Friday, May 8, 2009

Bola sepak, pakar dan ramalannya


Saya bukanlah pakar dalam sukan. Apatah lagi sukan bola sepak. Saya hanyalah seorang penyokong dan penonton. Tidak lebih daripada itu. Bercakap mengenai bola sepak ini saya ada cerita yang ingin dikongsikan.

Ada satu perkara yang saya sangat pelik tentang bola sepak iaitu mendengar dan membaca komentar dan pandangan daripada mereka-mereka yang bergelar pakar ini. Mengapa saya pelik? Hal ini ada bersangkutan dengan ramalan mereka.

Selalunya pakar-pakar sukan seperti Shebby akan memberi ramalan keputusan sesuatu perlawanan. Tak cukup dengan itu, portal-portal sukan turut menjalankan undian di kalangan peminat. TV, Radio surat khabar juga mengambil bahagian. Kebiasaannya mereka akan ditanya tentang berapa kosong MU akan menang, berapa kosong Chelsea akan kalah dan berapa gol Barcelona akan score.

Kadang-kadang saya akan gelak kalau saya ditanya soalan yang berbentuk ramalan ini. Gila, macam mana saya nak tahu. Saya bukan tuhan. Saya juga bukan bomoh. Malah kalau saya pakar taktikal macam Mourinho atau coach legend seperti Alex Ferguson sekalipun saya tak mampu memberikan jawapan.

Mengapa saya katakan begini? Hal ini cukup mudah. Tidak mungkin sesuatu yang bersifat tidak statik seperti bola sepak mampu diramal keputusannya. Bola sepak bukan seperti meramal bilangan kereta yang lalu lalang di Selayang- yang mana kita mampu memberikan angka yang tepat. Bola sepak ibarat meramal berapa bintang yang berkelipan di waktu malam.

Jadi tak mungkin untuk kita memberikan ramalan yang tepat untuk sesuatu keputusan perlawanan bola sepak. Bagi saya ia adalah lawak. Sebab itu bila saya membaca ramalan-ramalan keputusan ini, saya hanya buat 'don't know' je. Malah saya amat yakin pakar-pakar yang membuat ramalan ini sekadar berteka teki sahaja.

Sebagai contoh, kalau MU lawan Fulham, pasti mereka akan memberi MU menang. Ada yang meramal Fulham menang 2-0? Kalau Barcelona lawan Real Madrid, pasti akan dikatakan seri atau menang tipis. Ada yang ramal Barcelona menang 6-2?

Hahahaha sila ketawa sekarang. Masih nak buat ramalan lagi?

ps: Ini entry ringan-ringan je. Asyik nak berpolitik, perlu juga rileks-rileks. Jangan serius sangat. hahaha

8 comments:

Syafiq Azuan said...

Haha. Bikin panas je penyokong real. :D

Cob Nobbler said...

Haha..
beb,ni mesti respond teori aku kan?
hahaha!

tapi aku dah stated kat situ..

tak semestinya betul,kan?tapi nampak macam ke arah tu dengan statement2 si platini tu..

pernah rasa tak apa semua di belakang ni?Duit.Jadi nko ingat Platini takde minda kapitalis ke?

Ini bukan prediction,ini conspiracy theory.

Kalau nko hidup zaman John F Kennedy nko boleh predict ke siapa yang bunuh ke apa?Kenapa ada conspiracy theory?Sebab orang merancang ke atas sesuatu yang boleh effect di seluruhnya.

Sama-samalah kita tengok nanti 27hb,teori tu betul atau tak.

kuSut said...

ahahaha...
that called prediction theory...
smua manusia normal berkebolehan mramal...cuma peratus kbenaran tercapai amat rendah...ia umpama bermain dgn risiko...

Basuh Baju said...

syafik: lg kesian kat penyokong chelsea..hehe

nami: bukan respon trhdp teori konspirasi ko la..haha

aku respon kat prediction 3-1 ko tu.. :p

btw, ttg teori konspirasi ko tu aku tak brpe sokong.. mmg benar dan kukuh bukti2 di mana Platini sedaya upaya cuba mengganggu kelab2 inggeris.

tp dlm kes chelsea lwn barca ni aku tak rasa ada teori konspirasi sbb bg aku pengadil tu mmg bongok. kad merah abidal tu pon diragui kot.haha

dan klau nak ada konspirasi knpe masa lwn di barca dulu, pengadil xbg penalti kat barca wlpn jelas messi dikasari..

:)

kusut: meramal tak slh. hidup ni mmg meramal pon.. cuma dlm meramal kptsn bola ni kita meneka suka2 kot.. kalau team kuat, konfem bg menang. dan bagi menang pon takat 2-0, 3-1..haha

ala, ni entry ringan ja..

Hanggokan said...

kahkahkah...
ini semua duit la,brader.
rancangan ramalan diterbitkan utk mengencangkan poket. Bagi penjudi-penjudi kemaruk bertaruh. sama la macam orang2 dulu yang berjumpa nujum untuk menilik nasib. nasib ditilik. keputusan diramal. ada beza kah? kahkahkah! bagi aku,sukan adalah hiburan. apa bentuk hiburan tidak perlu dipandang serius, ia cuma keperluan bukan kepentingan. Cerialah!
kahkahkah!

fahmi said...

nama pun ramalan... xleh caya pun.. hehehehe mngagak2 xpe, jgn smpi bertaruh ke atasnya dhla ye

Ahmad Belia said...

bro, sokong pasukan malaysia laa pulak...

D'Shahrul said...

Tapi yang peliknya mamat2 cam Shebby tu lebih kerap meramal liga Inggeris berbanding ngan Liga Malaysia.
Rakyat pun, follow EPL sampai lupa dah kat Malaysia pun ada liga sendiri. Bila org mengata, mula nak salahkan FAM. Nipisnya jatidiri sendiri jarang terusik.
Loyalty is being there even when u feel like leaving. Malaysian has left Malaysian football. They are not loyal.
Dengan kadar kesetiaan dan jatidiri rakyat Malaysia sekarang, aku predict Malaysia akan hancur dalam masa 10 tahun. Nauubillah.