Wednesday, May 20, 2009

Bagaimana Polis Kita Berfikir


BENDUNG GEJALA MAT REMPIT- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 11 Mei- Bendung gejala mat rempit. Inilah desakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada semua lapisan masyarakat.

HUKUM PENJARA MANDATORI- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 19 Mei – Kerajaan diminta supaya meminda segera Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ke atas mat rempit atau samseng jalanan dengan hukuman penjara mandatori.

Demikian cadangan daripada Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof.

SAMSENG JALANAN GANTI MAT REMPIT- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 19 Mei - 'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah 'mat rempit' bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata.

___________________________________________________________

Ketika saya masih di bangku sekolah, guru saya sering menghukum saya kerana tidak membalut buku teks. Bagaimana buku teks yang tidak berbalut ini akan membodohkan saya- tidaklah saya fahami. Yang saya tahu selalunya saya didenda berdiri di atas kerusi atau duduk di luar kelas. Tetapi saya tidak marah kerana saya seronok melakukan kesalahan itu. Lumrah kanak-kanak- makin dilarang makin dibuat.

Pada suatu hari, saya mempunyai 'teman' ketika didenda. Saya terkejut. Jarang saya ada teman. Selalunya saya didenda secara solo sahaja. Maka saya pun berkenalan dengan pelajar itu. Sembang punya sembang saya pun bertanyakan mengapa dia tidak membalut buku. Dia hanya senyum dan menjawab 'saya orang susah.' Saya hanya sengih tanda tidak memahami apa yang diucapkan.

Di rumah, saya ajukan perkara ini kepada kedua ibu bapa saya. Dan selepas diterangkan panjang lebar oleh ibu, barulah saya mengerti yang pelajar itu tidak membalut buku teks kerana tidak mampu untuk membeli plastik buku. Dirinya tidak ada duit.

Esoknya saya membawa plastik buku ke sekolah. Saya membawa lebih. Tujuan saya hanyalah satu- untuk memberi kepada pelajar tersebut. Jadi selepas ini dia tiada alasan lagi untuk tidak didenda. Saya tidak mengharapkan pahala atau syurga kerana pemahaman agama saya masih cetek.

Diringkaskan cerita, selepas kejadian itu, kami berdua tidak lagi didenda kerana tidak membalut buku. (tetapi ada juga didenda kerana bising dan main dalam kelas.) Begitulah pengalaman saya serba sedikit.

Noktah Sebentar. Jadi apa kaitan cerita ini dengan polis dan gejala mat rempit? Sila kaitkan.

Pelajar itu akan terus didenda selagi mana masalah 'susah dan tidak mampu' dirinya tidak diselesaikan. Hukumlah macam mana sekalipun tapi kalau dah tak ada duit nak beli pembalut buku, nak buat macam mana.

Dalam hal mat rempit, polis harus mengkaji apakah punca sebenar anak-anak muda negara kita merempit. Bukannya dengan melabelkan mereka dengan bermacam nama. Malah mengetatkan peraturan juga tidak mampu membendung gejala ini. Contoh paling mudah kita lihat sendiri masalah dadah di negara kita. Undang-undang sudah ketat- iaitu gantung sampai mati. Tapi hasilnya? Eeelllek.

Adakah kita hanya mahu menghukum tanpa mencegah? Memang menghukum adalah satu bentuk solusi tapi percayalah menghukum hanya menjadikan perkara ini tidak pernah selesai. Mencegah lebih baik daripada menghukum. Tetapi bagaimana hendak mencegah kalau tidak diketahui apa puncanya? Adakah dengan melabel nama samseng jalanan akan menakut-nakutkan mereka dari menunggang motor?

Sudah tiba masanya untuk kita berfikir secara logik. Bukan dengan emosi. Emosi hanya menghasilkan keputusan menghukum. Hanya dengan logik, barulah kita akan dapat solusinya. Dan apa pula solusinya? Sila klik sini, sini, sini, dan sini.

26 comments:

kuSut said...

mat rempit@atau nama saintifiknya samseng jalanan...ahahaha...cuba selidiki latar belakang mat rempit, ada tak golongan warga emas, kanak2, atau oku di situ???

