Thursday, May 7, 2009

Mentaliti rakyat-rakyat negaraku


Memiliki fahaman politik tidak salah. Memilih menjadi geng berbaris atau geng berpakat juga tidak dilarang. Ini semua adalah hak setiap insan. Malah hak ini wajib dibenarkan untuk terus bergerak bebas.

Noktah sebentar. Tetapi dalam memiliki fahaman politik, kita juga harus mempunyai satu sikap yang jujur dalam menilai segala tindakan yang dilakukan oleh ahli-ahli dan juga parti-parti politik. Sikap jujur ini bermakna kita menyokong perkara itu jika benar dan menolak perkara itu jika salah. Penilaian kita dalam menyokong dan menolak tidak perlu disandarkan kepada tuan empunya badan yang bercakap atau parti politik apa yang disertainya.

Dalam bahasa mudahnya begini: tidak semua apa yang Barisan Nasional lakukan itu salah dan tidak semua apa yang diucapkan Pakatan itu benar. Setiap pihak pastinya ada yang betul dan ada yang salah.

Tetapi apa yang diperhatikan, masih ramai di antara kita yang mempunyai mentaliti sempit, tidak bebas dan tertutup. Mereka ini kebanyakannya merupakan ahli mana-mana parti politik. Dan mereka sangat taksub dan menjadi 'buta' dengan fahaman serta ideologi parti politik itu.

Untuk kita lihat perkara ini tidak susah, sila ambil contoh Najib, Mahathir dan Anwar. Penyokong Pakatan akan mengatakan apa yang diucapkan oleh Najib dan Mahathir sebagai salah, tidak benar, zalim, altantuya, mukhriz, dan rosmah. Hal yang sama turut terjadi untuk penyokong BN. Apa yang Anwar katakan akan dianggap petualang, pengkhianat, sodomi, boneka dan ejen barat.

Mengapa kita perlu menilai sesuatu itu berdasarkan personalitinya? Bagaimana kalau Najib menghapuskan ISA? Adakah kita masih mengatakan dirinya jahat dan segala macam hanya kerana dirinya Presiden UMNO? Bagaimana pula jika Anwar menjadikan pinjaman PTPTN sebagai biasiswa? Adakah penyokong BN masih ingin mengatakan Anwar sebagai pengkhianat melayu hanya kerana beliau bukan UMNO?

Sudah tiba masanya kita membetulkan mentaliti dalam kepala. Kita wajib menolak apa yang salah dan menyokong apa yang betul. Siapa empunya badan yang lakukan itu tidak penting. Betul dan salah boleh terjadi di dalam kedua belah pihak. Untuk percubaan, sila baca dua berita di bawah dan sila tinggalkan komen untuk kita sama-sama berdiskusi. Terima Kasih.

KERAJAAN BELI SABAH MEDICAL CENTRE- Utusan Meloya

KOTA KINABALU 5 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembelian Pusat Perubatan Sabah (SMC) bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).
"Kita luluskan pembelian SMC oleh Kementerian Kesihatan dengan harga yang wajar iaitu lebih kurang RM245 juta," katanya ketika berucap.

MB HANYA BOLEH DISINGKIRKAN MELALUI UNDI TIDAK PERCAYA- mStar

PUTRAJAYA:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, " Sultan boleh melantik Menteri Besar tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap menteri besar tersebut," katanya pada sidang media.

18 comments:

kuSut said...

salam...
ya...itu betul...
pnyokong itu mendulung idealisme dan pjuangan siapa yang disokongnya...

HBM Consultant said...

Apabila terlalu banyak yang salah, pandangan kita juga akan manjadi semakin kelam untuk melihat kesalahan tersebut. Semuanya nampak macam benar dan sesekali semuanya akan kelihatan salah! Hahahaa...

Seorang sahabat Rsulullah pernah berkata, di akhir zaman nanti, semua orang akan melakukan kesalahan, sehingga mereka yang tidak melakukan kesalahan akan berasa bersalah kerana tidak ikut sama melakukannya.

