan retorik politik semata-mata.

Perdana Menteri berkata, konsep berkenaan juga akan diterjemahkan secara evolusi melalui proses tertentu yang bukannya berlaku dalam satu malam sahaja.

Hahaha pengisian jitu? Apa yang diisi untuk 1Malaysia ni?

Bila nak keluarkan buku teks 1malaysia? Makcik di Felda nak tau 1Malaysia ni sokong Ketuanan Melayu ke tak. Pakcik pergi surau pun nak tau 1Malaysia ni ada berapa rukun di dalamnya.haha

Abang bawak teksi pun nak tau 1Malaysia ini masih guna sistem permit teksi lagi ke tak. Nelayan jual ikan juga tertanya-tanya 1Malaysia masih gunakan orang tengah lagi ke tak. Pelajar di sekolah juga ternanti-nanti 1Malaysia sediakan pendidikan percuma atau pendidikan yang dipinjam PTPTN.

Kontraktor kelas F pun tak sabar nak tunggu 1Malaysia diperkenalkan. Tak sabar nak buat papan tanda kat tepi jalan, tak sabar nak lukis poster untuk ditampal di dinding bangunan, tak sabar nak terbit dokumentari untuk RTM.hahaha

Paling penting DBP nak tau perkataan 1Malaysia ni boleh dimasukkan ke dalam Kamus Dewan edisi kelima atau tidak.hahaha

5 comments:

Cob Nobbler said...

Aik,tadi kata satukan Melayu.
Ni satukan Malaysia pulak.

Daripada 1melayu atau 1malaysia,baik 1manusia.

Satu bangsa manusia.Bani Adam.

p/s:Nak satukan Melayu?Satukan Malaysia dengan Indonesia,Brunei,Selatan Thai dan Mindanao dulu.Baru boleh cerita satukan Melayu.

Hanggokan said...

kahkahkah...
pengisian jitu?
isi dalam perut dia seko je brader!
kahkahkah!
melayu kempunan.
kahkahkah!

HBM Consultant said...

1 Malaysia yang masih kelam dan tidak difahami.

Jika diberi pilihan, saya hanya mahu tahu satu jawapan, adakah 1 Malaysia ini akan memansuhkan ppsmi atau terus membunuh bukan sahaja anak bangsa tetapi seluruh generasi bakal pewaris negara di masa akan datang?

Basuh Baju said...

nami: betul jgk tu. nak satukan melayu, tp satukan yg kat malaysia je.. apa daa... kalau melayu campur mcm diana danielle cmne lak? haha

did: nak isi perut melayu dgn apa utk jadi jitu? haha

marni: mgkn 1malaysia akan teruskan PPSMI.. rasanya..

fahmi said...

salam.. lama x baca blog ni, rindu btul spnjg bercuti di sarawak... tgok tv, berita2 dh tentu kne tapis.. hmm, 1Msia?? jata negara dh tulis bersekutu bertambah mutu kan? masih x bersatu kah? setelah beberapa tahun?? huhuhu
p/s- kalau paper tulis satu cerita, realitinya mesti berlawanan..