"Lumrah kanak-kanak- makin dilarang makin dibuat."

tt kate, lumrh anak muda, melawan arus...memberontak, walaupun tindakannya kdg2 x tcapai dek akalmu..ahaha

fahmi said...

dulu slalu gak member2 kne denda pasal ni, aku x pasal aku pakai buku snirik, x layak dpt spbt... tp mmg pelik, buku x berbalut pun kne hukum teruk.. smpai aku stpm tahun lpas pun masih ade berlaku, aku tgok cekgu aku marah2 pelajar yg x balut buku.. klu marah pelajar, mcm la dpt selesaikan masalah.. lain kali nk bagi pinjaman, balut buku tu siap2 dulu.. klu koyak, suruh la ganti.. ini kne beli snirik la, balut la.. adus, kualiti belajar dok lagu tu jugak...
polis pulak lagi satu, org beruniform ni kalau buat tangkapan, barang agak2 banyak, pastu declare tangkapan terbesar, 2-3 minggu lagi, sekali lagi tangkapan terbesar?? ape ni?? cerita berdegar2, tp hasilnya jenayah masih lagi berleluasa.. dorang ni tau hukum saja.. tp nk cegah tarak... dorang ni judgmental.. pastu solution yg bernas banyak ade, tp x nk guna?? knape?? alasan pling best, Mahal?? jd kesimpulannya polis kita x fikir panjang seblum bertindak..

Anonymous said...

malaysia.. no komen..

kuSut said...

dedikasi buat fahmi: cekgu marah sbb tak balut buku ek...jgn salahkn ckgu sgt, spbt tu hak berterusan bgi generasi yg layak. so bku teks hak brsama...kisah bb ini bermula dari hal politikus dan pak pak polisi...guru dalam kisah ni cuma analogi bagi polis dan mat rempit...btul bukan???ahaha-agak benar disitu...

hai said...

Alamak!Banyaknya idea nak tulis ni,tapi kena gi buat kuih pau dulu la...

Anonymous said...

rempit.? aku ingat nak salah sapa hah???
Kalu masalah dadah boleh juga bagi lesen kat diorang buat mcm kedai nombor atau kedai arak,kerajaan pun boleh kutip CUKAI.
Merempit..kena buat banyak la litar Cubprix kot...
akal ada boleh guna.sebab tak guna akal la banyak benda tak selesai.

mamai said...

aku susah nak kata macam mana polis kita berfikir....rasa dia ada fikir ka....

fahmi said...

buat kuSut: ya betul tu bro, tp jgnla marahkan budak2 tu kaw2 pasal hal sekecil x balut buku... mmg hak bersama, klu nk bagi buku tu knape x balut terus sblum bagi budak, bnda boleh buat tp dorang ni suka nk rendahkan, marah budak2.. itu yg silap.. tu je.. tp kan, bout polis tu, polis kne kaji langkah mencegah, bukan langkah yg mengubati iaitu tangkap mat2 rempit pastu buat kenyataan seolah2 polis itu hero, mat rempit penjenayah.. patut dorang kaji kenapa budak2 merempit, buat langkah2 prevention & sbgnya.. bukan jd judgmental & buat kenyataan bersifat jangka pendek...

DiD said...

kahkahkah...
apekah mereka terlepas pandang?
solusi isu ini yang sengaja dipanjangkan untuk menunjukkan sesuatu pihak itu buat kerja??

hai said...

