Sunday, May 10, 2009

Ibu, mak, bonda, ummi, mama


Hari ini hari ibu. Untuk meraikannya, saya 'puasa' daripada posting berbentuk politik untuk sehari dua ini. (asyik nak bergelak kat Utusan je. Karang sakit usus pulak kan).

Bercakap mengenai ibu (panggilan saya untuk dirinya), saya akan tersenyum sendirian. Noktah sebentar, sudah 19 tahun saya menjadi seorang anak.


Dalam sehari, ibu pasti akan menelefon saya. Kadang-kadang lebih daripada 5 kali. Sesekali saya terharu, tetapi selalunya saya tergelak memikirkannya. Pernah ibu memberikan nombor celcom 1+3 plan kepada saya semata-mata kami dapat berbual secara percuma. Tetapi disebabkan bil nombor itu sering melonjak, maka ibu telah menarik balik kemudahan tersebut.

Paling lama kami tidak bertemu ialah semasa saya diperangkap di PLKN. Itupun kami tetap berhubung setiap hari. Saya tak akan lupa duit syiling ibu bekalkan yang sama beratnya dengan diri saya. Malah di blok saya ketika itu, saya menjadi supplier syiling dan digelar raja syiling. Begitulah banyaknya syiling yang ibu beri semata-mata untuk saya menelefonnya.

Noktah sebentar.

Saya masih ingat, saya keluar daripada menuntut di MRSM Jasin/TGB hanyalah kerana ibu. Ketika itu kesihatan ibu agak teruk ditambah lagi dengan baru sahaja melahirkan adik bongsu. Saya akui tindakan saya tidak bijak. Malah begitu ramai yang mengkritik dan memerli saya.

Begitu juga ketika saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya tolak. Bermacam alasan yang saya berikan. Tetapi sebab yang utama tetap satu- iaitu kerana ibu. Dan sekali lagi tindakan saya dipersoalkan. Mereka mungkin salah, tetapi saya mungkin betul.

Apabila difikirkan kembali, saya telah membuat keputusan yang betul. Selama lebih 19 tahun ini saya telah meluangkan masa bersama ibu. Mungkin saya tidak belajar di sekolah terbaik Malaysia, mungkin saya tidak seperti pelajar bijak lain yang ke luar negara, tetapi masa bersama ibu adalah paling mahal harganya.

Kelak, apabila ibu sudah tiada, saya akan duduk menulis lagi di depan komputer. Apabila waktu itu sampai saya tidak akan menyesal. Kerana saya sudah meluangkan masa denganya dan juga membuatkannya gembira.

Sayangilah ibu anda. Perjuangan tanpa kasih sayang seorang ibu adalah sia-sia kerana dari ibulah, kekuatan kita datang.

15 comments:

kuSut said...

basuh baju - entry ini mmbuatkan aku terasa ringan utk fly balik kmpung... rindu mak aku.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam pagi Basuh Baju,

catatan bercampur kenangan yang segar bentuknya,

moga saudara tergolong dalam kalangan "anak yang beruntung dan juga terbaik kepada ibu saudara"...

teruskan menulis, aku akan selalu datang ke mari.

D'Rimba said...

Terima kasih...Selamat menemui ibu mithali dalam kehidupan.

su said...

stp pengorbanan yg kita buat utk ibu tak ternilai dgn pengorbanan beliaukan melahirkan & membesarkan kite kan...

Cob Nobbler said...

Salute untuk seluruh kaum ibu di seluruh dunia.

Selamat hari ibu.

DilOt said...

dilot pun same..telah memilih untuk tinggal bersame mak..selagi die masih ade..

mR SyamEL said...

ibu..
i love u..
ngeh2...
sapa ko eh???

Hanggokan said...

Aku mengalami pengalaman yang sama.
Meninggalkan pengajian ijazah hanya utk menjaga mak. Tidak pernah sesal. Buatlah apa sahaja asalkan yang baik. Cerialah!

Seladang said...

Ibu sendiri sudah tiada. Yang tinggal lagi ibu mertua ku. Uzur. Bila berjalan kena papah. Aku dan isteri sentiasa ambil tahu dan merapatinya sepanjang masa.

Basuh Baju said...

kusut: fly la ke kg cepat. sbb ko ringan.hehe

zulkifli: mudah-mudahan menjadi anak yg baik. terima kasih dan selalulah dtg ke sini.

Di'rimba: sudah temui ibu itu dan dia adalah ibuku.

su: pengorbanan yg dibuat sekalipun tidak setimpal dgn pengorbanan seorg ibu.

nami: selamat hari ibu.

dilot: tinggal dgn mak selagi dia masih ada. kerana waktu kecil, mak tinggal bersama kita.

syamel: yg pasti aku bukan seorang ibu..hehe

did: buatlah apa sahaja asalkan gembirakan hati ibu.

seladang: semoga ibumu ditempatkan di kalangan org2 yang mendapat keredhaan-Nya.

VASANTARAO APPALASAMY said...

Happy Mother Day to Every Mother in this world! nice post!

Mother is the best gift of god to everyone!

fahmi said...

tiada orang yg lebih menyayangi kite selain ibu kite sendiri... ko buat keputusan2 bijak demi ibu.. semoga Allah memberi belas kpd semua ibu bapa di dunia seperti mereka sayangi kite..

fayaoki said...

sayang mak!!

xD

syafiqa salim said...

walaupun kita rasa
kita buat macam2 untuk ibu
tapi itu masih tak cukup

wlaupun kita rasa
kitalah manusia yang paling sayang ibu
tapi itu masih tak cukup.

kasih sayang kita pada ibu
tumpuan kita pada ibu
masih tak dapat menyamai
kasih sayang ibu pada kita
tumpuan ibu pada kita
ingatan ibu pada kita.


p/s:Manusia itu memang tidak pernah CUKUP sempurna.

Anonymous said...

hi every person,

I identified basuhbaju.blogspot.com after previous months and I'm very excited much to commence participating. I are basically lurking for the last month but figured I would be joining and sign up.

I am from Spain so please forgave my speaking english[url=http://rsskingz.info/].[/url][url=http://latestnewsri.info/].[/url][url=http://tzlatestnews.info/].[/url]