Pening.

mamai said...

mentaliti orang melayu terutamanya aku rasa perlu di upgrade lagi....kekadang aku pun terikut juga

Hanggokan said...

yup...
sbb itu aku tak sokong mane2 parti. aku cma ingin kebenaran dan hak terjamin. aku sokong kebenaran. aku sokong setiap individu ada hak utk bersuara. aku sokong NGI namun aku masih blom dpt membersihkan mentaliti sepenuhnya lagi.

kenapa cik madey seakan perli zambri jek? kahkahkah!

Basuh Baju said...

Semua:

tak apa, membersihkan minda ini mmg ambik masa..haha

yg penting kita jgn taksub dan menilai sesautu itu bukan dari personalitinya..

benar atau salah boleh berlaku di keduanya..

fayaoki said...

solute ah entry die..

Zolkharnain Abidin said...

Saya telah linkkan blog tuan dengan bongkarsauh di bawah tag acap dilawati. Tq.

Cob Nobbler said...

Itulah yang aku sering katakan.Dari dulu lagi.

Cuba nko tengok antara parti Cap Dacing dengan Cap Bulan,Mata dan Roket,aku boleh anggap macam ni,antara berbaris atau berpakat,yang mana supply dadah politik yang lebih baik.

Penagih-penagih politik inilah yang akan gradekan dadah-dadah politik ni.

Orang kalau dah tengah stone,nko cakap apa pun tak guna.Tak kisah dadah dacing atau dacing geng berpakat.Aku sokong tindakan Najib beli Hospital Sabah tu,sebab itu tindakan memilikrakyatkan kemudahan hospital.

Tapi geng berpakat akan kata "ala tu tindakan politik je".

Habis tu,memang la.Najib orang politik.Asal dia tolong orang,aku okay je.Aku sokong tindakan Najib tu.

Macam Kerajaan Selangor nak memilikrakyatkan bekalan air,aku sokong sebab ada kebaikan untuk rakyat.

Tapi geng berbaris akan cakap tu tindakan gimik politik.Ala,memang la,Tan Sri Khalid Ibrahim memang ahli politik.Kalau nko ahli sarkis nko wajib buat aksi sarkis.

Sebab tu penagih-penagih politik ni kita kena bagi methadone kat dorang supaya dorang sedar.Pasal tu la penat-penat je aku tulis tu tulis ni,bagi rakyat sedar yang nkoram rakyat hanya bola ping pong kepada dua makhluk pakat dan baris ni.Nko takde nilai disisi mereka,kecuali pilihanraya.

Nak bagi gaduh lagi,main sentimen agama,bangsa,perkauman,perang agama.macam-macam.Woit,sedar tak yang konflik dunia ni bukan antara agama,bukan antara bangsa.Tapi antara kelas masyarakat.

Yang miskin dengan yang kaya.Kapitalis Arab harta berbillion masih lagi Islam tapi masih tindas lagi orang Islam yang mintak sedekah kat Dubai.

Kita kena berusaha lagi untuk merawat zombie-zombie yang khayal dengan dadah politik ni.

Yern Ain said...

tapi aku sokong pembelian SMC tersebut.

hospital kerajaan sebelum ini kekurangan alat dan teknologi, which hosp govt akn refer blk ke SMC dan cost them alot. its a good news fr rakyat, i guess.

qishie said...

yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

kadang2,
hanya kerana kesalahan sedikit semua kebaikan di lupakan langsung
tapi bila bab orang yang di agung2 kan.
kesalahan yang besar pun di anggap kesilapan biasa.

Basuh Baju said...

fayeen: slmt dtg dn terus memberi komen :)

zolkarnain: terima kasih.

nami: komen yg bgs. semoga akan membasuh minda2 pembaca dan kita semua.

YERN ain: mmg baik. pembelian tu meringankan beban rakyat. sbb tu sy kata, wlpn najib, itu adalah keputusan yg betul. jd sbg rakyat yg tidak taksub mana2 parti, kita kena sokong mana yg betul dan mana yg salah.

qishie: betul3. dan itulah yg terjadi bila kita terlalu taksub kpd mana2 parti politik..

azhar said...

tiada sokongan membabi buta untuk Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional dari aku..

