Saturday, April 11, 2009

Penyelesaian dan tak selesai-selesai


Seperti yang diketahui segala benda, masalah, dan perkara di dunia ini pasti berpunca daripada sesuatu. Punca ini kemudiannya melahirkan kesan. Punca dan kesan adalah dua hukum asas dalam kehidupan kita. Untuk kita fahami perkara ini tidak susah. Cuba perhatikan di sekeliling dan berfikir apa punca dan kesannya. Contoh yang paling besar ialah bumi dan diri kita.

Alam semesta berpunca daripada satu letupan besar yang dipanggil Big Bang. Kesannya adalah bumi yang menjadi tempat tinggal kita.

Lahirnya manusia di muka bumi ini berpunca daripada setitis air mani. Kesannya ialah wujud masyarakat yang hidup bersama.

Noktah sebentar. Saya perhatikan di dalam kehidupan ini ramai yang tidak menyedari dua perkara asas ini. Kesan daripada kegagalan memahami punca dan kesannya telah mengakibatkan masalah yang sama berulang kembali.

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita wajib kembali kepada dua hukum asas ini- punca dan kesan. Dalam istilah wawasan 2020, punca ialah 'long term solution' manakala kesan ialah 'short term solution'. Bagi istilah yang lebih cool, long term solution ialah 'penyelesaian' dan short term solution ialah 'tak selesai-selesai'.

Di sini saya senaraikan beberapa punca dan kesan. Kemudian sila tanya pada diri, mana satu penyelesaian dan mana satu 'tak selesai-selesai.'

Kemalangan jalan raya berpunca daripada satu mesin yang dipanggil kereta. Kesannya ialah beribu orang yang mati saban tahun. Mengadakan kempen keselamatan jalan raya, mengadakan ops sikap berbelas-belas, menaikkan saman trafik beratus-ratus atau mengharamkan kereta dari bergerak. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Kesesakan jalan raya di bandar-bandar berpunca daripada bilangan kereta yang banyak. Kesannya begitu ramai manusia yang menjadi bodoh tersangkut di atas jalan. Melebarkan jalan raya, membina laluan bertingkat, menggali terowong atau menghadkan pemilikan kereta bagi setiap orang. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Bil air, elektrik dan telefon yang mahal berpunca daripada satu rompakan siang hari yang dipanggil penswastaan. Kesannya, pemegang saham yang kaya raya sementara orang ramai mengikat perut. Mendesak kerajaan memberi subsidi, mengadakan kempen berjimat cermat, menukar pengurusan GLC atau memilik negarakan entiti tersebut. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Kos sesuatu projek meningkat gila-gila berpunca daripada direct nego- runding terus. Kesannya rasuah berleluasa dan bangunan runtuh rantah. Menangkap si perasuah, mengadakan inkuiri awam untuk menyiasat, mendedahkan salah laku pentadbiran atau menukar kepada open tender. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Krisis kewangan global berpunca daripada sistem kapitalis yang begitu tamak. Kesannya kilang-kilang ditutup dan pekerja dibuang. Mem'bail out'kan bank-bank, menyuntik dana berbilion kepada syarikat-syarikat, mencetak lebih banyak duit atau menukar sistem kapitalis. Tanya pada diri- Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Penolakan rakyat terhadap BN berpunca daripada politik perkauman. Kesannya Pakatan Rakyat dipilih orang ramai. Menubuhkan badan bebas untuk mengkaji, menukar pucuk pimpinan, menyiarkan berita-berita mengarut di Utusan atau menolak politik perkauman. Tanya pada diri-Mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai?

Jika masih tidak dapat menjawab mana satu penyelesaian dan mana satu tak selesai-selesai, tanya pada diri- aku ni bodoh ke bangang? Dan kesannya- saya akan terus ketawa dan ketawa. Aiyyah, itu pun tak boleh fikir ka?

8 comments:

nami o fish said...

Pada aku ramai rakyat menyokong Pakatan bukan sebab Pakatan sebuah alliance yang kuat,tapi sebab penolakan dasar2 BN yang durjana.

Malangnya Pakatan lebih berminat untuk membebel kesalahan BN tanpa mentadbir negeri-negeri yang diperintahnya.Tindakan kerajaan Selangor membongkang fail Khir Toyo dilebih-lebihkan tanpa tindakan susulan.

Bukankah lebih baik masa 5 tahun yang diberi rakyat digunakan untuk mengurus rakyat?Daripada sibuk mencari salah orang,bukan?

Dan bukankah lebih baik kepada BN untuk menggunakan 5 tahun diberi rakyat untuk menguruskan negara daripada sibuk memaki-maki pakatan?

Mencari penyelesaian dalam masalah yang tak selesai-selesai adalah kerana manusia berfikir itu dan ini tapi tiada tindakan konkrit dibuat.Lebih banyak air liur daripada air peluh.

Kadang-kadang macam Ops Sikap ni,buatlah sampai berapa juta ratus sekalipun,kalau pelaksanaan lebih nak menguntungkan poklih(polis slang kelantan) ni,toksah gebang la.

Polis lebih suka menyaman daripada mengawal lalulintas trafik.Susah la macam tu.

fahmi said...

assalamualaikum.. kalaulah post ini dibaca oleh pemimpin2.. kan bagus.. dptla kesedaran utk bekerja dgn lebey produktif... tp kan.. betul gak ape yg bro nami tu ckp.. lg2 pasal bongkar file2 lama..

Basuh Baju said...

Nami:

aku setju dgn pendapat ko.. not because people love pakatan rakyat more but love the BN less..

senang ckp sindrom ABU..sape2 je yg bertanding lawan BN-dowg sokong..

nak wat cmne- depa nak gaduh sampai lebam..huhu

pasal penyelesaian tu- nak wat cmne depa blaja KBSM..haha

Fahmi: psl bongkar file lama tu perlu.sebab org ramai pun nak tahu..cuma yg tak perlu ialah keje dok asyik nak dedah je..tp kerja tarak..

Baginda Reformasi said...

tapi kadang2 bile dah tahu punca maka digelapkan bukan cari penyelesaian.. tapi untuk masalah yg suka menggelapkan punca maka kite terus buat perubahan besar... kalau kita boleh bagi peluang kabinet najib kenapa kita tak bagi peluar PR memerintah 5 tahun?

salam penulis dan pembaca..
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

Baginda Reformasi said...

tapi kadang2 bile dah tahu punca maka digelapkan bukan cari penyelesaian.. tapi untuk masalah yg suka menggelapkan punca maka kite terus buat perubahan besar... kalau kita boleh bagi peluang kabinet najib kenapa kita tak bagi peluar PR memerintah 5 tahun?

salam penulis dan pembaca..
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

Did said...

Punca: aku membaca blog anda
Kesan: aku ketawa

~ anda perlu selitkan 'TINDAKAN' dalam perkara asas hidup ini. ~

KahKahKah!

Basuh Baju said...

Kita bagi peluang. sebab tu kita kata cukup2la berpolitik. jangan sibuk nak tubuh kerajaan la. sibuk mendedahkanlah. kita mahu mereka bekerja dan menjalankan tanggungjawab.

Anonymous said...

bro- ko punya solution seryes gempak. gua pun terfikir gak, kalau jalan dah jem, kurangkan ar kereta. gubal undnag2. bukan tak boley kan. pastu buat bas byk2. lrt ke.

ko ptt jadi menteri pengangkutan.. kah kah kah