Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Buruh


Sesudah dua bulan,
Ini posting ke 100,
Hampir 5000 pengunjung,
Lebih 1000 komen,
Terima Kasih kepada yang melawat.
Terima Kasih kepada yang menjadi follower,
Lagi berterima kasih kepada yang memberi komen.
Inilah indahnya blog- tidak kenal di alam nyata tetapi bersolidariti di alam maya.

Hari ini Hari Buruh.
Selamat berehat buat semua.
Tetapi jangan lupa- perjuangan kaum buruh bukan sekadar sehari bercuti.
Buruh harus bangkit bersatu menolak ketidak adilan dari kaum pemodal.

Hari ini masih dibonsaikan fikiran di UIA.
Masih berbaju batik dan kasut kulit- rasa macam pemuda UMNO.
Betul-betul geli.
Mungkin ini antara 10 peristiwa ngeri dalam hidup.

Maaf jika ada komen tidak disambut.
Maaf jika ada blog yang tidak dibaca.
Maaf jika kurang mengupdate seminggu ini.
Maaf jika ada yang kurang bersetuju dengan pandangan saya.
Tetapi tiada maaf untuk Utusan.

Ps: Masih sibuk lagi. Sementara itu, untuk Hari Buruh ini boleh baca posting Tukar Tiub (klik sini) dan juga dari Nami (klik sini). Terima Kasih.

3 comments:

Seladang said...

Hari buruh adalah hari yang digunakan oleh Kerajaan Bn untuk mengelabui mata rakyat yang bertaraf pekerja bawahan dan sederhana untuk menjaga kepentingan golongan koperat yang mengaut untung laba besar dari kroni pemimpin Bn!

Did said...

hari buruh...

bekerja bersama saya...
jgn kerjakan saya...
*rindu ayat ini*

kahkahkah!

Basuh Baju said...

Did: kerja elok2, nanti sy kerjakan kamu..haha