Dr. Sastera said...

They practice mental reservation on us.
Tell what they think we should hear.

Both are trying to emphasize on their pseudo perspective and are based on their own ostensible self-interest.

Basuh Baju said...

azhar: itulah yg kita mahu. tidak menyokong mana2. tidak mudah tertipu dgn mereka. sape benar kita sokong, siapa salah kita tibai. tak kesahlah siapa dia..

sepaknotes: TQ for coming to my blog. that's politic. Politician talk what we should hear not what we should know...

Seladang said...

Berapa banyak manusia yang seperti pandangan kamu ? Kalau ada Alhamdulillah! Tapi Si Najib masih tak jawab kes Altantuyya juga mendatang satu tandatanya? Buat sumpah pun dalam keadaan kelam kelabut!

Cob Nobbler said...

Response from Seladang,

Peduli apa kalau Altantuya dibunuh?Ia serupalah dengan orang kena rogol dan bunuh yang bersepah berlaku di kalangan kita rakyat marhein?Kenapa Pakatan Rakyat tak fussy bila budak sekolah 8 tahun mati digilis kereta,atau seorang remaja dirogol bergilir-gilir oleh mat rempit?Kenapa Altantuya dibising-bising?

Sebab ada related dengan ahli politik.Sebab tu aku kata,Pakatan Rakyat hanya suka bererotik,oh silap,beretorik semata-mata.

Aku nak rancangan kerajaan Pusat Pakatan Rakyat,aku nak dengar tu.Aku tak nak dengar pasal Altantuya lagi.Naik muak dengar.

Kalau aku letakkan "X" kat kotak Pakatan Rakyat,apa yang aku dapat sebagai rakyat marhein?Ke kotak Barisan dan kotak Pakatan yang ada tu hanya sekadar "memilih tuan baru dan aku tetap menjadi hamba tebusan"?

Sebelum nak menyokong,kena tau sebabnya.

Altantuya mati?Sikit pun takde kait-mengait dengan hidup aku.Reputasi negara?Apakah jaminan kalau Pakatan Rakyat memerintah,segalanya jadi baik-baik belaka?Baru perintah 5 negeri dah ada macam-macam karenah.

Dua-dua puak,yang berbaris dan berpakat adalah political drug pusher yang menjual dadah politik kepada penagih-penagihnya.Dan mereka berdua membuat untung hasil penjualan berita-berita palsu yang bertebaran antara kedua-dua pihak.

How so sure are you dengan kebenaran Harakah?How so sure are you dengan kebenaran Utusan?

To see is to believe.So far,takde plan langsung dari kerajaan Pakatan untuk memerintah.

Basuh Baju said...

seladang dan Nami:

dlm isu altantuya aku ada sedikit pndgn, bg aku ia bukan kerana yg mati itu seorang mongolia atau kerana dia pernah berentot2..

aku melihat isu itu dari segi perundangan di mana doktrin pengasingan kuasa tidak dihormati. bgmana kita lihat tugas prosecutor yg sepatutnya mencari kebenaran dan motif bertukar kpd membela tertuduh..

kedua aku melihat kegagalan fungsi mahkamah sebagai institusi yang mendedahkan kebenaran di sebalik sesuautu perkara. terlalu banyak perkara2 yg spttnya didedahkan ttp dibiarkan shj..

ini pndgn aku dlm isu ini..

berbalik ttg artikel ini, aku rasa nami tlh menjelaskan sebaik mgkn ttg kedua belah pihak ini yg sukakan menjual cerita2 politik agar kita terus membeli dan berkhayal..

fahmi said...

post yg sgt baik, komen2 pun baik.. harap semua rakyat Msia berfikiran begini.. sgt mnyokong prinsip sokong yg hak, bangkang yg bathil.. dr dulu ku bgini..