PAKATAN RAKYAT AKAN TUBUHKAN KABINET BAYANGAN- mStar
Kata Anwar, anggota Kabinet bayangan itu akan terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti berkenaan.
USAHA UNTUK GULINGKAN KERAJAAN- mStar
Alor Setar: Tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kabinet bayangan dilihat sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddon Yassin.
" Kami tidak takut kerana kami di sini untuk berkhidmat kepada rakyat."
Sebelum kita sama-sama ketawa, izinkan saya untuk menerangkan apa sebenarnya Kabinet Bayangan.
Seperti diketahui Malaysia mengamalkan sistem parlimen Westminster. Sistem ini juga diguna pakai oleh banyak negara seperti UK, Australia dan New Zealand. Salah satu perkara yang terdapat dalam sistem ini ialah kabinet bayangan atau bahasa PPSMI nya- Shadow Cabinet.
Kabinet bayangan ini dipilih daripada ahli-ahli Parlimen Pembangkang. Kalau di Malaysia, dipillih daripada Pakatan Rakyat. Tugas memilih ini diberi kepada Ketua Pembangkang iaitu Anwar. Masing-masing akan diberi tugas untuk memeriksa atau membayangi setiap kementerian. (sebab itu namanya shadow cabinet.)
Contohnya katakan Nurul Izzah dilantik sebagai menteri bayangan untuk Kementerian Belia dan Sukan, maka tugas Nurul Izzah adalah memerhati dan meng'counter' setiap dasar yang dibuat oleh Shabbey Chik. Kalau ada yang silap, maka Nurul Izzah boleh mengajak Shabbey untuk berdebat. Nurul Izzah berpeluang untuk menunjukkan kepada rakyat yang dirinya lebih bijak berbanding Shabbery.
Begitulah juga dengan Anwar selaku Ketua Kabinet Bayangan akan mengetuk kepala Najib kalau Najib masih membeli kapal selam atau berjumpa dengan Altantuya lagi.
Jadi dengan cara ini, setiap kementerian akan lebih banyak membuat kerja dari berpolitik kerana mereka akan sentiasa diawasi. Rakyat juga boleh menilai dan berfikir antara Kerajaan dan Pembangkang- siapa lagi bagus. Rakyat juga akan tahu sekiranya Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan, siapa yang akan naik menjadi PM, TPM dan menteri-menteri lain.
Tamat sesi penerangan. Baru boleh gelak.
Hahaha Alahai TPM ku yang baru.. faham tak apa dia kabinet bayangan ni? hahaha
Sejak bila tubuh kabinet bayangan nak guling kerajaan? hahaha Kabinet bayangan nak pastikan kerajaan tak terguling lah..hahaha Nak pastikan kabinet buat kerja. Kalau tak buat nanti rakyat gulingkan..hahaha
Tapi memang betul pun.. Pakatan Rakyat memang nak jadi kerajaan. Sebab tu tubuh Kabinet Bayangan dulu..hahaha
Di UK dah ada kabinet bayangan. Di Canada, Australia, New Zealand, Poland, Itali pun ada. Nak lagi terkejut dekat Bahamas pun ada! hahaha Malaysia bila lagi?
11 comments:
Errr, boleh lagi ke Najib berjumpa dengan Altantuya? heheee..
satu idea yang mantap.
aku pernah tengok Shadow Cabinet Canada berdebat dengan Cabinet sebenar Canada,aku tengok kat blog Ez dulu.
Tak silap aku pasal perumahan.Kabinet Stephen Harper bahagian perumahan tu nak membina lebih banyak lagi kawasan perumahan untuk pertumbuhan penduduk,jadi kerajaan takde dana untuk bina,diberi tender kepada si swasta-swasta.Lepas tu Shadow Cabinet dia bangun,dia kata banyak projek rumah yang dah siap tapi takde orang duduk sebab harga mahal,sebaliknya dia cadang supaya kerajaan bina rumah mampu milik di pinggir bandar,atau menyewakan rumah-rumah kosong tu dengan harga yang berpatutan.