Buku teks:tahniah kepada kerajaan kerana menyediakan buku teks,mmg dah jadi tanggungjawab kerajaan membantu meringankan beban rakyat.Yg susah sgt nak balut tu pekehalnya...(cari la plastik termurah je),itu dah jadi tanggungjawab kita menjaga dan menghargainya bersama..
Cuba kita pikir,kalau kerajaan mengadakan kemudahan telefon awam,adakah itu percuma?Carilah kerajaan mana yang memberikan telefon awam percuma kepada rakyatnya.ha..gitu la contohnya. melampau la fahmi, dah bagi pinjam suruh balut sekali...
pasal kena denda:cikgu tu sekadar nak melatih korang suma,patuh pada arahan kerana bila dah lepas sekolah,dok dlm masyarakat,byk benda yg terikat pada undang2 dan peraturan..cth.hisap rokok kat tempat2 awam kena denda...melintas tak ikut jejantas kena denda...byk lagi le...
pasal mat rempit...panjang nak ulas ni..kang jadi blog aku plak...
sikit je la...yang pertama patut dipersalahkan mak/bapak si mat rempit...kerana kebanyakan mereka ni,melibatkan remaja.Mak/bapak zaman sekrg ni lebih ramai yang bersifat 'membela' kesalahan anak2.
Itulah punca anak2 jadi melampau.Pernah berlaku,seorang budak ni,berlumba motor dan accident kecil je la,jiran2 bgtau kat bapak dia.Oleh kerana nak marah sgt dgn jiran2 dia,dia boleh kata...ha..lantak la dia,biar la kalo nak mampos,biar dia mampos!!
kata2 itu satu doa,keesokannya anak dia betul2 mati accident kat tempat lain waktu nak pegi kerja.

kuSut said...

sejak aku eksiden ngan rxz aku...luka calar balar...smua psl ikutkan hati muda, melawan arus, membelakangi undg2 dan praturan.dalam tlantar ksakitan, aku muhasabah diri, pncanya kerna tiada kesedaran sivik yg tlalu ghairah mmburu kepuasan yg nikmatnya seketika cuma...apa perlu menuding pada polis dengan kebodohan sendiri?mncegah, bermula pada kesedaran individu jga...btul x bro

Prof. Era Pasca said...

bukan buku saje... tambut pendek baru kire pandai belajar... hahahahha

Basuh Baju said...

semua: kita tinggalkan isu buku teks dan pembalutnya. itu bukan tujuan aku tulis post ni la..huhu

aku bangkitkan isu- utk menyelesaikan sesautu, kita haru spergi pada puncanya. kita kena tahu perbezaan antara punca dan kesan. mghukum hanya pada kesannya. tp jarang sekali penyelesaian diambil terhadap puncanya.

contohnya muda. dlm isu mat rempit, kenapa mereka merempit? mengetatkan undang2 dan memberi gleran lain hanyallah menghukum terhadap kesan apa yang mat rempit lakukan.

jadi dlm post ini aku mahu tunjukkan bila kita dikehendaki mencari jalan penyelesaian, kita kenalah memikirkan apa puncanya..

terima kasih..

Cob Nobbler said...

aku sebenarnya malas nak comment pasal isu mat rempit,nanti takut dikata aku ni meniru isham rais..

tapi takpe la,aku ulas sikit lah.

Aku nak suruh Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Musa Hassan kerja sebulan kat McD ke,kat Tesco atau Giant sebelum bukak mulut busuk dorang tu.Suruh dorang memburuh dan duduk rumah flat sempit kat Puchong.

Baru dorang boleh bercakap.Kalau duduk kat Kenny Hills hisap cigar Davidoff,jangan bukak mulut.

Penjejak Badai said...

salam...ziarah..

Anonymous said...

Namai, aku setuju dengan kau.

Ini undang ciptaan manusia. Sesuai dengan nafsu pembuat undang2 saja.

Aku tak boleh bayangkan kalau mat rempit nih boleh gubal undang undang. Apa mat rempit nak label orang yang fikir diorang ni musuh. Orang2 yang telah "rampas" hak diorang.

Basuh Baju said...

Nami: tak de sapa nak kata kau tiru sape. sape cakap tu kita lempang je..haha

betul tu. nak fahami bagaimana mat rempit ni boleh wujud, kita kena fahami puncanya. mereka ni tak ada tempat nak bersosial. tambahan mereka juga tak punyai cukup wang. kerja pun cukup makan, tensen dan tertekan. cara nak lepas tensen dengan merempit je lah..

penjejak badai: salam..

blogger: buatlah undang2 macam mana pun, tp yg penting ialah bagaimana kita hendak educate atau mengajar anak2 muda ini. educate not legislate..

fahmi said...

salam, ye saya tersilap pasal fokus lebih kat citer balut buku bbnding kes rempit itu.. maaf ya.. polis nk selesaikan prob kne la fikir apa punca, baru leh dpt langkah mengatasinya.. klu x, asyik bercakap je guna mulut tp x de buat apa pun, stil x guna jugak

Anonymous said...