Rancak jugak dorang berdebat,aku tengok betapa geniusnya kedua-dua barisan kerajaan dan pembangkang sebab dorang mengutamakan rakyat daripada keluarkan air liur cakap berabuk2.
betul.kite patut dah boleh pecah kan mental block rakyat Malaysia ni,khurafat yg paling besar UMNO cipta iaitu BN saje bleh memrintah.Kerajaan sahje yg baik.tp kalo TPM sndiri masih ber pk mcm ni.ntah la.mmg malu jgk senanye jd org Malaysia ni.org2 luar bkn main puji.tp sbenarbye hapak pon tarak
response to psychedelic,
hurmm..janganlah kita generalizekan pemikiran pembangkang,apa yang kerajaan buat semua salah.
pada aku kita kena berfikiran rasional.sebab tu shadow cabinet ni sangat penting untuk check and balance dalam pentadbiran.adanya shadow cabinet ni bukan bermakna nak takeover kerajaan,tapi untuk mengkaji kesan disebalik perlaksanaan dasar kerajaan.
nanti kalau Pakatan menang pun,BN pun kena buat Shadow Cabinet jugak,untuk check apa yang salah,apa yang betul.
Aku lebih suka panggil ia sebagai Kabinet Cermin sebab dengan cerminlah kita boleh tengok serabainya rambut kita,kumis tak terurus,barulah boleh cantik menguruskan diri.
Ini tak,semuanya nak hentam.Susahlah macam ni.Jadi Thailand la.Kuning menang,merah bakar kereta.Merah menang,kuning kepung airport.
marni; bolej jumpa lagi..dalam mimpi..haha
Nami:
Masalahnya kat MAS ni dia ikut sistem westminster separuh2 je. Mana yang diorang suka je.
Kalau sblm PRU12 hari tu, agak logik lah kenapa pembangkang tak tubuh shadow cabinet sebab berapa je kan ahli pembangkang masa tu..
Tapi ni dah setahun lebih jadi pembangkang dengan 82 kerusi, tak kan tak boleh2 lagi nak bentuk. Orang ramai pun boleh tengok siapa calon pilihan anwar. dari situ lagi orang ramai boleh bantah kalau tak suka. tak payah bila dah angkat sumpah baru bising2..
lagi satu kalau jadi shadow cabinet ni org dah boleh nilai dah siapa lagi bagus. tak payah bising2 nak berpolitik dengan kapal selamlah, disneylandlah.. org akan nilai siapa llagi bagus bukan siapa lagi teruk..
masalahnya pakatan pun tau jgk kalau diorang umumkan kabinet bayangan, nanti kena attack dengan BN. yela,Pakatan kan banyak pemimpin senior macam lim kit siang dan hadi awang. siapa nak jadi TPM kan? tak kan hadi awang. kalau taruk lim kit siang pulak habis kecoh melayu2 UMNO tu..
tp apapun, diorang perlu berani ar. nakkan perubahan mesti radikal betul tak?
psychedelicmundo: payahnyer nak eja..haha
nak salahkan TPM pun tak boleh gak kan. even kita ni pun ramai yang tak tau tentang kabinet bayangan. sebab tu aku terang dulu. karang kalau terus gelak, orang tak faham..haha
aku setuju pasal persepsi orang tentang antara parti dan juga kerajaan.
selalu bila tulis kat media mesti kerajaan tu kita akan refer kat BN dan pembangkang kepada pakatan.
tp skrg dah tukar, kat negeri2 kan dah banyak pakatan amek alih. tp still kita akan baca berita 'kerajaan pembangkang di Penang, Selangor',, apa punya mangkuk daa..
kalau kerajaan mana boleh pembangkang dah. pernah tak kita dengar pembangkang BN di kedah?
Nami: aku akan tulis pasal kabinet bayangan ni dengan lebih lanjut. nak wat research sikit.
nko tulis,aku respond.same la,aku tulis,nko respond.haha!
itulah,kadang2 aku marah jugaklah dengan pakatan ni sebab cakap tak serupa bikin.buat je la kabinet bayangan,supaya takdelah nampak 'bajet pandai' atas rostum ceramah.
Aku teringin nak tengok kematangan politik kat Malaysia macam aku nak tengok team bola Malaysia ni mantap dan bersemangat bila main.
kita tak boleh menafikan selama 50 thn lebih UBN memerintah, pola pemikiran rakyat Malaysia amnya sama je.betul la korang cakap even dlm PR pun ade saki baki otak UBN.ayuh Mahasiswa Malaysia.kita mulakan revolusi minda.revolusi mahasiswa,revolusi 74.
itulah yang dipanggil hemegoni UMNO.. bila dah lama sgt memerintah dan penyampaian maklumat dikawal UMNO, hasilnya beginilah..
Pembebasan utama adalah pembebasan minda..haha
Post a Comment