Lumrah manusia makin dilarang makin gatai nak dibuat..

contoh:
jgn bukak peti ais tu...
(hem,mesti ada something,baik aku bukak...

nita said...

- hapuskan motor..
tapi motor adalah keperluan..

- hanya 35tahun ke atas yang layak memiliki lesen motor..
tapi skrg bebudak sekolah rendah pon dengan bangganya bawak motor tanpa lesen.. mak ayah tak kisahhhh..

- hukuman rotan kat punggung..
alaaa.. kejap jerr insap.. kang dah baik, leh rempit lagikk..

see? setiap cadangan penyelesaian, pasti ada alasan yang menyusul..

MALAYSIA BOLEHHH..! BOLEHH KE..?

nita said...

oppsss.. lupa..

salam ziarah dik.. thanks sbb sudi jenguk blog akak..

Johnny B. Rempit said...

Hahaha...

Popular lak isu rempit sekarang ni.

abu muaz said...

Mat rempit ni boleh juga diletakkan dalam kategori demontrasi jalanan. Apa susahnya gerakkan unit FRU. Buat sekatan hadapkan water cannon kearah perempit-perempit ini. Tembak gas pemedih biar berterabur tertiarap dijalan. Barulah sesuai nama mereka perempit jalanan.

HBM Consultant said...

Ingat lagi pada kes tayangan 'Sajak Kematian' yang mendapat bantahan ibu bapa satu ketika dahulu? Elok juga jika tayangan 'Sajak Kematian' itu dibuat khas untuk semua mat rempit yang ditahan. Beri mereka peluang untuk insaf.

Basuh Baju said...

Kepada semua: apa yg dicadangkan itu lebih bersifat kepada menghukum. persoalannya, hukuman yg anda cadangkan seperti tembak water cannon dan sajak kematian hanya kepada mereka yg sudah merempit.

satu persoalan: bagaimana pula dgn golongan muda yg belum merempit?

kita kena selesaikan masalah atau punca yg mengakibatkan mengapa mereka merempit. cthnya seperti mewjudkan kawasan2 permainan utk mereka bersosial, mewujudkan perkhidmatan awan yg bagus, memberi gaji minimum agar kualiti hidup mereka meningkat..

pun begitu, terima kasih di atas komen sekalian :)

Anonymous said...

aku tak rase ngan sediakan kemudahan, bagi gaji minima, taman permainan, tempat bersosial dan sebagainya itu satu penyelesaian kepada salah satu punca mereka merempit. mungkin ape yg ko nak cakap, mereka merempit sbb itu je aktiviti yg ade utk lepaskan tensen, bersosial and so on. tapi jangan lupa, bile dah senang, ade duit lebih, ade kemudahan lain plak bleh timbul. sbb, manusia tak pernah puas. kalo tak, kenapa ade ahli politik yg gila kuasa,kan? dulu merempit, dapat duit besar sikit, dok umah selesa, ade ke nk start masuk kelas muzik? lepak cafe instead of warung? tak jugak,kan?

ambil cnth pembalut buku tadi. ko boleh beli je pembalut buku, bukan takde duit. makbapak boleh bagi, boleh suruh. tapi kalo da perangai sendiri yg malas? yg suka melawan arus? ade buku tu nak terbalut sendiri? tak jugak,kan? pelajar miskin tadi, yg takde duit tadi tu. takde duit nak beli buku, takpe kite bagi buku. da dapat buku, takde duit pulak nak balut buku. ok, kite bagi pembalut buku. pastu, ade ke die rajin blaja? jadi pandai? kalo takde keinsafan diri. puncanya, diri sendiri je. tak semua masalah boleh kita selesai. paling kuat, kita bendung, kita sekat kemaraan dan kemajuan masalah tu. nak hapuskan? mane boleh....boleh orang hapuskan minat ko nak tengok porn? takleh, kan? kalo yg belum tengok, boleh kite elak diorg drpd ada nafsu nak tengok porn? takleh,kan?